• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / January 22, 2018

/ Media Sosial

Text Delight : Perkataan yang Mengaktifkan Animasi di Facebook

Baru-baru ni saya perasan sesuatu yang baru di facebook ketika sedang melihat post yang ditulis oleh adik saya.

Dalam post tersebut, perkataan congrats berwarna merah jambu (pink) dan apabila ditekan animasi belon berterbangan muncul.

Berikut merupakan contoh post yang saya buat semula sebagai demo:

text delight facebook congrats

Apabila perkataan Congrats ditekan @ klik akan menjadi…

animasi text delight facebook

Agak menarik bukan?

Soalan yang pertama muncul dalam minda saya adalah:

Adakah ini merupakan fungsi baru dalam facebook atau pun si penulis komen menggunakan aplikasi tertentu?

Di dorong dengan rasa ingin tahu saya pun berjumpa dengan pak cik Google.. Dan akhirnya saya berjaya menemukan jawapan terhadap persoalan berikut.

Text Delight Facebook. Fungsi animasi yang boleh diaktifkan dalam facebook post atau komen dengan menggunakan perkataan tertentu.

Secara diam-diam facebook telah melancarkan satu fungsi baru dalam facebook iaitu animasi yang boleh diaktifkan dengan menggunakan perkataan tertentu yang disebut secara rasminya sebagai “Text Delight” facebook.

Setakat ini hanya ada beberapa text delight facebook yang dikenal pasti, yang mana mengaktifkan animasi tertentu. Berikut adalah senarainya:

1. Konfeti berwarna-warni

text delight facebook konfeti warna warni

Tangan menabur cebisan kertas berwarna-warni. Selalunya ditaburkan dalam majlis-majlis seperti perkhawinan, perasmian dan lain-lain.

Diaktifkan dengan perkataan:

  • best wishes

2. Telapak Tangan “Like” Bergerak

text delight facebook like bergerak

Bentuk tangan like (seperti facebook like) bergerak meninggalkan kesan berlapis-lapis.

Diaktifkan dengan perkataan:

  • you got this
  • you’ve got this
  • you can do it

3. Belon

text delight facebook belon

Belon dan konfeti berwarna-warni dilepaskan.

Diaktifkan dengan perkataan:

  • Tahniah
  • Congrats
  • Congratulations

* dan juga tahniah dalam bahasa lain..

Edit: Perkataan Tahniah tidak dapat digunakan ketika saya mencuba dalam facebook saya.

4. Bentuk Hati, Heart atau Love

text delight facebook bentuk hati

Animasi berbentuk love bergerak.

Diaktfikan dengan perkataan:

  • xo
  • xoxo
  • xoxoxo

*juga beberapa perkataan dalam bahasa lain.

5. Thumbs up @ like roket

text delight facebook like roket

Lambang like seperti roket dilancarkan.

Diaktifkan dengan perkataan:

  • rad
  • radness

Edit: Tidak muncul ketika saya mencuba dalam facebook. Mungkin sudah ditarik balik?

Selepas ini jika anda ingin membuat post dalam facebook, bolehlah anda gunakan perkataan atau kata kunci yang boleh mengaktifkan animasi text delight facebook ini.

Adakah post ini menarik? Kongsikan pada rakan anda agar post-post di facebook lebih Delight!

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved