• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / October 4, 2020

/ Media Sosial

Cara Buat ‘Clickable’ Banner di Facebook Page

Cara Buat Clickable Banner di Facebook Page

Bagaimana nak buat Facebook banner yang boleh di klik?

Saya menerima soalan daripada pembaca berkenaan topik ini:

bagaimana cara nak buat clickable banner di facebook?

Thanks for the question Mr.Song. I’ll try my best to answer it here.

Topik ini agak menarik.

Jika kita boleh buat banner yang boleh di klik dekat Facebook, prestasi bisnes kita pasti bertambah maju.

Banner yang dimaksudkan sini merujuk kepada ‘Cover Photo‘ facebook:

banner atau cover foto facebook

Dukacitanya Facebook tidak membenarkan kita membuat banner / cover photo menjadi jenis link atau boleh di klik.

Anda hanya boleh buat gambar yang boleh di klik dalam post facebook anda, seperti ini:

gambar post boleh di klik dalam facebook

Hanya perlu masukkan link dan Facebook secara automatiknya memaparkan featured image yang digunakan oleh link tersebut.

Baca juga: Cara Ubah Paparan Blog Post dalam Facebook.

Tapi kita boleh gunakan cara alternatif, yang mana tidak kurang ke-efektifannya.

Clickable banner @ cover foto Facebook

Walaupun Facebook tidak membenarkan kita membuat banner / cover photo menjadi jenis link atau boleh di klik.

Kita boleh gunakan cara alternatif seperti berikut:

  1. Masukkan link dalam description
  2. Letak link dalam butang Facebook Page

Dan jika dibuat dengan betul pasti berkesan.

1. Masukkan link dalam description.

Masuk ke Facebook Page kepunyaan anda kemudian klik pada cover photo anda:

klik pada facebook banner cover photo

Ia akan membawa anda ke paparan di mana anda boleh edit atau masukkan butir-butir yang berkenaan.

masukkan description dan link dalam cover photo

Klik pada butang edit dan anda boleh masukkan butir-butir dan juga link yang anda mahu perlihatkan pada mereka yang berminat, contohnya:

  • Laman web
  • Produk
  • Program
  • Event

Dan seterusnya…

Contohnya saya masukkan butir-butir seperti ini dalam cover photo Facebook page ithmm:

contoh description berserta link dalam cover photo

Jika anda lihat link url yang diberikan menjadi warna biru yang bermaksud ia boleh diklik.

Jika contohnya anda menjual produk ataupun mempromosikan produk, affiliate dan sebagainya, anda boleh gunakan gambar produk tersebut.

Dan jadi menjadi sedikit kreatif seperti ini:

contoh banner facebook kreatif

Lebih jelas dan menarik para pengunjung anda untuk klik pada banner.

Bila banner anda diklik, description yang anda buat tadi berserta link akan muncul.

Dan cara seterusnya:

2. Letak link dalam butang Facebook Page

Anda boleh mengabungkan gambar banner dengan butang yang disediakan oleh Facebook.

Untuk buat butang pada facebook page, klik pada butang ‘Add a Button’ yang terletak dibawah cover photo.

Terdapat beberapa jenis butang yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian:

jenis butang facebook page
Pilihan butang Facebook Page.

Contohnya jika anda jual produk bolehlah pilih butang ‘Shop Now’.

Jika butang yang berkaitan tidak ada dalam senarai pilih butang ‘Learn More’.

Klik pada butang pilihan anda dan seterusnya masukkan link / pautan url anda.

Contoh kombinasi banner facebook page dan juga butang facebook adalah seperti berikut:

contoh kombinasi facebook page banner dengan butang facebook

Ia memberikan mesej jelas bagi pengunjung yang berminat untuk klik pada butang yang anda sediakan.

Diharapkan post ini bermanfaat pada anda.

Kongsikan jika berguna ya!

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved