• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / August 29, 2018

/ Tips Komputer & Telefon

Cara Dapatkan Semula Fail yang Terpadam dalam USB Drive

Dapatkan Semula Fail yang Terpadam

Anda (dan sesiapa sahaja) boleh mendapatkan semula fail yang telah di delete daripada USB drive @ pen drive

Anda boleh dapatkan semula fail yang terpadam daripada pen drive anda.

Ini merupakan khabar baik dan juga tidak baik untuk anda.

Yang baiknya anda boleh dapatkan semula mana-mana fail yang terdelete secara tidak sengaja.

Yang tidak baiknya, orang lain juga boleh melakukan hal yang sama pada pen drive anda.

Mengapa fail yang terpadam boleh didapatkan semula?

Apabila anda menekan butang delete untuk satu fail tertentu, fail tersebut sebenarnya tidak terus dipadam sebaliknya disimpan @ disembunyikan daripada anda dan dilabelkan sebagai ‘fail kurang penting’.

Ini menjadikan proses untuk men-‘delete’ lebih cepat.

Apabila anda menyimpan fail baru dan memerlukan tempat baru, barulah fail tadi dipadam (ditempatkan diatas fail lama tadi – rewrite).

Nota: Untuk drive jenis ‘Solid-state drive’ fail yang telah dipadam tidak dapat diperolehi semula kerana sistemnya agak berbeza sedikit.

Cara untuk dapatkan semula fail yang terpadam

Cara yang paling senang adalah dengan menggunakan perisian (software).

Recover fail dengan software

Terdapat beberapa jenis perisian yang boleh digunakan tapi kami mengesyorkan anda untuk menggunakan Recuva.

  1. Muat turun Recuva daripada laman rasminya: Recuva (ccleaner). Untuk versi portable (tidak perlu install): Recuva Portable.
  2. Terdapat 3 versi: FREE, PRO dan Bundle.
  3. Setelah siap download install Recuva. Siap install start aplikasi tersebut.
  4. Paparan pertama yang akan muncul adalah seperti berikut. Klik ‘Next >’ untuk meneruskan.dapatkan semula fail terpadam guna software
  5. Paparan seterusnya adalah pilihan jenis fail yang hendak anda dapatkan semula. Dalam contoh ini saya pilih ‘All Files’. Klik ‘Next >’ untuk meneruskan.dapatkan semula fail terpadam guna software
  6. Seterusnya pilih lokasi dimana fail yang hilang tersebut berada. Dalam contoh ini fail tersebut berada di pendrive dengan label E:dapatkan semula fail terpadam guna software
  7. Pada paparan yang seterusnya klik ‘Start’ untuk mula scan. ‘Enable deep scan’ jika fail yang anda mahukan tidak dijumpai.
  8. Dalam contoh ini saya telah delete semua fail yang ada dalam pen drive. Berikut merupakan hasil daripada scan menggunakan Recuva.dapatkan semula fail terpadam guna software
  9. Pilih mana-mana fail yang anda mahu dapatkan semula kemudian klik pada butang recover. Siap.

Terdapat lagi cara untuk mendapatkan semula fail yang terpadam tanpa menggunakan sotfware seperti berikut:

Recover fail tanpa software

dapatkan semula fail terpadam tanpa software

Nota: Tidak dijamin keberkesanannya. Namun begitu tidak salah mencuba jika anda tidak mahu guna apa-apa software.

  1. Kenal pasti label usb drive @ pen drive anda – E, F, G…
  2. Buka command prompt pada PC anda. Anda boleh buka dengan cara menekan butang ‘Windows + R’ dengan serentak kemudian taip masuk CMD. Alternatifnya anda boleh cari secara manual dalam PC anda program CMD (Command prompt) ini.
  3. Apa bila paparan cmd keluar taip masuk label pen drive anda dan tekan enter.
  4. Seterusnya taip masuk chkdsk E: /f dan tekan enter. Gantikan ‘E‘ dengan label pen drive @ USB drive anda.
  5. Tunggu hingga proses selesai.
  6. Seterusnya taip masuk attrib -h -r -s /s /d *.* dan tunggu hingga proses selesai.
  7. Jika anda bernasib baik, fail yang hilang tersebut akan muncul semula selepas semua proses di atas.

Untuk pengetahuan anda juga, fungsi ‘Quick format’ TIDAK memadamkan data @ fail di dalam pen drive @ USB drive anda. Berhati-hati dengan data peribadi anda. Jika mahu format, jangan guna ‘Quick format’. Format seperti biasa.

Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda.

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. HAFIZAH says

    March 27, 2019 at 9:08 pm

    THANK YOU SO MUCH! IT REALLY WORKS!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved