
WhatsApp link generator! Ini cara buat link WhatsApp dengan mudah menggunakan format rasmi.
Khas untuk nombor Malaysia.
Menggunakan format rasmi dari WhatsApp sendiri
Gunakan aplikasi dibawah untuk dapatkan link WhatsApp biasa ataupun link WhatsApp berserta text dengan mudah!
(Penting terutamanya untuk peniaga online dan yang ada bisnes online π )
Link WhatsApp ringkas
Format nombor sahaja, tanpa jarak / senkang.
Link muncul sini. Klik untuk copy.
Link WhatsApp berserta text
Msg ini akan sedia tertulis dalam whatsApp pengguna.
Format nombor sahaja, tanpa jarak / senkang.
Link muncul sini. Klik untuk copy.
Untuk pendekkan/ringkaskan link guna ini: bitly.
Baca juga:
- Cara Buat Link WhatsApp di Instagram.
- Cara Letak Link WhatsApp dalam Facebook.
- Cara Mudah Buat Link Group WhatsApp.
Nota: Aplikasi diatas dibuat berdasarkan format & API Rasmi WhatsApp – Selamat digunakan.
Nak cuba sama ada link anda berfungsi atau tidak?
Copy link anda dan paste dibahagian url mana-mana pelayar internet (handphone).
Ia sepatutnya akan terus buka chat WhatsApp seperti ini:
Boleh digunakan dekat media sosial seperti facebook seperti ini:

Jika anda mahu buat link @ mahu belajar buat link WhatsApp secara manual boleh ikuti cara berikut:
Cara manual: Buat sendiri guna format rasmi WhatsApp
Berikut merupakan jalan cerita bagaimana link diatas terbina yang diambil daripada laman rasmi WhatsApp sendiri.
Jika anda mahu memahami dan belajar cara membuat link WhatsApp secara manual ikuti cara berikut.
1 Copy struktur utama link berikut.
Salin semula (copy) struktur url berikut:
https://wa.me/6
Nota: Struktur url ini khas untuk penduduk Malaysia (nombor Malaysia). Jika anda dari negara jiran seperti (Singapura, Indonesia atau Brunei) gantikan nombor 6 dengan kod negara anda (buang simbol + dan juga 0).
2 Tambah no WhatsApp anda pada bahagian pada bahagian akhir struktur tersebut
Contohnya no anda adalah: 0123456789, maka menjadi:
https://wa.me/60123456789
Nombor yang digunakan tidak boleh mengandungi jarak (space) ataupun simbol-simbol lain seperti sengkang (-) atau tambah (+)
Dan link WhatsApp anda sudah siap. Boleh terus guna.
Jika nak sediakan text supaya customer tak perlu susah-susah nak taip, boleh boleh buat seperti ini:
3 Tambah ?text= selepas no telefon anda
https://wa.me/60123456789?text=
Pastikan tidak ada jarak (space).
4 Encode text anda
Pergi ke laman ini: Url Encoder.
Taip masuk text anda. Contoh: PM harga tuan.
Klik pada butang ‘Encode‘ dan seterusnya copy text yang terhasil.
Untuk contoh tadi ia akan menjadi: PM%20harga%20tuan
5 Letakkan mesej tersebut pada bahagian akhir link anda
https://wa.me/60123456789?text=PM%20harga%20tuan
Link berserta text sedia ada untuk whatsapp anda sudah siap.
Terdapat juga cara alternatif untuk membuat link WhatsApp seperti yang diterangkan disini, tetapi pada pendapat saya lebih baik menggunakan tutorial @ format rasmi daripada WhatsApp sendiri, takut-takut terdapat kebarangkalian mesej anda disimpan @ dipintas.
Tambahan: Cara pendekkan link yang terlalu panjang
Kadangkala link yang terlalu panjang tidak elok dilihat @ tersembunyi hingga menyebabkan keraguan di kalangan pembaca atau pengguna.
Jalan penyelesaiannya adalah:
Pendekkan link anda
Anda boleh guna antara:
Caranya senang sahaja, pergi ke pautan yang dinyatakan diatas, masukkan link yang anda buat tadi dan klik butang “SHORTEN”.
Kongsikan jika post ini membantu anda.
WOWWW HEBAT
Pwrghhhh mantap
kenapa bila copy and paste di IG link tu tp still xbleh guna. tolong…
Hai nia, IG memang tak benarkan link (yang boleh diklik) pada post biasa… Untuk itu biasanya dalam IG kita letak link (yang boleh klik) pada bahagian bio atau guna servis instagram ads (berbayar)… Update: boleh rujuk cara ini: Affiliate tanpa website – Link Dalam bio IG
Macam mana caranya?*letak link (yang boleh klik) pada bahagian bio.
Boleh cuba cara ini ya… Affiliate tanpa website β Link Dalam bio IG
I dah letak di bio tp still xboleh guna link tu π
Maaf ya saudari, info yang saya berikan tak berapa jelas… link boleh letak dalam bahagian profile dalam ruangan website, atas bio. Boleh rujuk cara ni: Affiliate tanpa website β Link Dalam bio IG
Saya pon sama ikot step tapi masih tak boleh.. Helpπ
Maaf ya mungkin penerangan saya tak berapa jelas. Ruangan bio yang dimaksudkan adalah ruangan profile. Link tu letak dalam ruangan website…

Ooo.. mcm mne nk sy nk buat link unt group wsap??
Untuk buat link group whatsapp boleh rujuk post ni: Cara buat link group whatsapp
Terima kasih..mmg sangat – sangat berkesan cara buat link ni..
Sama-sama… Gembira dapat membantu. Teruskan bersama ithmm ya.. ππ
Hi. Kenapa sy xleh guna link tu utk FB. link yg dah dipendekkan. Please help me. TQIA
Hello Nina, saya cuba buat link dan pendekkan kemudian masukkan dalam fb.. Tak ada masalah tempat saya..
Mngkin ada silap masukkan? Contohnya nombor tak boleh ada jarak atau sengkang… Terus sahaja taipkan no.. Cnth: 0123456678
Klw dlm text tu letak emoji blh ke tu?
Boleh.. π
T.kasih sgt membantu. ππ
Boleh letak dlm php?
Boleh, yang penting dikurung oleh tag a or covert to link.
Panduan buat link Whatsapp yang bagus dan lengkap. Mohon share tipsnya tuan. Terima Kasih
Silakan… Gembira dapat membantu tuan.
Buat short link tu tiada dikenakan caj kan. Dah pernah buat tp link dah hilang, boleh buat semula?
Buat short link tak ada caj. Caj tu dikenakan jika kita nak guna servis analytic mereka.
Terbaik info, terima kasih..
Sangat membantu…
Mohon share kt fb ya..
Sama-sama. Gembira dapat membantu. Silakan share ya…
Mcm mana ea nak buat 1 link tapi ada 2 text dalam tu. So bila tekan link tu kita boleh pilih nak tekan text mana 1?
Maksudnya bila kita tekan butang first, akan keluar 2 lagi butang pilihan ya? Boleh, saya akan usahakan buat post cara untuk buat butang seperti ini. Jangan lupa subsrcribe atau sentiasa periksa ithmm.com untuk post baru.
Ye betul2. Okay encik. Terima kasih atas ilmunya
Tuan, panduan untuk dapatkan whatsapp link Dengan pasangan kita
Saya nak link whatsapp saya
Boleh guna ruangan penjana link whatsapp yang disediakan diatas tuan… masukkan no telefon dan tekan buat link
Sy dah pernah register wasap.my. bila sy login kemudian, link sy hilang. Sy nk create new link tp x blh sbb remak kluar “invalid. The link already exists. Camne nk selesai masalah ini?
mcm mana saya nak buat auto reply dalam komen customer saya dlm FB post saya?
Tuan boleh cuba guna Instant Reply Facebook ataupun jika nak yang lebih specifik saya cadangkan tuan guna servis respond.io (terdapat pakej percuma yang ditawarkan).
Aslm tibe time kasih