• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / January 20, 2022

/ Pemasaran Affiliate

4 Senarai Program Affiliate di Malaysia 2022 [ Terbaik! ]

senarai program affiliate di malaysia

Pilihan program affiliate terbaik di Malaysia untuk income online anda.

Tidak dinafikan affiliate adalah cara terbaik untuk jana pendapatan secara online.

Jika dibuat dengan betul pasti berbaloi.

pendapatan 10 hari program affiliate lazada
Pendapatan 10 hari program affiliate Lazada

Untuk sertai program affiliate anda kena tahu dimana lubuk-lubuknya.

Kerana tak semua program affiliate yang ada di Malaysia diuruskan sendiri oleh pemiliknya.

Ada syarikat yang uruskan program Affiliate sendiri contohnya Lazada.

Ada juga syarikat yang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menguruskan program mereka contohnya Shopee, Zalora dan Watson.

Semasa nak sertai mana-mana program affiliate, selalunya saya akan periksa sama ada syarikat tersebut ada uruskan sendiri atau tidak.

Jika ya, saya daftar terus dengan mereka.

Tak melalui pihak ketiga.

Kerana komisennya lebih besar.

Post ini mengumpulkan senarai program affiliate terbaik yang boleh anda sertai.

Senarainya seperti berikut:

Senarai program affiliate di Malaysia

  1. Program Affiliate Lazada
  2. Program Affiliate HotelsCombined
  3. Platform Affiliate Involve Asia
  4. Platform Affiliate AccessTrade

Untuk no 1 dan 2, program tersebut diuruskan oleh pemilik syarikat sendiri.

No 3 dan 4 adalah ‘orang tengah’ yang menguruskan program affiliate daripada pelbagai syarikat.

Terdapat pelbagai program affiliate yang boleh anda sertai di dalamnya.

4 lubuk ini pasti akan mendatangkan pulangan yang lumayan pada anda.

Untuk info lanjut dan link untuk memohon teruskan membaca.

1Program Affiliate Lazada

program affiliate lazada v2

Progam Affiliate Lazada adalah pilihan utama saya.

Program Affiliate ini diuruskan oleh pihak Lazada sendiri.

Siapa Lazada?

Hampir semua orang kenal Lazada, apatah lagi dikalangan para online shopper.

Lazada adalah tempat menjual dan membeli barangan secara online untuk pelbagai jenis barangan seperti barang elektronik, barangan dapur, alat mainan kanak-kanak hinggalah ke barangan masakkan.

Sebab terbesar kenapa anda perlu sertai program affiliate Lazada adalah:

  • Efisien – Diuruskan oleh pihak Lazada sendiri
  • Lumayan – Komisen besar
  • Pantas – Bayaran cepat
  • Kepelbagaian – Sesuai untuk semua topik

Lazada menguruskan program affiliate mereka sendiri.

Tidak ada orang tengah.

Tidak ada orang tengah bermaksud komisen anda lebih besar, proses untuk validation cepat dan bayaran pun pantas.

Pendapatan anda bulan ini akan dibayar bulan depan.

Lagi satu, kepelbagaian barangan yang dijual di Lazada menjadikan program ini hampir sesuai untuk semua topik.

Anda nak cerita pasal hiking?

Boleh selitkan link kasut, khemah, hammock…

Cerita pasal home garden?

Selitkan barangan gardening dari Lazada…

Apa lagi? Apply untuk sertai program ini sekarang:

Pohon Affiliate Lazada

Untuk panduan lebih lanjut boleh lihat:

Panduan Lengkap Program Affiliate Lazada Malaysia

2Program Affiliate HotelsCombined

Jika topik yang anda bawakan dalam blog atau media sosial berkaitan dengan perlancongan sertai program affiliate ini.

HotelsCombined adalah tempat untuk perbandingan harga-harga hotel yang ditawarkan oleh beberapa booking site seperti Booking.com, Expedia, hotel.com, agoda dan banyak lagi.

program affiliate hotelscombined
Contoh hasil carian hotel di hotelscombined.com

Dengan menyertai program affiliate ini, ia memastikan anda tidak akan kehilangan komisen daripada link yang diberikan.

Tak kiralah pengguna nak booking dari Booking.com, hotel.com. agoda atau sebagainya.

Dibandingkan jika anda menyertai affiliate salah satu daripada booking site tersebut contohnya Booking.com.

Terdapat kemungkinan pengguna tak buat book daripada laman tersebut, kerana mungkin tawaran dekat laman lain contohnya agoda atau hotel.com lebih baik.

Disamping anda menceritakan pengalaman anda, buat review dan sebagainya selitkan sekali link affiliate.

Untuk mendaftar gunakan link berikut:

Daftar Program Affiliate HotelsCombined

3Platform Affiliate Involve Asia

Involve Asia adalah platform untuk pelbagai program affiliate.

Mereka adalah ‘orang tengah’ yang menguruskan pelbagai program affiliate seperti Shopee, Hotel.com, Watsons dan banyak lagi.

program affiliate yang boleh disertai dalam involve asia
Antara program affiliate yang boleh disertai dalam Involve Asia.

Antara kategori affiliate yang boleh anda sertai dalam Involve Asia adalah:

  • Travel – hotel.com, Klook travel…
  • Fashion – Shopbop, Ann taylor…
  • Services – Photobook, Republic GG
  • Marketplace – Shopee, Lazada, Alibaba…
  • Finance – Citibank, Etiqa..
  • Health & Beauty – Watsons, Hermo
  • Electronics – Senheng, DJI CPS

Dalam banyak-banyak senarai tersebut, pasti ada yang sesuai untuk anda.

  • Bacaan tambahan: Panduan Lengkap Program Affiliate Shopee.

Komisen yang ditawarkan pula adalah berbeza-beza bergantung pada program affiliate yang anda sertai.

Contohnya program affiliate Citibank menawarkan sehingga RM230 komisen untuk setiap conversion (jualan) yang berjaya.

Bagaimana nak sertai program affiliate dalam Involve Asia ini?

Untuk menyertai program affiliate ini anda kena dapatkan 2 kali kelulusan.

Pertama, anda kena memohon daftar dahulu dengan Involve Asia.

Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh pilih progam affiliate yang ingin disertai dan pohon.

Selepas lulus barulah anda boleh mula beraffiliate dan menerima komisen.

Agak leceh sedikit bukan?

Tips untuk lulus cepat permohonan

Jalan paling mudah untuk lulus permohonan dengan involve asia adalah dengan memiliki blog atau laman web sebagai medium untuk beraffiliate.

Pastikan blog anda tak kosong.

Lagi mudah jika anda memang suda sedia memiliki laman web.

Jika bercadang nak buat blog baru boleh gunakan panduan ini: Cara buat blog sendiri.

Jika anda bercadang nak guna media sosial seperti facebook dan ig sebagai medium kelulusan agak sukar sedikit.

Banyak perkara yang mereka nak lihat contohnya bilangan follower, kesesuaian facebook atau ig yang ingin digunakan dan sebagainya.

Untuk program affiliate yang ditawarkan dalam Involve asia pula, untuk lulus cepat anda kena:

Pastikan description untuk property anda bersesuaian dengan program affiliate yang dipohon.

Maksudnya, setiap kali anda nak memohon sesuatu program affiliate, ubah description property anda agar ia lebih kepada program yang anda pohon.

Untuk memohon pendaftaran dengan Involve Asia anda boleh gunakan butang berikut:

Daftar Involve Asia

4Platform Affiliate AccessTrade

AccessTrade adalah rangkaian pemasaran affiliate yang berasal dari Jepun dan meluaskan cawangan mereka ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Seperti Involve Asia, AccessTrade juga merupakan ‘orang tengah’ yang menguruskan program affiliate untuk syarikat-syarikat seperti Shopee dan Watson.

program affiliate accesstrade

Pilihan program affiliate yang ada ditawarkan dalam AccessTrade mungkin ada kurang sedikit berbanding Involve Asia.

Tapi, saya cadangkan anda daftar juga dengan syarikat ini.

Kenapa nak daftar dengan AccessTrade jika sudah ada Involve Asia?

Sebagai seorang affiliator, kena ada plan B, C, D dan seterusnya…

Kongsikan sedikit pengalaman saya mengharapkan sepenuhnya daripada Involve Asia.

Saya buat program affiliate Shopee.

Semua link Shopee yang saya letakkan dalam blog berasal daripada Involve Asia.

Tiba-tiba Involve Asia kata bajet Shopee sudah sampai limit dan mereka tak sambung-sambung lagi.

Habis semua link affiliate saya.

(Kalau 10 – 20 link tak apa, ini beratus link)

Bila saya periksa dekat AccessTrade, affiliate Shopee tak ada masalah pula. Masih jalan…

Oleh itu, jangan letak semua telur-telur kita dalam satu bakul sahaja ?.

Nanti jatuh, pecah kesemuanya.

Separuh buat dengan Involve Asia dan separuh dengan AccessTrade.

Selain itu, saya selalunya akan bandingkan antara kedua-dua platform affiliate ini.

Contohnya kedua-dua platform menawarkan program yang sama iaitu program affiliate ringgit plus.

Tapi komisen yang ditawarkan agak berbeza:

accesstrade komisen ringgit plus
AccessTrade – Komisen RM155
involve asia komisen ringgitplus
Involve Asia – Komisen RM140

Kita boleh pilih mana satu komisen yang lebih lumayan.

Untuk mendapat kelulusan daripada AccessTrade juga mungkin agak mudah sedikit.

Jika ada program yang ingin anda sertai tak lulus dekat Involve Asia boleh cuba dekat AccessTrade.

Untuk bacaan lanjut boleh lihat: Tutorial Program Affiliate AccessTrade Malaysia

Untuk memohon AccessTrade:

Daftar AccessTrade


Pilih mana-mana program yang sesuai untuk anda dan fokus.

Bila sudah nampak hasilnya teruskan untuk fokus.

Anda pasti gembira dengan hasilnya.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved