• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / November 12, 2017

/ Tips Komputer & Telefon

Format Handphone: Cara Lengkap Backup & Factory Reset Android

format handphone cara factory reset

Mahu format handphone android tapi takut data dan apps anda hilang? Jangan bimbang! Ikuti cara berikut.

Seperti komputer, handphone juga boleh diformat atau istilah lainnya – factory reset.

Tidak kiralah apa jenis handphone – samsung, lenovo, huawei, asus, oppo dan sebagainya, asalkan ia android, cara format telefon hampir sama sahaja.

Setelah selesai format hp, keadaan handphone anda kembali seperti keadaan asal sewaktu anda mula-mula beli dahulu.

Post ini membincangkan panduan lengkap cara nak format handphone bermula dari:

  • Cara buat backup
  • Cara reset/format/factory reset
  • Cara untuk restore semula backup

Teruskan membaca.

Kenapa mahu format handphone?

Dalam kebanyakkan kes, keputusan untuk format handphone ataupun factory reset disebabkan oleh 2 perkara berikut:

  1. Anda ingin menjual atau memberikan handphone tersebut kepada orang lain dan tidak mahu maklumat peribadi terikut sama.
  2. Anda merasakan keupayaan handphone tersebut semakin lemah atau tidak berfungsi seperti asalnya.

Jika anda menjual handphone tersebut, anda perlukan back-up fail dan data anda untuk handphone yang baru.

Jika disebabkan oleh prestasi handphone yang semakin lemah, anda tetap perlukan backup untuk contact no, data dan fail anda.

Tidak kiralah anda mahu memformat handphone atas mana-mana sebab, anda perlu mengetahui cara untuk buat back-up dan cara reset yang betul.

Cara lengkap untuk format handphone

Secara ringkasnya, untuk format handphone, anda perlu lakukan 3 langkah berikut:

  1. Buat backup data anda: Contact no, apps, foto, video, setting, password wifi dan sebagainya
  2. Factory Reset @ Format
  3. Restore kembali backup yang dibuat.

Mari kita lihat satu persatu langkah diatas dengan lebih terperinci.

Langkah 1: Buat Backup Data Handphone Anda

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membuat backup seperti berikut.

Backup data guna Android backup services

Langkah ini akan mengaktifkan Android backup servis dan akan membuat backup untuk semua data anda seperti contact number, setting sistem, apps, password wifi.

Backup dibuat secara automatik ke dalam google drive atas nama akaun google anda. Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan dan menggunakan Android backup services

  1. Buka bahagian setting pada handphone anda.
  2. Pergi ke bahagian System > Backup & resetsetting backup reset
  3. Pilih Back up my databackup my data setting
  4. Tukarkan @ pastikan ia dalam keadaan On
  5. Periksa bahagian Backup account, pastikan ia betul @ akaun google anda.
  6. Pergi ke bahagian Automatic restore (dibawah Backup account), pastikan ia dalam keadaan On, berwarna hijau.

Backup foto dan video guna Google Photos

Foto dan juga video anda tidak dapat dibackup menggunakan Android backup servis sendiri. Ia memerlukan bantuan daripada salah satu lagi apps keluaran google yang dikenali sebagai Google Photos.

Pastikan anda mempunyai apps Google Photos dan juga sambungan internet. WIFI adalah pilihan terbaik kerana aktiviti ini akan memakan data @ bergantung pada jumlah saiz foto pada handphone anda.

  1. Buka aplikasi Google Photos 
  2. Pada bahagian atas, pilih menu 
  3. Pergi ke bahagian Settings > Backup & sync
  4. Pastikan Back up & Sync dalam keadaan aktif, berwarna biru
  5. Pastikan Backup account betul, akaun google anda.
  6. Aplikasi anda akan mula membuat backup.

Process ini mungkin akan mengambil masa jika ini merupakan kali pertama anda melakukannya. Bergantung pada jumlah foto dalam handphone anda.

Jika jumlah foto, video anda terlalu banyak meyebabkan proses backup memakan masa, ataupun anda mempunyai batasan dari segi data internet, anda boleh gunakan cara manual.

Backup foto dan video secara manual

Anda perlukan kabel USB dan juga komputer/Laptop.

  1. Sambung kan handphone anda ke komputer menggunakan kabel USB.
  2. Notifikasi pilihan akan muncul pada handphone anda seperti berikut: pilihan guna sub untuk
  3. Pilih transfer files (MTP). Berikan komputer anda beberapa ketika untuk membuat setting @ mengenali handphone anda.
  4. Pergi ke My Computer  atau This PC pada komputer anda.
  5. Pilihan untuk handphone anda akan muncul. Nama handphone adalah bergantung pada jenis handphone anda.
  6. Klik pada ikon handphone anda.
  7. Pilih Internal Storage > DCIM. Senang cerita, copy semua fail yang ada dalam DCIM ke dalam komputer anda.

Backup data foto dan video untuk apps

Hampir kesemua aplikasi android sekarang mempunyai fungsi backupnya sendiri. Contohnya aplikasi WhatsApp. Jika tiada pun, kesemua fail jenis gambar atau video boleh dibackup menggunakan aplikasi Google Photos.

Jika anda tidak berpuas hati atau bimbang, anda boleh melakukan backup secara manual seperti berikut.

  1. Ulang semula langkah backup foto dan video secara manual dari langkah 1 hingga 6.
  2. Cuba periksa fail yang berkaitan dengan mana-mana aplikasi yang anda gunakan dan copy fail gambar atau video untuk backup.
  3. Contohnya untuk aplikasi CamScanner, pilih fail CamScanner dan copy fail images.

Backup data Apps

Jika anda telah mengaktifkan Android Backup Services seperti yang dinyatakan pada awal post ini, bermakna kesemua aplikasi anda juga telah dibackup.

Ini termasuklah setting apps anda, terutama pada aplikasi games. Anda tidak perlu risau kehilangan level atau terpaksa bermula dari level 0.

Penting: Untuk mereka yang menggunakan akaun Guest pada aplikasi permainan, sila sambungkan akaun anda pada akaun google atau facebook anda. Jika tidak anda mungkin akan kehilangan akaun tersebut.

Backup WhatsApp

Oleh kerana WhatsApp merupakan aplikasi yang digunakan hampir semua orang, berikut merupakan cara-cara untuk backup WhatsApp anda.

WhatsApp backup automatik

Pastikan anda mempunyai sambungan internet.

  1. Buka WhatsApp
  2. Pada bahagian atas kanan, tekan menu. butang menu whatsapp
  3. Pilih Setting > Chats > Chat backupsetting whatsappsetting chat whatsappbackup chat whatsapp
  4. Pastikan akaun anda betul – akaun google andasetting backup whatsapp
  5. Tekan butang BACK UP.

Process ini akan mengambil masa dan juga akan menggunakan data internet anda. Jika anda mahu membuat backup secara manual ikuti cara berikut.

Untuk restore/mengembalikan WhatsApp selepas format handphone teruskan membaca ke bahagian restore.

WhatsApp backup manual

  1. Rujuk pada bahagian Backup foto dan video secara manual pada bahagian sebelum ini.
  2. Ulang langkah 1 hingga 6.
  3. Di dalam internal storage pilih fail WatsApp.
  4. Copy 2 fail berikut: Databases dan Media
  5. Simpan fail berikut di tempat selamat dalam komputer anda.

Untuk restore semula WhatsApp secara manual baca bahagian restore.

Langkah 2: Lakukan Format / Factory Reset

Cara untuk format atau factory reset ringkas saja, seperti berikut.

PENTING: Sebelum mula format atau factory reset, pastikan:

  • Bateri handphone anda sekurang-kurangnya 80%
  • Keluarkan external memory card
  • Keluarkan Kad SIM telefon

Bergantung pada jenis handphone, format mungkin tidak dapat dilakukan jika salah satu syarat ini tidak dipenuhi.

Factory reset dari setting

  1. Pergi ke bahagian Setting handphone anda.
  2. Pergi ke bahagian System > Backup & Reset.
  3. Pilih Factory data reset.
  4. Notifikasi sebelum yang menyatakan ini dan itu akan dipadamkan akan muncul, seperti berikut:
  5. Tekan Reset phone untuk meneruskan reset phone
  6. Jika handphone anda mempunyai password atau pattern password, anda akan di minta untuk memasukkan sebelum meneruskan.
  7. Tekan Erase everything.

Ada kalanya handphone kita membuat hal dan tidak boleh factory reset dengan cara biasa. Untuk keadaan seperti ini cuba factory reset melalui mod recovery.

Factory reset dari mod recovery

Cara untuk akses mod recovery mungkin berbeza-beza mengikut jenis handphone. Untuk akses mod recovery cuba setiap cara berikut hingga berjaya:

  • Tekan dan tahan butang power dan butang kecilkan suara dengan serentak selama beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang power, butang kecilkan suara, dan butang home dengan serentak untuk beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang power dan butang besarkan suara dengan serentak untuk beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang kecilkan suara dan besarkan suara dengan serentak untuk beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang kecilkan suara, selepas beberapa ketika tekan butang on dan jangan lepaskan butang kecilkan tadi sehingga mod recovery muncul.

Jika anda tidak dapat mengakses recovery mode menggunakan cara diatas, cuba minta bantuan encik google. Mungkin post Teknik Pencarian Google dapat membantu anda.

Mod recovery untuk android secara amnya kelihatan seperti berikut:

recovery mod untuk android

Mungkin juga berbeza, mengikut jenis android.

Berikut merupakan cara untuk factory reset dari mod recovery:

  1. Gunakan butang pembesar dan pengecil suara untuk mengerakkan pilihan ke atas/bawah.
  2. Pilih wipe cache partition, tekan yes, kemudian tunggu hingga selesai.
  3. Selepas selesai pilih wipe data/factory reset, tekan yes, kemudian tunggu hingga selesai.
  4. Pilih reboot system now untuk meneruskan.

Nota: Start-up kali pertama selepas factory reset mengambil masa agak panjang sedikit. Jangan panik. Tunggu sahaja.

Langkah 3: Restore Semula Backup Pada Handphone

Berikut merupakan cara untuk restore semula handphone android anda selepas reset/format/factory reset.

Restore guna Android backup services

Android backup services adalah fungsi pertama yang akan anda jumpa selepas format handphone. Berikut merupakan panduan menggunakan fungsi ini.

  1. Pilih bahasa dan tekan anak panah dalam bulatan kuning untuk meneruskan. android restore skrin welcome
  2. Sambungkan kepada WIFI. (untuk muat turun backup yang anda buat) android restore sambung wifi
  3. Tekan NEXT untuk meneruskan.
  4. Paparan seperti dibawah akan muncul. android restore pilih sumber
  5. Untuk tujuan restore semula, pilih No thanks.
  6. Anda akan diminta untuk memasukkan butir-butir akaun google anda, username(email anda) dan password. 
  7. Tekan NEXT untuk meneruskan.
  8. Paparan berikut akan muncul, pastikan semua pilihan aktif. android restore term
  9. Seterusnya paparan berikut akan muncul, meminta anda memasukkan email lain selain google jika ada, pilih Not now untuk menyenangkan. android restore email lain
  10. Seterusnya paparan berikut akan muncul, meminta anda untuk mengaktifkan sistem perlindungan untuk handphone anda. android restore securityandroid restore security (1)android restore security (2)
  11. Teruskan sehingga anda sampai ke bahagian restore yang bertajuk “Which device“.
  12. Pilih restore daripada “Nama handphone anda“, backup yang anda buat. Tekan simbol ” > ” untuk meneruskan. android restore pilih backup
  13. Paparan seperti berikut akan muncul. android restore aplikasi
  14. Di sini, anda boleh memilih untuk menginstal semula semua aplikasi anda yang telah dibackup ataupun memilih aplikasi tertentu sahaja.
  15. Jika anda ingin menginstall kembali semua aplikasi, tidak perlu buat apa-apa perubahan pada bahagian ini. Terus sahaja tekan RESTORE.
  16. Jika anda tidak mahu menginstall semua aplikasi, hanya aplikasi tertentu, tekan Restore all xx apps untuk membuka bahagian pilihan. android restore pilih aplikasi
  17. Tandakan (tik) aplikasi yang anda ingin install, setelah selesai teruskan dengan menekan RESTORE.
  18. Tunggu sehingga proses restore selesai. Proses ini mengambil masa untuk siap…
  19. Paparan berikut akan muncul setelah proses ini selesai. android restore selesai

Setelah selesai, terdapat satu lagi perkara yang perlu dilakukan, iaitu proses install dan update apps.

Pastikan anda menggunakan WIFI kerana proses ini akan memakan data dalam jumlah yang agak besar bergantung pada jumlah aplikasi yang anda pilih untuk restore.

Daripada pengalaman saya, (bergantung pada kelajuan WIFI) proses untuk restore semula 54 Apps mengambil masa dalam 4 jam.

Silalah bersabar…

Restore foto dan video guna Google Photos

Cara untuk restore foto dan video anda menggunakan Google Photos adalah sangat mudah, seperti berikut:

  1. Pastikan anda sudah install aplikasi Google Photos.
  2. Buka aplikasi Google Photos.
  3. Paparan berikut akan muncul. Google Photos akan menggunakan akaun google yang anda telah setkan. restore foto dan video guna google photos
  4. Tekan DONE untuk meneruskan.
  5. Paparan seterusnya akan menyatakan saiz kesemua foto dan video anda dan memberikan pilihan sama ada Start atau tunggu sehingga ada sambungan WIFI. restore foto dan video guna google photos

Restore foto dan video secara manual

Seperti proses backup, anda perlukan kabel USB dan juga komputer atau laptop.

  1. Sambungkan handphone anda kepada komputer/laptop menggunakan kabel USB.
  2. Paparan notifikasi berikut akan muncul pada handphone anda: pilihan guna sub untuk
  3. Pilih transfer file (MTP).
  4. Cari dan Copy semula fail foto dan video yang anda backup sebelum ini dalam komputer/laptop anda.
  5. Pergi ke My Computer atau This PC, klik pada ikon handphone anda.
  6. Pilih Internal Storage > DCIM.
  7. Paste kesemua fail tadi dalam DCIM.

Restore WhatsApp

Cara untuk restore semula whatsApp juga sangat mudah dan ringkas.

Pertama, anda akan diminta untuk membuat pengesahan no telefon dengan menerima code melalui sms atau pun voice call.

Selepas itu pilihan untuk restore semula WhatsApp daripada google drive akan muncul. Ikut sahaja arahan yang diberikan.

cara restore semula whatsapp selepas format handphone

Jika anda ikuti setiap langkah diatas dengan betul, saya pasti anda berjaya format dan restore kembali back-up handphone anda.

Kongsikan jika post ini bermanfaat.

Nyatakan sebarang komen, pertanyaan atau pendapat pada ruang komen dibawah.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Iera says

    March 15, 2018 at 2:31 am

    Hai.

    Kalau telegram macamana nak backup. ? saya nak reset handphone saya. tapi risau jika group telegram & chanel telegram akan hilang. atau nama saya auto left group.

    boleh kongsikn cara backup telegram ? TQIA

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 17, 2018 at 10:09 am

      Hai…telegram tak perlu dibackup..semua chat group dan lain-lain disimpan dekat cloud server telegram..selagi saudari tidak delete atau buang mana-mana cheat/group ia akan tetap wujud..

      Reply
      • Nasir says

        September 29, 2022 at 6:59 pm

        Hi…bagaimana nk cari semula semua gambar jika dh format hp tanpa save…adakah semua gambar hilang atau ada autosave

        Reply
  2. Nisa says

    June 12, 2018 at 3:53 pm

    hai. nak tanya, selepas restore Whatsapp, segala texts akn muncul semula ke?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 5, 2018 at 3:44 pm

      Hai, kalau dah dibuat back-up akan muncul seperti sebelum format…

      Reply
  3. Nabil says

    March 31, 2020 at 7:21 am

    Boleh ke kalau saya x nak restore sebahagian gambar yg di backup di Google Photos selepas reset handphone?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 10, 2020 at 8:58 pm

      Salah satu caranya, sebelum restore boleh delete gambar-gambar tersebut menggunakan laman web google photos. Boleh rujuk caranya sini: Cara padam gambar di google photo.

      Reply
  4. mas says

    May 29, 2020 at 4:12 pm

    hai,saya dah reset telefon saya tapi lepas reset takboleh nak connect dengan wifi.wifi dah laju.dalam dua jam saya tunggu nak connect tapi takboleh.boleh saya tahu kenapa ya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 31, 2020 at 3:55 am

      Cuba restart wifi. Mungkin juga wifi ada limit berapa connection/ device yang dibenarkan untuk connect… Wifi guna apa ya?

      Reply
  5. mas says

    May 31, 2020 at 11:06 am

    saya guna hotspot dalam telefon

    Reply
  6. saiful says

    August 21, 2020 at 6:34 am

    kl gmail lupe mcm mn y

    Reply
  7. Norma79 says

    November 29, 2020 at 11:31 am

    Haii
    saya ada problem lepas ank daftr googleclassroom dia sbb hp sy xde lock.
    Bila mula langkah2 daftar ada minta untuk lock guna pilihan sendiri.
    Mungkn ank ingat password tu hanya untuk aplikasi GC bukn lock hp.
    Cikgu pun xda pula pesan hal
    ini.
    Yg ada jika lupa password boleh tanya cikgu.
    Dh selesai dftr.
    Screen off nk buka semula xboleh.
    Bila tanya cikgu semula hal password tu
    rupanya password gc anak bukan password hp.
    Masalah saya nk buka tanpa reset all data.
    Sekiranya ada cara sudilah dikongsikan.
    Terima kasih

    Hp redmi 6

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 2, 2020 at 3:31 pm

      Hai, boleh cara ini (saya tak jamin keberjayaannya ya):

      • Cuba unlock sehingga 20 kali sehingga smartphone minta akaun Google untuk verification
      • Akaun google yang digunakan untuk gmail / google play dalam handphone
      • Moga berhasil.
      Reply
  8. aisyah says

    December 14, 2020 at 8:59 am

    hai….semasa format/factory reset kena keluarkan memory card dan sim card kan….bila kena masukkan semula card tersebut?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 20, 2020 at 4:17 pm

      Hai, selepas siap format/ factory reset kita boleh masukkan semula…

      Reply
  9. Mimie Ishak says

    June 18, 2021 at 12:09 am

    saya dah format balik hp saya sebab lupa pasword, lepas tu dia minta email…. email punya pasword pulak saya lupa, macam mana ya?

    Reply
  10. Unknown says

    December 5, 2021 at 11:07 am

    Hai, kalau macam tu sama ada guna email lain. Atau pun guna hp lain dan tukar password email yang anda lupa kat hp lain. Selapas dah tukar guna email yang anda telah tukar password tersebut

    Reply
    • Ymy says

      August 19, 2022 at 10:50 pm

      Kalau lupa both email dan password nak buat cemana ya?

      Reply
  11. Umi says

    December 20, 2021 at 11:35 am

    Hi ..nak tanya kalau kita lupa nak click backup wsup.. then uninstall Whatsapp sbb hp problem… Bole dapat balik ke chat lama?

    Reply
  12. zameer says

    May 24, 2022 at 1:45 am

    hi assalamulaikum saya nak tanya .phone saya dah hilang dan dah dapat balik tapi budak yang curi phone sayaitu dah format semua dan dah keluarkan sim saya sekarang saya nak dapat kan balik backup format saya boleh ke kalau boleh tolong ajarkan cara cara nya pada saya please terima kasih

    Reply
  13. Rina says

    July 9, 2022 at 5:39 pm

    Hii cm mna cra untuk keluar dari ‘mula’ tu?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved