
Fahami apa itu blog, blogger dan blogging.
Anda pernah mendengar tentang blog.
Blog boleh jana income, blog sebagai pekerjaan dan mungkin ada dikalangan rakan anda yang mempunyai blog.
Setiap kali anda cari info dekat Google, anda baca blog.
Apa sebenarnya itu blog?
Post ini dibuat khas untuk menjawab persoalan tersebut.
Dalam bahasa yang mudah difahami dan praktikal.
Antara topik yang diperkatakan adalah:
- Apa itu blog?
- Rupa bentuk @ struktur blog
- Tujuan buat blog
- Apa itu Blogger dan Blogging?
- Kenapa ramai nak jadi blogger?
- Adakah blogger dibayar?
- Mahu menjadi blogger?
Teruskan membaca.
Apa itu blog?
Blog adalah laman web atau website yang sentiasa di update atau sentiasa mempunyai bahan bacaan baru.
Tidak kiralah bahan bacaan tersebut jenis berita semasa, trend semasa, tips, tutorial, cerita tentang perjalanan hidup seseorang dan sebagainya.
ithmm.com adalah blog.
Begitu juga dengan malaysiakini.com.
Cuma bezanya malaysiakini itu adalah jenis blog news @ berita.
Definisi blog dalam bahasa yang lebih formal adalah seperti berikut:
Blog adalah sebuah laman sesawang yang memberikan infomasi dan ditulis mengikut urutan kronologi dan dipaparkan dalam tertib terbalik.
(☝️ dipetik daripada wikipedia, mengelirukan dan tak langsung membantu bagi yang cuba memahami)
Dalam erti lain kata:
Blog adalah bacaan infomasi yang anda jumpa selepas google search, yang mana setiap info disusun agar info yang terbaru terletak diatas.
(elok sedikit daripada penerangan wikipedia)
Panggilan blog ini sebenarnya berasal daripada perkataan ‘weblog’.
Pada tahun kelahiran blog iaitu tahun 1994, blog sebenarnya adalah lebih kepada ‘personal diary’ yang dikongsikan secara online.

Pemilik menulis aktiviti hariannya, tentang kehidupannya dan kongsikan di internet.
Dari situ ia berkembang, orang ramai mula menyedari blog boleh menjadi satu cara untuk berkomunikasi secara online.
Seperti apa yang saya lakukan sekarang.
Cara untuk berkomunikasi dengan anda.
Rupa bentuk @ struktur blog
Berikut merupakan contoh struktur ringkas blog pada masa kini:

Dekat atas ada logo dan menu.
Kemudian dalam ruang utama terdapat post yang disusun, yang terbaru terletak paling atas sekali.
Ini adalah asas susunan struktur untuk blog.
(untuk paparan utama / home)
Gaya persembahan mungkin berbeza disetiap blog yang anda jumpa.
Ada yang bagi gambar besar-besar, gambar disusun dari besar ke kecil.
Semuanya untuk menjadikan persembahan blog lebih menarik.
Apa beza blog dengan laman web
Apa beza blog dengan website?
Sebenarnya blog adalah website / laman web.
Atau mungkin lebih tepat lagi kita boleh kata blog adalah jenis website.
Definisi website adalah koleksi halaman yang disimpan dalam satu nama domain dan boleh diakses menggunakan internet.
Susunan atau struktur seseuatu website yang mana sering terdapat post terbaru dan post terbaru diletakkan paling atas menjadikan ia dipanggil sebagai blog.
Jika saya ditanya soalan:
Adakah saya mempunyai website?
Saya boleh jawab:
Ya, saya mempunyai website jenis blog – www.ithmm.com.
Apakah tujuan buat blog?
Blog dibuat tujuannya untuk menghubungkan penulis dengan pembaca yang berminat.
Pemilik blog mahu apa yang disampaikannya itu sampai kepada para orang-orang yang berminat.
Dalam blog kita boleh letak tulisan, gambar, video, audio dan mungkin aplikasi atau game ringkas.
Ini menjadikan blog sangat sesuai untuk tujuan itu.
Bagi para individu (pemilik perseorangan), biasanya mereka akan buat blog atas sebab hobi, perkongsian ilmu, menceritakan pengalaman atau aktiviti mereka.
Tidak terbatas.
Seterusnya dengan harapan akan memberikan pulangan dalam bentuk income atau lain-lain.
Tetapi, selalunya situasi diatas terbalik.
Kita nak fikir nak buat income dulu lepas tu baru nak fikir buat blog cerita apa.
Yang pasti tujuan kita buat blog ini adalah nak bagi orang baca apa yang kita tulis.
Bagi para pemilik bisnes atau peniaga pula, blog selalunya dijadikan sebagai salah satu daripada cara pemasaran.
Contohnya kita buat servis design.
Mungkin kita akan buat blog post yang menarik minat para potential customer seperti ‘5 top trend design personal office’ dan sebagainya.
Apa itu Blogger dan Blogging?
Apa itu blogger?
Apakah pula maksud blogging?
Kedua-dua istilah diatas terbit daripada panggilan ‘Blog‘ itu sendiri.
Blogger adalah orang yang memiliki blog, mengerjakan blog tersebut menulis content dalam topiknya tersendiri.
Blogging pula adalah istilah untuk kombinasi semua aktiviti diatas – memiliki, menguruskan dan membuat content blog.
Mungkin kita boleh guna dalam ayat seperti ini:
“Saya seorang blogger, sekarang ini saya tengah blogging.”
Daripada seorang blogger anda boleh menjadi professional blogger.
Apakah pula professional blogger?
Professional blogger adalah seorang blogger yang mana blog adalah sumber pendapatan utamanya dan bukan lagi sebagai income sampingan.
Ia adalah pekerjaan yang menjadi semakin hot sekarang.
Kenapa ramai nak jadi blogger?
Kenapa blogging semakin popular?
Mungkin kerana blogger bebas macam burung?
Boleh jadi famous?
Yang pastinya, jadi blogger bermakna anda ‘jadi bos anda sendiri’.
Tiada yang tentukan anda nak buat apa, kena datang jam berapa, gaji kena berapa, cuti apply kenapa…
Boleh kerja dari rumah, boleh cuti bila-bila, boleh kerja sambil melancong dan sebagainya.
Boleh fokus dengan hobi anda dan ceritakanya dalam blog anda dan sebagainya..
Dari segi income pula adalah unlimited.
Unlimited maksudnya ia berkadar langsung dengan prestasi blogging anda dan juga strategi anda.
Lihat lelaki botak (minta maaf Jon) ini:

Purata income bulanannya adalah sekitar RM200,000 duit Malaysia. Anda boleh lihat report income terbarunya disini
(Income terbarunya March 2021 = USD$104,496 ?)
Pekerjaannya? Professional Blogger.
Saya tak rasa dia famous di muka umum, mungkin ya di kalangan blogger.
Suatu masa dahulu, saya tak terfikir langsung ‘boleh’ menjadi professional blogger.
Tapi memang tak mustahil.
(Tapi income masih belum setandinglah dengan Jon dekat atas tu…Jauh, tapi tak mustahil)
Adakah blogger dibayar?
Sekadar menjadi blogger tak akan dibayar apa-apa.
Ada sesetengah kawan bertanya pada saya:
“Eh, kalau saya tengok post awak ini berapa bayaran masuk ya?”
Blogger tak akan dibayar hanya kerana dia menulis dan publish post.
Duitnya datang secara tidak langsung daripada strategi ‘pengewangan’ nya.
Anda boleh baca post ini: Cara buat duit dengan blog.
Salah satu cara yang paling biasa digunakan oleh blogger untuk mendapatkan income adalah daripada iklan yang dipaparkan diblognya.
Biasanya, bila blog sudah ramai pelawat, maka bolehlah pemilik blog tersebut memohon iklan dipaparkan dalam blognya.
Paling popular kita minta dekat Google Adsense.
Kalau nak yang lebih mahal iklannya, boleh cuba ezoic. Tapi syaratnya, minimum trafik harian kena 600+.
Bila permohonan diluluskan, barulah iklan-iklan berkaitan muncul dalam blog.
Tapi belum dibayar lagi.
Untuk dibayar, syaratnya para pelawat mestilah ‘klik’ dekat iklan tersebut.
Dan klik tersebut bukanlah paksaan.
Contohnya, anda sedang baca post ini, tiba-tiba ternampak iklan ‘Diskaun 50% smarpthone xiaomi keluaran terbaru’.
Anda berminat, maka klik dekat iklan tersebut untuk tahu lebih lanjut.
Maka barulah bayaran masuk dekat blogger.
Kalau pembaca nampak tapi tak buat apa-apa, blogger tak akan dapat apa-apa.
Selain iklan, terdapat banyak lagi cara lain seperti jual produk sendiri, tolong iklankan produk orang lain dan dapat komisen, sediakan servis berkaitan dan sebagainya.
Semuanya bergantung pada kreativiti blogger itu sendiri.
Mahu menjadi blogger?
Adakah anda berminat nak jadi seorang blogger?
Mahu menjadi professional blogger?
Tiada syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi seorang blogger.
Buat dan miliki blog sendiri, mula menulis, belajar dari kesilapan dan akhirnya anda akan menjadi professional blogger.
Anda boleh baca post ini: Cara buat blog sendiri.
Sedikit tips jika anda berminat:
Pertama sekali, pilihlah topik yang sememangnya hobi anda, kepakaran anda, atau benda yang anda nak belajar.
Pendapat saya, ini adalah paling penting untuk memastikan kesinambungan progress blogging anda.
Agak sengsara nak kekal dalam blogging jika topik (niche) yang anda pilih bukan dalam kategori diatas.
Mungkin anda ada buat kajian sendiri, niche ini mahal boleh dapat banyak duit dan sebagainya.
Tapi bagaimana nak buat jika niche tersebut tak seronok langsung untuk anda?
Kedua, jika anda baru bermula, tumpukan untuk bina trafik (lawatan) ke blog dahulu.
Income itu kemudian.
Bila trafik ke blog anda sudah banyak, anda tak mahu pun duit akan datang sendiri.
(Orang akan datang buat deal dengan anda).
Maksud tumpukan trafik adalah, tumpukan untuk buat post dahulu.
Belajar tentang SEO, belajar untuk tulis apa yang orang perlukan @ nak baca.
(bukan taip ikut sedap hati kita sahaja)
Bila trafik ke blog dah ok, barulah kita boleh pertimbangkan untuk buat post yang lebih berpotensi dari segi income.
Dan akhir sekali, cubalah untuk menjadi seorang yang ‘konsisten’.
Yang ini agak sukar untuk manusia biasa.
(Saya sendiri pun masih tak lulus ‘bab’ ini)
Konsisten dalam blogging maksudnya konsisten buat post.
Contohnya, setiap minggu mesti publish sekurang-kurangnya 3 post. Lagi banyak lagi baik.
Encik Jon Dyksta berjaya mendapat income sebegitu kerana sifatnya yang konsisten.
Diharap post ini bermanfaat pada anda.
Hallo admin ithmm.com. Saya mau tanya nih. Jadi begini, saya tu ada buat blog, tema/Niche blog saya tentang blog, kontennya tentang semua apa yang saya tahu tentang blog. Cuma, setelah semua berjalan, ternyata pengetahuan saya tentang blog belum seberapa. Kalau saya membuat konten lain yang tidak berhubungan dengan konten saya sebelumnya, sepengetahuan anda, apakah itu akan berpengaruh buruk kepada performa blog saya?
Terima kasih
Hello, Google search ada satu istilah yang dipanggil ‘topic authority’. Semakin banyak kita menulis tentang sesuatu topic khusus (niche), semakin tinggi markah yang diberi oleh Google, dan semakin tinggi peluang post kita untuk mendapat tempat teratas (ranking) dalam carian. Jika kita menulis tentang banyak konten yang berbeza, ini ‘mungkin’ akan mempengaruhi performa blog secara keseluruhan.