
Di depan anda ada sebuah komputer yang hebat dan mempunyai sambungan internet tetapi anda tidak dapat menggunakannya kerana anda tidak mempunyai ID untuk login.
Jika anda dapat login pun, anda tidak dapat menggunakan aplikasi seperti pemain muzik, video ataupun pelayar internet kerana aplikasi tersebut ‘diblock’.
Pernakah anda menghadapi situasi seperti ini? Seperti di pejabat kerja anda? Atau sekolah?
Dalam post ini anda akan mempelajari cara-cara untuk membuat Portable OS dalam USB drive. Dalam erti kata lain install Operating sistem seperti windows ataupun mana-mana operating sistem yang lain dalam pendrive.
Dengan Portable OS dalam pendrive ini, anda boleh menggunakan mana-mana komputer tanpa risau tentang login password ataupun aplikasi diblock.
Nota: Dengan Portable OS juga anda dapat mengakses data dalam sesebuah komputer tanpa perlu mengetahui password komputer tersebut.
Keperluan untuk membuat Portable OS
Untuk membuat portable OS anda perlukan:
- Komputer/Laptop dengan sambungan internet
- Operating System Installer (Dalam bentuk CD/DVD/fail ISO)
- USB Flash Drive (saiz bergantung kepada OS yang ingin digunakan)
- Universal USB Installer (Untuk OS selain Windows)
Sedikit penerangan untuk setiap keperluan tersebut.
Komputer atau Laptop
Komputer atau laptop digunakan untuk menginstall operating sistem dalam USB drive dan juga memuat turun program (software) yang diperlukan dalam tutorial ini.
Komputer yang digunakan juga mestilah mempunyai sambungan internet untuk tujuan memuat turun beberapa fail yang akan digunakan dalam tutorial ini.
Operating System Installer (CD/DVD/fail ISO)
Jika anda bercadang untuk menggunakan Windows 7, 8 atau 10, pastikan anda ada menyimpan CD, DVD atau fail installer (ISO) untuk Windows tersebut.
Jika anda tidak mempunyai fail CD, DVD atau fail ISO tapi ada menyimpan license key atau pun cd key anda boleh memuat turun windows daripada sumber di bawah:
Amaran: Sila gunakan pautan muat turn dibawah atas risiko sendiri. Adalah tidak sah dari segi undang-undang untuk menggunakan perisian tersebut jika anda tidak mempunyai license key.
*Pautan diatas akan membawa anda ke halaman luar. Pautan untuk muat turun terletak pada bahagian akhir halaman tersebut.
Nota: Window 7 mungkin akan menghadapi masalah driver jika digunakan dalam komputer yang berbeza.
Jika anda tidak mempunyai license key atau cd-key untuk windows, terdapat beberapa operating sistem lain yang boleh anda gunakan secara percuma yang tidak kurang hebatnya.
Berikut merupakan 2 pilihan OS yang terbaik selain daripada OS Windows. Saya sertakan juga halaman rasmi untuk memuat turun OS tersebut:
- Puppy Linux
- Size: 100MB
- RAM Minima: 256MB
- Slax
- Size: 210MB
- RAM Minima: 256MB
Operating sistem yang saya nyatakan diatas ini mempunyai saiz yang lebih kecil, lebih laju dan sangat sesuai dijadikan sebagai portable OS jika dibandingkan dengan Windows.
Saya lebih mengesyorkan anda menggunakan operating system ini. Walaupun besaiz kecil tetapi ia dilengkapi dengan pelbagai program dan dapat melakukan aktiviti seperti komputer yang biasa anda gunakan.
Muat turun dan simpan fail OS pilihan anda di tempat yang mudah diakses dalam komputer anda. Jika anda mengunakan CD/DVD, pastikan ianya boleh dibaca.
USB Flash Drive
Anda boleh menggunakan pendrive/thumbdrive ataupun portable hard disk. Pastikan USB Drive tersebut kosong. Jika terdapat apa-apa data buat backup atau pindahkan dahulu kerana kita akan format USB Drive tersebut.
Size USB drive adalah bergantung kepada saiz OS yang anda ingin gunakan. Windows 7, 8 dan 10 memerlukan sekurang-kurangnya 16GB ruangan kosong.
Jika anda menggunakan OS selain windows seperti yang saya nyatakan di atas, USB Flash Drive atau pendrive 2GB sudah cukup memadai.
Universal USB Installer
Universal USB Installer (UUI) adalah kunci utama kepada pembuatan portable OS dalam USB Drive ini. Program ini membolehkan anda memilih Operating System yang ia senaraikan untuk dijadikan sebagai Portable OS.
Muat turun perisian tersebut di sini: Universal USB Installer
Untuk melihat versi terbaru anda boleh pergi ke halaman rasmi pengeluar UUI: pendrivelinux.com.
Untuk pengetahuan anda, program ini juga mempunyai fungsi memuat turun bagi sesetengah OS yang disenaraikan. Maksudnya anda boleh memilih OS dan UUI akan download untuk anda.
Langkah-langkah install OS dalam USB Flash Drive
Anda sudah bersedia? Mari kita mulakan.
Langkah 1: Pasang USB drive anda pada komputer.
Pastikan apa-apa fail didalamnya anda sudah pindahkan.
Langkah 2: Right-klik Universal USB Installer yang anda download tadi dan “Run as administrator“.
Notifikasi yang menyatakan sama ada anda ingin membenarkan aplikasi ini untuk digunakan atau tidak akan muncul.
Klik “Yes” untuk meneruskan.
Bahagian License Agreement akan muncul. Secara ringkasnya bahagian ini menyatakan bahawa tidak ada waranti yang diberikan dan jika terdapat sebarang masalah anda tanggung sendiri (Ini dikira adil kerana kita menggunakan aplikasi ini secara percuma)
Klik “I Agree” untuk meneruskan.
Langkah 3: Bahagian “Setup Your Selections Page” dalam UUI.
Pada bahagian atas (Step 1), pilih OS yang anda ingin gunakan. Klik menu dropdown dan pilihan OS akan terpapar.
Jika anda sudah memuat turun OS ataupun ada menyimpan OS dalam bentuk CD/DVD atau ISO fail dalam komputer anda, pilih OS yang sama dari dalam senarai dropdown menu.
Berikut untuk panduan:
- Puppy Linux disenaraikan sebagai Slacko Puppy dibawah bahagian “Puppy Linux Based“
- Slax disenaraikan sebagai SLAX dibawah bahagian “Other Distros Alphabetical“
- Untuk semua jenis Windows sila pilih “Window to Go” dibawah bahagian “Windows to GO/Installers“. Jangan tersilap pilih pilihan yang mempunyai perkataan “Installer” dibelakangnya.
Nota: Jika anda perasan untuk setiap pilihan OS yang ada dalam UUI ini (Kecuali bahagian “Windows to Go/Installers”, “Unsupported ISO” dan ISO yang dibeli) mempunyai pilihan untuk memuat turun. Jika anda memilih pilihan ini, UUI akan membawa anda ke halaman rasmi untuk memuat turun OS yang anda pilih sebelum langkah yang seterusnya.
Seterusnya pilih fail ISO yang anda simpan tadi pada bahagian Step 2 dan seterusnya pilih USB Flash drive yang ingin anda gunakan pada bahagian Step 3.
Berikut merupakan contoh untuk install OS Damn Small Linux (DSL 4.4.10) ke USB Flash Drive 7GB.
Langkah 4: Klik “Create” dan tunggu proses selesai.
Selepas anda klik pada “Create” satu notifikasi akan keluar. Ada sebaiknya anda baca dan fahamkan notifikasi tersebut sebelum klik “Yes”.
Klik “Yes” dan operasi pembuatan OS akan bermula.
Bergantung kepada kelajuan saiz OS yang ingin anda buat dan juga kelajuan komputer anda, pembuatan OS ini akan mengambil masa daripada 5 minits hinggalah ke 3 Jam.
Installation Complete!
Cara menggunakan Portable OS dimana-mana komputer
Untuk menggunakan portable OS daripada USB pada mana-mana komputer, anda kena memastikan komputer tersebut ‘boot from usb‘.
Anda boleh memberikan arahan kepada komputer tersebut secara manual ketika start ataupun ubah setting pada BIOS.
Kebanyakan komputer tidak memerlukan login password untuk anda akses bahagian BIOS, oleh itu ini tidak menjadi masalah kepada anda.
Boot from USB secara manual
Pasang USB Flash drive (yang mengandungi OS) anda pada komputer. Untuk hasil terbaik pastikan USB Flash drive tersebut dipasang pada port yang bersambung terus kepada motherboard, selalunya pada bahagian belakang komputer.
Bergantung kepada jenis komputer, kunci untuk mengeluarkan menu pilihan untuk boot ataupun boot menu berbeza-beza. Selalunya adalah F2, F11 ataupun F12.
Namun begitu cara terbaik untuk mengetahui kekunci untuk boot menu adalah seperti berikut:
Cuba perhatikan skrin pertama yang muncul ketika anda start komputer tersebut. Akan ada terdapat perkataan seperti “boot option“, “boot from“, “boot selection” dan sebagainya disertakan dengan kekunci untuk mengaktifkannya.
Ingat dan tekan kekunci tersebut. Apabila boot menu keluar pilih boot from usb atau nama USB Flash Drive anda menggunakan kekunci anak panah atas atau bawah dan tekan “Enter”
Ubah Setting BIOS
Sama seperti diatas, pasangkan USB Flash Drive anda pada bahagian belakang.
Kekunci untuk akses ke BIOS juga adalah berbeza mengikut jenis komputer/motherboard. Selalunya kunci untuk masuk ke bahagian BIOS setting adalah butang “DEL“ “Delete” pada papan keyboard.
Sama seperti diatas, cara mengetahui kekunci tersebut adalah dengan memerhatikan skrin pertama yang muncul selepas butang ON komputer ditekan.
Apabila anda berjaya masuk ke dalam bahagian BIOS, cari bahagian boot. Nama juga mungkin berbeza mengikut jenis komputer, tetapi perkataan boot mesti ada.
Ubah susunan boot dengan meletakkan USB ataupun removable device pada kedudukan pertama atau paling atas.
Save dan Exit setelah selesai.
Portable OS anda sudah siap. Anda boleh guna sistem ini pada mana-mana komputer tanpa perlu tahu login password komputer tersebut, hanya perlu pinjam badannya sahaja.
Jika post ini bermanfaat kongsikan kepada kawan anda untuk memudahkan hidup mereka…
[mailerlite_form form_id=2]
Leave a Reply