Bagaimana Cara Backup dan Restore WordPress (Website) dari cPanel?

cara buat backup dan restore wordpress

Belajar buat backup laman web hanya dengan cPanel tanpa perlu install apa-apa plugin. Mudah dan ringan.

Sebagai pemilik laman web anda mengambil keputusan yang bijak untuk sentiasa membuat back-up.

Baru-baru ini salah satu daripada laman web saya tiba-tiba bermasalah selepas update untuk plugin A (dirahsiakan). Ini menjadikan laman tersebut tidak dapat diakses.

Mujurlah saya membuat backup secara berjadual dan sistematik. Laman web tersebut kembali online dalam masa kurang daripada 30 minit.

Bayangkan jika saya tidak mempunyai backup.

Habis usaha saya selama ini…

Pendek kata sentiasalah buat backup untuk laman web anda.

Dalam post ini saya kongsikan cara backup dan restore wordpress atau laman web anda daripada cPanel tanpa menggunakan plugin.

Ini termasuk cara untuk backup fail utama atau Home Directory, backup database atau MySQL dan juga email.

Pada pendapat saya cara ini merupakan cara paling ringkas dan selamat (juga PERCUMA).

Ingat, buat backup laman web setiap kali anda mahu:

  • Mengerjakan fail dan juga database website.
  • Update sistem atau plugin.
  • Mencuba plugin baru.
  • Memindahkan website anda ke hosting lain.
  • Backup berjadual, seminggu sekali (contoh).

Nota: Tidak mahu backup manual? Cuba backup plugin premium ini: UpdraftPlus.

Isi Kandungan

  • Bahagian 1: Cara Backup Laman Web
  • Backup fail secara berasingan
  • Backup penuh (full backup)
  • Bahagian 2: Cara Restore Laman Web
  • Restore fail secara berasingan
  • Restore backup penuh

Bahagian 1: Cara Backup Laman Web

Backup penuh sesuai digunakan jika anda ingin memindahkan hosting anda ke tempat lain.

Restore backup penuh memerlukan bantuan daripada daripada staff syarikat hosting laman web anda, melainkan anda menggunakan VPS atau Dedicated server dan mempunyai kuasa admin (root access).

Backup fail berasingan merupakan cara backup yang biasa saya gunakan. Dibuat sebelum aktiviti seperti update, install plugin baru dan yang sewaktu dengannya.

Backup Fail Secara Berasingan

Terdapat 3 komponen utama yang harus dibackup, iaitu:

  1. Home Directory
  2. MySQL Database
  3. Email Forwarder & Filter

Langkah 1: Masuk ke dalam bahagian cPanel

1.1

Cara paling senang untuk akses cpanel adalah dengan menggunakan url berikut:

www.domain.com/cpanel

1.2

Gantikankan perkataan ‘domain‘ dengan nama domain anda. Contohnya: www.ithmm.com/cpanel. Kemudian masukkan username serta password cpanel anda.

Tips: Tidak tahu username dan password cpanel? Cuba periksa semula email anda sewaktu mula-mula daftar dengan syarikat hosting dahulu atau gunakan cara berikut.

1.3

Sebagai alternatif (juga jika lupa/hilang username & password), anda boleh login ke dalam cpanel daripada akaun hosting anda.

1.4

Dalam akaun anda cuba cari pautan “login to cPanel“. Selalunya berada dalam services > Pilih website anda > menu kiri atau bawah.

Langkah 2: Masuk ke dalam Backup Wizard

lokasi backup wizard

2.1

Back-up wizard terletak pada bahagian pertama pada paparan cpanel iaitu bahagian ‘FILES‘.

2.2

Klik pilihan ‘Backup Wizard‘.

2.3

Dalam backup wizard terdapat 2 pilihan seterusnya iaitu: Back up dan Restore.

pilihan backup wizard

Langkah 3: Buat dan download backup

pilih butang backup

3.1

Klik pada butang ‘Back Up‘.

3.2

Pada sebelah kanan, terdapat bahagian ‘Select Partial Backup‘, yang mana menyenaraikan 3 fail utama iaitu:

  1. Home Directory
  2. MySQL Database
  3. Email Fowarders & Filters

Backup harus dibuat untuk kesemua fail tersebut.

bahagian partial backup

3.3

Klik pada butang ‘Home directory‘. Ini akan membawa anda ke paparan berikut.
download fail home directory

3.4

Klik pada butang ‘Home directory‘. Download fail akan bermula. Fail akan disimpan dalam komputer anda.

3.5

Sementara download berjalan, anda boleh melakukan langkah yang sama untuk dua lagi fail yang berikutnya. Klik pada butang ‘Go Back‘ untuk kembali ke pilihan sebelumnya.

3.6

Setelah download selesai, simpan ketiga-tiga fail tersebut dan labelkan dengan nama dan tarikh backup dibuat.

Tips: Untuk mengelakkan kekeliruan, pastikan anda melabelkan setiap fail tadi dengan nama website, jenis file dan juga tarikh. Contohnya: 28-feb-18-hd-ithmm, 28-feb-19-mysql-ithmm.

Back-up fail website secara berasingan siap.

Backup penuh (full backup)

Penting: Backup penuh hanya boleh di restore dengan bantuan syarikat hosting atau jika anda mempunyai kuasa admin (root access) untuk VPS dan Dedicated server.

Langkah 1: Pilih butang Full Back-up

butang full backup

Langkah 2: Tetapkan Setting Full Back-up

Paparan seperti berikut akan muncul:

setting full backup

2.1

Berbeza dengan backup fail secara berasingan, tidak ada pilihan untuk memuat turun terus backup ke komputer anda. Tetapkan setting seperti berikut:

  • Backup Destination: Home Directory
  • Email Address: Masukkan email anda

Langkah 3: Klik butang ‘Generate Backup’

Notifikasi berikut akan muncul. Masa untuk siap bergantung dengan saiz website anda.

notifikasi progress full backup process

Langkah 4: Download Full backup Melalui File Manager

4.1

Selepas proses full backup siap, pergi ke paparan utama Cpanel dengan menekan butang ‘utama’ yang terletak pada penjuru kiri atas cpanel.

lokasi butang utama cpanel

4.2

Klik pada pilihan ‘File Manager‘ yang terletak pada bahagian fail (bahagian pertama pada ruangan utama cpanel).

lokasi file manager

4.3

Paparan seperti berikut akan muncul. Anda boleh melihat fail full backup yang terletak pada root file.

lokasi full backup pada file manager

4.4

Pilih/select/highlight fail tersebut dan kemudian klik pada butang ‘Download‘ yang terletak pada bahagian atas paparan. Proses muat turun ke komputer anda akan bermula.

4.5

Labelkan dan simpan fail tersebut. Laman web full backup selesai.

Dan seterusnya cara untuk restore.

Bahagian 2: Cara Restore Laman Web

Langkah-langkah untuk restore semula website anda dengan menggunakan back-up yang telah dibuat di cPanel.

Restore Fail Secara Berasingan

Turutan agak penting untuk kaedah ini untuk mengelakkan sebarang masalah. Mulakan dengan Home Directory > Email Fowarders & Filters > MySQL Database.

Langkah 1: Pastikan ketiga-tiga fail backup ada

Pastikan ketiga-tiga fail yang diperlukan ada dalam simpanan anda: Backup Home Directory, Email Forwarders & Filters dan juga MySQL Database.

Langkah 2: Masuk ke dalam Backup Wizard

2.1

Pilih butang ‘Restore‘ untuk restore.

pilih butang restore

2.2

Paparan berikut akan muncul:

select restore type

Langkah 3: Restore satu persatu

3.1

Sila ikut aturan berikut untuk restore:

  1. Home Directory
  2. Email Forwarders & Filters
  3. MySQL Database

3.2

Mulakan dengan ‘Home Directory‘. Klik pada butang home directory. Pilih fail backup untuk home directory yang disimpan kemudian tekan butang ‘Upload

upload fail backup

3.1

Upload akan mengambil masa bergantung kepada saiz fail dan juga kelajuan internet anda. Apabila siap paparan berikut akan muncul:

restore home directory siap

3.4

Ulang langkah yang sama untuk ‘Email Fowarders/Filters‘.

3.5

Dan akhir sekali untuk ‘MySQL Database‘.

restore mysql siap

Restore Backup Penuh

Seperti yang saya nyatakan, untuk restore backup penuh anda perlu hubungi bahagian sokongan syarikat hosting website anda.

Jika anda menggunakan servis VPS atau Dedicated Server dan mempunyai root akses (superman admin), anda boleh restore backup penuh melalui bahagian WHM > Restore a Full Backup/cpmove File.

whm fullbackup restore

Sekali lagi ingin dinyatakan sini bahawa ‘Backup sangat PENTING‘. Buatlah backup secara berjadual atau sebelum mengerjakan laman web anda. Ia pasti berguna di saat anda menghadapi masalah.

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *