• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / January 6, 2020

/ Tips Online

Cara Mudah Bayar Bil SESB Online Guna Boost!

Bayar Bil SESB Online

Anda boleh bayar bil elektrik secara online dan dapatkan ganjaran dengan aplikasi Boost.

(Selain bil sesb anda juga boleh bayar bil-bil seperti Sarawak energy dan bil air untuk Semenanjung Malaysia)

Anda kini tak perlu susah-susah cari parking, jalan jauh-jauh dan baris lama-lama hanya untuk membayar bil elektrik.

Download aplikasi Boost dan bayar bil anda secara online.

Dalam masa yang sama anda boleh dapatkan ganjaran – Cashback, boucher dan promosi-promosi lain.

Sebelum kita pergi ke cara-cara bayar bil guna app Boost ini, kita lihat dulu secara ringkas kelebihan bayar guna Boost:

Kenapa guna Boost?

Ada beberapa lagi alternatif lain untuk bayar bil sesb secara online, seperti maybank2u dan juga cimbclicks.

Kenapa perlu guna Boost?

Boost adalah e-wallet. Anda boleh simpan duit anda dalam Boost dan gunakan untuk transaksi harian.

Kelebihan Boost adalah, anda boleh dapatkan semula duit yang telah dibelanjakan dalam bentuk ‘Boost Coin‘ yang mana anda boleh:

  • Ditukarkan semula kepada duit
  • Ditukarkan kepada Gift
  • Ditukarkan kepada boucher (baucar)
boost reward duit cash
Ditukarkan dengan duit
boost reward gift
Ditukarkan kepada bentuk ‘Gift’
boost reward boucher
Ditukarkan kepada Boucher

Bila anda bayar bil sesb menggunakan Boost anda akan dapat ‘Boost Coin’ yang boleh ditukarkan semula kepada – yang dinyatakan di atas.

Dibandingkan jika anda bayar guna maybank2u dan cimbclicks, anda tak dapat apa-apa.

Seterusnya, berikut merupakan langkah-langkah untuk bayar bil elektrik sesb guna app Boost:

Langkah-langkah bayar bil SESB online guna Boost

Yang pertama sekali jika anda belum ada aplikasi Boost:

LANGKAH 0 Install aplikasi Boost dalam Smartphone anda

Untuk install gunakan link ini: Boost App

aplikasi boost

Aplikasi ini percuma dan mudah digunakan.

Teruskan untuk install dan buat beberapa setting ringkas. Berikut merupakan contoh paparan dalam aplikasi Boost:

paparan home boost

Siap install langkah seterusnya adalah:

LANGKAH 1 Masukkan duit dalam wallet Boost anda

Lihat berapa jumlah bil elektrik yang perlu dibayar dan masukkan jumlah yang berpatutan.

Untuk masukkan duit sentuh pada ikon ‘wallet’ Boost anda:

ikon wallet boost

Pilihan bank anda akan keluar:

tambah duit boost bank maybank

Masukkan jumlah yang berkenaan dan teruskan proses pengesahan hingga proses selesai:

tambah duit boost berjaya

Seterusnya:

LANGKAH 2 Pergi ke bahagian ‘Do more’

Dalam aplikasi Boost, klik pada menu / ikon berikut:

bahagian bill payment

Paparan ‘Do more’ seperti berikut akan muncul:

paparan boost do more

LANGKAH 3 Pilih ‘Bill Payment’

Dalam pilihan yang disediakan pilih ‘Bill Payment’:

pilih bill payment

Dalam pilihan yang seterusnya pilih ‘Pay Bills‘. Seterusnya paparan ‘Bills and Payment‘ akan muncul.

LANGKAH 4 Select Utilities – SESB

Dalam ruangan ‘Bills and Payment‘, klik pada ikon ‘+’ yang terletak pada bahagian atas untuk memasukkan SESB dalam senarai bill anda.

tambah masuk bill baru boost

Dalam senarai ‘Utilities’ yang diberikan pilih SESB.

LANGKAH 5 Masukkan no akaun SESB & Bayar

Berikut merupakan paparan bahagian ‘Bill and Payment’ anda selepas menambah masuk SESB:

bahagian bill and payment boost

Klik pada ruangan SESB untuk memulakan proses pembayaran.

Paparan seterusnya akan meminta anda untuk memasukkan ‘account number’ untuk SESB.

Maklumat ini anda boleh dapati dalam bil elektrik anda pada bahagian berikut:

no akaun pada bil sesb

Yang mana sebenarnya adalah gabungan ‘Kod stesen‘ dan juga ‘No. akaun‘ dalam bil elektrik sesb anda.

Masukkan nombor tersebut dalam ruangan yang diberikan:

masukkan no akaun sesb

Kemudian dalam ruangan yang seterusnya anda akan diminta untuk mengisi butir-butir seperti nama pemegang akaun dan juga sedikit keterangan.

Untuk nama pemegang akaun, masukkan nama yang tertera pada bill elektrik anda. Untuk description anda boleh masukkan alamat ringkas rumah anda.

Paparan seterusnya akan meminta anda memasukkan jumlah yang hendak dibayar. Isi mengikut jumlah yang berkenaan:

Masukkan-jumlah-perlu-dibayar

Kemudian sahkan pembayaran anda (password atau biometrik):

sahkan pembayaran

Dan tahniah anda telah berjaya membayar bil elektrik secara online menggunakan aplikasi Boost!

Pembayaran-berjaya

Jangan tutup dahulu, langkah seterusnya:

LANGKAH 6 Shake handphone anda untuk kejutan!

shake handphone untuk suprise dari boost

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved