
Amat mengjengkelkan bila kerja tergendala disebabkan oleh komputer yang digunakan tidak mempunyai program yang sesuai.
Perkara ini pernah terjadi kepada saya dan mungkin juga kepada anda.
Untuk mengatasi perkara ini berulang pada masa hadapan, saya mendapat satu idea.
Bagaimana jika saya mengumpulkan semua program, software atau aplikasi komputer yang mungkin saya akan gunakan dalam satu pendrive?
Dalam post ini saya menyenaraikan aplikasi portable terbaik untuk komputer yang boleh disimpan dalam usb drive atau pendrive.
Aplikasi ini boleh didapati secara percuma dan boleh digunakan terus tanpa perlu di install atau dipasang dalam komputer.
Apa itu Aplikasi Portable?
Aplikasi portable adalah perisian atau program yang anda boleh gunakan terus tanpa perlu di install atau dipasang terlebih dahulu didalam komputer.
Aplikasi portable terbaik untuk Pejabat / Pelajar
Aplikasi atau perisian untuk kegunaan di ofis untuk yang berkerja atau sekolah bagi mereka yang bergelar pelajar
1. LibreOffice Portable
Microsoft Words tiada dalam komputer anda? LibreOffice Portable jadi pengganti. Perisian ini lengkap dengan Words untuk menaip, spreadsheet seperti excel, presentation tool seperti power point dan juga kelengkapan untuk melukis.
Saiz agak besar sikit, 121MB ketika download dan 572MB selepas di extract ke dalam usb drive anda. Namun ia sangat berbaloi kerana lengkap. Tambahan lagi ianya percuma.
Download: LibreOffice Portable
2. Apache OpenOffice.org
Salah satu lagi pilihan anda jika komputer yang anda gunakan tidak mempunyai program khas untuk menaip, excel dan presentation.
Saiz lebih besar daripada LibreOffice Portable, dalam 180MB ketika download dan 826MB setelah dipasang siap dalam USB drive.
Download: Apache OpenOffice
3. Foxit reader Portable
Program untuk membaca fail PDF dan membuat fail PDF. Saiz kecil, banyak fungsi tambahan dan sangat pantas!
Download: Foxit reader Portable
4. Sumatra PDF Portable
Satu lagi pilihan untuk aplikasi portable fail PDF. Program ini boleh digunakan untuk membaca fail pdf, DjVu, eBook dan juga boleh digunakan untuk membaca komik.
Download: Sumatra PDF Portable
5. Notepad++ Portable
Notepad++ adalah program edit text khas untuk developer. Jika anda merupakan developer laman web ataupun programmer, pastikan anda ada perisian protable ini dalam usb drive anda.
Download: Notepad++ Portable
6. PDFTK Builder Portable
Aplikasi portable yang membolehkan anda menceraikan fail pdf, mengabungkan fail pdf atau meletakkan logo anda. Program ini tidak terdapat dalam komputer anda. Ia sangat berguna jadi pastikan ada dalam simpanan anda.
Download: PDFTK Builder Portable
Aplikasi portable terbaik untuk video & muzik
Pilihan aplikasi portable yang boleh anda gunakan untuk memainkan, edit, merakam, copy dari cd atau dvd khas untuk video dan audio.
7. AIMP Portable
AIMP adalah pemain musik yang dilengkapi oleh internet radio dan juga audio converter.
Antara fungsi dan kelebihan AIMP adalah menyokong lebih 20 audio format, bunyi yang jelas dan 18-band equilizer.
Download: AIMP Portable
8. VLC Media Player Portable
Pemain video percuma yang popular yang menyokong hampir semua jenis video. Selain itu, ia juga boleh memainkan fail audio. Pastikan ada dalam usb drive anda.
Download: VLC Media Player Portable
9. CDEx Portable
CDex boleh mengekstrak fail audio daripada cd untuk disimpan dalam format pilihan. Selain itu ia juga boleh menukarkan jenis fail audio kepada jenis fail pilihan anda.
Download: CDEx Portable
10. Avidemux Portable
Perisian mengedit video yang ringkas. Berkebolehan untuk melakukan fungsi seperti memotong, menapis dan menukar jenis video. Perisian ini menyokong banyak jenis fail video termasuk AVI, DVD MPEG, MP4 dan ASF.
Download: Avidemux Portable
11. CamStudio Portable
CamStudio adalah perisian yang boleh merakam aktiviti yang terpapar pada skrin komputer anda termasuk bunyinya sekali dan kemudiannya menukarkan kepada bentuk fail video.
Perisian ini amat berguna jika anda ingin membuat video demontrasi.
Download: CampStudio Portable
Aplikasi portable terbaik untuk foto
Bagi mereka yang banyak melakukan kerja melibatkan foto dan gambar.
12. GIMP Portable
GIMP adalah program pengedit foto yang popular dan percuma. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah memperbaiki foto, Membuat komposisi gambar, menukar saiz dan juga menukar jenis fail.
GIMP digunakan bukan sahaja oleh amatur tetapi oleh golongan pakar.
Download: GIMP Portable
13. XnView Portable
Satu lagi program pengurusan foto yang terbaik yang boleh anda miliki secar percuma. Ia digunakan sebagai pengimbas gambar, menguruskan fail gambar dan penukar jenis fail.
Antara kebolehan lain yang boleh dilakukan oleh XnView adalah menukar saiz, menukar format, memotong, memperbaiki kecerahan gambar dan banyak lagi.
Download: XnView Portable
14. PicPick Portable
Saya menggunkan PicPick untuk mengambil gambar screenshoot skring komputer. Ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan senang digunakan.
Download: PicPick Portable
15. Awesome Duplicate Photo Finder
Program ini membantu anda untuk mencari foto yang serupa dalam komputer anda. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membantu anda membuang foto yang sama untuk menjimatkan ruang penyimpanan atau memilih foto yang terbaik daripada beberapa foto yang sama.
Download: Awesome Duplicate Photo Finder Portable
Aplikasi portable terbaik untuk internet
Aplikasi portable terbaik dan berguna untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan penggunaan internet.
16. Google Chrome portable
Siapa tidak kenal Google Chrome? Ini adalah versi portable yang anda boleh gunakan untuk menggantikan Internet Explorer yang di install pada komputer ofis anda.
Download: Google Chrome Portable
17. Mozilla Firefox, Portable Edition
Bukan peminat Google Chrome? Mozilla Firefox juga ada versi portable.
Download: Firefox Portable
18. Opera, Portable Edition
Bukan juga peminat Firefox? Cuba versi portable Opera.
Download: Opera Portable
19. Telegram Desktop Portable
Jika anda ada menggunakan Telegram pada handphone anda, ini adalah versi portable yang boleh dipasang pada komputer anda.
Download: Telegram Portable
Aplikasi portable terbaik untuk sekuriti
Aplikasi portable yang berguna jika anda sering mengunjungi komputer-komputer yang bervirus, ataupun jika anda ingin memadamkan fail-fail sensitif dalam sesebuah komputer.
20. Kaspersky TDSSKiller Portable
Digunakan untuk membuang rootkits dan bootkits. Dalam erti kata lain ia dapat membuang virus dan worms dari komputer anda.
Download: Kaspersky TDSSKiller Portable
21. ClamWin Portable
Antivirus percuma yang boleh anda bawa kemana-mana dalam usb drive anda.
Download: ClamWin Portable
22. Eraser Portable
Digunakan untuk memadam data sensitif daripada komputer dengan selamat tanpa perlu risau pada aplikasi seperti data recover.
Download: Eraser Portable
Aplikasi portable terbaik untuk utiliti
Pilihan aplikasi portable lain yang mungkin berguna dalam pekerjaan harian anda.
23. CCleaner Portable
Guna CCleaner untuk membersihkan komputer anda agar komputer lebih ringan dan laju. Dengan CCleaner anda boleh memadam registry dengan selamat, menguruskan startup pada komputer, membersihkan cache pelayar internet, system restore dan beberapa fungsi lain.
Download: CCleaner Portable
24. GeekUninstaller Portable
Standard uninstall pada komputer anda kadangkala meninggalkan fail-fail tertentu. GeekUninstaller melakukan pemeriksaan mendalam dan membuang semua fail-fail yang berkaitan dengan program yang anda ingin uninstall.
Download: GeekUninstaller Portable
25. Marble Portable
Mahu belajar tentang bumi? Selain daripada google map anda boleh gunakan Marble.
Download: Atlas Marble Portable
26. 7-Zip Portable
7-Zip aplikasi popular untuk membuka fail seperti ZIP, RAR, TAR dan fail mampat yang lain kini boleh didapati dalam secara percuma dalam bentuk portable.
Download: 7-Zip Portable
27. Bleachbit Portable
Satu lagi program yang boleh digunakan untuk membersikan komputer, memadam fail junk tersembunyi, cache, cookies, history internet, dan temporary fail dengan selamat untuk menjaga privasi anda.
Download: Bleachbit Portable
28. Converber Portable
Unit converter. Boleh menukarkan unit untuk berbagai kategori daripada matawang, jarak, aliran, suhu dan banyak lagi.
Download: Converber Portable
Aplikasi portable terbaik – Permainan (Games)
Aplikasi portable untuk komputer tidak lengkap jika tidak ada senarai untuk program permainan.
29. Lucas Chess Portable
Minat main chess? Sediakan dalam usb drive anda.
Download: Lucas Chess Portable
30. Atomic Tanks Portable
Jika anda pernah bermain permainan Worms anda pasti minat permainan ini.
Download: Atomic Tanks Portable
31. Battle for Wesnoth Portable
strategi game yang boleh dimainkan secara berseorangan, kumpulan atau secara online.
Download: Battle for Wesnoth Portable
32. PokerTH Portable
Permainan poker secara offline dan juga online. Jika anda bermain secara online, lawan anda datang dari merata dunia.
Download: PokerTH Portable
33. Sudoku Portable
Pernah main sudoku?
Download: Sudoku Portable
34. The Legend of Edgar Portable
Edgar watak utama dalam permainan ini mempunyai misi. Untuk mencapai misi tersebut dia memerlukan bantuan anda untuk mengalahkan musuh dan juga menyelesaikan teka-teki.
Download: Legend of Edgar Portable
35. Warzone 2100 Portable
Permainan stratergi yang hampir serupa dengan Command and Conquer. Anda boleh bermain seorang diri, secara multiplayer online dan juga campaign.
Download: Warzone 2100 Portable
Aplikasi portable paling terbaik! Portable OS
Dan akhirnya, aplikasi portable paling terbaik. Sebenarnya bukan aplikasi tetapi Operating System yang anda boleh pasang dalam usb drive anda.
Apakah kelebihan mempunyai aplikasi ini? Anda boleh menggunakan mana-mana komputer tanpa perlu tahu password.
Jika anda ingin mengetahui cara-cara untuk menginstall aplikasi ini dalam usb drive anda, boleh rujuk post ini: Postable OS: Cara Buat Operating Sistem Dalam USB Drive.
36. Puppy Linux
Saiz kecil, boleh melakukan banyak operasi seperti windows.
Download: Puppy Linux Portable
37. Slax
Salah satu lagi pilihan terbaik. Saiz kecil dan banyak fungsi yang anda boleh gunakan.
Download: Slax Portable
Muat turun setiap aplikasi yang mungkin anda akan gunakan dan simpan dalam usb drive anda. Sampai masa anda memerlukannya, anda pasti bersyukur kerana sudah bersedia.
Jangan lupa kongsikan post ini jika ia membawa manfaat pada anda!
[mailerlite_form form_id=2]
Leave a Reply