• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / February 8, 2020

/ Media Sosial

Cara Buat Link WhatsApp di Instagram

Cara Buat Link WhatsApp di Instagram

Agar senang orang nak contact anda guna WhatsApp daripada Instagram

Instagram aka ig, platform sosial media yang popular di Malaysia.

Tetapi ig tidak popular sebagai ‘messenger’.

Orang masih lagi prefer platform seperti WhatsApp untuk chatting, terutama di Malaysia ni.

Sebab itu anda kena tahu bagaimana cara nak buat link WhatsApp di instagram.

Senang pelanggan nak contact anda.

Berikut merupakan fakta ringkas:

Ig tak benarkan anda letak apa-apa link dalam post

Kecuali anda menggunakan servis pengiklanan yang mana hanya available dalam akaun bisnes ig.

Jika anda letak juga, ia tak akan berfungsi seperti link biasa.

Ia akan wujud sebagai text. Tak boleh klik.

link dalam post ig muncul sebagai text biasa
Link dalam post ig muncul sebagai text biasa

Anda hanya boleh letakkan 1 link yang boleh di klik dalam bahagian profile. Itu sahaja.

Agak kedekut Instagram ini bukan?

Tapi jangan bimbang, kita masih ada cara lain. Teruskan membaca.

1. Cara nak letak WhatsApp link di Profile

Pertama anda kena tahu bagaimana cara betul nak letak link WhatsApp dalam profile.

Sediakan dahulu link WhatsApp anda.

Anda boleh buat link guna panduan ini: Buat Link WhatsApp.

Contoh link whatsapp:

https://wa.me/60123456789

Seterusnya pergi ke bahagian ‘Edit Profile’ dalam ig anda.

2 bahagian yang kita akan ubah disini iaitu bahagian:

  • Website
  • Bio

Dalam ruangan ‘website‘ masukkan link whatsapp anda.

Kemudian dalam ‘Bio, selepas pengenalan, tambahkan sedikit ayat seperti ‘WhatsApp/Hubungi saya melalui link berikut:’

cara letak link whatsapp dalam instagram
Letakkan link dalam ruangan website.

Hasil akhir akan kelihatan seperti berikut:

link whatsapp dalam profile ig

Jelas dan orang akan tahu link tersebut untuk WhatsApp anda.

2. Cara nak beritahu link WhatsApp anda dalam post

Memang tak boleh letak apa-apa link dalam post ig.

Melainkan anda menggunakan akaun bisnes dan membayar untuk khidmat iklan.

Tapi anda boleh letakkan maklumat bagaimana nak hubungi anda dalam post.

Anda sudah letakkan link WhatsApp dalam bahagian profile.

Anda cuma perlu tambah sedikit dalam post anda ayat-ayat seperti ini:

  • Berminat? Lawati bio untuk link wasap…
  • Link WhatsApp saya ada di Bio…

Ikut kreativiti anda.

Kemudian anda boleh letak username anda dekat hujung untuk memudahkan orang akses bio anda.

Contoh sperti ini:

Cara post link whatsapp dalam instagram
Cara nak mudahkan orang WhatsApp kita dalam post ig.

Dalam post ini jelas beritahu bagaimana nak hubung penjualnya.

Username dekat hujung tu (@resepiborneo) bila kita klik akan terus bawah kita ke bahagian bio / profile dimana letaknya link WhatsApp tadi.

3. Cara nak letak juga link WhatsApp anda dalam post

Katakanlah anda nak letak juga link WhatsApp anda dalam post.

Dan anda tak kisah dan sanggup untuk membayar khidmat pengiklanan.

Berikut merupakan caranya:

Pertama, tukarkan dahulu akaun instagram anda daripada personal ke akaun bisnes.

Jangan bimbang, tak ada yang berubah.

Malahan anda dapat fungsi tambahan seperti tracking, ruangan email dan sudah tentu kebolehan untuk ‘Boost Post’.

Untuk menukar, pergi ke profile, klik setting, skrol ke bawah hingga anda jumpa pilihan ‘Switch to Business Profile‘.

setting tukar ke business akaun

Lengkapkan semua bahagian yang diminta.

Apabila proses penukaran ke akaun bisnes berjaya, anda akan nampak butang ‘Promote‘ akan muncul pada post anda:

butang promote dalam post ig

Bila anda klik butang tersebut (untuk promote), akan muncul pilihan seperti ini dimana anda boleh masukkan link whatsapp anda:

ruangan untuk masukkan link whatsapp

4. Link WhatsApp dengan ikon di Profile instagram

Pilihan ini hanya diberikan untuk akaun bisnes yang mempunyai follower 10 ribu ke atas.

link whatsapp dengan ikon di profile instagram

Ia sebenarnya adalah fungsi stories yang mana anda boleh masukkan link.

Untuk panduan lengkap anda boleh rujuk post ini: Cara buat ikon dengan link whatsapp di profile ig

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Rosnani says

    August 18, 2020 at 5:55 am

    Saya dah ikut pnduan cara buat link wasap di ig …dah berjaya sehingga link blh tekan..tapi link tk jalan….error loading..n di suruh refresh ….tk jd jgk…

    Reply
  2. Ros says

    September 16, 2020 at 10:09 am

    Thx.. sgt membantu

    Reply
  3. iqah says

    January 20, 2021 at 12:08 am

    naktry

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved