• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / May 20, 2021

/ Tips Online

27 Senarai Laman Web Online Shopping Malaysia

Kuala Lumpur pernah disenaraikan dalam tangga ke-5 bandar beli-belah terbaik di dunia.

Namun dalam situasi pada masa kini, shopping secara fizikal tidak lagi semeriah seperti dahulu.

Tapi ini tidak bermakna kita tidak bebas shopping seperti dahulu.

Dengan teknologi kini, kita boleh shopping dalam talian.

Untuk rujukan bersama, berikut merupakan antara laman web online shopping yang popular di malaysia.

Disertakan juga, laman yang bukan berada di Malaysia tapi servisnya sampai ke Malaysia.

Simpan dan tandakan (bookmark) mana-mana yang berkenaan di hati anda.

1 Lazada Malaysia

laman web lazada

Lihat Laman web

Lazada menawarkan pelbagai jenis barangan termasuklah barangan elektronik seperti handphone, peralatan rumah, barangan fesyen, barangan kesihatan, produk kecantikan dan banyak lagi.

Cara bayaran: VISA, MasterCard, Bank transfer (Alliance Bank, AmBank, CIMB, Hong Leong, RHB, Maybank), Cash on Delivery, FPX, Paypal, Alipay dan 7-eleven.

2 Mudah.my

laman web mudah.my malaysia

Lihat Laman web

Mudah.my adalah sebuah platform online untuk tempat menjual dan juga membeli pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Antara kategorinya adalah hartanah, kenderaan, pekerjaan, produk, barangan elektrik dan banyak lagi.

Mudah.my menjadi pilihan untuk penjualan hartanah seperti rumah dan tanah. Selain itu ia juga popular untuk barangan terpakai jenis kenderaan, elektrik dan juga elektronik.

Cara pembayaran untuk sebarang urusan di Mudah.my ditentukan atas persetujuan antara penjual dan pembeli.

Selalunya cara pembayaran adalah COD, Bank in dan juga Paypal.

3 Prestomall

laman web prestomall online shopping malaysia

Lihat Laman web

Dahulunya dikenali sebagai 11sreet Malaysia.

Laman online shopping ini menawarkan produk setempat dan juga luar negara berdasarkan 8 kategori utama: Fesyen, electronik, barangan runcit (dapur), produk kesihatan dan kecantikkan, kanak-kanak dan bayi, barangan sukan, barangan rumah, buku dan juga perkhidmatan.

Cara bayaran: VISA MasterCard, Celcom AirCash, Online Bank transfer dan juga connect.

4 Lelong Malaysia

lelong malaysia

Lihat Laman web

Lelong.my adalah laman web online shopping yang menawarkan lebih daripada 1.3 juta produk dan perkhidmatan.

Antara produk yang ditawarkan termasuklah handphone, komputer, kamera dan gajet, barangna ruamh, fesyen, produk kecantikan dan kesihatan, permainan dan juga makanan sejuk beku.

Cara bayaran Sistem NetPay.

5 Shopee Malaysia

laman web online shopping shopee Malaysia

Lihat Laman web

Laman web online shopping Shopee yang kini menjadi pilihan utama di Malaysia.

Tarikan utama laman web online shopping ini adalah dari segi harga, kepelbagaian dan penghantaran percuma @ murah.

Antara jenis produk yang ditawarkan adalah termasuk produk kecantikan dan juga kesihatan, handphone dan gajet, pakaian lelaki dan wanita, aksesori, barangan rumah dan juga barangan makanan.

Cara bayaran: Credit/Debit kad, Bank transfer, Online bank transfer dan juga Shopee Wallet.

6 Zalora Malaysia

zalora malaysia laman web online shopping malaysia

Lihat Laman web

Zalora adalah laman web online shopping yang menawarkan produk seperti pakaian, aksesori, kasut dan juga produk kecantikan untuk wanita / lelaki.

Jika anda mahu membeli produk berjenama daripada dalam dan luar negeri zalora adalah pilihan anda.

Harga agak mahal sedikit namum berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.

Tips: Beli ketika terdapat tawaran discount. Selalunya ketika musim perayaan atau tarikh yang menarik seperti 11.11 atau 12.12.

Antara tawaran yang menarik yang ditawarkan oleh zalora adalah penghantaran percuma untuk belian atas RM75, servis penghantaran express dan juga 30 hari penghantaran balik percuma.

Cara pembayaran: MasterCard, VISA, ipay88, PayPal, online banking (maybank & CIMB), cash on delivery, AmericanExpress dan juga Online banking.

7 EZBuy Malaysia

laman web online shoping ezbuy malaysia

Lihat Laman web

EZbuy beroperasi dibeberapa buah negara termasuk Malaysia.

Laman web online shopping ini menawarkan barangan tempatan dan juga import daripada negara jiran seperti Singapore, Indonesia dan Thailand dan juga daripada China, USA, Taiwan dan Korea.

Antara daya tarikan utama EZbuy adalah bayaran penghantaran yang tetap untuk pembelian luar negara jika anda menjadi member.

EZbuy menerima bayaran melalui local bank transfer (online banking transfer ataupun cash deposit atm) ke bank mereka, kreditkad dan juga debit kad.

8 Hermo

hermo laman web online shopping malaysia

Lihat Laman web

Hermo merupakan laman web online shopping untuk product kecantikkan.

Hermo menawarkan beribu-ribu jenis produk kecantikkan daripada luar negara sperti Korea, Japan, Taiwan, Europe dan US.

Antara tarikan utama Hermo selain daripada produk yang berkualiti adalah kepelbagaian produk mereka, 14 hari pemgembalian percuma dan penghantaran PERCUMA untuk pembelian 2 barang atau ke atas.

Cara bayaran: Mol pay, bank in manual.

9 Go Shop Malaysia

goshop malaysia

Lihat Laman web

Go Shop menawarkan pelbagai jenis barangan seperti barangan elektrik, elektronik, barangan rumah, dapur, kesihatan, sukan, fesyen, kecantikkan, aksesori dan banyak lagi.

Terdapat tawaran istimewa untuk jenis barangan tertentu pada setiap hari.

Cara bayaran seperti VISA, MasterCard, Cash on Delivery dan juga online banking.

10 Qoo10 Malaysia

Qoo10 malaysia

Lihat Laman web

Qoo10 hampir serupa dengan eBay. Laman ini menawarkan pelbagai jenis barangan.

Antara penarik utama Qoo10 adalah promosi jualan yang kerap dengan harga yang sangat rendah.

Selain itu pembeli juga boleh mengumpulkan Q kupon yang mana boleh ditukarkan kepada diskaun.

11 eBay Malaysia

ebay malaysia

Lihat Laman web

ebay Malaysia adalah cabang ebay di Malaysia.

Tarikan utama ebay termasuklah tawaran jualan dengan diskaun hebat dan juga aktiviti melelong atau bidding.

Cara bayaran seperti Paypal (pilihan utama), Wire transfer dan juga Cash on Delivery COD.

12 Fave

fave malaysia

Lihat Laman web

Fave mengambil alih operasi Groupon untuk Malaysia pada tahun 2016.

Dalam Fave kita boleh dapat tawaran-tawaran seperti restorant atau makan, SPA, gym, pusat kesihatan, pusat kecantikan, tawaran perlancongan dan banyak lagi.

13 Fashion Valet

fashionvalet

Lihat Laman web

FashionValet adalah laman online shopping khas untuk fesyen wanita dan lelaki di Malaysia.

Fokus produk adalah pada jenama tempatan dan hasil rekaan designer Malaysia sendiri.

Pelbagai jenis barangan fesyen seperti pakaian, aksesori, beg tangan, kasut boleh didapati disini.

Antara daya tarikan utama laman web shopping online ini adalah barang baru atau trend baru yang diperkenalkan setiap hari, jualan dengan diskaun hebat, sistem loyalty point, hadiah dan juga boucer.

Cara bayaran melalui VISA, MasterCard, PayPal, MolPay dan juga Public Bank.

14 Foodpanda

food panda malaysia

Lihat Laman web

Pesan makanan secara online dengan foodpanda!

Makanan yang dipesan akan terus dihantar ke tempat yang anda mahu: pejabat, rumah atau mana-mana jua.

Cara bayaran: Cash on Delivery, Kredit atau debit kad, mol pay.

Dapatkan diskaun RM7 dengan menggunakan link ini: Foodpanda RM7 Off.

15 Poplook

pop look website online shopping malaysia

Lihat Laman web

Poplook adalah laman shopping online di Malaysia yang menawarkan pilihan fesyen pakaian jenis tidak keterlaluan atau menutup aurat.

Laman ini menawarkan pelbagai pilihan daripada baju kurung, pakaian muslimah, maxi dresses, jubah, tudung, beg tangan dan juga aksesori.

16 SuperBuy Malaysia

superbuy malaysia laman web online shopping malaysia

Lihat Laman web

Laman web shopping online yang menawarkan pelbagai barangan termasuk barangan berjenama dan juga berkualiti pada harga yang berpatutan.

Antara barangan yang ditawarkan termasuklah telefon bimbit, peralatan untuk aktiviti luar, barangan rumah, jam tangan, barangan bayi dan kanak-kanak, barangan kecantikkan dan kesihatan, buku dan banyak lagi.

Antara daya tarikan utama laman web online shopping ini adalah anda boleh menggunakan point maybank anda disini.

Cara bayaran: VISA, perbankan online, MasterCard, AmericanExpress, Maybank2u, CIMBClicks, treatpoints, paypal dan juga maybank 6 & 12 months plan.

17 ShaShinKi

shashinki laman web online produk fotografi

Lihat Laman web

ShaShinki adalah laman web online shopping pertama dan terbesar di Malaysia khas untuk barangan fotografi.

Laman ini menawarkan lebih daripada 20,000 produk khas untuk fotografi.

Antara barangan yang ditawarkan termasuklah action camera, beg kamera, lensa DSLR, kamera DSLR, drone, dry kabinet, mirrorless kamera, barangan studio, tripod dan juga barangan terpakai untuk bidang fotografi.

Antara tarikan utama laman ini adalah kupon RM10 jika anda mendaftar sebagai [email protected] risalah dan juga jualan barangan terpakai yang berkualiti dengan harga yang murah.

Selain itu anda juga boleh menjual barangan fotografi anda di sini dengan yuran yang berpatutan.

Cara bayaran: iPay88, online transfer ke bank mereka (Maybank, CIMB, Public Bank), kredit card, VISA, PayPal dan juga cash on delivery.

18 Babydash

babydash

Lihat Laman web

Babydash adalah laman web online shopping khas untuk bayi dan juga kanak-kanak.

Laman ini menawarkan pelbagai barangan seperti diapers, susu formula, permainan bayi dan kanak-kanak dan banyak lagi produk bayi lain.

Antara tarikan utama laman ini selain daripada penjualan khas barang-barang untuk bayi dan kanak-kanak sahaja adalah penghantaran yang cepat.

Mereka menjanjikan penghantaran barang dalam 1-2 hari sahaja.

Selain itu mereka juga menawarkan pelbagai jualan dengan diskaun harga yang menarik dari masa ke semasa.

Cara bayaran: VISA, MasterCard, FPX, Check, Money Order dan juga online transfer ke bank-bank seperti Maybank, AmBank, Hong Leong Bank, CIMB, RHB dan Alliance.

19 F.O.S

fos laman web online shopping malaysia

F.O.S atau nama penuhnya Factory Outlet Store kini boleh diakses secara online.

Ia menawarkan produk pakaian dan juga fesyen untuk lelaki, wanita, kanak-kanak termasuklah fesyen berjenama berjenama.

Syarikat ini menawarkan harga murah, barang diambil terus dari kilang tanpa oran tengah.

Cara bayaran: VISA, MasterCard, MOLpay, dan online transfer.

20 IPmart.my

ipmart laman web online shopping elektronik

Lihat Laman web

IPmart adalah laman online shopping khas untuk barangan elektronik seperti smartphone, laptops dan gajet.

Laman ini menawarkan penghantaran barang bukan sahaja dalam malaysia tetapi diseluruh dunia.

Cara bayaran: Credit atau debit kad, ansuran maybank, online transfer menggunakan FPX, Paypal, Webcash dan juga cash deposit ke senarai bank mereka.

21 BestBuy World Malaysia

laman web online shopping best buy malaysia

Lihat Laman web

Best Buy World Malaysia adalah laman web online shopping yang menawarkan pelbagai produk kosmetik atau kecantikkan dan juga fesyen dari pelbagai jenama.

Laman ini beroperasi beroperasi di 4 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Phillippines dan juga Hong Kong dengan khidmat penghantaran ke seluruh dunia.

Antara daya tarikan utama laman ini adalah penghantaran percuma untuk pembelian atas RM150 dan juga tawaran diskaun yang hebat.

Cara bayaran: FPX, Online transfer atau atm deposit ke bank mereka, kredit dan debit kad dan juga cash on delivery.

Tambahan: Laman web online shopping lain yang juga popular di Malaysia

Tidak adil jika saya tidak menyenaraikan laman web online shopping ini yang mana juga agak popular di Malaysia.

22 Amazon.com

amazon malaysia

Lihat Laman web

Kedai online terbesar untuk buku, majalah, muzik, DVD, video. Juga menawarkan pelbagai barangan lain (elektronik, komputer, perisian…)

23 ASOS

asos laman web online shopping popular di malaysia

Lihat Laman web

Menawarkan barangan trend terkini! Lelaki dan wanita. Pakaian, perhiasan, kecantikkan dan banyak lagi. Percuma penghantaran seluruh dunia! (termasuk Malaysia).

24 Book Depository

book depository laman web online shopping untuk bukuLihat Laman web

Kedai buku online yang menawarkan lebih daripada 17 juta buku dengan penghantaran percuma hampir ke seluruh dunia (termasuk Malaysia).

Nota: Ingin hilangkan rasa bosan? Cuba lawat halaman mereka ini: live

25 Shopbop.com

shopbop laman web online shopping popular di malaysia

Lihat Laman web

Kedai online untuk wanita / perempuan. Menawarkan barangan seperti pakaian, beg tangan, kasut, jeans dan banyak lagi.

26 Reebonz

reebonz laman web online shopping popular di malaysia

Lihat Laman web

Kedai online yang menawarkan produk mewah seperti bag, perhiasan, kasut daripada jenama yang terbaik dan terkenal dari seluruh dunia.

27 East Dane

east dane laman web online shopping popular di malaysia

Lihat Laman web

Kedai online untuk lelaki. Menawarkan barangan seperti pakaian, beg, kasut, jeans dan banyak lagi.

Simpan atau tandakan post ini. Pasti berguna pada anda pada masa akan datang atau ketika anda mahu shopping secara online.

Kongsikan senarai laman web online shopping Malaysia ini pada rakan anda yang minat online shopping. Mereka pasti gembira!

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. seri says

    August 19, 2018 at 7:53 pm

    terima kasih infonya q0010 tu dia hantar barang seperti phone selamat juga ke

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 21, 2018 at 9:58 am

      Selamat…jangan bimbang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2022
  • Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2022
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma di Namecheap September 21, 2022
  • Cara Guna Google Keyword Planner February 22, 2022
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2022 February 1, 2022
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2022] January 24, 2022

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved