• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / December 1, 2020

/ Tips Online

Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara

Anda mahu membuat transaksi secara online tapi malangnya tidak berjaya.

Kemudian anda terima msg seperti ini:

You Debit Card is not activated for overseas trxns. Pls activate overseas trxns via M2U/ATM or call 1-300-88-6688/603-78443696.

Ini bermaksud kad anda tidak aktif untuk transaksi online.

Dalam post ini kita lihat langkah untuk aktifkan debit kad maybank dengan mudah.

Topik dalam post cara aktifkan debitkan Maybank ini:

  1. Prosedur pengaktifan dalam Maybank2u
  2. Cara tambah had penggunaan harian kad Maybank

Lepas aktifkan bolehlah anda guna untuk tujuan transaksi online dalam dan luar negara.

Pengaktifan ini juga membolehkan kad Maybank anda boleh digunakan diluar negara.

Contohnya nak keluarkan duit dari atm atau nak bayar guna kad.

Teruskan membaca.

Prosedur pengaktifan dalam Maybank2u

Sebelum ini untuk aktifkan kena call pihak Maybank dahulu.

Tapi selepas update terbaru, prosedur mereka tak perlu call lagi.

Boleh lakukan terus dari akaun Maybank2u kita.

Berikut caranya:

Nota: Panduan ini dibuat menggunakan paparan komputer/laptop.

LANGKAH 1 Log masuk ke dalam akaun maybank2u anda

log masuk ke akaun maybank2u anda

LANGKAH 2: Klik pada menu “SETTINGS”

Menu ini terletak pada sebelah kanan paparan maybank2u anda.

menu setting maybank2u

LANGKAH 3: Klik pada menu “CARDS”

menu cards maybank2u

LANGKAH 4: Klik bahagian “Overseas Debit Card Activation”

Skrol sedikit kebawah untuk melihat bahagian ini.

bahagian debit card activation

LANGKAH 5: “ENABLE” kan kad anda

Klik pada switch untuk tukarkan status kad daripada ‘Disable’ kepada ‘Enable’

enable debit card

LANGKAH 6: Tentukan tarikh aktif untuk kad anda

debit card effective date

Had masa maksimum kad debit anda aktif bagi fungsi transaksi online / luar negara ini adalah setahun.

Selepas habis tempoh berikut, anda kena aktifkan semula fungsi tersebut.

(Jika masih nak guna untuk transaksi online)

Klik pada butang ‘ACTIVATE‘ untuk meneruskan.

LANGKAH 7: Pengesahan TAC

Klik pada request for TAC.

Anda akan menerima nombor TAC melalui mesej yang dikirimkan ke handphone anda.

Masukkan no TAC tersebut dan tekan Confirm.

LANGKAH 8: Tahniah! Kad anda sudah aktif

Selesai pengesahan bermakna kad debit anda sudah aktif dan sedia digunakan untuk transaksi online dalam dan luar negara.

Kad masih tidak boleh digunakan?

Anda sudah mengikuti langkah diatas tapi kad masih tidak boleh digunakan?

Pertama sekali, mungkin anda kena lihat had transaksi kad anda.

Mungkin harga barangan lebih daripada had transaksi.

Untuk naikkan had transaksi teruskan baca bahagian seterusnya.

Selain itu, dalam sesetengah kes anda kena juga call pihak Maybank untuk pengaktifan.

(Ikut prosedur terdahulu daripada maybank).

Anda boleh hubungi pihak Maybank melalui talian: 1-300-88-6688.

(Nombor yang sama juga tertera di belakan kad Maybank anda).

Untuk tujuan pengaktifan melalui telefon, sediakan maklumat seperti berikut:

  • Nombor debit card anda
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun maybank
  • No telefon yang didaftarkan dengan maybank

Maklumat ini diperlukan untuk pengesahan oleh pihak Maybank.

Cara tambah had penggunaan harian kad Maybank

Adalah tidak ‘menyeronokkan’ jika kita tiba-tiba tak dapat guna kad disebabkan dah sampai limit harian.

Apatah lagi jika anda sedang berbelanja di supermarket.

Atau sedang melancong di luar negara.

Oleh itu, pastikan anda mengubah limit penggunaan kad anda.

Caranya seperti berikut:

Ulang kembali langkah 1 hingga 3 diatas.

Dalam paparan yang sama (dalam menu card), anda akan jumpa bahagian ini:

manage debit card

Untuk mengubah limit penggunaan, klik pada simbol ‘pen’, kemudian pilih daripada pilihan yang diberikan.

Pilihan bermula dari RM0 hingga RM5,000.

Kemudian klik pada butang ‘SAVE’ untuk simpan tetapan anda.

Sekali lagi anda perlu ‘request’ dan masukkan nombor TAC untuk tujuan sekuriti.

Pengaktifan kad atm untuk transaksi luar negara atau untuk transaksi online ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja asalkan anda mempunyai komputer dan sambungan internet.

Isu-isu berkaitan

Berikut merupakan beberapa contoh situasi yang mungkin anda akan hadapi:

1. Anda telah berada di luar negara dan baru sahaja menyedari bahawa kad debit anda tidak dapat digunakan kerana belum diaktifkan. No telefon yang anda daftarkan dengan Maybank2u tidak dapat digunakan dalam negara tersebut. Apa yang anda boleh lakukan

Penyelesaian: Untuk kes seperti ini anda boleh membuat panggilan ke Customer Service Maybank +603-7844 3696. Nombor yang sama juga boleh didapati tertera pada belakang kad debit anda. Pihak Maybank boleh menolong anda untuk terus mengaktifkan kad debit anda tanpa perlu melalui prosedur yang dinyatakan diatas.

Anda boleh juga menggunakan pelayar internet pada handphone anda tapi mungkin caranya berbeza sedikit.

Tips: Jika anda menggunakan handphone, gunakan pelayar internet seperti Google Chrome dan tukarkan view  kepada desktop view. Caranya pergi ke Setting > Request desktop site.

Kongsikan jika post ini bermanfaat kepada anda.

2. Jika anda perlu call pihak maybank untuk tujuan pengaktifan sediakan maklumat seperti berikut:

  • Nombor debit card anda
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun maybank
  • No telefon yang didaftarkan dengan maybank

Kongsikan jika post ini membantu anda!

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Emir Adha says

    January 4, 2018 at 11:47 am

    Salam kalau aktifkan guna web berapa lama tempoh boleh guna ?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 4, 2018 at 5:00 pm

      hai, jika kad diaktifkan menggunakan web (maybank2u), tempoh aktif maksimum adalah setahun. Selepas itu kena aktifkan semula.
      Tambahan: Kad yang diaktifkan melalui maybank2u hanya boleh digunakan untuk transaksi dalam negara (Malaysia), tidak dapat digunakan untuk transaksi antarabangsa.

      Reply
  2. faiz says

    January 30, 2018 at 12:33 pm

    salam.saya dah buat tadi.boleh terus guna atau kena tunggu prosess dia dulu seblum kita guna?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 30, 2018 at 4:53 pm

      Hello saudara, kalau dah aktifkan boleh guna terus…tidak ada prosesnya lagi. Janji sudah call pihak bank dan aktifkan melalui online banking..

      Reply
      • faiz says

        January 30, 2018 at 4:54 pm

        oh.kena call jugak ye.ingatkan aktif d maybank2u dah boleh

        Reply
        • B.L. Joseph says

          January 30, 2018 at 4:58 pm

          Kalau aktifkan dekat maybank2u hanya boleh guna dalam negara @ syarikat malaysia. Tapi untuk guna luar negara @ syarikat international kena call pihak maybank dulu…ringkas saja, pertama dia hanya pastikan saudara betul-betul pemilik kad. Lepas tu ok dah.

          Reply
      • Mohd Mukharis says

        August 7, 2020 at 4:14 pm

        Kena call pihak bank jugak ke.. sye Da aktiv ka. Tapi xboleh guna pon

        Reply
        • B.L. Joseph says

          August 10, 2020 at 12:17 am

          Untuk aktifkan bagi tujuan penggunaan antarabangsa, ya kena call pihak bank..

          Reply
  3. rasia says

    February 13, 2018 at 10:41 am

    Tuan/Puan Editor,

    Jutaan terima kasih di atas informasi yg sgt2 berguna.
    Syabas dan terima kasih…!!!

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 9, 2018 at 11:31 pm

      Sama-sama…

      Reply
  4. KimLee says

    February 17, 2018 at 6:34 pm

    Nk tanye..contohnye klau kite beli brg online gune kad debit maybank limit pirchase die 5k…so klau nk beli brg online yg lebih drpd 5k cmmne..??

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 19, 2018 at 4:20 pm

      Untuk maybank debit kad visa limit memang sudah ditetapkan RM5k sahaja…tidak boleh lebih. Cara lain adalah upgrade kad pergi ke mastercard dekat mana-mana cawangan bank terdekat (bayaran RM12) untuk mendapatkan had belian secara online RM10K…lagi cara lain adalah dengan membuat akaun paypal kemudian sambungkan dengan bank maybank…

      Reply
  5. Shahirah Sarkawi says

    April 11, 2018 at 3:45 pm

    Kalau sudah aktifkan melalui maybank2u kena buat pengaktifan melalui ATM juga Ke?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 22, 2018 at 1:43 pm

      Kalau tak silap saya hanya perlu aktifkan dekat maybank2u saja. Jika mau membuat transaksi luar negara kena call maybank untuk pengaktifan.

      Reply
  6. deen Zainal says

    May 5, 2018 at 11:44 am

    macamana nak aktifkan kad visa debit untuk kegunaan luar negara jika talian handphone tak ada.. contohnya saya berada di thailand hanya boleh guna internet wifi dan talian telco malaysia tak ada liputan jadi macamana nak buat panggilan ke maybank untuk dapatkan TAC code? mohon pencerahan segera. terima kasih.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 14, 2018 at 11:44 am

      Untuk situasi seperti ini saudara boleh call terus kepada customer service maybank pada nombor +603-7844-3696 (Ada pada belakang kad debit anda). Kena ada usaha sikit untuk mencari talian yang boleh disambungkan kepada international call (telefon hotel, telefon awam ataupun sim kad sementara). Pihak maybank boleh tolong untuk aktifkan tanpa perlu akses maybank2u. – Terima kasih atas soalan bernas ini. Saya akan sertakan dalam isi post diatas.

      Reply
  7. Hilman says

    September 25, 2018 at 12:14 pm

    Kalau nk guna 3rd party transfer online kene activekan jugak ke benda ni??

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 30, 2018 at 6:22 pm

      Kalau transfer 3rd party (antara bank atau akaun bank) tak perlu..

      Reply
  8. ruzanna binti samsudin says

    September 28, 2018 at 6:05 pm

    klau nk shoping brng dekt shopee pn kne aktifkan jgak ke?? sbb sblom ni byk kali try utk payment brang dekat shopee x lepas.. mohon bantuan..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 30, 2018 at 6:21 pm

      Cuba aktifkan.. Tapi tak perlu call maybank.. Aktifkan dekat maybank2u sahaja..

      Reply
      • nurul azizah says

        October 8, 2022 at 9:03 pm

        brpa cas yg bank akan kenakan utk sekali pengeluaran?

        Reply
  9. nur hidayati says

    October 29, 2018 at 7:13 pm

    kalau nak aktifkan guna paypal macam mana ya..? guna kad maybank

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 31, 2018 at 5:01 pm

      Kalau nak guna paypal kena aktifkan guna dekat maybank2u dan juga kena call pihak maybank.

      Reply
  10. Akiah binRuhana says

    November 9, 2018 at 9:39 pm

    Bolih kah aktive kn melaluai emel je …..call ni bnyk btul smbung sana sini x faham betul bnyk kali call gagal terus…..aktivekn visa debit online luar negara kesatuan eropah..usd…uero..untuk jual beli saham online…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 12, 2018 at 4:20 pm

      memang itu lah caranya…kena call mereka untuk verification…

      Reply
  11. Nanie says

    December 3, 2018 at 9:02 am

    debit kad saya tak aktif selama 2 tahun. transaksi sentiasa buat melalui maybank2u je. tadi saya nak buat online payment untuk installment 6 month punya term. bila saya try nak buat transaksi, maybank reject payment saya tu. saya kena g maybank untuk aktifkan kad jugak ke atau just boleh call je bank and buat step2 seperti diatas? terima kasih…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 15, 2018 at 12:15 pm

      Hai Nanie, ya..kena aktifkan kad dahulu…

      Reply
  12. Salahudin says

    December 5, 2018 at 6:18 pm

    Alhamdulillah…. Perkongsian pintar
    Terima kasih

    Reply
  13. Mia says

    April 15, 2019 at 9:03 pm

    Salam sy nk tye.sy dah call mybank utk aktifkn trnsaksi yg luar negara…dah setting dah pun dlm maybank2u…skrg dah boleh guna dah ke..direct mybank2u kalau sy nk beli brg dr luar negara.?ke sy perlu guna mcm paypal ke..klu x guna mcm mana..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 18, 2019 at 12:28 pm

      Kalau guna direct mybank2u rasanya tidak boleh, kecuali penjual tu ada buat option untuk bank maybank… Kalau dah aktif kita boleh guna terus kad maybank (VISA) seperti procedure guna kad kredit. Nak guna paypal juga boleh, hanya perlu daftarkan kad maybank tu dekat paypal..

      Reply
  14. Lalova says

    April 17, 2019 at 4:18 pm

    Bulan lepas saya ade aktif kad debit direct kol dgn mybank. Adakah sya perlu aktifkn semula melalui mybank2u dan boleh trus dgunakan x ? tujuan pengaktifan adalah utk booking hotel sebab 25 hribln nnti pihak hotel akan deduct jumlah drpd akaun sya. Tq

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 18, 2019 at 12:22 pm

      Selalunya kalau dah aktifkan sebelum nie tak perlu aktifkan lagi. Boleh cuba buat payment terus..kalau ok maknanya memang dah aktif…

      Reply
  15. Sunshine says

    May 28, 2019 at 6:45 pm

    Perlu ke activate atm/debit card lps register maybank 2u?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 4, 2019 at 11:28 am

      Bergantung dengan tuan/puan. Jika nak guna untuk urusan pembelian online kena aktifkan..jika tak, tak perlulah aktifkan.

      Reply
  16. Jonny walker says

    May 30, 2019 at 11:59 pm

    Tuan sy dah tekan 0, lpas tu nak tekan pe lgi sbab tda brpa jelas pemberitahuannya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 11, 2019 at 10:39 am

      Lepas dah tekan 0 tu sepatutnya kita akan terus disambungkan dengan operator…mungkin kena tunggu sebab talian sibuk?

      Reply
  17. HALIMATON says

    June 8, 2019 at 10:35 am

    Hai,
    Terima kasih utk penjelesan itu. saya nk brtnya. sye ingin buat prniagaan di ebay dn memerlukan sye membuat transaksi ke LN. adakah saya perlu direct call maybank utk aktifkan? krn drpd komen y sye baca. jika aktif melalui maybank2u hnya utk dlm negara malaysia shj. mnta maaf ini kali prtama sye aktif dlm perniagaan y melibatkan LN.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 11, 2019 at 10:30 am

      Hai..ya perlu call bank. Mereka akan buat verification sebelum membolehkan kad debit boleh beroperasi untuk transaksi luar negara.

      Reply
  18. Mohd Faisal says

    June 18, 2019 at 1:03 pm

    Tuan B.L.Joseph…boleh x sya pergi kecawangan maybank untuk aktifkan kad debit untuk urusan jualbeli luar negara??

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 4, 2019 at 11:27 am

      Ya..boleh. Itu lebih baik agar dapat bersemuka dengan pegawai bank…

      Reply
  19. Ida says

    August 5, 2019 at 9:27 am

    Lepas dah col dah setuju dgn syarat bank, macam mana nak tahu bank dah aktifkan kad debit kita? Akan sampai masej ke? Sebab selepas col bank saya cuba buat myb2u lepas request tac x dapat2 ? knapa ya? Perlu ka utk col bank semula?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 19, 2019 at 12:11 pm

      Kalau tak silap saya, untuk tac pertama masa buat maybank2u kena ambil dekat atm..

      Reply
  20. Nad says

    August 29, 2019 at 11:25 am

    Hai..kalau saya nak guna maybank debit kad untuk buat pembayaran kat kedai2 di korea boleh ke? Saya dah aktifkan Oversea ATM facility kat maybank2u hari tu. So sy dah boleh guna ke kad tu masa nak buat pembayaran kat sana? Or hanya boleh guna masa nak keluarkan kat ATM di sana sahaja?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 6, 2019 at 11:29 am

      Kena call juga dekat maybank..untuk aktifkan penggunaan debit kad luar negara. baru boleh guna dekat korea sebagai debit card.

      Reply
  21. Meta says

    October 1, 2019 at 7:12 pm

    Hi!
    Saya dah cuba untuk aktifkan kad ni, tapi dah tunggu lama tak dapat2 juga no TAC. Telephone pun dah cuba restart masih sama juga tak dapat request no TAC.
    TQ

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 4, 2019 at 12:14 pm

      Hai, mungkin tuan/puan belum aktifkan fungsi untuk terima nombor TAC? Untuk menerima TAC kali pertama kena pergi ke mesin ATM dahulu..

      Reply
  22. wan says

    October 20, 2019 at 11:43 am

    HI..Kalau sy aktifkan di laman web maybank2u yg classic boleh tak?sebab sy try bukak yg humanising banking tu..bila saya tekan “overseas debit card activation” dia cakap system unavailable…da banyak kali try tapi still sama..Kenapa ya??
    Klau kat classic tu betul ke step dia mcm ni… Login>Card Management>Overseas Atm Facility>Activation>Tetapkan Tempoh Masa>Pengesahan TAC>CONFIRM
    ataupun step ini untuk tujuan aktifkan benda lain?

    Reply
  23. Khairul says

    December 12, 2019 at 10:11 pm

    Hi.. Nk tnya mna lgi untung.. Kluarkn duit d atm maybank di luar negara (cth indonesia) atau tukar d money changer

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 13, 2019 at 12:10 am

      Yang ini soalan sukar tuan. Kena tengok exchange rate..selalunya bank makan kurang sikit daripada money exchanger. Tapi money exchanger lebih mudah berurusan berbanding bank. So ada give and take nya…

      Reply
  24. dicky says

    December 20, 2019 at 12:08 am

    blh tnya sya ada orng transfer duit rm957k jual syiling lama.. tpi dia kata akuan sya tak aktif untk trimaan tu.. dia mnta byar rm400 utk aktifkn.. blh bgi tau x mcm mna aktifkn dia.. akuan antarabngsa

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 23, 2019 at 12:24 am

      Tuan, jangan terpengaruh dengan taktik ini…ini taktik scam. Tak ada akaun bank yang tak boleh terima duit kalau prosedurnya betul…harap tuan belum bayar dengannya 400 tu..

      Reply
  25. daus says

    January 1, 2020 at 3:13 pm

    blh tnya knp saya buat pmbyran kali ketiga card trus decline ye pertama kedua ok je

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 6, 2020 at 11:57 pm

      Besar kemungkinan dah lebih had limit…kena naikkan limit.

      Reply
  26. Athirah says

    January 27, 2020 at 10:58 am

    Hai.. Saya nak tanya kalau saya belajar di luar negara. Kemudian, saya dah aktifkan untuk kali pertama (setahun). Kemudian, saya lupa untuk melakukan pengaktifan semula dan nombor telefon untuk TAC yg didaftarkan dgn maybank2u tidak boleh dipakai. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu melakukan permohonan nombor telefon OVERSEASTAC atau saya terus call pihak maybank untuk melakukan pengaktifan.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 7, 2020 at 2:14 pm

      Jika cik dah aktifkan kad sebelum ini dan memang boleh guna sebelum, tak banyak prosedurnya. Cuma perlu renew period dalam maybank2u. Tak perlu lagi call dekat maybank…

      Reply
  27. Alice Avena Erika says

    February 13, 2020 at 4:23 am

    Blh i tny mcm mnw nk verify debit card turh? I dh buat and dye dh tolak rm10 but x dee code

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 17, 2020 at 6:33 pm

      Kalau memang dah boleh guna ertinya debit kad dah diaktifkan. Kalau kita gunakan debit kad untuk apa-apa transaksi memang tak ada code / tac number. Oleh itu kena hati-hati.

      Reply
      • Karim says

        March 9, 2020 at 11:34 am

        Hai..adakah bermakna setiap transaksi luar negara (contohnya beli barang dekat australia online store), kita takkan dapat TAC?

        Reply
  28. Eny says

    March 16, 2020 at 4:05 pm

    Hai nak tanya kalau pergi kaunter bank terus boleh ke aktifkan , saya call customer service tak dapat . Kena aktifkan cepat untuk payment agoda ?

    Reply
  29. Nb says

    May 22, 2020 at 3:28 pm

    Hai assalamualaikum. Kalau hanya nak guna untuk transaksi menerima duit sahaja (saya di Malaysia, pembayar di luar negara) kena call Maybank sekali atau aktif di Maybank2U sahaja?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 25, 2020 at 5:44 am

      Salam sejahtera, untuk penerimaan duit setahu saya, kita tak perlu aktifkan apa-apa. Yang nak aktifkan ini cuma jika nak beli barang dari luar negara @ duit keluar dari akaun bank…

      Reply
  30. Juslinah Justim says

    May 26, 2020 at 4:51 am

    Hi, nk tanya betul ke kena bayar myr870 untuk daftarkan akaun maybank kita kepada akaun antarabangsa.. Prosedurnya macam mana?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 28, 2020 at 5:01 am

      Yang ini saya kurang pasti. Siapa yang nyatakan kena bayar RM870? Pihak Maybank? Boleh cik kongsikan kenapa nak daftar dengan akaun antarabangsa?

      Reply
      • Asri says

        June 20, 2020 at 5:03 pm

        Tuan..nk tanya pencerahan.sya ada pembeli dri luar negara nak beli barang sya.dia kata nk suruh Sya byr rm200 untuk pengtifan akaun Sya luar negara. Sebb dia kata tk DPT nk tranfee USD10 dolar boleh bgi pencerahan tuan

        Reply
        • B.L. Joseph says

          June 20, 2020 at 5:37 pm

          Tuan, ini terang dan nyata taktik scamm. Jangan terpedaya tuan. Jangan dilayan. Selama saya daftar @ buka akaun luar negara, contohnya paypal, payoneer, skrill tak ada yang nak minta bayar untuk aktif akaun. Lebih-lebih lagi yang sanggup untuk mesej secara personal untuk minta bayaran.

          Reply
  31. azizul says

    August 17, 2020 at 10:22 pm

    thank you admin, info yg sgt membantu!!!

    Reply
  32. Riri says

    December 6, 2020 at 11:33 am

    Nk tnya , kira mmg if ad org luar ngra cth indon ke ngra mne ke nk transfer duit ke acc mbb ckup dftr dkt online banking je kn? Ke kna aktifkan dgn byr rm1500?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 6, 2020 at 1:14 pm

      Salam sejahtera. Harap jangan tertipu dengan taktik ini. Kalau orang nak transfer duit dengan kita cukup sekadar ada akaun bank sudah boleh transfer. Tak daftar online banking pun boleh terima. Dan satu lagi pengaktifan tidak ada bayaran. Jika benar-benar nak pastikan sila call pihak maybank. Call guna nombor yang ada dalam post dekat atas.

      Nak tanya sikit, boleh kongsikan details orang yang bagitahu kena bayar RM1500 tu?

      Reply
  33. Ell says

    December 17, 2020 at 7:24 pm

    Saya nak bayar google ads pakai card debit maybank tapi dia tak accept. Macam mana nak aktifkan ?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 20, 2020 at 4:10 pm

      Kalau ikutkan cara dalam post dekat atas ini kad debit sepatutnya boleh aktif untuk tujuan transaksi online…

      Reply
  34. hzlmi says

    December 26, 2020 at 11:33 am

    nak tanya saya dah aktifkan international transaction tp bila buat bayaran x dpt. Dlm post ni tulis x perlu call dah pihak bank (post updated on 1/12/2020),or still kena call sekarang

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 29, 2020 at 6:20 am

      Ikut prosedur terbaru dari Maybank sepatutnya tak perlu call lagi…hanya perlu aktifkan melalui Maybank2u sahaja. Jika masih tak boleh tuan boleh cuba call pihak maybank di 1-300-88-6688.

      Reply
  35. Mirza says

    January 1, 2021 at 2:54 am

    Admin klau dh aktifkan melalui laman web terus blh guna Ka……saya rasa takut la nk p buat bayaran takut X blh Malu Sahaja yg dpt…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 21, 2021 at 8:56 pm

      Sepatutnya tidak ada masalah. Post ini dibuat berdasarkan prosedur dari pihak Maybank sendiri.

      Reply
  36. Shaiful says

    March 17, 2021 at 11:03 am

    Min nk tanya,ada risiko ke kalo buat pembelian luar negara cth ali express?sbb dh call mybnk utk aktifkan tp operator ingatkan sy seandainya ada transaction yg meragukan sila call mybnk..risau pulak sy,owh btw sy dh ikut yg min suh buat cuma pihak mybnk suh aktifkan dekat setting bahagian e commerce tu..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 22, 2021 at 7:50 pm

      salam sejahtera, kalau tuan guna platform yang dipercayai seperti ali express tak perlu bimbang. Kalau ada masalah kita boleh refund atau return… Jangan terus berurusan personal dengan mana-mana penjual..

      Reply
  37. Izni says

    June 5, 2021 at 9:32 am

    MCM mne PLK kte nk forgot password Maybank 2u Klau kad debit Maybank 2u kta hilang

    Reply
  38. siti says

    July 6, 2021 at 10:46 am

    saya nak tanya kalau nak beli barang from apple website kena call maybank jugak ke atau boleh activekan seperti diatas?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 11, 2021 at 10:59 pm

      Kita boleh cuba dahulu. Jika bayaran ditolak maksudnya memang kena aktifkan.

      Reply
  39. Fasihah says

    November 22, 2021 at 12:25 am

    Haii ASSALAMUALAIKUM sye bru guna kad maybank sekali untuk keluarkn Duit..lps tu selang beberapa bulan tpi dlm tahun yg sme sye ingin keluarkn Duit dri bank melalui mesin atm.. tetapi tidk berjaya dia kte transaksi sye tidak.berjaya…sye jdi pelik yrla kad pon jrng guna and bru ni kali kedua nk kuar kn Duit dia kte mcm tu..encik rse apakah kemungkinan bgi masalah sye ni encik..btw sye student lgi..

    Reply
  40. Lucy says

    July 31, 2022 at 5:31 pm

    Hi, Assalamualaikum Encik nk tnya klo direct ke Maybank boleh ke? Minta diaorg activekan international transactions sbb saya nak buat bisnes dkt etsy. Thank you!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved