• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / January 15, 2023

/ Tips Komputer & Telefon

8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023

Cara Lajukan Internet Handphone Android

Internet handphone anda lambat walaupun mempunyai signal 3G, H+ atau 4G?

Mungkinkah masalah tersebut berpunca daripada handphone?

Atau memang line yang tak baik?

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda cuba untuk melajukan internet handphone.

(khas untuk android)

Daripada tak buat apa-apa, cuba dahulu cara ini.

Cara melajukan internet handphone ini boleh digunapakai untuk internet celcom, digi, maxis, umobile atau mana-mana rangkaian lain.

1 Bersihkan cache Apps

Bersihkan cache pada aplikasi yang ada pada handphone.

Terutama sekali apps yang menggunakan internet.

Cache yang terkumpul akan memakan prestasi handphone anda dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan internet.

Baca juga: Handphone Lambat? 10 Cara Melajukan Handphone Android

Untuk membersihkan cache secara manual anda boleh pergi ke:

Settings > Apps

cara akses apps dalam setting

Kemudian pilih aplikasi yang kerap anda gunakan.

Contohnya pelayar internet, facebook apps, permainan/games dan sebagainya.

paparan apss pada setting android

Paparan App info akan keluar seperti berikut:

bahagian apps info dan storage

Klik/sentuh pada bahagian Storage.

Dibawah bahagian Cache, terdapat butang Clear cache. Tekan butang tersebut.

butang clear cache pada apps

Anda akan lihat nombor pada bahagian tepi akan berkurangan.

2Ubah setting internet

Cara ini berguna untuk tempat-tempat yang mana signal rangkaian yang anda guna tidak stabil.

Bagaimana nak tahu signal tidak stabil?

Signal tidak stabil jika ia kerap berubah.

Sekejap 3G, sekejap E, H+ dan kadang-kadang boleh dapat 4G.

Setting asal (setting kilang) untuk internet biasanya disetkan pada ‘automatik‘.

Ini membuatkan signal pada handphone kita sentiasa berubah-ubah, ikut mana signal yang lagi kuat.

Contohnya tempat anda boleh dapat signal H+, tapi oleh kerana signal E lebih stabil maka handphone anda pilih E.

Lalu internet anda pun ikutlah kelajuan E siput.

Untuk situasi ini, anda kena ubah setting internet, jangan pilih ‘automatik’.

Caranya ubah adalah seperti berikut:

Settings > More > Mobile networks > Preferred network type

bahagian preferred network type pada android

NOTA: Cara untuk akses bahagian prefered network type mungkin berbeza pada setiap handphone.

Klik pada Prefered network type dan pilih antara 4G atau 3G sahaja.

pilihan signal pada handphone android

Cuba dulu pada 4G. Jika tiada signal keluar gantikan pada 3G.

PERINGATAN: Jika anda memilih 4G, pastikan anda mengembalikan setting kepada auto selepas menggunakan internet kerana dalam mode 4G, fungsi untuk membuat atau menerima panggilan tidak dapat berfungsi.

3Buang widget dan aplikasi yang tidak digunakan

Apa itu widget?

Widget adalah paparan seperti jam, kalender, Google search, ramalan cuaca dan sebagainya yang muncul pada home screen / paparan utama handphone anda.

widget pada homescreen handphone android

Tahukah anda widget tersebut mempengaruhi kelajuan internet anda?

Terutama sekali widget yang memerlukan sambungan internet.

Contohnya widget ramalan cuaca, widget google news…

Oleh itu, bersihkan widget tersebut.

Buang widget yang ada pada home screen handphone melainkan anda betul-betul memerlukannya.

Bergantung kepada jenis handphone, cara membuang widget adalah seperti berikut:

Sentuh widget > Ikon tong sampah keluar > Tarik widget tong sampah

cara buang widget pada homescreen handphone android

Buang juga aplikasi yang anda tidak gunakan.

Hampir semua apps yang ada di google play menggunakan internet untuk memperlihatkan iklan-iklan mereka.

Terutama sekali aplikasi yang sering muncul dalam notifikasi handphone anda.

Yang jenis inilah banyak menggunakan internet anda dalam diam-diam.

4Guna aplikasi pelaju internet

aplikasi lajukan internet handphone android aplikasi untuk melajukan internet

Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa aplikasi dibuat khas untuk menambah kelajuan internet handphone anda?

Anda boleh memuat turn aplikasi tersebut dari Google Play.

Untuk senarai aplikasi pelaju internet terpilih boleh rujuk post ini:

Senarai App Lajukan Internet untuk Android.

Selepas install cuba buka pelayar internet anda untuk lihat jika terdapat sebarang perubahan. Tidak salah untuk mencuba bukan?

5Gunakan pelayar internet yang laju

pelayar internet terpantas

Apa pelayar internet atau browser yang anda gunakan?

Kelajuan internet handphone anda juga dipengaruhi oleh jenis pelayar yang anda gunakan.

Kajian oleh Edgar Cervantes menyatakan bahawa pelayar internet terbaik untuk smartphone adalah Puffin.

Anda boleh muat turun pelayar internet tersebut sini: Google Play Puffin.

Nota: Tahukah anda chrome yang mana popular dikalangan pengguna tidak memenangi mana-mana kategori dalam ujian kelajuan tersebut?

6Reset Internet Connection

Kadang-kadang akan terjadi gangguan sambungan internet handphone anda dengan menara pemancar.

Ini sering berlaku kepada ‘handphone lama’ atau yang kurang RAM/premproses kecil.

Untuk mengatasi masalah ini, reset sambungan internet anda dengan cara:

  1. Padam dan pasang semula handphone anda atau;
  2. Aktifkan mod airplane dan untuk seketika kemudian kembalikan kepada normal mod.mod airplane pada handphone

7Tutup operasi background bagi aplikasi yang tidak digunakan

Jika anda sering berpindah dari satu apps ke apps yang lain, apps yang terdahulu akan terus beroperasi di background.

Ini akan memakan RAM anda dan seterusnya menjadikan internet handphone anda lembab.

Berikut merupakan cara untuk menutup aplikasi background tersebut.

  • Tekan menu aplikasi terbaharu. Menu ini adalah salah satu daripada 3 butang pada bawah handphone anda dan selalunya berbentuk segi empat.menu butang aplikasi beroperasi
  • Paparan berikut akan muncul.Paparan aplikasi terbaharu
  • Tekan lambang X atau tarik keluar aplikasi yang anda tidak gunakan.

Atau,

  • Masuk ke bahagian setting handphone anda.
  • Cari bahagian Apps atau Appplication Manager. Nama bahagian ini mungkin berbeza-beza mengikut jenis handphone. Untuk Samsung ia dipanggil “Application Manager”, untuk LG adalah Setting>General>Apps.Setting apps
  • Pilih aplikasi yang anda mahu matikan dan tekan “Force stop“.force stop aplikasi

Mahu cara yang lagi mudah?

Cuba gunakan aplikasi: Task Killer

Cara gunanya:

  • Install.
  • Tekan untuk buka.
  • Tandakan (tick) pada aplikasi yang ingin anda matikan kemudian tekan pada “Kill selected“.task killer untuk matikan background apps android

8Factory reset untuk reset semua setting

Internet masih lagi lambat? Mungkin sistem handphone anda sudah bermasalah.

Seringkali terjadi untuk handphone yang telah digunakan sekian lama.

Cara paling mudah untuk mengembalikan setting dan sistem asal adalah factory reset.

Jika anda perlukan bantuan cara untuk melakukan factory reset dan juga membuat back-up semua nombor, fail, video dan sebagainya boleh rujuk pautan ini:

Format Handphone: Cara Lengkap Backup & Factory Reset Android

Sudah mencuba semua tips untuk lajukan internet handphone yang dinyatakan diatas? Apa pendapat anda?

Bacaan tambahan: Tahukah anda bahawa internet handphone anda boleh jadi lambat disebabkan performance atau prestasi handphone anda? Jika anda mahu menambah prestasi handphone anda boleh cuba pautan berikut:

Handphone Lambat: 10 Cara Melajukan Handphone Android

Jika handphone anda model lama dan anda punya bajet mungkin boleh pertimbangkan untuk beli baru? Boleh rujuk panduan ini:

21+ Smartphone Murah Terbaik bawah RM500 di Malaysia.

Jika anda mempunyai teknik lain kongsikan untuk panduan bersama pada ruangan komen dibawah.

Kongsikan pada kawan anda yang selalu mengeluh internetnya lambat..

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Clorensius Unsa says

    December 22, 2017 at 6:07 pm

    Terima kasih byk2 di atas perkongsian artikel yg sgt bermanfaat ini.Ianya sgt membantu terutamanya bagi pengguna handphone yg sekadar 3G sahaja mcm saya ini.Sekian.

    Reply
  2. NURULAINA ABDULLAH says

    July 13, 2018 at 1:46 pm

    Terima kasih..amat membantu..

    Reply
  3. pacak says

    December 6, 2018 at 1:23 am

    Tips terbaik.

    Reply
  4. Fadli says

    April 5, 2019 at 2:00 am

    Hmm, sudah factory reset tpi still juga bermasalah, mngkin punca masalah dri operator ni.

    Reply
  5. muhamad afiq roslan says

    June 30, 2021 at 7:14 am

    tq admin ithmm.com
    saya dah buat dah beberapa point yg en share. Alhamdulillah menjadi. 🙂

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 1, 2021 at 1:01 am

      Sama-sama. Gembira dapat membantu.

      Reply
    • Roslan says

      October 5, 2022 at 5:33 pm

      Kena hp syabxblh nk tukar dri 4g ke 3g/2g .. Dh format segala tpi tetap mcm tu je .. ?

      Reply
  6. Qurrah says

    September 29, 2021 at 8:51 am

    Baru buat tadi…Dah selesai..
    Alhamdulillah..
    Boleh buat kerja dgn mudah…
    Terima kasih dan amat membantu

    Reply
  7. mrhanafi says

    April 15, 2022 at 7:45 am

    alhmadulilah…sanagt membantu bro

    Reply
  8. Che badr says

    June 5, 2022 at 11:54 am

    Informasi yang amat berguna..boleh dicuba

    Reply
  9. Adi Channel says

    March 4, 2023 at 11:26 am

    Memang stress kalau line tak cantik… Terima kasih atas tips tips yang diberikan….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved