
Android – Belajar cara mengatasi masalah “insufficient storage” @ internal memory selalu penuh, kembalikan fungsi handphone anda seperti biasa. ? ?
Tidak kira handphone anda jenis apa pun, sampai satu tahap anda pasti akan berhadapan dengan masalah internal memory tidak mencukupi.
Apabila masalah ini sudah muncul, ia akan berterusan @ notifikasi “insufficient storage” akan muncul dari masa ke semasa.
Perkara ini amat mengjengkelkan @ mengeramkan. Lagi-lagi bila ianya muncul pada ketika di saat-saat genting.
Jangan bimbang, berikut merupakan beberapa cara bersihkan internal memory handphone yang anda boleh praktikkan untuk mengatasi masalah tidak cukup memori ini.
Cara mengosongkan memori internal android ini adalah selamat, tidak perlu ‘root’ dan juga boleh digunapakai untuk semua jenis handphone android – Samsung, Sony, LG, HTC, Huawei dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Kenal pasti punca utama internal storage penuh
Apabila amaran “insufficient storage” muncul, perkara pertama yang patut dilakukan adalah memeriksa status internal storage handphone anda.
Terdapat 4 kategori yang menjadi penyebab internal memory handphone kita penuh:
- Aplikasi – Apps yang anda install seperti Angry Bird, WhatsApp…
- Fail simpanan sementara – Cache & data aplikasi
- Fail Media – Gambar, video dan audio..
- Lain-lain – Fail download, fail dokumen, fail sharing…
Untuk mengatasi masalah internal storage penuh target kita adalah membuang mana-mana fail yang berkenaan daripada 4 bahagian yang dinyatakan di atas.
Untuk mengetahui lebih lanjut punca tersebut pergi ke:
Pergi ke Setting >> Storage & USB >> Internal storage.
Daripada sini kita boleh mendapat gambaran awal dan juga boleh merancang tindakan selanjutnya.
Dalam panduan ini kita ada beberapa pilihan seperti berikut:
- Membersihkan handphone tanpa secara manual tanpa bantuan aplikasi
- Menggunakan aplikasi tertentu secara minima
- Menggunakan teknologi terkini
Nota: Untuk bahagian sistem (system) tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan melainkan handphone anda sudah di ‘root’ (tidak digalakkan).
1 Buang ‘Apps’ (Aplikasi) yang tidak penting
Jika internal memory anda banyak dimakan oleh aplikasi, penyelesaiannya mudah sahaja – Buang mana-mana aplikasi yang tidak berguna @ jarang digunakan.
Jangan bimbang, anda boleh install semula mana-mana aplikasi yang dibuang bila-bila masa sahaja.
Untuk melihat semua aplikasi yang ada pada handphone anda, pergi ke:
Setting >> Apps
Nota: Cara untuk akses bahagian Apps dalam setting mungkin berbeza mengikut jenis handphone.
Ini akan mempamerkan kesemua aplikasi yang ada pada handphone anda.
Sebagai panduan jika anda berasa ragu-ragu @ tidak dapat memilih, anda boleh buang aplikasi seperti berikut:
- Game @ permainan yang anda install, cuba sekali, kemudian tidak pernah sentuh lagi selepas itu (walaupun anda bercadang untuk menggunakan semula pada masa akan datang).
- Aplikasi online store – Lagi baik anda gunakan komputer anda untuk transaksi online.
- Aplikasi Instant Mesengger selain facebook dan WhatsApp – Kecuali anda memang menggunakan aplikasi tersebut setiap hari.
- Pelayar internet (browser) – Jika anda mempunyai lebih daripada satu pelayar internet (Chrome, Opera, Firefox) pilih salah satu dan buang yang selebihnya.
- Semua aplikasi yang anda install tapi tidak pernah digunakan langsung.
- Aplikasi yang anda rasa berguna tapi tidak pernah digunakan langsung.
- Aplikasi untuk mencantikkan handphone. Aplikasi seperti ini bukan saja memakan ruang malah membuatkan prestasi handphone anda kurang.
Cara untuk membuang aplikasi adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Pergi ke Setting >> Apps
- Langkah 2: Sentuh pada Aplikasi yang ingin dibuang.
- Langkah 3: Sentuh pada butang Uninstall.
Ulangi langkah tersebut sehinggalah aplikasi yang tinggal adalah aplikasi yang betul-betul diperlukan.
2 Clear Cache pada Apps
Seterusnya setelah anda buang semua aplikasi yang tidak berguna tinggalah beberapa aplikasi yang anda gunakan setiap hari seperti Chrome, Youtube, Facebook, WhatsApp dan sebagainya…
Bila diperiksa nampaknya saiz setiap aplikasi ini agak besar.
Apa yang anda boleh lakukan?
Anda boleh bersihkan cache pada setiap aplikasi tersebut. Ia tidak memberikan apa-apa kesan yang buruk pada handphone anda.
Cached adalah fail, foto, skrip dan sebarang jenis maklumat lain yang disimpan oleh aplikasi tertentu dalam handphone anda yang bertujuan untuk ‘melajukan’ masa untuk akses aplikasi tersebut untuk kali ke-2 dan seterusnya.
Sebagai contoh anda gunakan pelayar internet Chrome untuk akses laman sarawakreport.org. Untuk akses kali pertama aplikasi chrome akan menyimpan semua fail, gambar dan data (yang tidak berubah) dalam handphone anda. Ini akan membuatkan (secara teorinya) akses pada laman yang sama akan menjadi lebih cepat pada masa hadapan.
Tetapi masalahnya ia memakan ruang pada internal memory handphone anda.
Sebagai contoh, saiz sebenar aplikasi Chrome adalah 63.36MB. Ditambah dengan saiz cache 83.77MB dan Data (akan dibincangkan nanti) 43.92MB saiz keseluruhan aplikasi ini dalam handphone menjadi 191MB.
191MB agak besar bukan?
Bagaimana cara untuk clear Cache pada Apps?
Anda boleh bersihkan satu persatu atau bersihkan semua sekaligus.
1. Clear Cache satu persatu
- Langkah 1: Pergi ke Setting >> Apps
- Langkah 2: Dalam bahagian Apps, pilih aplikasi berkenaan untuk memaparkan App info.
- Langkah 3: Dalam App info, sentuh pada bahagian Storage.
- Langkah 4: Dalam bahagian storage sentuh pada butang Clear cache.
Anda juga boleh akses secara terus ke bahagian App Storage dengan cara berikut.
Setting >> Storage & USB >> Internal storage >> Apps
2. Clear Cache sekaligus untuk semua Apps
- Langkah 1: Pergi ke Setting >> Storage & USB >> Internal storage >> Cached data. Ini akan memaparkan notifikasi seperti berikut. foto
- Langkah 2: Pilih OK untuk membersihkan cache sekaligus untuk semua Apps anda.
3 Clear Data untuk setiap Apps
Clear data pada aplikasi mungkin memberikan sedikit kesan terhadap handphone anda.
Clear data bermaksud membersihkan semua akaun dan setting untuk aplikasi yang dipilih. Ini akan mengembalikan setting asal aplikasi tersebut sewaktu mula-mula anda install dulu.
Contohnya untuk aplikasi Facebook. Kebiasaannya apabila anda buka aplikasi facebook, anda akan terus ke akaun anda.
Jika anda Clear data dan masuk Facebook selepas itu, ia akan meminta anda untuk mengisi semula butir-butir akaun anda.
Mungkin ini tidak menjadi masalah.
Cuma anda perlu pertimbangkan dahulu jika ingin clear data untuk aplikasi permainan kerana ia akan memadam semua saved game, profile dan sebagainya. Kecualilah anda menyambungkan aplikasi tersebut pada akaun facebook atau google anda.
Jika anda mahu lakukan clear data, caranya seperti berikut:
- Langkah 1: Pergi ke Setting >> Storage & USB >> Internal storage.
- Langkah 2: Sentuh butang ‘Clear Data‘
- Langkah 3: Notifikasi ‘Delete app data?’ akan muncul. Pilih OK.
Nota: Cara ini amat berguna jika anda tidak cukup ruang untuk update aplikasi tertentu. Pilih aplikasi yang settingnya boleh muat turun semula seperti Youtube, Facebook dan pelayar internet (Chrome, Firefox).
Selesai pada bahagian aplikasi kita lihat pula bahagian ‘Images‘ atau Gambar/foto.
4 Bersihkan Fail Jenis Media
Terdapat 3 jenis fail media:
- Gambar (Images)
- Video
- Audio
Cara paling senang untuk akses kesemua bahagian ini tanpa menggunakkan @ install apa-apa aplikasi adala seperti berikut:
Setting >> Storage & USB >> Internal storage
Dan seterusnya anda boleh pilih antara Images, Videos atau Audio.
Jika senarai fail media yang dipaparkan terlalu banyak (beribu-ribu) jalan paling mudah tanpa adalah:
1. Pindahkan atau Padam Fail Media Guna komputer
Anda memerlukan PC/Laptop dan juga penyambung USB untuk handphone.
Pertama anda kena ketahui dimana letaknya fail-fail tersebut. Caranya seperti berikut:
- Langkah 1: Untuk fail media jenis Images masuk ke dalam Setting >> Storage & USB >> Internal storage >> Images.
- Langkah 2: Ini akan mempamerkan nama-nama folder yang mengandungi fail gambar dalam handphone anda, contohnya WhatsApp Images, Camera, Download, Screenshots dan lain-lain.
- Langkah 3: Salin kesemua (atau hafal) nama folder tersebut.
Langkah seterusnya melibatkan penggunaan PC atau laptop:
- Langkah 1: Sambungkan handphone anda ke PC/Laptop menggunakan wayar USB.
- Langkah 2: Notifikasi pada handphone akan muncul. Pilih pilihan ‘Transfer files (MTP)’.
- Langkah 3: Pergi ke bahagian ‘My computer/This PC’ dalam PC/Laptop anda. Lihat pada bahagian Devices & drives. Pilihan untuk handphone anda (nama handphone anda) akan muncul disini. Klik masuk.
- Langkah 4: Klik pada bahagian Internal Storage. Ini akan memaparkan kesemua fail yang ada pada handphone anda.
- Langkah 5: Cari folder berkaitan yang mengandungi fail gambar berdasarkan senarai folder yang anda buat sebelum ini. Copy keluar semua fail jenis gambar.
- Langkah 6: Setelah selesai copy keluar (simpan dalam PC/laptop) anda boleh delete (padam) kesemua fail gambar yang ada dalam handphone anda.
Ulangi langkah di atas untuk fail jenis video dan audio.
Jika anda tidak mahu menggunakan PC/Laptop boleh juga padamkan satu persatu. Caranya seperti berikut.
2. Padam Fail Media dari Handphone
Sebagai contoh anda ingin memadamkan fail jenis gambar secara manual:
- Langkah 1: Pergi ke Setting >> Storage & USB >> Internal storage >> Images kemudian pilih salah satu bahagian (contohnya WhatsApp Images).
- Langkah 2: Pilih salah satu gambar yang ada, sentuh dan tahan sehingga tanda ‘tick’ muncul.
- Langkah 3: Sentuh pada menu (3 titik bertindih) pada bahagian penjuru atas kanan. Pilih pilihan Select all. Ini akan memilih kesemua fail gambar yang ada.
- Langkah 4: Seterusnya anda boleh scroll down untuk ‘untick’ mana-mana fail gambar yang mahu disimpan. Cara ini lagi senang daripada ‘tick’ satu-satu gambar yang mahu dibuang.
- Langkah 5: Seletah selesai memilih anda boleh teruskan untuk padam dengan menyentuh butang tong sampah yang terdapat pada penjuru atas kanan skrin hadnphone anda.
- Langkah 6: Ulangi langi diatas untuk bahagian lain (Download, Camera, Screenshots…)
Ulangi langkah diatas untuk fail media jenis video dan audio.
5 Buang fail-fail tersembunyi…
Selanjutnya jangan lupa untuk membuang lain-lain fail yang tersimpan di handphone anda hasil daripada muat turun dari internet, share bluetooth, share it dan sebagainya.
Bahagian ini selalu dilupakan.
Antara jenis fail termasuk fail media (gambar, video, audio) dan fail jenis dokumen seperti pdf dan juga txt. Contohnya fail media untuk telegram anda boleh padam melalui cara ini.
Untuk membuang fail jenis ini:
- Langkah 1: Pergi ke Setting >> Internal Storage >> Other. Apabila paparan notifikasi muncul pilih EXPLORE
- Langkah 2: Senarai Folder (fail) akan muncul. Pilih salah satu Folder, contohnya Download. Masuk ke dalam fail tersebut untuk melihat isinya.
- Langkah 3: Untuk membuang mana-mana fail, sentuh dan tahan untuk memilih, kemudian sentuh ikon tong sampah yang muncul pada bahagian atas.
- Langkah 4: Ulangi langkah tersebut untuk folder-folder yang lain.
Nota: Abaikan folder yang anda tidak pasti apa kegunaanya@merujuk kepada aplikasi mana…
Tips Tambahan, Aplikasi dan Teknologi terkini
Panduan yang dinyatakan sebelum ini sebenarnya sudah cukup untuk menyelesaikan masalah internal memory handphone yang sering penuh.
Namun tidak dinafikan cara tersebut agak mengambil masa.
Jika anda berminat berikut merupakan beberapa cara untuk mengatasi masalah ruang simpanan tidak mencukupi dengan bantuan aplikasi dan juga teknologi terkini.
USB Flash Drive OTG
USB OTG atau nama penuhnya USB Flash Drive On-The-Go. Pernah dengar?
Memperkenalkan USB flash drive untuk handphone, teknologi terbaru yang memudahkan setiap pengguna android.
Sambungkan @ cucuk masuk ke dalam sambungan USB handphone anda dan ia akan automatik memuat turun semua fail jenis media. Mudah.
Lihat info penuh: USB Flash Drive OTG
Gunakan Aplikasi Pembersih
Walapun penggunaan aplikasi tidak setanding pembersihan secara manual namun ia sangat membantu jika anda mahu cepat.
Antara aplikasi yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
- NoxCleaner – Phone Cleaner,Booster,Space Optimizer
- Phone Cleaner – Hyper Cleaner
- MAX Cleaner – Phone Cleaner & Antivirus
- Super Cleaner – Antivirus, Booster, Phone Cleaner
Nota: Jangan install semua sekali. Pilih salah satu sahaja yang sesuai untuk anda (dan handphone anda).
Memory Card, SD Card, External Storage…
Jika handphone anda tidak ada memory card, saya cadangkan anda miliki satu sekarang. Sangat berguna.
Versi android 6.0 mempunyai pilihan untuk menyimpan aplikasi ke dalam memory card.
Jika anda mempunyai banyak aplikasi dan berat hati untuk membuang aplikasi tersebut, ini merupakan jalan yang terbaik untuk anda.
Lihat pilihan: Memory, SD, Micro Card
Tips membersihkan WhatsApp
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp banyak memakan ruang handphone menjadikan handphone lambat dan sebagainya.
Cara yang paling terbaik untuk membersihkan WhatsApp tanpa risau maklumat penting turut terpadam adalah seperti berikut:
- Tandakan star @ bintang pada mesej penting, kemudian;
- Padam chat
Ini akan mebuang semua msg termasuk gambar, video dan juga audio yang tidak penting – Kecuali msg yang anda tandakan bintang.
Cara mebintang mesej, gambar, video & audio penting:
- Masuk mana-mana ‘chat’ atau group
- Sentuh dan tahan mesej yang anda mahu simpan @ penting
- Sentuh ikon bintang @ star yang muncul pada bahagian atas
Cara memadam mesej:
- Pilih mana-mana chat atau group
- Klik pada ikon menu (3 titik selari) yang terdapat pada bahagian atas
- Pilih pilihan ‘More’
- Seterusnya pilih ‘Clear Chat’
Bacaan tambahan: Teknik Guna WhatsApp
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.
[mailerlite_form form_id=2]
hi… saya dan keluarga ambil ilmu yang haq sahaja dari tuan dan website ini..tiada yang lain