• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / February 28, 2021

/ Tips Online

Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]

cara is e filing lhdn

Panduan lengkap cara isi borang (eFiling) e-Filing LHDN, langkah demi langkah.

Anda mahu isi borang eFiling secara online di laman web LHDN – ezHasil.

Dan anda perlukan sedikit rujukan agar proses tersebut berjalan lancar.

(Tidak kira kali pertama isi atau sudah berkali-kali)

Post ini dicipta khas untuk tujuan tersebut.

Panduan cara isi efiling lhdn ini dibuat langkah demi langkah untuk membimbing anda dari mula hingga anda menekan butang ‘Hantar’.

Tambahan: Panduan dari LHDN.

Baca seimbas lalu dahulu post ini hingga habis dan sediakan semua dokumen @ info yang diperlukan agar proses pengisian anda boleh selesai dengan ‘one go’ sahaja.

Perkara penting untuk diketahui

Sila ambil perhatian.

Beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui untuk proses pengisian borang be efiling secara online:

  • Masa tidak aktif untuk satu bahagian adalah 130 saat.
  • Tarikh mula boleh isi borang seawal 1 Mac
  • Tarikh akhir mengisi borang adalah 30 April
  • Pembayaran balik cukai terlebih bayar dibuat 2 minggu selepas tarikh penghantaran.

Apabila anda terhenti dalam satu bahagian semasa mengisi borang jangan lebih dari 130 saat.

(Mungkin anda berhenti untuk mengira atau mencari maklumat)

Lebih dari itu amaran untuk teruskan atau keluar akan muncul.

Bila anda klik untuk teruskan semua maklumat yang telah di isi akan hilang – tidak disimpan.

Kena isi semula. Dan ini amat menjengkelkan.

(Harap pihak lhdn dapat menyelesaikan masalah ini)

Pembayaran balik untuk cukai yang terlebih bayar ‘selalunya’ dibuat selepas 13-14 hari daripada tarikh anda menghantar borang.

Bukan selepas tarikh tutup 30 April.

Isi cepat, dapat cepat.

Dokumen yang diperlukan

Antara senarai dokumen yang perlu ada:

  • Borang EA – Daripada Majikan anda
  • Tarikh Kahwin/cerai/mati – Mana-mana yang berkenaan
  • Bank dan No akaun Bank
  • Nombor kad pengenalan pasangan (dan juga anda)
  • Tarikh lahir pasangan
  • Nombor kad pengenalan ibu dan bapa

Dan juga resit atau bukti pembelian/perbelanjaan  pada tahun taksiran untuk (mana-mana yang berkaitan):

  • Diri sendiri, pasangan, anak dan juga ibu bapa
  • Alat sokongan khas
  • Pendidikan diri sendiri dan anak tahun yang dilaporkan
  • Buku, majalah, surat khabar atau bahan bercetak
  • Komputer, laptop, telefon pintar
  • Peralatan sukan
  • Bil bulanan langganan internet (atas nama sendiri)
  • Alat penyusuan ibu (wanita sahaja)
  • Taman asuhan kanak-kanak/TADIKA
  • Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  • Alimoni bekas isteri
  • Insuran nyawa, pendidikan dan perubatan
  • Zakat/ Fitrah

(untuk lebih jelas, baca hingga habis dahulu)

Langkah-langkah untuk Membuat efiling

Untuk memudahkan anda, panduan ini disusun mengikut urutan sebenar pada sistem e-Filing.

Sebarang maklumat tambahan dikumpulkan pada bahagian akhir post ini.

Sebelum meneruskan pastikan “pop-up blocker” untuk pelayar internet anda ditutup sementara kerana sistem efiling ini menggunakan pop-up windows.

Sila rujuk bahagian Cara tutup Pop-up Blocker untuk panduan.

Selamat mengisi dan claim semula duit cukai anda!

1 Akses ke laman web e-Filing / ezHASiL

Anda boleh akses e-Filing LHDN dengan:

  1. Menggunakan url : https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau;
  2. Guna Google search untuk kata kunci ehasil , ezHASiL atau LHDN.ehasil Google Search

Nota: Bergantung kepada pengurus website LHDN, url diatas mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Oleh itu lebih baik gunakan fungsi carian google.

Ini akan membawa anda ke paparan login untuk eHASiL seperti berikut:

ehasil login

2 Log Masuk akaun ezHASiL Anda

Info tambahan: Rujuk Daftar kali pertama jika ini kali pertama anda mengisi dan Terlupa Kata Laluan jika anda tidak ingat password anda.

  • Masukkan Nombor kad Pengenalan anda (tanpa jarak/space atau sengkang)
  • Klik pada butang Hantar. ehasil masukkan kad pengenalan dan butang hantarPaparan berikut akan muncul.ehasil frasa keselamatan
  • Sebelum memasukkan kata laluan/password anda, pastikan Frasa keselamatan yang dipaparkan merupakan frasa keselamatan anda.
  • Masukkan kata laluan anda dan klik butang Teruskan

3 Buka Borang BE anda

Berikut merupakan paparan utama yang anda jumpa selepas log masuk ke dalam akaun ezHASiL anda.

paparan utama efiling ehasil

  • Pada paparan utama pilih pautan e-Borang yang terletak dibawah bahagian e-Filing.pautan eborang
  • Paparan berikut akan muncul:pautan e-BE
  • Pada bahagian e-BE, klik pada butang Tahun Taksiran dan pilih tahun yang ingin anda laporkan.pilih tahun taksiran borang be lhdn
  • Ini akan membawa anda ke bahagian yang seterusnya iaitu bahagian: Borang Nyata Individu

4 Lengkapkan Maklumat Individu

Berikut merupakan contoh paparan bahagian Maklumat Individu:

contoh paparan maklumat individu borang be lhdn

Sebahagian daripada bahagian ini sudah di isi sedia oleh pihak LHDNM sendiri. Anda hanya perlu melengkapkan atau mengubah data mengikut data sebenar yang anda ada.

Isikan sahaja maklumat yang diminta seperti – Nama, tarikh lahir, jantina dan sebagainya.

Terdapat beberapa bahagian yang agak mengelirukan, kurang jelas dan susah difahami.

Bahagian tersebut saya senaraikan seperti berikut:

  • Layak menuntut insentif dibawah seksyen 127: Contohnya mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Kementerian untuk pengecualian cukai. Selalunya kita akan pilih TIDAK BERKENAAN. Untuk senarai rujukan anda boleh lihat – Adakah saya layak menuntut insentif di bawah seksyen 127?
  • Melupuskan aset dibawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976: Ini berkenaan dengan penjualan aset seperti rumah dan tanah. Jika anda ada menjual sebarang aset ia berkenaan dengan anda. Untuk panduan rujuk sini.
  • Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM: Isikan bahagian ini jika anda menyawab ya pada bahagian diatas. Selain itu abaikan.

Setelah selesai teruskan ke bahagian PENDAPATAN.

5 Lengkapkan Maklumat Berkenaan dengan Pendapatan anda

Klik pada bahagian Pendapatan yang terletak pada bahagian akhir Maklumat Individu.

lokasi butang borang pendapatan

Ini akan membawa anda ke paparan seperti berikut:

borang be jumlah pendapatan

Semasa mengisi bundarkan sen kepada ringgit yang terdekat. Contoh: RM30,000.50 di isi sebagai RM30,000 sahaja.

Anda memerlukan borang EA anda untuk mengisi bahagian ini. Mari kita lihat satu persatu cara mengisi bahagian ini

Pendapatan berkanun penggajian

Maklumat untuk bahagian ini boleh didapati daripada Bahagian B dalam borang EA anda.

Berikut merupakan Bahagian B dalam contoh borang EA:

Borang EA Bahagian B

Jumlahkan kesemua bahagian tersebut. Jumlah akhir masukkan dalam ruangan Pendapatan berkanun penggajian.

Bilangan penggajian

Anda boleh rujuk Bahagian B Nota Penerangan untuk bahagian ini.

(Nota diatas disenaraikan dalam senarai carian borang & nota LHDN)

Terdapat juga butang Nota penerangan yang boleh anda klik pada bahagian bawah sekali borang be anda.

Bilangan penggajian bermaksud berapa jumlah majikan yang mengaji anda pada tahun taksiran yang di isi.

Contohnya dalam tahun 2019 anda berkerja dengan 3 buah syarikat. Oleh itu bilanggan penggajian adalah 3.

Jika cuma 1 syarikat isi 1.

Anda boleh rujuk nota perenggan bahagian B berikut berikut:

Bahagian B nota perenggan

Pendapatan berkanun sewa

Isikan bahagian ini jika anda mempunyai pendapatan daripada aktiviti @ perniagaan sewa menyewa seperti berikut:

  • Sewa rumah
  • Sewa rumah kedai
  • Sewa tanah
  • Sewa loji
  • Sewa mesin
  • Perabot

Dan yang sewaktu dengannya.

Masukkan jumlah akhir untuk semua pendapatan sewa untuk tahun yang dilaporkan.

Pendapatan berkanun faedah, diskaun, royalti…

Untuk bahagian pendapatan berkanun faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan atau keuntungan lain penerangannya adalah seperti berikut:

  • Faedah: Faedah (Interest/bunga) daripada wang yang disimpan @ dilaburkan dalam mana-mana institusi. Kecuali institusi yang disenaraikan disini.
  • Diskaun: Pendapatan daripada urus niaga pendiskaunan yang melibatkan bil perbendaharaan, bil pertukaran atau nota janji hutang.
  • Royalti: Pendapatan daripada penggunaan hakcipta terpelihara @ paten. Sebagain jumlah pendapatan daripada royalti dikecualikan daripada cukai. Anda boleh rujuk disini.
  • Premium: Pendapatan premium seperti insuran.
  • Pencen: Cukai hanya dikenakan pada mereka yang pencen awal (kurang daripada 55 tahun) atau mendapat lebih daripada 2 gaji pencen.
  • Anuiti: Pendapatan daripada wasiat.
  • Bayaran berkala: Bayaran lain-lain yang diterima berulang kali pada masa tertentu

Selain itu anda boleh melaporkan pendapatan sampingan di sini (Kerja sambilan, tulisan, dan sebagainya).

Jumlahkan kesemuanya dan masukkan jumlah akhir pada ruangan yang disediakan.

TOLAK: Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan
Isi bahagian ini jika anda pernah menderma atau membuat kebajikan. Walaubagaimana pun ia mesti mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan.

Antara jenis derma, hadiah dan sumbangan ialah:

  • Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan
  • Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan
  • Hadiah wang bagi aktiviti sukan
  • Hadiah wang atau sumbangan kos bagi projek berkepentingan
  • Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan
  • Hadiah kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan
  • Sumbangan untuk kemudahan awam dan kepada orang kurang upaya
  • Sumbangan untuk kos perubatan untuk man-mana badan kesihatan
  • Lukisan kepada balai seni

Jumlahkan kesemuanya dan isikan dalam ruangan yang disediakan.

Ansuran Potongan Cukai Bulanan PCB…

Bahagian ini merekodkan ansuran potongan cukai bulanan yang telah dibayar kepada LHDNM – Potongan yang dibuat daripada gaji bulanan anda.

Untuk ruangan ini, pihak LHDNM telah sedia mengisi jumlah cukai yang mereka terima. Pastikan jumlah tersebut sama dengan apa yang tertera di dalam borang EA anda.

Jika terdapat perbezaan dapatkan kepastian daripada pihak majikan anda. Rujukan utama anda adalah jumlah potongan cukai yang dicatatkan dalam borang EA anda.

Pendapatan bukan penggajian bagi tahun kebelakangan yang belum dilaporkan

Jika terdapat sebarang pendapatan (bukan gaji) untuk tahun-tahun sebelumnya (selain daripada tahun yang dilaporkan) yang belum dilaporkan boleh letakkan dalam bahagian ini.

Setelah selesai mengisi kesemua bahagian dalam bahagian ini pergi ke bahagian seterusnya iaitu bahagian pelepasan.

6 Lengkapkan Maklumat untuk Pelepasan

efiling pelepasan

Ini termasuk rebat, tolakan cukai dan pelepasan cukai.

Bahagian ini agak panjang sedikit. Adalah baiknya jika anda menyediakan dahulu semua perkara yang akan diminta sebelum ke borang e-Filing yang sebenar.

Mari kita mulakan.

1. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa

Had potongan untuk bahagian ini adalah RM5,000 dan ibu bapa mestilah tinggal di Malaysia.

Tuntutan mestilah disokong oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Terdapat rekod bertulis daripada pengamal perubatan (doktor) yang menyatakan ibu atau bapa memerlukan rawatan perubatan.

Jika ada mengambil khidmat penjaga, mestilah mempunyai bukti akuan bertulis daripada penjaga tersebut (suami/isteri, anak atau diri anda tidak dikira sebagai penjaga)

Antara perbelanjaan perubatan yang layak dalam kategori ini adalah:

  • Rawatan perubatan dan juga penjagaan
  • Rawatan gigi (cabut, tampal, perbersihan karang gigi)

Nota: rawatan kosmetik tidak termasuk dalam bahagian ini.

2. Ibu dan Bapa

Individu yang layak untuk menuntut pelepasan pada bahagian ini mestilah:

  • Anak kandung atau anak angkat yang sah.
  • Anda tidak menuntut untuk ruangan perbelanjaan rawatan, keperluan khas untuk ibu bapa
  • Ibu atau bapa berumur 60 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun dan tinggal di Malaysia.

Had pelepasan untuk bahagian ini adalah RM1,500 untuk ibu dan RM1,500 untuk bapa.

Jika kesemua adik beradik menuntuk pelepasan, had pelepasan mestilah dibahagi rata dengan jumlah bilangan individu yang menuntut.

3. Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami/isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya.

Pembelian alat sokongan seperti mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu dan alat pendengaran untuk diri sendiri, pasangan sah, anak dan ibu bapa.

Had potongan yang dibenarkan adalah RM6,000.

4. Individu kurang upaya

Pelepasan tambahan diberikan kepada golongan individu kurang upaya dengan had sebanyak RM6,000.

5. Yuran pendidikan sendiri

Jika anda sedang mengikuti pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran atau kelayakkan diri anda layak untuk menuntut pelepasan sehinggan RM7,000.

Institusi atau badan profesional tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Contoh pendidikan:

  • Peringkat sarjana atau doktor falsafah.
  • Pendidikan tertieri selain daripada sarjana dan Doktor falsafah – bidang perundangan, perakaunan, kewangan islam, teknikal, vokasional, industri, teknologi…

6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit sukar diubati atas diri sendiri, suami/isteri dan anak.

Ini merujuk kepada penyakit seperti:

  • AIDS
  • Parkinson
  • Barah
  • Penyakit buah pinggang
  • Leukimia
  • Serangan jantung
  • Pulmonari hyper tension
  • Penyakit hati kronik
  • Hepatitis
  • Trauma kepala
  • Defisit neurologikal
  • ketumbuhan otak
  • Kecacatan pembuluh darah
  • Melepuh @ melecur keterlaluan
  • Pemindahan organ
  • Pemotongan tangan / kaki

Had pelepasan adalah sebanyak RM6,000 (ini termasuk RM500 perbelanjaan perubatan pada bahagian berikutnya).

7. Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami/isteri dan anak

Sebarang pemeriksaan perubatan untuk diri sendiri, pasangan sah dan juga anak dengan had sebanyak RM500.

8. Gaya hidup – perbelanjaan untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak

Pelepasan untuk kategori gaya hidup dengan had sebanyak RM2,500 untuk diri sendiri, pasangan yang sah dan juga anak.

Kategori ini termasuklah:

  • Pembelian buku, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan yang serupa – Dalam bentuk hardcopy atau softcopy dan tidak termasuk bacaan terlarang (bacaan dewasa dan sebagainya).
  • Pembelian komputer, laptop, smartphone atau tablet – bukan untuk tujuan perniagaan.
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan dan bayaran gimnasium – senarai penuh boleh rujuk di sini (senarai boleh dan tidak boleh).
  • Bayaran bil bulanan internet – Bil mestilah didaftarkan atas nama sendiri.

Rujukan tambahan: Akta Pembangunan Sukan

9. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah.

Pelepasan cukai ini khas untuk para wanita yang mempunyai anak berumur kurang dari 2 tahun, tinggal di Malaysia dengan had pelepasan sebanyak RM1,000.

Pelepasan ini hanya layak dituntut bagi taksiran persendirian (wanita) atau taksiran bersama atas nama isteri sahaja. Jika anda melakukan taksiran bersama atas nama suami, anda tidak layak untuk memohon pelepasan ini.

Para wanita boleh mengambil pelepasan ini sekali dalam setiap 2 tahun sahaja.

Antara peralatan yang termasuk dalam kategori ini adalah:

  • Kit pam susu dan pek ais
  • Koleksi dan peralatan penyimpanan susu ibu
  • Set atau beg pendingin

9. Yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak/tadika yang berdaftar

Pelepasan sebanyak RM1,000 untuk anak yang berumur 6 tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan atau tadika yang berdaftar.

Had pelepasan hanya RM1,000 walaupun anak yang memenuhi syarat bahagian ini lebih daripada satu.

Siapa yang boleh menuntut pelepasan ini?

Kesemua jenis taksiran dengan syarat tidak melebihi RM1,000. Jika anda memilih taksiran berasingan, tuntutan boleh dibuat ke atas anak yang sama dengan syarat setiap tuntutan tidak melebihi RM1,000.

Nota: Tuntutan untuk bahagian ini juga boleh dibuat oleh individu yang telah bercerai ke atas anak yang sama.

10. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Jika anda ada membuat simpanan ke tabung SSPN anda boleh memohon pelepasan dalam bahagian ini dengan had sebanyak RM6,000.

Potongan yang dituntut hanya sah untuk simpanan bersih pada tahun yang dilaporkan setelah ditolak dengan pengeluaran pada tahun yang sama.

Sebagai contoh:

  • Baki awal simpanan pada tahun 2017 adalah = RM10,000
  • Jumlah simpanan pada tahun 2017 = RM5,000
  • Jumlah pengeluaran pada tahun 2017 = RM500
  • Jumlah pelepasan yang boleh dituntut adalah: Simpanan – pengeluaran pada tahun 2017 = RM5,000 – RM500 = RM4,500.

11. Suami / isteri / bayaran alimoni kepada bekas isteri

Pelepasan bahagian ini boleh dituntu jika pasangan anda (suami/isteri yang sah) tidak mempunyai punca pendapatan.

Suami juga boleh menuntut pelepasan ini jika untuk bekas isteri dengan dengan syarat mempunyai bukti perjanjian pembayaran rasmi.

Had pelepasan untuk bahagian ini adalah sebanyak RM4,000.

12. Anak

Dalam bahagian Anak ada 3 bahagian iaitu: Anak dibawah 18 tahun, Anak atas 18 tahun dan masih belajar dan anak kurang upaya.

Untuk setiap bahagian tersebut anda boleh memohon pelepasan sama ada dengan 100% kelayakan atau 50% kelayakan sahaja.

Untuk 100% kelayakkan, individu yang menuntut mestilah suami isteri yang sah. Jika anda memilih taksiran berasingan, anak yang sama boleh dituntut sekali sahaja.

Contoh: Mat mempunyai 3 orang anak. Mat menuntut pelepasan untuk 2 orang manakala isterinya menuntut pelepasan untuk seorang sahaja.

Untuk 50% kelayakkan, 2 atau lebih individu boleh menuntut hak ke atas yang sama. Individu yang menuntut tinggal berasingan (atau telah bercerai).

Bagi anak yang berumur 18 tahun kebawah (dan belum berkahwin) had pelepasan adalah RM2,000 seorang.

Bagi anak yang berumur 18 tahun keatas, belum berkahwin dan sedang mengikuti apa-apa kursus pendidikan sepenuh masa had pelepasan adalah sebanyak RM2,000 seorang.

Jika anak anda berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan sedang mengikuti kursus seperti:

  • Pengajian diploma, ijazah dan ke atas di institusi dalam Malaysia (tidak termasuk pra-U atau program matrikulasi)
  • Pengajian ijazah dan ke atas untuk institusi luar Malaysia
  • Atau sebarang institusi pengajian tinggi yang di iktiraf oleh pihak berkuasa / kerajaan

Anda layak untuk memohon pelepasan sebanyak RM8,000 seorang.

Untuk anak kurang upaya, anda layak memohon pelepasan dengan had RM6,000 seorang dengan syarat anak tersebut belum berkahwin.

Jika anak kurang upaya sedang mengikuti pengajian tinggi seperti yang dinyatakan di atas, berumur 18 tahun ke atas dan belum berkahwin, had pelepasan adalah RM14,000 seorang.

13. Insuran nyawa dan KWSP

Had pelepasan untuk bahagian ini adalah RM6,000.

Ini termasuk hasil tambah kedua-dua: Insuran nyawa + potongan epf (KWSP).

Untuk insuran nyawa hanya bayaran untuk suami dan isteri sahaja boleh dituntut. Insuran nyawa untuk anak tidak dibenarkan untuk pelepasan bahagian ini.

Nota: Untuk maklumat berkenaan jumlah caruman EPF (KWSP) anda boleh rujuk bahagian E dalam borang EA anda.

14. Skim Pensaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh

Had pelepasan untuk bahagian ini adalah RM3,000.

Jika anda ada mengambil Skim Pensaraan Swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan juga bayaran premium anuiti tertangguh, anda layak untuk memohon pelepasan pada bahagian ini.

15. Insuran pendidikan dan perubatan

Had pelepasan untuk bahagian ini adalah RM3,000.

Pelepasan termasuk insuran yang dibayar atas polisi pendidikan atau perubatan untuk didi sendiri, pasangan dan juga anak.

16. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Had pelepasan untuk bahagian ini adalah sebanyak RM250.

Nota: Untuk maklumat berkenaan jumlah caruman PERKESO anda boleh rujuk bahagian E dalam borang EA anda.

17. Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai

  • Zakat dan Fitrah – Merujuk kepada bayaran yang telah anda buat
  • Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) – Pendapatan yang dikecualikan daripada cukai seperti Unit Trust. Sila rujuk seksyen 110 (mukasurat 320) pada document ini (akta cukai). Memerlukan anda mengisi borang HK6 manual.
  • Pelepasan cukai seksyen 132 dan 133 – Seksyen 132 merujuk kepada kepada pendapatan dari Malaysia yang mana dikenakan cukai di Malaysia dan juga luar Malaysia. Seksyen 133 pula merujuk kepada potongan cukai satu negara sahaja. Sila rujuk seksyen berikut pada mukasurat 350 dalam dokumen ini (akta cukai).

Setelah selesai mengisi semua bahagian ini pergi ke bahagian seterusnya dengan menekan butang “Rumusan” yang terletak pada bahagian bawa sekali.

7 Lihat Rumusan

Ruangan ini merumuskan pencukaian dan juga pelepasan yang dikenakan pada anda.

rumusan efiling 2019

Lihat pada bahagian paling bawah untuk melihat sama ada anda harus membayar atau anda akan dibayar lebihan cukai.

Jika terdapat jumlah tertulis pada ruangan “LEBIHAN BAYARAN TAHUN TAKSIRAN 201X” bermakna anda akan menerima semula wang tersebut (akan di bank in dalam akaun yang anda daftar).

lebihan bayaran efiling 2019

Klik pada butang teruskan untuk pergi ke bahagian yang seterusnya.

8 Tandatangan dan hantar taksiran

Paparan seperti berikut akan muncul:

borang akuan pengesahan benar borang be lhdn

Secara ringkasnya bahagian ini merupakan akuan sumpah yang mengatakan bahawa anda telah mengisi taksiran dengan jujur dan sekiranya tidak jujur anda bersedia untuk menerima sebarang penalti yang ditetapkan.

Untuk mengesahkan dan menghantar taksiran anda perlu klik butang Tandatangan & Hantar yang terletak pada bahagian bawah akuan.

Paparan notifikasi akan muncul (jika terdapat lebihan pembayaran cukai), tekan OK untuk meneruskan.

Notifikasi-email-dan-no-akaun-bank

Paparan Tandatangan akan muncul seperti berikut:

Tandatangan borang lhdnm

Masukkan no kad pengenalan (tanpa jarak atau sengkang) dan juga kata laluan anda sebagai bukti ‘tandatangan‘.

Paparan pengesahan penerimaan akan muncul.

Ini mengesahkan bahawa borang taksiran cukai anda sudah berjaya dihantar dan diterima oleh pihak LHDNM.

Terdapat beberapa butang pilihan yang disediakan pada bahagian ini. Anda boleh simpan dan juga cetak keluar borang pengesahan tersebut.

Seterusnya klik pada butang “Keluar Exit” pada bahagian bawah untuk keluar.

Paparan terakhir adalah seperti berikut:

Paparan makluman berjaya dihantar

Dengan munculnya paparan diatas bermakna pengisian borang taksiran cukai anda sudah selesai.

Nota: Bahagian Semakan pengesahan terletak di bawah bahagian e-filing. Login akaun anda untuk lihat bahagian ini:

bahagian semakan pengesahan
Bahagian semakan pengesahan dalam akaun lhdn anda

Bahagian Maklumat Tambahan Berkenaan ezHASiL

Bahagian ini mengumpulkan panduan yang mungkin membantu anda untuk mengisi borang taksiran cukai.

Bacaan tambahan

  • Penerangan LHDN bagi setiap perkara yang terdapat dalam borang e-Filing: Nota Penerangan BE.

Bagaimana nak ubah jika tersilap isi?

Part ini yang betul-betul kita mahu elakkan.

Jika tersilap isi anda kena membuat surat makluman terperinci tentang kesilapan tersebut serta menyertakan dokumen sokongan contohnya resit pembelian dan sebagainya.

Surat tersebut perlu dikemukakan ke cawangan LHDN yang terdekat. Anda kena hadir dan bawah surat tersebut.

Berapa lama tempoh bayaran balik cukai?

Bayaran balik cukai akan dibuat jika pemotongan terlebih daripada jumlah yang sepatutnya. Bayaran akan dibuat terus kepada bank anda yang didaftarkan dengan LHDNM.

Menurut LHDNM, bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas anda mengisi borang taksiran cukai anda.

tempoh masa pembayaran balik lebihan potongan cukai

Ini bermaksud dalam masa 30 hari selepas anda menghantar borang tersebut, lebihan cukai akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

Dalam rekod saya pada tahun lalu, LHDNM mengambil masa 13 hari untuk membayar semula (lebih kurang 2 minggu).

Pengecualian cukai faedah: Senarai institusi terlibat

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut adalah dikecualikan cukai:

  • Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau yang disifatkan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan;
  • Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
  • Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002;
  • Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995;
  • Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
  • Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016; dan
  • Koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

Jumlah pengecualian cukai untuk pendapatan royalti

  • Penerbitan hasil seni, rakaman pita dan cakera: RM10,000
  • Penterjemahan buku dan karya sastera: RM12,000
  • Penerbitan karya kesusasteraan, lukisan asli, gubahan muzik: RM20,000

Untuk sebarang pertanyaan lanjut

Untuk pertanyaan mendalam / lebih lanjut yang mana tidak terjawab dalam post ini anda boleh rujuk terus kepada pihak lhdn menggunakan sistem chat & pilihan faq mereka.

Fungsi ini terletak pada sebelah kanan paparan browser anda:

sistem chat lhdn

Kongsikan jika panduan ini bermanfaat @ membantu anda!

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. RN says

    March 26, 2018 at 12:34 pm

    Terima kasih atas perkongsian yang paling lengkap saya jumpa. Jzzk

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 28, 2018 at 9:02 am

      Terima kasih juga.

      Reply
  2. RS says

    April 4, 2018 at 5:58 pm

    Terima kasih atas maklumat yang diberi.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 5, 2018 at 8:50 am

      Sama-sama…

      Reply
    • Nurul Amira Khairudin says

      October 20, 2019 at 7:08 pm

      macam mana kalau tersalah masuk amount cukai pendapatan ye ? sbb dah tekan submit tak boleh nak edit balik .

      Reply
  3. Ezuan Hafiz says

    April 18, 2018 at 5:38 pm

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    macam mane kalau terlupa isi pendapatan berkanun??

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 22, 2018 at 1:45 pm

      Tak lengkap tu. Pendapatan berkanun bahagian penting. kena isi semula.

      Reply
      • karen says

        April 5, 2021 at 12:11 pm

        macam mana isi semula? saya terlupa isi semula tapi telah submit ermm fist time isi..

        Reply
  4. bamanx says

    April 21, 2018 at 9:21 pm

    Terima kasih tuan untuk penerangan secara “step-by-step”, sangat membantu untuk yang “newbie” macam saya. Hehehe

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 22, 2018 at 1:47 pm

      Sama-sama…gembira dapat membantu.

      Reply
  5. hafiz razak says

    April 22, 2018 at 1:02 pm

    terima kasih daun keladi.. thn dpn jgn lupa kongsi lagi…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 22, 2018 at 1:48 pm

      Sama-sama. Sudah pasti. Akan diperbaharui selepas budget diumumkan nanti..

      Reply
  6. Doshann says

    April 30, 2018 at 1:42 am

    Thanks B.L. Joseph and all in the effort.

    Was very helpful!

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 1, 2018 at 1:23 pm

      Thanks Doshann. Im happy this would be of any help. Keep coming back next year!

      Reply
  7. ROSMALAILI says

    April 30, 2018 at 9:48 am

    Utk pelepasan cukai bg langganan internet, boleh ke ambilkira langganan internet bg talian telefon bimbit (postpaid)?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 1, 2018 at 1:25 pm

      Ya jika saudari dapat mengemukakan bukti (apa-apa bukti yang sah untuk menyokong perbelanjaan tersebut).

      Reply
      • Syaz says

        April 29, 2022 at 11:39 am

        Macam mana nak sertakan resit langganan internet sebagai bukti dalam efilling ?

        Reply
  8. SALIM BIN JAMALUN says

    November 29, 2018 at 7:32 pm

    hai tuan, terimakasih banyak2 penerangan yg sgt membantu kami sbgai newbie.. semoga sihat dn terus berkongsi..

    Reply
  9. mamat says

    March 5, 2019 at 4:26 pm

    Hai Tuan.. Bila masanye kita perlu kemukakan bukti-bukti perbelanjaan..satu lagi..bil terkumpul setahun atau sebulan jek yang boleh perlepasan

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 6, 2019 at 2:46 pm

      Hello juga tuan. Bukti perlu dikemukakan jika kita ‘bertuah’ dan ‘dipilih’ oleh pihak lhdn untuk sesi soal jawab. Bil terkumpul setahun ya tuan. Jumlahkan.

      Reply
  10. Ali says

    March 6, 2019 at 1:13 pm

    Terima kasih atas perkongsian.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 6, 2019 at 2:47 pm

      Sama-sama…

      Reply
  11. miraj says

    March 6, 2019 at 6:10 pm

    salam tuan…andaikata kita ‘bertuah dan ‘dipilih’ oleh pihak lhdn dan pada masa itu bukti dan resit tidak dapat disediakan…apa tindakan lhdn yg paling2 amat ditakuti bagi pembayar cukai??…dan terima kasih atas info tuan yg paling lengkap berkenna e filing…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2019 at 9:11 am

      Bayaran denda tuan..

      Reply
    • Shea hui si says

      April 30, 2021 at 4:32 pm

      Kenapa perlu tarikh kelulusan menteri kalau kerja kepakaran???

      Reply
  12. fuad says

    March 12, 2019 at 11:56 am

    kalau bonus , kena isi di bahagian mana ?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2019 at 9:09 am

      Kalau tak silap totalkan semua dalam jumlah pendapatan

      Reply
      • asz says

        April 20, 2020 at 11:40 pm

        nak tanya, if bonus, sepatutnya x perlu dikenakan cukai ke?
        cth : time bonus, cukai kena tolak hampir RM900.. yg ni nak mcm mn ya?

        Reply
        • B.L. Joseph says

          May 7, 2020 at 5:49 pm

          Kalau tak silap bonus memang dikenakan cukai…

          Reply
  13. Danny Yong says

    March 15, 2019 at 11:42 pm

    Hi B.L.Joseph, i quite confuse regarding item no:12 ( Anak ). i have 2 sons, one still studying in secondary school & another is over 18 and studying in university. so total how much can deduct from income tax? thanks.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2019 at 9:16 am

      Hi danny, total should be 10k. 2k for secondary school and another 8k for the university.

      Reply
  14. Kris says

    March 16, 2019 at 10:58 am

    Thank you very B.L. Joseph. Your article has been very helpful. Thank you.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2019 at 9:11 am

      You’re welcome. Glad it help..

      Reply
  15. Hakim says

    March 16, 2019 at 3:50 pm

    Thanks sharing this info..👍

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2019 at 9:13 am

      No problem 👍. and oh, really appreciate if you can share it..thanks

      Reply
  16. aiya says

    March 25, 2019 at 1:47 pm

    terima kasih . sangat membantu . rupanya selama ni salah .. patot asik kene bayar balik . terima kasihh …

    Reply
  17. Logini says

    March 26, 2019 at 1:23 pm

    Thanks for sharing. This was very very helpful!!

    Reply
  18. Amira says

    March 27, 2019 at 12:10 pm

    Jika langganan internet telefon bimbit prepaid juga boleh diambil kira?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 9, 2019 at 2:27 pm

      Jika dapat mengemukakan sebarang bukti/rekod, boleh diambil kira…

      Reply
  19. Dee says

    March 28, 2019 at 11:27 am

    Thank you for info ^_^

    Reply
  20. Indu says

    March 30, 2019 at 4:38 pm

    Thanks a lot for the useful info! Why there’s no ‘Faedah pembelian rumah’ this year?

    Reply
  21. Fatz467 says

    April 2, 2019 at 1:21 pm

    Sangat lengkap. Terima kasih. Bookmarked.

    Reply
  22. fara says

    April 3, 2019 at 5:00 pm

    Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami/isteri dan anak termasuk rawatan kosmetik tak?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 9, 2019 at 2:25 pm

      Tidak termasuk rawatan kosmetik…

      Reply
  23. Ben says

    April 8, 2019 at 6:54 pm

    So mobile internet plan (postpaid) is claimable right? If i have 2 numbers both under my name and have mobile internet plan, can i claim for both?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 9, 2019 at 2:29 pm

      As long as it doesn’t go beyond the limit specified, supposed can be claimed..

      Reply
  24. ros says

    April 13, 2019 at 2:12 am

    saya mempunyai 4 anak di bawah umur 18 tahun. utk tahun2 lepas saya menuntut pelepasan untuk 4 orang anak. boleh atau tidak n bagaimana cara jika saya hendak menuntut pelepasan 2 orang anak dan suami menuntut pelepasan 2 org anak.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 18, 2019 at 12:30 pm

      Boleh…hanya perlu pilih cukai secara berasingan, kemudian dalam bahagian anak dalam tanggungan isikan 4 orang dalam bahagian 50%…

      Reply
  25. fariz says

    May 15, 2019 at 12:25 am

    Terimakasih Tuan, atas perkongsian. Sangat sangat membantu . semoga ilmu bermanfaat ini berguna dan berpanjangan.. jzzk

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 17, 2019 at 8:43 am

      Sama-sama tuan, terima kasih juga…

      Reply
  26. naim says

    September 19, 2019 at 4:32 pm

    Bos…..kalau kerja sendiri tapi pendapatan tidak tetap bawah rm2000 kene daftar lhdn jugak ke?…..tq bos

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 18, 2019 at 1:17 am

      Rasanya tak perlu kalau bawah RM2K…

      Reply
  27. Wan says

    November 1, 2019 at 10:45 pm

    Jika suami isteri bekerja, elok taksiran bersama ke atau asing ya?

    Reply
  28. MOHD NORHAN BIN MOHD HANIF says

    March 4, 2020 at 12:29 pm

    Terimakasih Tuan, atas perkongsian. Sangat sangat membantu . semoga ilmu bermanfaat ini berguna dan berpanjangan.. jazakallah..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 8, 2020 at 9:20 am

      Sama-sama tuan. gembira dapat membantu.

      Reply
  29. Sonia says

    March 10, 2020 at 6:49 am

    Im so stress, last night i tersubmit terus but i cannot press back.. when i check i have to pay RM800plus to LHDN.. i dunno what to do.. how do i resubmit back 🙁 please help

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 11, 2020 at 9:51 pm

      Unfortunately, once submitted you canot pull it back online. But you can still go to nearest lhdn branch. Write a letter (Surat Makluman) and bring it to them together with any support document.

      Reply
  30. Saiful says

    March 11, 2020 at 11:34 am

    Tuan.. Macam mana nak buat pindaan borang yang telah disubmit kerana salah isi jumlah pendapatan / penggajian berkanun?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 11, 2020 at 9:44 pm

      Tuan, kalau tersilap dan memang sudah sah dihantar kena buat surat makluman..berserta dengan bukti. Kemudian bawah ke cawangan LHDN terdekat. Tak dapat buat online…

      Reply
  31. Blues says

    March 14, 2020 at 6:22 pm

    Trima kasih..sangat membantu..kerna sebelum ni saya pernah tersalah isi dah terpaksa ditolak gaji kerugian rm2k lebey..nak refund balik kerja yg leceh dan after audit 3 months baru dapat..tapi benda tak settle2 lagi sebab supporting doc.ada yg takda.so hati2 isi form guys..jgn ingat nak refund n keuntungan sahaja..

    Reply
  32. aida says

    April 4, 2020 at 11:01 am

    Terima kasih atas perkongsian lengkap efilling ini.

    Harap tuan dapat update info berkaitan efilling 2019 pasca covid-19

    Terima kasih sekali lagi, semoga tuan dimurahkan rezeki selalu.
    Aamiin.

    Reply
  33. Chong says

    April 5, 2020 at 9:08 pm

    Thanks for your sharing!

    Reply
  34. jw says

    April 11, 2020 at 2:53 pm

    thank you so much

    Reply
  35. Fardiah says

    April 14, 2020 at 4:30 pm

    Kalau tersilap isi tp dh proceed hantar camne ye? Sbb time ni line tenet slow n loading lama..nk klik back tp terklik lain..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 16, 2020 at 5:37 pm

      Kalau memang dah terhantar, dah keluar confirmation submit memang tak boleh nak ubah lagi. Ikut prosedur asal LHDN, kena pergi ke cawangan LHDN terdekat dan bawah semua document bukti. Tapi masa berkurung ini saya tak pasti pula, cuba hubungi mereka.

      Reply
  36. Fardiah says

    April 16, 2020 at 5:54 pm

    Baklah.tq. Saya dah pun berhubung dengan pegawai Lhdn. Saya kna isi borang secara manual dan serahkan bukti doc berkaitan melalui emel dan selesai PKP baru ge ke ofis Lhdn bersama doc asal.

    Reply
    • nasri says

      December 25, 2020 at 1:32 pm

      nak tanya macam mana nak ambil borang secara manual ya?saya pun macam awk.mohon info.terimakasih

      Reply
  37. Zue says

    April 17, 2020 at 4:44 pm

    LHDN dah buat bayaran balik ke? sbb saya claim 2/3 sampai skrg tak masuk..tahun2 sebelum ni dlm 1-2 minggu sudah masuk..ke lambat sbb PKP?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 18, 2020 at 10:56 pm

      Agak lambat sedikit mungkin…claim saya pun 16 hari baru masuk..

      Reply
  38. Suraya says

    April 29, 2020 at 11:03 pm

    Terima kasih tuan. Untuk first timer macam saya, memang saya rujuk sini lengkap info!

    Reply
  39. Raushan says

    May 4, 2020 at 11:20 am

    Klau borang EA drp majikan sye hilang camne ye?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 7, 2020 at 5:48 pm

      Boleh minta dekat majikan. Selalunya mereka ada simpan copy.

      Reply
  40. Rani says

    May 7, 2020 at 2:59 am

    Thank u

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 7, 2020 at 5:45 pm

      Welcome!

      Reply
  41. Angela says

    May 12, 2020 at 1:48 pm

    Hi, can i claim if i pay for my siblings (books uniforms etc)?
    does the all the resits need to have my name on it, like if buy flu pills from pharmacy all they dont include name i think….
    also buying clothes all cannot claim ah? my salary just reached the criteria to pay tax so im abit clueless..TQ ya

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 13, 2020 at 8:09 pm

      Of course you can. If you have the receipts means you own it (given the value inside match with your tax). For clothes, if that types of clothes related to sport i think that should be okay to claim.

      Reply
  42. Capa says

    May 14, 2020 at 11:28 pm

    Hi Joseph. Very useful step-by-step guide!

    I’m confused between ‘Ibubapa’ and ‘Ibu dan bapa’ under the Perbelanjaan Perubatan dan Penjagaan section. What exactly is the difference? In my case my dad has passed on and I wish to claim for relevant med bills for mother (I’m the only claimant). So am I entitled to 6K or 1.5K?

    Cheers. Capa

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 17, 2020 at 3:37 am

      You can only claim one section. Either the first one or second. The thing is if you want to claim more must have like support letter. That’s it.

      Reply
  43. Mohd Ridzuan Abdullah says

    May 18, 2020 at 4:45 pm

    Sangat lengkap! Terima kasih!

    Reply
  44. Nur says

    June 17, 2020 at 10:50 am

    pendapatan pencen tu nak letak faedah persaraan yang diterima sahaja ka atau pencen bulanan sahaja atau jumlah kedua-dua? konfius

    Reply
  45. Michael says

    June 19, 2020 at 9:10 am

    have full time working with salary and part time for e-hailing, use which form to submit the e-filling?

    Reply
  46. Din says

    June 22, 2020 at 6:35 pm

    Just submit my 2019 year of assessment..follow your guidelines step by step, and it was a breeze! Tqvm for your guidance.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 22, 2020 at 7:00 pm

      No problem. Glad it help. 👍

      Reply
  47. Chong says

    June 23, 2020 at 5:03 pm

    Thank you for the clear sample for e-filing.
    I need your help urgently, I and my husband use to filed separately. Now my husband had not working since 2019 till now. Can I choose No. 4 for item A6 (diri sendiri pasangan tiada punca pendapatan 2019).
    Thanks

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 23, 2020 at 6:43 pm

      Hi, if you husband not working for the whole 2019 then suppose you can choose pasangan tiada punca pendapatan…

      Reply
  48. Kandasamy says

    September 15, 2020 at 12:12 pm

    Dear sir tq for sharing this useful info.
    However i never done any be online before. All the while the co pay the tax n gave me the ea form every year.
    So im puzzle of creating this on line form. Kindly help me.
    Tnk you..

    Reply
  49. Kandasamy says

    September 15, 2020 at 12:13 pm

    *Fill up the online be form

    Reply
  50. Andryno Payer says

    January 13, 2021 at 5:21 pm

    nilai pampasan kerana hilang pekerjaan, di mana nak isi dalam e-filing?

    Reply
  51. Zety says

    February 28, 2021 at 2:51 pm

    Hi thanks for the info. But quite confused for all amount eg langganan internet and all,its a monthly or yearly amount ya?and for supporting doc eg i bought smartphone,how to attach the bill? Thanks 🙂

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 1, 2021 at 8:34 am

      Hi, all yearly amount in total. For supporting document you only need to prepare it just in case you’ll be the lucky one chosen for audit. They do it randomly.

      Reply
  52. Zek says

    March 5, 2021 at 6:13 am

    I tersilap isi bahagian claim tanggungan ibu bapa, coz tak perasan syarat umurnya 60 tahun ke atas. Memang perlu manually update ke? Ape consequence kalau request utk buat pindaan balik ye? Klau x buat pulak ape akibat dy? Pls help.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 5, 2021 at 10:22 pm

      Sebarang perubahan kena buat secara manual. Kalau tak silap untuk buat sebarang pindaan kita kena sertakan dokument sokongan @ yang membuktikan pindaan kita tu. Boleh juga tak buat, tapi kalau nasib kita ‘baik’, kita mungkin akan terpilih untuk audit (pilihan dibuat secara rawak), masa tu kina kena berikan bukti-bukti terutamanya resit-resit dan sebagainya.

      Reply
    • Jiha says

      March 18, 2021 at 9:12 am

      Hi, untuk pengetahuan, kalau bahagian pelepasan tersilap, boleh amend pada option e-kemaskini pelepasan. Buat online je.

      Tapi kalau tersilap bahagian pendapatan, kena pergi ofc lhdn.

      Reply
      • B.L. Joseph says

        March 22, 2021 at 7:50 pm

        Thanks banyak penjelasanya Jiha.

        Reply
      • Lala says

        March 30, 2021 at 2:19 am

        Hi Jiha, macam mana nak amend pelepasan by e-Kemaskini ye? Sebab saya try bukak e-Kemaskini tu, dia pergi balik dekat Semakan Pengesahan. Saya tengok panduan dekat myhasil tu dia inform akan terus pergi ke page pelepasan lepas kita click e-Kemaskini Pelepasan. Mohon bantuan yee.

        Reply
  53. Rahimi Zailanni says

    March 5, 2021 at 7:09 pm

    Salam. Terima kasih buat panduan ni. Nak tanya. saya diberhentikan kerja bulan 7 tahun 2020. dah buat pelepasan cukai sbb dpt pampasan. kemudian saya kerja sendiri sebagai freelance. sy tnya kaunter lhdn depa kata sy kena buat jugak cukai pendapatan dari bulan 8 sampai bulan 12 tahun 2020.

    Kalau tak ada borang EA macam mana ya? Saya ada register nama saya di SSM untuk buat kontrak dengan syarikat yg sy buat freelance.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 5, 2021 at 10:19 pm

      (Cadangan sahaja) – Yang kerja hingga bulan 7 tu ada EA form tak? Kalau ada buat yang setakat itu sahaja. Freelance tu mungkin boleh kira sebagai pendapatan sampingan. Kalau nak report, tak silap ada bahagian dalam efiling berkenaan pendapatan tambahan…

      Reply
  54. Farah says

    March 9, 2021 at 2:49 pm

    Hi, I nak tanya.. dalam EA for utk item F jika ade jumlah elaun/perkuisit/pemberian/manfaat yang dikecualikan cukai.. dekat mana kite boleh key in utk pengecualian tax dalam e-filling. Mohon bantuan/pencerahan..

    Reply
  55. faiz says

    March 9, 2021 at 5:39 pm

    hye. saya rasa no 13 macam salah. Had insurans nyawa + kwsp adalah rm7000 bukan rm6000 kan?

    Reply
    • bell says

      April 12, 2022 at 9:26 am

      amount pelepasan ada limit dan boleh berubah setiap tahun mengikut tahun taksiran

      Reply
  56. muaz says

    March 10, 2021 at 11:49 pm

    if duduk rumah sewa, boleh ke include dalam pelepasan cukai?

    Reply
  57. afzalkhairil says

    March 11, 2021 at 12:03 am

    Bahagian F dalam EA ( Jumlah Elaun/ Perkuisit/Pemberian/Manfaat yang dikecualikan cukai) Adakah boleh dimasukkan di bahagian penolakan cukai di bawah seksyen 110 dan seksyen 132/133?

    Reply
    • Shea hui si says

      April 30, 2021 at 4:39 pm

      Kalau kerja kepakaran, kenapa perlu isi tarikh kelulusan menteri??? Siapa menteri yg luluskan kepakaran malaysia?

      Reply
  58. Hasbullah Saad says

    March 17, 2021 at 12:45 pm

    Tuan, kilang tempat saya kerja telah memberhentikan semua perkerjanya termasuk saya pada bulan April 2020. Mereka telah pon membayar pampasan pada setiap pekerja. Mereka telah pon memberi saya borang EA dan pada seksyen F- Jumlah Elaun/Perkuisit/Pemberian/Menafaat yang dikecualikan cukai di tulis RM 100000. Soalannya
    1) Dimanakah patut saya isikan niali ini dalam boring tafsiran cukai Tahun 2020 saya.
    2) Saya mempunyai 3 orang anak yang masih belajar( bahagian sek menengah, matrik dan ILDP) dan dalam boring EA di nyatakan jumlah pelepasan cukai anak adalah RM24000. Dalam boring tafsiran cukai format lebih detail. bagaimana dan dimana saya nak masukkan nilai tesebut

    Reply
  59. Rachel says

    March 23, 2021 at 1:31 pm

    Hi, saya melanggan pelan internet dan call dalam satu package. Adakah boleh dituntut untuk e-filing? terima kasih.

    Reply
  60. naim says

    April 25, 2022 at 10:21 pm

    ‘Pelaburan yang diluluskan di bawah insentif cukai bagi pelabur mangkin’…. bahagian tu apa saya patut letak? ape maksud dia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2022
  • Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2022
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma di Namecheap September 21, 2022
  • Cara Guna Google Keyword Planner February 22, 2022
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2022 February 1, 2022
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2022] January 24, 2022

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved