
Cara share internet daripada PC @ Komputer ke handphone android dengan hanya menggunakan USB. Tanpa wifi atau bluetooth.
Sambung internet dari handphone ke PC itu perkara biasa, hampir semua orang pernah buat.
Bagaimana pula jika kita mahu sambung internet PC ke android guna USB?
Kawan saya sering mengaduh masalah internet handphonenya di tempat kerja. Line tidak kuat, tidak boleh terima WhatsApp, tidak boleh buka Facebook, Google dan sebagainya.
Komputer ditempat kerjanya mempunyai sambungan internet tetapi tidak ada cara ‘biasa’ yang boleh digunakan untuk mengongsikan internet tersebut ke handphonenya. Tiada wifi atau bluetooth, hanya LAN connection.
Jika komputer yang ada wifi atau bluetooth, caranya mungkin agak mudah sahaja. Klik share internet connection melalui wifi atau bluetooth sahaja suda boleh…
Kalau tidak ada?
Dia bertanya pada saya,
Bolehkah share internet connection dari PC ke handphone dengan USB?
Memang boleh. Istilah ini juga dipanggil sebagai ‘reverse tethering’.
Cara biasa untuk mencapai matlamat ini adalah dengan melakukan ‘root’ pada handphone di ikuti dengan pengubalan dan pembuatan setting baru pada sistem handphone.
Cara ini agak sukar sedikit dan memerlukan pengorbanan untuk ‘root’. Habis waranti handphone…
Cara mudahnya?
Ikuti langkah berikut – tanpa perlu ‘root’.
Persediaan awal
Berikut merupakan keperluan untuk mengongsikan sambungan internet daripada komputer @ PC ke handphone dengan menggunakan USB.
1. Utama:
- Komputer ber-internet. Dalam tutorial ini saya gunakan komputer yang Operating systemnya XP.
- Reverse Tethering NoRoot. Aplikasi android. Pautannya: Reverse Tethering NoRoot
- Reverse Tethering Server. Untuk dipasang dalam PC anda. Pautan: Download Reverse Tethering Server. Ada 3 pilihan, untuk MacOS, Windows dan juga Linux.
- Wayar USB
2. Pilihan. Aplikasi bantuan yang mungkin anda perlukan.
- ADB driver untuk handphone anda. Install jika belum ada pada PC anda. Cuba cari dekat google, driver adb untuk handphone anda. Page ini mungkin dapat membantu: OEM USB adb Driver.
- Java Runtime versi 1.7 atau terbaru. Untuk PC lama. Jangan dulu install. Jika diminta barulah install.
Sila ambil maklum, aplikasi android percuma Reverse Tethering NoRoot yang akan kita gunakan mempunyai batasan iaitu 10 MINIT sambungan untuk satu sesi. Selepas 10 minit kita akan diberi masa rehat 9 minit sebelum sesi yang baru. Jika anda mahu sambungan tanpa limit boleh upgrade ke versi PRO, harga dalam belasan ringgit.
10 minit untuk setiap sambungan bolehlah untuk periksa WhatsApp dan sebagainya…lebih baik daripada tiada.
Tips: Tidak digalakkan. Terdapat aplikasi Reverse Tethering PRO yang boleh anda dapatkan secara percuma untuk sambungan tanpa batasan masa. Cuba guna google untuk cari. Atas risiko anda sendiri.
Cara Install & Setting
Tanpa buang masa mari ikuti langkah-langkahnya:
Langkah 1: Install Aplikasi Reverse Tethering
Download dan install aplikasi reverse tethering daripada sumber rasmi @ google play.
Pautannya: Reverse Tethering NoRoot
Langkah 2: Aktifkan USB Debugging Handphone anda
Pilihan ini terdapat dalam bahagian bahagian setting ‘Developer option‘.
Jika anda belum aktifkan ‘Developer option’ caranya seperti berikut:
- Pergi ke Setting >> System >> About phone
- sentuh ‘Build number’ berturut-turut selama 5 kali hingga notifikasi ‘developer mode’ keluar.
Cara aktifkan USB debugging:
- Pergi ke Setting >> System >> Developer Option
- Aktifkan pilihan ‘USB Debugging’ yang terletak dibawah bahagian ‘Debuggin’
Langkah 3: Sambungkan Handphone pada PC
Dengan menggunakan wayar USB, sambungkan handphone anda dengan PC yang hendak dikongsi internetnya.
Jika sebelum ini anda pernah menyambungkan handphone anda pada PC tersebut kemungkinan besar driver adb untuk handphone anda sudah ada.
Berikut merupakan pautan untuk rujukan anda, senarai driver adb untuk handphone tertentu: Senarai OEM USB Driver
Download Install driver usb ADB untuk handphone anda.
Ada 2 cara install iaitu (pastikan handphone anda sudah disambungkan pada PC):
1. Klik terus pada installer yang anda download atau,
2. Update driver daripada bahagian ‘Device Manager‘ komputer anda jika fail driver bukan jenis installer.
- Right-klik dekat My Computer / this PC > Properties. Ini akan memaparkan windows ‘Device Manager’
- Jika terdapat bahagian yang bertanda ‘soal’, right klik bahagian tersebut, update driver dan pilih folder driver yang anda download.
- Jika tidak terdapat bahagian bertanda ‘soal’, right-klik pada bahagian ‘Android device’, update driver dan pilih folder driver yang anda telah download.
Dalam ‘Device Manager’ pada bahagian android device pastikan ada terpapar perkataan yang mengandungi ‘adb’ seperti ‘Android composit adb interface’ dan yang sewaktu denganya.
Contoh:
Langkah 4: Muat Turun Perisian Reverse Tethering untuk PC
Anda boleh dapatkan perisian tersebut daripad laman rasminya disini: Download Reverse Tethering Server.
Terdapat 3 jenis: MacOS, Windows dan juga Linux. Pilih berdasarkan OS PC anda.
Extract fail ke mana-mana bahagian PC anda yang senang diakses.
Perisian ini tidak perlu install/ Boleh terus guna.
Perisian ini memerlukan Java Runtime versi 1.7 dan ke atas untuk berfungsi. Untuk PC terkini selalunya anda tidak perlu download apa-apa kera versi java pada PC anda sudah yang terbaru.
Anda boleh install java versi 1.7 daripada: Java official.
Langkah 5: Sambung Internet
Pastikan handphone sudah disambungkan ke PC menggunakan USB.
- Start aplikasi ReverseTethering dalam handphone anda
- Klik ‘Connect’ dalam bahagian ‘status’
- Dalam PC anda buka folder yang anda extract tadi. Klik pada perisian ‘ReverseTetheringServer.
- Tiada windows akan keluar. Notifikasi akan muncul pada sudut bawah kanan PC anda.
- Tekan ‘OK’ jika notifikasi ‘Allow USB debugging’ dan notifikasi ‘VPN’ keluar pada handphone anda.
- Sambungan internet berjaya jika status pada handphone anda seperti berikut:
Cuba buka mana-mana aplikasi yang menggunakan sambungan internet. Untuk memastikan ia berjaya, matikan dahulu sambungan data handphone anda.
Kongsikan post ini jika ia membantu anda.
Leave a Reply