• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / October 6, 2019

/ Tips Online

Cara Delete WhatsApp yang telah Lama Dihantar

Cara delete @ padam mesej WhatsApp yang tersalah hantar dan sudah melebih had waktu untuk delete for everyone.

Sebagai pengguna WhatsApp kita tidak lari daripada menghadapi situasi salah hantar mesej.

Mungkin disebabkan tak sengaja tertekan, tak fokus dan lain-lain.

Hal ini boleh mendatangkan masalah, bergantung pada whatsapp yang tersalah hantar itu…?

Jangan bimbang, ada penyelesaiannya.

Post ini menerangkan cara delete @ cara untuk padam mesej whatsapp yang sudah lama tersalah hantar.

Cara biasa delete WhatsApp

Seperti yang kita semua tahu, cara biasa untuk padam mesej whatsapp yang telah dihantar adalah seperti berikut:

  • Sentuh mesej yang hendak dipadamkan sehingga ikon delete (tong sampah) keluar
  • Sentuh ikon delete tersebut
  • Pilih ‘DELETE FOR EVERYONE’

Cara ini dijelaskan secara rasmi oleh pihak whatsapp sendiri dalam halaman: Memadamkan mesej

Akan tetapi cara ini hanya boleh digunapakai dalam tempoh lebih kurang 1 jam daripada masa anda hantar mesej tersebut.

whatsapp kurang sejam
Kurang dari 1 jam ada option untuk ‘Delete for everyone’

Lebih daripada 1 jam, pilihan untuk ‘DELETE FOR EVERYONE’ akan hilang.

whatsapp lebih sejam
Lebih 1 jam tak boleh delete for everyone

Anda masih boleh delete mesej tersebut, tetapi hanya untuk diri sendiri sahaja.

Jika anda tersalah hantar mesej dan hanya sedar bila dah lebih had waktu untuk delete anda boleh gunakan cara yang ini:

Cara delete WhatsApp yang sudah lebih Had Waktu

Cara ini tak dijelaskan oleh pihak WhatsApp dalam halaman mereka.

Dan satu lagi cara ini tak boleh digunakan bila mesej tersebut sudah lebih dari 1 hari dihantar.

Untuk memadam mesej whatsapp yang sudah lama dihantar gunakan cara berikut:

Langkah 1 Lihat masa mesej tersebut dihantar

Lihat bila @ pada jam berapa mesej yang hendak dipadam tersebut dihantar.

Masa ini akan anda jadikan rujukan dalam langkah seterusnya.

Langkah 2 Off data dan wifi smartphone anda

Matikan data dan juga wifi handphone anda sebelum langkah seterusnya.

Langkah 3 Force stop Aplikasi WhatsApp

Akses pada bahagian ‘Apps’ dalam ‘Setting’, kemudian ‘Force stop’ aplikasi whatsapp.

Bergantung pada smartphone yang anda gunakan cara untuk sampai ke bahagian tersebut mungkin berbeza.

Pergi ke Setting > Apps & notifications > Apps.

Cari aplikasi whatsapp. Klik pada WhatsApp untuk memaparkan paparan berikut:

app info whatsapp

Klik pada butang ‘FORCE STOP‘ dan pilih ‘OK‘

Kemudian pergi ke langkah seterusnya.

Langkah 4 Set ‘Date & time’ handphone anda

Set date & time smartphone anda kepada beberapa minit selepas mesej yang hendak dipadamkan tersebut dihantar.

Contohnya saya nak padam mesej berikut:

contoh mesej whatsapp tersalah hantar

Mesej tersebut telah pada jam 9:58.

Oleh itu saya akan set masa handphone saya balik pada sekitar jam 9:58, mungkin jam 10:00 tepat (2 minit selepas mesej).

Untuk ubah ‘Date & time’ handphone anda:

Setting > System > Date & time

Pertama sekali pastikan anda mematikan fungsi ‘Automatic date & time‘

Kemudian set masa mengikut masa mesej yang hendak dipadamkan itu.

setting date time smartphone

Untuk contoh ini saya set ke jam 10 tepat (masa mesej jam 9.58).

Langkah 5 Padam mesej whatsapp anda

Seterusnya, buka WhatsApp anda, cari mesej yang hendak dipadamkan itu dan lakukan prosedur padam mesej seperti biasa:

  • Sentuh dan tahan pada mesej yang nak dipadamkan hingga keluar ikon delete (tong sampah)
  • Pilih ikon delete tersebut
  • Pilih ‘DELETE FOR EVERYONE’

Langkah 6 On data/wifi dan Set balik ‘Date & time’ automatik

Jangan lupa set semula date & time smartphone anda pada normal. Kemudian on semula data atau wifi smartphone anda.

Langkah 7 Buka WhatsApp & Selesai masalah

Habis semua langkah diatas, buka whatsapp anda. Mesej tersebut akan dipadam daripada server whatsapp.

whatsapp berjaya padam penghantar
WhatsApp penghantar
whatsapp berjaya padam tempat penerima
WhatsApp penerima

Dan masalah anda selesai.

Kongsikan jika cara ini bermanfaat pada anda!

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Amy says

    January 26, 2020 at 11:57 am

    Salam tuan,knp saya buat x jd? Dia kua mesej suh adjust tarikh dn msa wlupn da ikut step spt di atas

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 7, 2020 at 2:20 pm

      Tu maksudnya mesej tersebut dah lebih dari satu hari… untuk gunakan cara ini mesti dalam hari yang sama..

      Reply
    • Fatihah says

      April 27, 2022 at 1:30 pm

      Salam cik lepas kite delte tu.ambil masa lama utk tiada kt penerima tu

      Reply
  2. mi2an says

    June 9, 2020 at 3:07 am

    Tq tuan,,
    ia sangat² membantu ??
    Sy dh blh delete msg sy dan selamat drpd malu?
    Terima kasih sekali lagi

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 13, 2020 at 10:06 am

      Sama-sama… Syukur dapat membantu ??.

      Reply
  3. Azry says

    September 4, 2020 at 8:36 am

    Slm tn kalau saya left grup selepas msg saya pdm, dpt x saya retrieve balik n pdm utk everyone

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 8, 2020 at 8:46 pm

      Dukacitanya mungkin tak dapat tuan…

      Reply
  4. Mohd Hayrulnizam Abdullah says

    October 2, 2020 at 5:34 pm

    Sory tuan…sy bertanya sedikit, kalau saya dah ter ‘Delete For Me’ wsap saya di dalam Group, boleh ke saya dapatkan balik wsap tersebut dan Delete For Everyone. Mohon pencerahan dan bantuan tuan…

    Terima kasih tuan…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 7, 2020 at 1:32 am

      Maaf juga tuan, kalau dah terdelete mungkin tak boleh…

      Reply
  5. Diba says

    November 2, 2020 at 4:36 pm

    Saya admin group. Ada ahli group salah hantar gambar. Bolehkah saya selaku admin delete gambar itu atau mesti ahli berkenaan yang delete? Terima kasih.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 6, 2020 at 7:32 am

      Dukacitanya fungsi ini belum ada untuk admin group. Hanya ahli empunya mesej tersebut boleh memadam. Kita boleh pilih untuk beritahu ahli agar padam atau keluarkan ahli untuk elakkan kejadian sama berulang..

      Reply
  6. Yina says

    November 21, 2020 at 9:57 am

    Assalamm tuan. saya dah cuba cara ni, tapi saya tetap masih tak tenteram. harap2 la mesej tu betul2 dah tpdm kat dia. 🙁

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 25, 2020 at 3:43 pm

      Salam, jika kita ikut step tersebut pasti akan terpadam. Jangan bimbang.

      Reply
  7. Mohd Ruslan bin Muda says

    January 11, 2021 at 7:55 am

    Model REDMI dalam bahagian ‘setting’ tak ada pon ‘Force Stop’ aplikasi whatsap

    Reply
  8. Fifi says

    May 24, 2021 at 3:25 pm

    Salam..nk tny boleh tak kita nk retrieve blk wasap penting yg dh 3 atau 4 tahun dipadam?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 27, 2021 at 2:00 am

      Salam sejahtera, dukacitanya ianya tidak dapat dilakukan. WhatsApp simpan data kita paling lama pun hanya 90 hari sahaja:

      Reply
  9. miza says

    June 2, 2021 at 2:40 pm

    tqvm kerana membantu.info yg sgt bermanfaat.

    Reply
  10. raziah says

    July 3, 2021 at 9:50 am

    tqvm. sangat membantu. Saya berjaya melakukannya.

    Reply
    • Ayu says

      November 22, 2021 at 2:53 pm

      Kalo kita dh pdm wsup pd kita tp pd phne die xpdam….blh x kita delete

      Reply
  11. Jan says

    November 6, 2021 at 9:07 pm

    Terima kasih atas tips tuan..saya berjaya padam

    Reply
  12. Lily says

    March 16, 2023 at 4:16 pm

    Saya nak tanya saya hantar mesej mlm pastu pagi saya cuba delete. Masih ada di skrin delete to everyone. Itu tandanya org blom bukak msg nye ke?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved