
Bagaimanakah cara anda menggunakan mesin pencari Google atau Google search Engine? Kebiasaanya kita akan buka Google, taip masuk perkataan atau soalan berkaitan, tekan cari, kemudian pilih keputusan yang berkaitan.
Google akan memberikan anda jawapan yang baik. Namun begitu, ada kalanya keputusan yang google berikan tidak memuaskan atau tidak menepati dengan apa yang kita mahu.
Tahukah anda bahawa terdapat cara untuk menggunakan Google search dengan lebih efektif atau berkesan?
Dalam post ini anda akan mempelajari 24 teknik pencarian google yang mana akan menjadikan pencarian anda menggunakan google search spesifik dan tepat.
Teknik Pencarian Google Asas
Sebelum kita pergi ke teknik yang lebih mendalam, kita lihat dulu teknik pencarian google yang biasa.
Asa dahulu teknik yang sedia ada.
1. Gunakan Google.com
Bagi mendapatkan keputusan pencarian yang terbaik, pastikan sentiasa guna www.google.com.
Cuba perhatikan ruangan url pada bahagian atas browser anda. Pastikan url google yang anda gunakan ialah www.google.com bukannya www.google.com.my atau lain-lain.
Mengapa www.google.com?
Untuk pengetahuan anda setiap kali terdapat updates atau pembaharuan, versi google.com adalah yang pertama mendapat update tersebut barulah diagih-agihkan kepada versi google lain seperti www.google.com.my, ww.google.com.id dan seterusnya.
Nota: Jika setting untuk google anda secara automatiknya membawa anda ke versi google lain selain www.google.com, anda boleh mengatasinya dengan menaip www.google.com/ncr pada browser anda.
NCR bermaksud “No Country Redirect“.
2. Mulakan dengan ‘Kata Kunci’ yang ringkas
Mulakan dengan satu atau dua perkataan kemudian tambahkan kata kunci untuk menjadikan pencarian anda lebih spesifik.
Bagi Google:
- Kata kunci pendek: Lagi banyak keputusan pencarian tetapi tidak spesifik.
- Kata kunci panjang: Keputusan pencarian sedikit tetapi labih spesifik.
Contoh pencarian:
Ringkas: Ahmad Maslan
Dalam pencarian di atas saya menggunakan kata kunci ringkas dan hasilnya saya mendapat 383,000 jumlah pencarian
Panjang: Siapakah orangnya Ahmad Maslan?
Saya mengubah kata unci pencarian menjadikannya lebih panjang. Sila perhatikan jumlah pencarian, 10,600.
Apabila saya menggunakan kata kunci yang panjang, jumlah hasil pencarian menjadi lebih sedikit, dan menjadi lebih spesifik mengikut kata kunci yang saya berikan.
Dalam contoh tersebut, oleh kerana saya ingin mengetahui ‘Siapakah orangya Ahmad Maslan’ google memberikan saya biodata Ahmad Maslan.
3. Pilih dan Susun kata kunci yang digunakan
Pilih kata kunci yang sesuai dan susun sebaik mungkin untuk pencarian anda. Keputusan pencarian bergantung secara penuh kepada kata kunci yang anda gunakan.
Bagaimanakah cara memilih kata kunci yang sesuai?
Ambil tempat si penulis dan bayangkan apakah perkataan yang anda gunakan dalam penulisan anda.
4. Abaikan bahagian yang tidak penting
Ini lebih kepada penjimatan masa dan kesenangan anda. Google sangat pandai. Ia dapat menguruskan perkara tersebut untuk anda.
Apakah perkara yang anda boleh abaikan ketika menggunakan Google?
- Ejaan
- Huruf besar atau kecil
- Tanda baca (noktah, koma, tanda seru, tanda soalan..)
- Simbol atau aksara khas (tambah, tolak, pembuka kata, kurungan..)
5. Pencarian Rangkaian Sosial
Google dapat membuat pencarian berkaitan dengan rangkaian sosial menggunakan simbol-simbol tertentu. Adakah anda tahu perkara ini?
Berikut merupakan tekniknya.
- google+ nama
Dengan menambah ‘google+’ sebelum nama orang yang dicari, anda boleh mencari profil Google+ dan juga pages orang tersebut.
Sebagai contoh: google+ scot
- #carian
Dengan menambah simbol ‘#‘ sebelum kata kunci, anda boleh mencari hashtags yang berkaitan daripada Google, Twitter, facebook dan juga rangkaian sosial yang lain.
Sebagai contoh: #pencarian
- @nama
Anda boleh mencari akaun sosial seseorang dengan menambah simbol ‘@‘ didepan namanya.
Contoh: @kamarul
6. Pengiraan
Mesin pencari Google boleh menjadi calculator atau mesin pengira.
Sebagai contoh anda ingin mengira hasil 250 didarab dengan 300. Anda hanya perlu menaip:
250*300
Aplikasi calculator akan muncul berserta dengan jawapannya.
Teknik Pencarian Google Mendalam
Teknik pencarian mendalam melibatkan penggunaan dan susunan simbol-simbol dan juga perkataan tertentu yang mana perlu dihafal (atau rujuk saja sini) untuk mendapat keputusan yang tepat.
Simbol-simbol dan perkataan khas yang digunakan ini dipangil sebagai operator.
7. Gunakan pembuka dan penutup untuk pencarian kata kunci tepat
Gunakan pembuka dan penutup kata untuk keputusan yang hanya mengandungi kata kunci yang anda gunakan.
Sebagai contoh, anda menggunakan “mengandungi vitamin E” sebagai kata kunci dan anda hanya mahu keputusan yang mengandungi kata kunci tersebut tanpa variasi lain.
Anda hanya perlu menambah pembuka dan penutup kata pada kata kunci tersebut.
“kata kunci”
Contoh:
8. Cara untuk mengetahui masa matahari terbit dan tengelam untuk suatu tempat
Anda boleh mengetahui masa matahari terbenam dan terbit untuk suatu tempat dengan menggunakan Google.
Caranya adalah dengan menambah perkataan ‘sunrise‘ atau ‘sunset‘ di ikuti dengan nama tempat seperti berikut:
sunrise namatempat
sunset namatempat
Sebagai contohnya: sunrise labuan
9. Pencarian kuantiti di antara..
Jika anda ingin mencari sesuatu yang melibatkan kuantiti diantara nombor tertentu anda boleh menggunakan operator atau simbol ‘..‘.
Sebagai contoh anda ingin mencari:
- Motorsikal yang berharga dalam lingkungan RM1000 ke RM5000.
- Handphone yang berharga dalam lingkungan RM100 ke RM500.
Anda boleh menggunakan kata kunci seperti berikut:
- Motorsikal RM1000..RM4000
- Handphone RM100..RM500
10. Operator ‘filetype:’ untuk mencari jenis fail tertentu.
Jika anda mahu hasil carian anda dalam google hanya melibatkan jenis fail spesifik seperti pdf, doc, xls dan sebagainya, gunakan operator ‘filetype:‘.
Cara menggunakan operator ini adalah seperti berikut.
filetype:jenisfail katakunci
Sebagai contoh saya ingin mencari pdf fail untuk kata kunci resepi tempatan
filetype:pdf resepi tempatan
11. Operator ‘OR’ untuk menggunakan 2 kata kunci berbeza dalam masa yang sama
‘OR‘ digunakan untuk mengabungkan 2 kata kunci yang anda ingin cari. Dengan menggunakan ‘OR‘ anda boleh melakukan kedua-dua pencarian dalam masa yang sama.
Operator ‘OR‘ selalunya digunakan bersama dengan teknik nombor 6 iaitu pembuka dan penutup kata. Ini bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar munasabah dengan kata kunci pencarian anda.
Sebagai contoh anda ingin mencari ‘kucing hitam’ atau ‘kucing putih’. Untuk melaksanakannya adalah seperti berikut.
“kucing hitam” OR “kucing putih”
Operator or juga boleh diwakili dengan simbol ‘ | ‘.
12. Operator ‘-‘ dan ‘+’
Dengan menambah operator ‘–‘ didepan kata kunci, ia membuatkan apa-apa keputusan yang mengandungi kata kunci tersebut tidak dimasukan dalam keputusan pencarian.
Sebagai contoh:
Kuala -lumpur
Berikut merupakan contoh perbezaan pencarian google untuk kata kunci “Kuala” dengan dan tanpa operator ‘–‘.
Keputusan pencarian ‘kuala -lumpur’
Keputusan pencarian ‘kuala’ tanpa ‘-lumpur’.
Operator ‘+‘ pula akan memaksa google untuk memasukkan keputusan yang selalunya tidak disenaraikan atau ditolak.
13. Operator ‘site:’ untuk mencari sesuatu dalam laman tertentu.
Operator ‘site:‘ digunakan untuk mencari sesuatu dalam url atau domain tertentu.
Sebagai contoh saya ingin mencari isu banjir dalam facebook. Caranya adalah seperti berikut:
site:facebook.com banjir kilat
Keputusan yang saya diterima semuanya berasal dari facebook.
14. Operator ‘allintitle:’ untuk mencari tajuk yang mengandungi kata kunci yang diberikan
Cara menggunakan operator ini adalah seperti berikut:
allintitle:katakunci
Pencarian akan memberikan keputusan yang mana tajuknya mengandungi kata kunci yang digunakan.
Contoh:
allintitle:link dalam halaman sama
Dalam contoh diatas, kesemua keputusan yang diberikan mempunyai kata kunci yang digunakan dalam tajuk.
15. Operator ‘intitle:’
Pencarian menggunakan operator ‘intitle:‘ hampir sama seperti dengan ‘allintitle:’ akan tetapi kata kunci kedua selepas jarak (atau space) boleh berada dimana-mana, di tajuk, dalam isi, dalam gambar..
sebagai contoh, pencarian yang sama ’30 tips fotografi hp’ yang mana ditulis seperti berikut:
intitle:30 tips fotografi hp
Bermaksud hanya ’30’ sahaja yang patut berada di tajuk. ‘tips, fotografi dan hp’ pula boleh berada sama ada di tajuk atau dalam isi kandungan.
Operator yang serupa yang boleh digunakan adalah ‘inblogtitle:‘ dan ‘inposttitle:’. Cara penggunaan adalah sama dengan operator ‘intitle:‘
16. Operator ‘allinurl:’
Operator ini berguna jika anda ingin mencari sesuatu dalam satu website tapi anda terlupa nama penuh website tersebut.
Sebagai contoh saya ingin mencari ‘tips fotografi’ daripada satu website. Akan tetapi saya terlupa url penuh website tersebut. Yang saya ingat hanyalah perkataan ‘infosantai’.
Untuk mencari:
tips fotografi allinurl:infosantai
Maksud pencarian dia atas adalah, ‘tips fotografi’ adalah kata kunci untuk post yang dicari manakala ‘infosantai’ merupakan kata kunci yang mesti berada dalam url.
Operator yang serupa adalah ‘inurl:‘ dan ‘blogurl:‘.
Nota: Anda ingin mencari semua senarai web cam yang disambungkan ke internet? cuba inurl:view/view.shtml.
17. Operator ‘allinpostauthor:’
Jika anda mempunyai satu penulis kegemaran dalam satu website dan ingin membaca semua hasil tulisannya yang ada, anda boleh mencuba operator ini.
Contohnya, saya ingin mencari semua hasil tulisan achilles:
allinpostauthor:achilles
Operator yang hampir sama seperti diatas adalah ‘inpostauthor:‘
18. Operator ‘*’
Jika anda menggunakan ‘*‘ dalam kata kunci, ini bermakna anda memberitahu Google bahawa anda tidak tahu apa yang ada disini dan sila isi untuk saya.
Operator berguna jika anda ingin mencari sesuatu seperti lirik lagu tetapi hanya ingat sebahagian daripadanya.
Sebagai contoh:
biarku menjadi * memberikan cahaya
Akan memberikan anda keputusan berikut:
19. Operator ‘related:’
Anda boleh menggunakan operator ini untuk mencari laman web yang berkaitan dengan url yang anda berikan.
Contohnya:
related:infosantai.com
20. Operator ‘info:’
Anda boleh menggunakan operator ini untuk mencari maklumat berkenaan dengan sesuatu website.
Cara menggunakan operator ini adalah seperti berikut:
info:ithmm.com
21. Operator ‘loc:’
Operator ini membolehkan anda mencari sesuatu secara spesifik di satu satu kawasan.
Sebagai contoh saya ingin mencari ‘kedai emas’ di Sabah.
loc:sabah kedai emas
22. Operator ‘define:’
Operator ini akan memberikan anda maksud untuk kata kunci yang anda berikan.
Cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut.
define:ukelele
Google akan memberikan maksud ‘ukelele’ daripada beberapa sumber kamus yang dipercayai (termasuk wikipedia).
23. Operator ‘daterange:’
Operator ini akan memberikan anda keputusan dalam jangka masa yang anda tentukan contohnya dalam sebulan lepas, dua hari yang lepas dan sebaginya.
Akan tetapi format tarikhnya perlulah menggunakan Julian format yang mana memerlukan perkiraan tersendiri.
contohnya:
banjir daterange:2457975-2457978
Pencarian diatas akan memberikan keputusan yang mempunyai kata kunci ‘banjir’ dan dikeluarkan ketika 10 Aug 2017 – 13 Aug 2017.
Pautan pengiraan tarikh: Julian Format.
Update: Pencarian yang sama boleh dilaksanakan dengan menggunakan tetapan masa di dalam bahagian ‘tools‘. Tetapan asal adalah ‘Anytime’.
24. Operator ‘weather:’
Hmm..operator ini sudah jelas menyatakan fungsinya sendiri. Jika anda ingin mengetahui cuaca di sesuatu kawasan, gunakan operator ‘weather:‘.
Contohnya:
weather:miri
Selepas membaca post ini diharapkan pencarian google anda menjadi lebih spesifik dan tepat.
Terima kasih atas ilmu yg sangat berharga dan sangat berguna…semoga Admin yg sampaikan ilmu ini “sentiasa dalam Rahmat kasih Syg Allah”…Amin..