• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / June 20, 2024

/ Blogging Tips

Cara Pasang SSL Percuma di Namecheap

Cara Pasang SSL Percuma di namecheap

Langkah demi langkah untuk untuk pasang SSL percuma bagi pengguna shared hosting Namecheap.

DALAM POST INI: Sembunyikan
Perkara perlu diketahui
Cara pasang SSL kali pertama
01.Akses cPanel anda
02.Aktifkan SSH dan akses terminal
04.Install acme.sh
05.Buat dan pasang SSL
06.Anda perlu tahu
Cara untuk renew SSL
Video cara pasang rujukan
Baca juga:

Update penulis: Diperbaharui dan semakin mudah.

Gunakan pautan pautan cepat diatas untuk pergi kebahagian yang dikehendaki.

Dalam post ini anda akan belajar bagaimana cara pasang SSL percuma di Namecheap.

Untuk pemasangan SSL pertama kali, teruskan membaca.

Untuk tujuan ‘renew‘ pergi ke bahagian – Cara untuk renew SSL

☕Anda telah menjimatkan ±RM50. Follow Page Ithmm untuk tips blogging!❤️.

Perkara perlu diketahui

Berikut beberapa perkara yang mungkin perlu diambil tahu:

  • Panduan ini lengkap, berfungsi dan mudah untuk dipraktikkan.
  • Khas untuk shared hosting Namecheap atau;
  • Hosting yang cPanelnya yang tidak tersedia plugin seperti ‘lets ecrypt’.
  • Perlu akses terminal dalam cPanel. Diterangkan dibawah.
  • Mungkin perlu hubungi customer support Namecheap untuk aktifkan terminal.
  • Kena install acme.sh shell script. Diterangkan dibawah.
  • Untuk maklumat lanjut acme.sh boleh rujuk: https://github.com/acmesh-official/acme.sh/wiki
  • SSL percuma hanya untuk 90 hari sahaja. Perbaharui apabila tamat tempoh.

Cara pasang SSL kali pertama

Bahagian ini untuk panduan pemasangan SSL percuma pertama kalinya.

Yang mana sebelum ini mungkin anda menggunakan SSL berbayar dari Namecheap.

Ikuti langkah berikut:

01.Akses cPanel anda

  • Log masuk ke akaun Namecheap anda dan klik pada menu ‘Hosting list’
  • menu hosting list di namecheap
    Menu ‘hosting list’ di namecheap.
  • Paparan yang menunjukkan kesemua senarai laman web anda akan keluar.
  • Terdapat butang ‘GO TO CPANEL’ pada bahagian hujung. Klik pada butang tersebut untuk akses cPanel.
  • butang akses ke cpanel
    Butang akses ke cpanel.

02.Aktifkan SSH dan akses terminal

  • Untuk aktifkan SSH, cari menu ‘Manage Shell‘ yang terletak dalam bahagian ‘Exclusive for Namecheap Customer‘.
  • menu manage shell dalam cPanel
    Lokasi kedudukan menu ‘manage shell’.
  • Klik menu tersebut dan klik pada toggle switch yang terletak pada penjuru kanan atas paparan.
  • toggle switch untuk aktifkan ssh akses
    Toggle switch untuk aktifkan ssh akses.
  • Dalam keadaan aktif, toggle switch berwarna hijau.
  • Balik ke paparan utama cPanel, skrol ke bawah sehingga anda jumpa bahagian ‘ADVANCE‘.
  • Dalam bahagian tersebut, cari dan klik pada menu ‘Terminal‘
  • Sekiranya menu ‘Terminal‘ tidak wujud dalam ruangan ‘Advance‘, hubungi customer support live chat melalui akaun namecheap anda. Mereka mungkin ‘menyembunyikan’ fungsi tersebut untuk tujuan keselamatan
  • namecheap contact customer support button
    Hubungi customer support namecheap untuk aktifkan Terminal.
  • Selepas menu terminal tersedia, klik menu tersebut untuk memulakan.
  • Jika keluar notifikasi amaran, klik pada ‘I understand…’
  • contoh paparan terminal
    Contoh paparan terminal.

04.Install acme.sh

Sila ambil perhatian, dalam ruangan terminal shortcut key untuk paste (Ctrl+V) tidak dapat digunakan. Kena right-click mouse dan Paste.

Lakukan satu persatu urutan berikut:

  • Copy atau taip masuk command berikut dalam ruangan terminal dan enter.
git clone --depth 1 https://github.com/acmesh-official/acme.sh.git
  • Seterusnya, masukkan command berikut dan enter:
cd acme.sh
  • Untuk command ini, gantikan ‘my@example.com’ dengan email anda, masukkan dan enter. Contoh: ./acme.sh –install -m din@gmail.com
./acme.sh --install -m my@example.com
  • Untuk reset terminal, taip masuk command berikut dan enter:
bash
  • Proses install acme.sh selesai.
  • Paparan proses install acme.sh
    Paparan proses install acme.sh selesai.

05.Buat dan pasang SSL

Penting: Jika laman web anda menggunakan CDN(cloudflare, KeyCDN…) atau plugin cache (litecache, minicache, totalcache…) bagi disable atau deactivate terlebih dahulu.

Buat satu persatu sehingga selesai.

Anda boleh copy dahulu command dibawah di notepad, gantikan ‘mydomain.com’, copy semula dan masukkan dalam terminal untuk lebih mudah.

  • Proses buat SSL. Copy atau taip masuk command dibawah, gantikan ‘mydomain.com’ dengan nama domain anda, dan enter:
acme.sh --issue -d mydomain.com -d www.mydomain.com -w $HOME/public_html/
  • Prosess install. Copy atau taip masuk command dibawah, gantikan ‘mydomain, dan enter:
acme.sh --install-cert -d mydomain.com -d www.mydomain.com
  • Dan akhir sekali, deploy. Copy atau taip masuk command dibawah, gantikan ‘mydomain, dan enter:
acme.sh --deploy -d mydomain.com -d www.mydomain.com --deploy-hook cpanel_uapi
Proses pemasangan SSL percuma selesai
Proses pemasangan SSL percuma telah selesai.

Dan proses untuk pasang SSL percuma untuk shared hosting SSL telah selesai.

Anda boleh periksa laman anda untuk tanda SSL iaitu https atau mangga kunci hijau pada ruangan url address di pelayar internet.

(atau gunakan aplikasi online seperti ssl checker)

06.Anda perlu tahu

Seterusnya, proses untuk renew SSL ini sepatutnya berjalan secara automatik setiap kali SSL tamat.

Anda boleh gunakan command berikut pada terminal untuk lihat tarikh SSL untuk diperbaharui.

acme.sh --list

Jika anda menggunakan CDN, proses automatik ini mungkin tidak dapat berfungsi. Kena lakukan secara manual.

Oleh itu, bookmark post ini untuk kegunaan pada 90 hari akan datang.

Cara untuk renew SSL

Gunakan bahagian ini HANYA jika proses renew automatik SSL anda tidak berjaya.

Periksa terlebih dahulu status SSL anda menggunakan command berikut pada terminal:

acme.sh --list

Jika masih belum diperbaharui, lakukan proses dibawah secara manual.

Oleh kerana ini bukan kali pertama anda melakukan pemasangan SSL, kita ringkaskan agar lebih cepat prosesnya.

Penting: Jangan lupa, deactivate atau disable terlebih dahulu CDN dan plugin cache.

Masukkan command dibawah satu persatu dalam terminal sehingga proses selesai:

acme.sh --issue -d mydomain.com -d www.mydomain.com -w $HOME/public_html/

acme.sh --install-cert -d mydomain.com -d www.mydomain.com

acme.sh --deploy -d mydomain.com -d www.mydomain.com --deploy-hook cpanel_uapi

Hanya perlu gantikan ‘mydomain.com’ dengan nama domain anda dan siap.

Untuk step pertama diatas, jika fail, tambahkan ‘- -force’ dalam command seperti berikut:

acme.sh --issue --force -d mydomain.com -d www.mydomain.com -w $HOME/public_html/

Video cara pasang rujukan

Berikut saya sertakan sekali video ringkas untuk cara pasang ssl ini:

Adakah post Cara Pasang SSL Percuma di Namecheap ini membantu anda?

Jika ya, sebarkan dan bantu lebih ramai blogger untuk dapatkan SSL percuma.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Lazada?
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Shopee?
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved