Hantar Post Anda! Jangan bazirkan bakat & Idea anda

hantar post ke ithmm.com

Kami bayar RM25-RM40, bagi pengenalan diri penulis dan juga backlink untuk setiap post yang terpilih!

Anda suka menulis (menaip) ?

Apa kata hantar hasil tulisan anda pada kami?

Jika anda mempunyai idea, tutorial atau tips yang boleh memanfaatkan setiap pembaca, jangan simpan. Kongsi dengan kami.

Selain daripada peluang untuk mendapatkan sedikit saguhati, anda juga berpeluang untuk memperkenalkan diri anda (juga blog anda).

Apa yang anda dapat

Untuk setiap post yang terpilih untuk diterbitkan dalam blog ithmm, penulis akan menerima:

  1. Bayaran RM25-RM40
  2. Biodata penulis
  3. Backlink jika anda mempunyai laman web @ blog atau laman sosial

Bayaran antara RM25 hingga RM40 akan diberikan pada setiap post yang terpilih dan diterbitkan. Kami akan menentukan jumlah bayaran sebenar selepas perbincangan dalaman pihak ithmm. Semakin original dan mantap hasil tulisan anda makin tinggi bayaran yang kami berikan.

Anda boleh menghantar lebih daripada 1 post. Bayaran hanya akan dibuat pada post yang terpilih. Contohnya anda hantar 5 post, 2 terpilih, 2 dibayar.

Pada akhir post tersebut, kami akan sertakan biodata anda. Ini penting jika anda mahu mencipta nama online @ memulakan karier online anda.

Kami juga akan memberikan anda 2 Backlink. Satu dalam post dan satu lagi pada bahagian bio anda. Jika anda mempunyai blog atau laman web, anda pasti tahu betapa berharganya backlink ini.

Apa yang kami cari

Secara ringkasnya kami menerima semua topik yang berkaitan dengan IT @ nama penuhnya ‘Information Technology‘.

Ini merangkumi topik-topik seperti:

  • Komputer, smartphone…
  • Internet
  • Programming
  • Blog @ website

Untuk mendapatkan gambaran jenis post yang kami terima anda boleh lihat post yang ada dalam senarai blog post kami.

Jika post anda terpilih kami akan menghubungi anda untuk perbincangan lanjut seperti penambahbaikan dan sebagainya.

Post yang baik biasanya mengandungi dalam 600 – 2,500 patah perkataan. Bergantung kepada tahap kerumitan post tersebut. Purata dalam 1,500 patah perkataan.

Satu perkara lagi, kami hanya menerima tulisan yang original. Kami tidak akan menerima post yang telah diterbitkan dimana-mana tempat lain termasuk blog anda sendiri.

Hmm…original tidak bermaksud sesuatu topik yang baru. Ia mungkin boleh jadi topik yang sudah sedia ada diluar sana tetapi ditulis @ disampaikan dengan lebih baik berserta dengan idea terkini daripada anda.

Jangan hantar post yang bertujuan untuk memasarkan produk @ servis anda. Ini serius tidak diterima.

(anda boleh letak pautan ke laman, servis, produk anda pada bahagian bio)

Sila gunakan bahasa Malaysia penuh. Sedikit ‘Slang’ boleh diterima.

Apa akan terjadi jika post anda terpilih

Pertama sekali, kami akan menghubungi anda. Mungkin untuk tujuan penambahbaikan, gambar, info sampingan dan sebagainya.

Anda tidak perlu menunggu lama. Anda akan dihubungi dalam 2-3 hari selepas anda hantar hasil tulisan anda. Jika lebih daripada masa tersebut, mungkin post anda tidak terpilih.

Dalam kes-kes tertentu kami mungkin akan menyimpan post yang anda hantar untuk kegunaan pada masa hadapan. Jika pada masa tersebut kami memutuskan untuk menerbitkan post anda, kami akan menghubungi anda.

Anda akan dibayar sebelum post yang anda kirim diterbitkan.

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu anda terima jika anda bercadang untuk menghantar post pada kami:

Terma & Syarat Penghantaran Post pada ithmm

  1. Kami berhak untuk mengubah isi kandungan post yang anda hantar agar bersesuaian dengan tema ithmm dan juga untuk tujuan teknikal
  2. Setiap post yang diterbitkan (telah dibayar) adalah menjadi milik penuh ithmm. Ini bermakna kami berhak untuk mengubah isi kandungan atau memadam post tersebut pada bila-bila masa sahaja.
  3. Sila rujuk terma dan syarat ini dari masa ke semassa untuk sebarang perubahan.
  4. Jika anda menghantar hasil tulisan @ post pada kami bermakna anda sudah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat ini.

Bagaimana cara hantar hasil tulisan @ post

Anda boleh guna borang dibawah @ emailkan terus ke alamat email: ithmm.official@gmail.com

Jika anda memilih untuk menghantar terus ke alamat email, sila pastikan anda hanya menggunakan fail jenis txt, doc atau html sahaja. Kami tidak menerima sebarang jenis fail yang dikompress seperti zip, rar dan sebagainya.

Terima kasih!