• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / July 3, 2024

/ Blogging Tools

Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih]

program affiliate di malaysia yang terbaik

Program affiliate Lazada, Shopee, Involve asia dan terbaru Temu. Cukup. Ini pilihan terbaik.

Mungkin ada yang lain, tapi 4 ini adalah yang terbaik.

DALAM POST INI: Sembunyikan
1 Program Affiliate Lazada
2 Program Affiliate Shopee
3 Program Affiliate Involve Asia
4 Program Affiliate Temu
Baca juga:

Saranan saya, anda daftar Lazada dan Shopee untuk produk fizikal.

Daftar Involve Asia untuk servis, kewangan dan perlancongan.

Daftar Temu untuk ambil peluang dapat komisen tinggi kerana ia sedang pesat membangun ketika ini.

Berikut maklumat tentang program-program affiliate ini.

1 Program Affiliate Lazada

lazada affiliate program

Panduan untuk join: Cara buat Affiliate Lazada

Program Affiliate Lazada sesuai untuk semua niche kerana Lazada menawarkan kategori produk yang luas.

Daripada barangan elektronik, fesyen dan hinggalah ke kategori perkhidmatan, pasti ada yang sesuai dengan niche anda.

Bagi saya, untuk platform business-to-consumer eCommerce, program ini berbaloi kerana kadar komisen yang ditawarkan agak tinggi berbanding saingannya iaitu Shopee.

MAKLUMAT UTAMA:

  • Potensi income: Komisen Base sehingga 13% + Komisen Brand bermula 4%.
  • Durasi cookies: 7 hari.
  • Syarat: Mempunyai akaun media sosial, blog, laman web (salah satu atau lebih).

KELEBIHAN:

  • Kadar komisen base tinggi
  • Produk terpilih mempunyai komisen tambahan – komisen brand
  • Pilihan produk pelbagai
  • Pelbagai marketing tools disediakan
  • Analisis prestasi disediakan

KEKURANGAN

  • Durasi cookies hanya 7 hari
  • Komisen cap RM10 untuk komisen base

Jika anda berminat anda boleh baca info lanjut sini: Bagaimana cara buat affiliate Lazada

2 Program Affiliate Shopee

shopee affiliate program

Panduan untuk join: Cara buat Program Affiliate Shopee

Sama seperti Lazada, program ini sesuai untuk semua niche kerana mempunyai pilihan kategori produk yang luas.

Ketika ini, program affiliate Shopee mempunyai kelebihan dari segi kepopularannya platform eCommercenya dimana pelanggan lebih memilih untuk membeli produk dari Shopee.

Maklumat utama:

  • Potensi income: Peluang komisen berganda – komisen Shopee + komisen Xtra.
  • Durasi cookies: 7 hari.
  • Syarat: mempunyai akaun media sosial, blog, laman web (salah satu atau lebih).

Kelebihan:

  • Komisen boost untuk tempoh tertentu setiap bulan
  • Campaign untuk income tambahan
  • Percuma untuk join
  • Pilihan produk pelbagai
  • Pelbagai marketing tools disediakan
  • Analisis prestasi disediakan

Kekurangan

  • Banyak saingan kerana kepopularan Shopee
  • Durasi cookies hanya 7 hari
  • Komisen cap pada RM10

Jika anda berminat anda boleh baca info lanjut sini: Bagaimana cara buat affiliate Shopee.

3 Program Affiliate Involve Asia

involve asia affiliate program

Daftar sini: Program Affiliate Involve Asia

Involve Asia berbeza daripada Shopee atau Lazada.

Ia bukan platform eCommerce tetapi merupakan platform pemasaran affiliate yang mana menghubungkan anda dengan lebih 500 jenama,penjual atau penyedia servis dari seluruh Asia Tenggara (termasuk Malaysia).

Pilihan yang meluas ini membolehkan peluang untuk anda mendapat produk yang sesuai lebih tinggi.

Maklumat utama:

  • Potensi income: Pelbagai pilihan kadar komisen.
  • Durasi cookies: 1-30 hari bergantung pada program.
  • Syarat: Mempunyai akaun media sosial, blog, laman web (salah satu atau lebih). Terdapat keperluan lain yang perlu dipenuhi bergantung pada program yang anda pilih dalam Involve Asia.

Kelebihan:

  • Pilihan jenama, kedai dan servis yang pelbagai
  • Pengurusan pelbagai program dalam satu platform sahaja
  • Percuma untuk join
  • Pelbagai marketing tools disediakan
  • Analisis prestasi disediakan

Kekurangan

  • Komisen rendah sedikit kerana melalui orang tengah.
  • Sesetengah program cookies hanya 1 hari.
  • Sesetengah program hanya untuk tempoh masa tertentu.

Untuk niche pelaburan, kewangan, perkhidmatan dan perlancongan pilihan untuk program affiliate ada dalam platform ini.

Sesetengah program menawarkan komisen sehingga ratusan ringgit.

involve asia komisen ringgitplus
Platform Involve Asia – Komisen RM140

Jika anda mahu mendaftar: https://app.involve.asia/v2/create-account

4 Program Affiliate Temu

temu affiliate program

Daftar sini: Program Affiliate Temu

Temu adalah laman e-commerce yang sedang pesat meningkat baru-baru ini.

Sama seperti Lazada dan Shopee, laman ini menawarkan pelbagai kategori produk dengan harga yang murah.

Program affiliate Temu masih diperingkat awal, dimana sasarannya adalah untuk mendapatkan pengguna baru.

Komisen yang ditawarkan agak lumayan, iaitu RM5 untuk setiap pengguna baru ditambah dengan 10%-30% komisen untuk produk yang dibeli.

Ia juga menawarkan bonus tambahan maximum RM4,000 jika anda dapat mencapai target tertentu.

Pendaftaran adalah percuma dan tanpa sebarang keperluan ketika ini.

Untuk daftar anda boleh guna pautan ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72

Dan jika berminat, gunakan code acs987364 untuk dapat 30% diskaun pembelian pertama anda dalam platform ini.

Ambil peluang untuk dapatkan komisen maksimum sementara program ini masih baru.

Semoga post senarai program affiliate terpilih di Malaysia ini bermanfaat untuk rujukan anda.

Jangan lupa like dan follow page Ithmm untuk lebih banyak tips!

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • Cara Buat Blog Lengkap (untuk Pemula!)
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Shopee?
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Lazada?

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved