• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / September 12, 2018

Bagaimana cara menghubungkan Domain dengan Hosting Laman web?

Apa yang anda harus lakukan jika anda membeli domain dan hosting untuk website dari syarikat @ tempat yang berbeza?

Berikut merupakan contoh situasi.

Anda beli domain daripada Namecheap. Hosting pula beli dari Shiftserver. Selesai install WordPress, laman web anda tidak keluar langsung.

Dimanakah masalahnya?

Domain anda tidak tahu dimana fail @ data untuk laman web tersebut disimpan. Anda perlu beritahu domain dimana data @fail yang berkenaan disimpan.

Ikuti panduan berikut untuk menghubungkan domain dengan laman web anda jika domain dan web hosting anda dibeli dari 2 tempat bebeza.

Jalan singkat: Jika anda bukanlah ‘orang teknikal’ atau tidak mahu bersusah payah, anda boleh meminta bantuan terus daripada syarikat tempat anda membeli domain atau hosting laman web tersebut.

Domain dan Hosting

Domain dan hosting adalah dua benda yang diperlukan untuk melengkapkan satu-satu website.

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Hosting pula adalah tempat dimana data dan fail-fail untuk laman web anda disimpan.

Ada kedua-dua benda ini barulah lengkap laman web anda.

Dan seterusnya:

Cara Menghubungkan Domain dengan Hosting Laman web

Masalah ‘ketidakhubungan’ antara domain dan hosting akan berlaku jika anda membeli domain dan hosting dari 2 tempat berbeza.

Cara penyelesaiannya?

Sambungkan kedua-dua barang tersebut. Beritahu domain tempat anda menyimpan fail dan data untuk laman web anda.

Bagaimana cara untuk melakukannya?

Secara ringkasnya caranya adalah seperti berikut:

  1. Ketahui nameserver untuk hosting
  2. Masukkan nameserver tersebut ke dalam setting domain
  3. Tunggu sistem update. Selesai.

Penerangan untuk setiap langkah tersebut adalah seperti berikut:

Langkah 1: Ketahui nameserver untuk hosting anda

  • Name server kelihatan seperti ini: ns1.contoh.com & ns2.contoh.com
  • Periksa balik inbox email anda (yang anda gunakan untuk membeli hosting) pasti ada disertakan maklumat nameserver.
  • Ataupun login masuk ke akaun anda pada syarikat hosting, cari nameserver pada bahagian setting.
  • Jika tidak jumpa juga, minta terus daripada syarikat hosting tersebut.

Langkah 2: Masukkan nameserver tersebut dalam setting domain

Nota: Panduan yang diberikan secara umum sahaja kerana setting berbeza untuk setiap syarikat penjual domain.

  • Masuk ke akaun anda untuk domain (tempat anda membeli domain)
  • Cari bahagian setting nameserver untuk domain tersebut. Selalunya terletak dalam bahagian menu ‘Domain’.
  • Namanya settingya mungkin berbeza mengikut syarikat yang anda ambil contoh: Manage Nameservers, Nameservers, Domain name setup…
  • Strukturnya kelihatan seperti ini:bahagian setting nameserver pada domain
  • Masukkan nameserver tadi kedalam ruangan yang tersedia untuk nameserver.
  • Jika ada lebih dari 1 name server, masukkan ke bahagian nameserver 1, nameserver 2 dan seterusnya.

Langkah 2: Tunggu sistem update. Selesai

  • Klik pada butang yang tersedia untuk menyimpan tetapan baru tersebut.
  • Selanjutnya anda perlu tunggu sehingga tetapan baru tersebut dikemaskini. Ia mungkin mengambil masa dari 2 jam – 72 jam.

Selepas semua langkah tersebut selesai, sepatutnya laman web anda boleh diakses @ berfungsi seperti biasa.

Kongsikan post ini jika ia membantu anda.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! 👇

Baca juga:

45
Perkongsian
KongsiTweetJoin ithmm!

Kategori: Tips Blogging

Reader Interactions

Comments

  1. Aiman says

    May 21, 2019 at 6:58 pm

    Kalau saya nak minta tolong daripada teknikal support. Adakah lebih baik minta tolong dri syarikat domain atau hosting?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 27, 2019 at 8:41 am

      Tuan boleh minta tolong dari kedua-duanya. Contohnya jika tuan minta tolong dekat syarikat hosting, dia akan minta tuan sharekan login detail untuk syarikat domain atau dia akan berikan tuan nameserver dan ajar bagaimana nak letak nameserver berikut dekat domain…

      Reply
  2. khairul says

    July 1, 2019 at 8:40 pm

    maaf tanya, jika saya sudah ada domain dengan domainplus, bagaimana nak menguhubungkan domain ini dengan blogspot? Perlukan saya membeli hosting? ada cadangan syarikat hosting yg baik. tq in advance

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 19, 2019 at 12:05 pm

      Hello tuan. Prosedur untuk menghubungkan blogspot dengan domain kita agak kompleks sedikit. Pertama, tuan kena akses bahagian setting blogspot, kemudian masukkan domain tuan pada bahagian “add 3rd party url for blog”. Kemudian kena update @ buat record dekat DNS untuk domain. Saya akan cuba buat post untuk tajuk ini dalam masa terdekat. Tuan boleh subsribe ithmm.com untuk tak terlepas update post terkini. Untuk hosting pula, saya cadangkan Namecheap. Support untuk namecheap sangat baik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Advertisement

BINA WEBSITE RM490!

HUBUNGI

Post Terbaru!

  • cara transfer domain ke namecheapCara Transfer Domain ke Namecheap
  • halaman penting blog6 (Page) Halaman penting harus ada dalam blog
  • Cara Delete WhatsApp yang telah Lama Dihantar
  • cara guna plugin contact form 7Cara Menggunakan Plugin Contact Form 7
  • Cara Backup WordPress dengan mudah guna UpdraftPlusCara Backup WordPress dengan Mudah
  • cara membuat email dengan domain sendiriCara Membuat Email dengan Domain Sendiri (Updated 2019)
  • Contoh paparan testimoni dalam laman webCara Memasang Testimoni di laman web @ Blog

Advertisement

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Link] Edisi 2019
    Cara Buat Link WhatsApp [Direct Link] Edisi 2019
  • Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara
    Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara
  • 8 Cara Lajukan Internet handphone Android 2019
    8 Cara Lajukan Internet handphone Android 2019
  • Bagaimana Cara Bersihkan Internal Memory Handphone yang Sering Penuh?
    Bagaimana Cara Bersihkan Internal Memory Handphone yang Sering Penuh?
  • Cara Buat Blog: Bina Website Sendiri Dengan Mudah 2019
    Cara Buat Blog: Bina Website Sendiri Dengan Mudah 2019
  • Cara Mudah Buat Link Group WhatsApp 2019
    Cara Mudah Buat Link Group WhatsApp 2019
  • 29+ Senarai Laman Web Online Shopping Malaysia
    29+ Senarai Laman Web Online Shopping Malaysia
  • Cara Buat Blog Percuma WordPress Edisi 2019
    Cara Buat Blog Percuma WordPress Edisi 2019
  • Handphone Lambat: 10 Cara Melajukan Handphone Android 2019
    Handphone Lambat: 10 Cara Melajukan Handphone Android 2019
  • Cara Install Dua Windows Dalam Satu Komputer
    Cara Install Dua Windows Dalam Satu Komputer

Footer

Siapa ithmm?

ithmm adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Ithmm

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Polisi Privasi
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Tips Blogging

  • Google & Adsense
  • Media Sosial
  • Pemasaran Affiliate
  • SEO & Trafik
  • Tips Blogging
  • Tips Komputer & Telefon
  • Tips Online
  • WordPress

- Copyright © 2019 . Ithmm -