• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / October 30, 2017

/ Google & Adsense

Google Local Guide: Manfaat Menjadi Penyumbang Kepada Google Map

Adakah pernah mendengar tentang Google Local Guide? Mungkin tanpa anda sedari, anda adalah salah seorang daripada Google Local Guide.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kelebihan yang boleh anda perolehi sebagai Google Local Guide?

Post ini menerangkan serba sedikit tentang apa itu Google Local Guide, bagaimana untuk menyertainya dan apakah kelebihan atau manfaat yang anda perolehi sebagai Google Local Guide.

Setelah membaca post ini, saya pasti anda akan mengambil keputusan untuk menyertai program ini ataupun mula serius menjadi penyumbang kepada Google Map.

Apa itu Google Local Guide?

apa itu google local guide?

Google Local Guide adalah satu komuniti yang ditubuhkan oleh Google. Komuniti ini terdiri daripada orang-orang seperti anda dan saya yang aktif bergerak setiap hari.

Komuniti ini boleh membuat ulasan, mengongsikan foto, menjawab soalan-soalan, menandakan tempat baru, menambah baik maklumat tempat yang sedia ada dan memeriksa fakta dalam Google Map.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana Google menguruskan Google Mapnya supaya sentiasa update, inilah rahsianya. Setiap tempat yang wujud dalam Google Map bukan di masukkan oleh Google sendiri tetapi oleh Google Local Guide.

Google menyediakan platform ini dengan satu objektif:

Untuk menjadikan pengembaraan anda lebih mudah, lebih menarik dan lebih seronok!

Apakah kelebihan menjadi Google Local Guide?

Untuk setiap usaha pasti ada ganjarannya. Google tahu bahawa mereka harus memberikan sesuatu kepada Local Guides untuk memastikan semangat dan keseronokan itu sentiasa ada.

Hadiah tahunan untuk Google Local Guides pada tahun 2015: Google Local Guide T Shirt.

hadiah tahunan google local guides 2015

Edit: Menurut di Google t-shirt di atas hanyalah sebagai hadiah bonus untuk tahun 2015. Untuk tahun-tahun berikutnya hadiah mungkin ada, mungkin tiada atau pun dalam bentuk lain.

Selain itu Google juga menawarkan hadiah berbentuk Storage Tambahan Google Drive sebanyak 1TB (1000GB). Promosi tersebut telah berakhir pada Mac 2017.

Google local guide 1TB

Sedihnya, saya tidak sempat untuk mendapatkan kedua-dua ganjaran tersebut.

Berbalik kepada topik asal, apakah ganjaran terkini yang Google akan berikan kepada Local Guides atas pencapaian mereka?

Level dan Hadiah

Berikut merupakan maklumat terbaru berkenaan dengan ganjaran yang akan anda terima apabila mencapai level tertentu.

Level Point Badge Ganjaran
1 0 Tiada
  • Tiada
2 15 Tiada
  • Tiada
3 75 Tiada
  • Tiada
4 250
  • 3 bulan akses percuma Play Music
  • 75% Discount di Google Play Movie Rental
5 500
  • Belum diketahui
6 1,500
  • Belum diketahui
7 5,000
  • Belum diketahui
8 15,000
  • Belum diketahui
9 50,000
  • Belum diketahui
10 100,000
  • Belum diketahui

Nota: Maklumat diatas adalah berdasarkan pengumuman terbaru Google setakat Oktober 2017. Jika anda ingin melihat lebih lanjut boleh lawati laman ini.

hadiah google local guide level 4

Untuk pengetahuan anda, Google baru sahaja memperkenalkan 5 level baru iaitu level 6 – 10. Sebelum ini level maksima hanya level 5.

Apa maksudnya?

Google akan mengumumkan pada masa akan datang apakah hadiah untuk level 6 – 10. Bersemangat sikit!

Tips & Panduan Google Local Guide

Adakah program ini menarik minat anda? Berikut beberapa tips dan panduan yang boleh anda gunakan:

Pendaftaran sebagai Local Guide

Anda berminat untuk menjadi Google Local Guide? Anda boleh mendaftar kan diri menggunakan pautan di bawah.

Daftar jadi Google Local Guide

Prosedur pendaftaran sangat ringkas. Hanya perlu ada akaun google dan jawab beberapa soalan sahaja.

Panduan untuk menaikkan level

Untuk panduan anda, berikut merupakan jumpah point yang akan diberikan untuk setiap sumbangan anda mengikut jenis:

Jenis Sumbangan Point yang diberikan
Review 5
Rating 1
Foto 5
Video 7
Menjawab soalan 1
Edit 5
Daftar tempat baru 15
Periksa fakta 1
Soalan & Jawapan (Q&A) 3

Sertai Komuniti Google Local Guide!

Tunggu apa lagi? Sambil anda mengunjungi tempat-tempat di sekitar anda ambilah masa untuk membuat review, memberi rating, menjawab soalan, mengambil foto dan sebagainya.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain, malah satu hari nanti akan membantu anda sendiri.

Tambahan: Umur bukan penghalang

Kenali “Granny Online” @EsteponaJen. Siapa kata level 10 hanya dapat dicapai oleh golongan muda?

Kongsikan kepada rakan anda yang berminat! Jadi Google Local Guide sekarang!

Daftar jadi Google Local Guide

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved