Cara Menggunakan Google keyword Planner untuk Keyword 2017

cara menggunakan google keyword planner 2017

Google Keyword Planner adalah salah satu daripada alat atau aplikasi yang sangat berguna untuk mencari keyword (kata kunci).

Adakah anda tahu cara menggunakan alatan ini?

Jika anda mahu belajar, dalam post ini saya akan menjelaskan cara-cara menggunakan Google Keyword Planner untuk mencari kata kunci, langkah demi langkah…

Untuk bacaan lanjut, anda boleh juga merujuk panduan yang dikeluarkan oleh Google Adwords sendiri: How to use the KeyWord Planner tools.

Tetapi, panduan ini mungkin agak sukar untuk di ikuti terutamanya bagi sesiapa yang baru sahaja bermula.

3 Langkah utama untuk guna Google KeyWord Planner

Secara ringkasnya, untuk menggunakan Google Keyword Planner dengan efektif anda perlu mengikuti 3 langkah utama seperti berikut:

  1. Buat Akaun Google Adwords
  2. Akses dan buat tetapan (setting)
  3. Pemilihan kata kunci terbaik
  4. [Tambahan: Teknik Rahsia] Cara mendapatkan jumlah carian yang tepat bagi setiap kata kunci.

Mudah bukan?

Mari kita lihat satu persatu langkah tersebut dengan lebih teliti.

1. Buat Akaun Google Adwords

Untuk mengakses Google Adword Planner, anda harus mempunyai akaun Google Adwords.

Sebenarnya Google Adword Planner hanyalah salah satu daripada alatan yang ditawarkan oleh Google Adwords. Terdapat banyak lagi alatan lain (kita tidak akan sentuh bahagian ini).

Berita baiknya, jika anda mempunyai akaun gmail, anda boleh guna akaun tersebut untuk Akaun Google Adwords, dengan ID dan Password yang sama.

Jika tiada akaun gmail, kenalah buat baru..

Anda boleh menggunakan pautan dibawah:

  1. Buat Akaun Gmail
  2. Log Masuk ke Google Adwords

Jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan Google Adwords anda akan disambut oleh halaman seperti berikut:

halaman utama semasa daftar google adwords

 

ABAIKAN ruangan ini. Klik pada pautan ‘Skip the guided setup‘.

abaikan ruangan pelajaran oleh google adwords

Mengapa?

Kerana anda sudah ada panduan ini…

Melainkan anda ingin menggunakan servis promosi berbayar oleh Google Adwords, anda boleh teruskan.

Jika tujuan anda hanya mahu menggunakan Google Adword Planner untuk mencari kata kunci klik saja pada ‘Skip the guided setup‘.

Jika anda klik pada Skip, anda akan terus dibawah ke bahagian untuk membuka akaun.

buka akaun di google adwords

Untuk membuka akaun isikan butir-butir anda seperti yang diminta dan kemudian teruskan dengan menekan butang ‘Save and Continue‘.

Jika anda disambut oleh halaman seperti berikut, anda sudah siap sedia untuk menggunakan Google Keyword Planner.

halaman utama gogle adwords selepas login

2. Cara akses dan buat tetapan Google Keyword Planner

Untuk akses Google Keyword Planner pada Google Adwords pergi ke:

Menu utama: Tools>Keyword Planner

cara akses keyword planner

Anda akan disambut dengan halaman ini.

3 bahagian utama dalam google keyword planner

3 bahagian utama dalam Google Keyword planner adalah seperti berikut:

  • Search for new keywords using a phrase, website or category
  • Get search volume data and trends
  • Multiply keyword lists to get new keywords

Search for new keywords using a phrase, website or category adalah bahagian yang paling penting untuk anda mencari kata kunci untuk post anda. Bahagian inilah yang akan kita bincangkan dalam post ini

Get search volume data and trends berguna jika anda sudah mempunyai banyak senarai katakunci dan ingin melihat potensi setiap kata kunci tersebut.

Multiply keyword lists to get new keywords digunakan mengabungkan beberapa kata kunci untuk mencari idea baru. Bahagian ini berguna jika anda ingin mengetahui semua kombinasi kata kunci yang mungkin wujud.

Kita akan menggunakan bahagian Search for new keywords using a phrase, website or category untuk mencari kata kunci.

Tetapan bahagian Search for new keywords using a phrase, website or category

Klik pada Search for new keywords using phrase, website or category untuk memaparkan ruangan yang tersembunyi seperti berikut:

bahagian search for new keywords pada google keyword planner

Mari kita lihat satu persatu pada setiap tetapan yang ada pada bahagian ini.

Your product or service: Disinilah tempat anda memasukkan keywords atau kata kunci (yang terlintas di fikiran anda) yang berkaitan dengan post atau artikel yang akan anda buat. Jangan masukkan kata kunci yang umum untuk mengelakkan anda mendapat kata kunci yang banyak saingan. Gunakan 2 atau 3 perkataan untuk keputusan terbaik.

Your landing page: Anda boleh isi atau biarkan bahagian ini kosong.

Your product category: Ini membolehkan anda  untuk akses keyword simpanan google bagi setiap kategori yang dipilih. Gunakan bahagian ini jika anda tidak dapat mencari kata kunci menggunakan 2 tetapan yang terawal.

Targeting: Isikan berdasarkan target anda. Bermula dengan negara, bahasa, engine pencari (tetapkan pada google and search partner) dan keyword negatif. Keyword negatif digunakan untuk membuang keyword yang anda tidak mahu muncul dalam keputusan.

Customize your search: berikut merupakan penerangan bagi bahagian ini.

  • Keyword filters: Contohnya anda tidak berminat untuk keyword yang cariannya kurang daripada 500 sebulan, anda boleh tetapkan disini.
  • Keyword options: Anda boleh menetapkan bahagian ini untuk menentukan keluasan pencarian keyword anda. Saya cadangkan biarkan saja bahagian ini seperti asal.

Keywords to Include: Disini anda boleh memasukkan kata kunci yang mesti ada dalam keputusan nanti.

Contoh cara buat tetapan (setting) untuk mencari keywords

Berikut merupakan contoh tetapan untuk setiap bahagian pada Search for new keywords using phrase, website or category untuk mencari keywords atau kata kunci.

Pertama sekali fikirkan kata kunci yang umum tetapi berkaitan dengan produk, servis atau post anda.

Sebagai contoh, anda merupakan penjual produk kesihatan shaklee…(contoh sahaja).

Jika anda ingin menulis post blog berkenaan dengan kelebihan produk shaklee, jangan pilih keyword “kelebihan produk organik shaklee” kerana ia terlalu spesifik. Keyword “produk kesihatan” juga tidak sesuai kerana ia terlalu umum dan banyak saingan.

Untuk contoh ini, kata kunci yang sesuai adalah “produk kesihatan organik”.

Isikan kata kunci anda pada ruangan berlabel “your product or service“.

Jangan lupa untuk menetapkan bahagian Targeting. Dalam contoh ini target lokasi adalah negara Malaysia, bahasa adalah Malay dan tetapan enjin pencari untuk Google and Google partners.

contoh setting pada google keyword planner

Klik “Get ideas” untuk mendapatkan keputusan.

Dan kita pergi ke bahagian yang seterusnya, Pemilihan Kata Kunci Terbaik.

3. Pemilihan kata kunci (Keywords) terbaik

Apakah maksud keyword ideas yang dipaparkan oleh Google Keyword Planner?

Setiap kali anda menggunakan enjin carian Google (Google search), anda akan menaip kata kunci tertentu yang berkaitan dengan topik yang anda cari.

Contohnya, saya ingin mencari produk kesihatan. Saya akan menaip ” produk kesihatan terbaik” ataupun “produk kesihatan” pada enjin carian Google.

Kata kunci ini akan direkodkan dan disimpan oleh Google.

Ketika anda menggunakan Google Keyword Planner untuk mencari kata kunci bagi topik yang sama, google akan memberikan anda semua kata kunci yang direkodkan tadi.

Sebab itulah pentingnya anda membuat kajian kata kunci menggunakan Google Keyword Planner agar anda tahu apa perkataan yang digunakan oleh pengguna.

Seterusnya, anda boleh menggunakan kata kunci tersebut untuk post anda.

Berbalik kepada topik asal kita.

Berikut merupakan halaman yang dipaparkan selepas anda menekan butang “Get ideas“.

keputusan pencarian keyword planner

Pertama sekali lihat bahagian “Ad group ideas”.

bahagian ad group idea GKP

Disini anda boleh membuat pilihan untuk post blog anda. Sebagai contoh untuk ‘produk kesihatan organik’, anda telah diberikan pilihan kumpulan idea Muka, Kulit, Senarai, Terbaik..dan sebagainya.

Pada sebelah kanan nama group idea tersebut dipaparkan purata carian bulanan dan juga kadar persaingan.

Sebagai panduan, kata kunci yang terbaik adalah kata kunci yang mempunyai:

  • Purata pencarian bulanan tertinggi
  • Kadar persaingan terendah (low)

Sentiasa pilih kata kunci yang terbaik berdasarkan dua kriteria ini.

Sebagai contoh ‘Muka’ mempunyai pencarian bulanan yang tertinggi (10-100K) dan kadar saingan yang rendah (competition low). Ini jelas menunjukkan ‘Muka’ merupakan pilihan yang terbaik.

Klik pada kumpulan ‘Muka’ untuk melihat kata kunci atau keyword yang membentuk kumpulan ini.

idea keyword dalam ad group idea

Anda boleh memilih keyword yang bersesuaian daripada kumpulan ini. Ingat, sentiasa pilih keyword yang mempunyai carian tertinggi dan saingan terendah.

Contohnya dalam keputusan diatas, keyword terbaik adalah:

  • produk muka: Carian 100-1k, competition low
  • produk muka paling berkesan: Carian 100 -1k, competition low

Selain daripada bahagian “Ad group ideas”, anda boleh tengok terus bahagian “Keyword ideas

bahagian keyword ideas GKP

Sekarang anda tahu bagaimana cara menggunakan Google Keyword Planner untuk mencari keyword atau kata kunci yang terbaik untuk post atau artikel anda.

Terdapat salah satu kelemahan Google Keyword Planner, iaitu pada bahagian purata carian bulanan (Avg. monthly searches).

jumlah caria keywords dalam google keyword planner

Bahagian ini hanya memberikan anda anggaran carian dalam bentuk seperti 100 – 1k, 1k -10k dan seterusnya.

Adakah ia cukup baik untuk anda?

Bagaimana jika anda mempunyai 10 pilihan kata kunci yang menunjukkan purata carian dan kadar saingan yang sama? Bagaimana anda memilih antara kata kunci tersebut?

4. [Tambahan: Teknik Rahsia] Cara mendapatkan jumlah carian yang tepat untuk setiap keyword

Bahagian ini adalah pilihan. Anda tidak semestinya mengaplikasikannya untuk menggunakan Google Keyword Planner.

Google keyword planner hanya akan memberi anda jumlah sebenar carian bulanan untuk setiap keyword jika anda menggunakan servis berbayar mereka.

Berbayar? hmm…

Jika anda ingin menggunakan khidmat iklan di Google, mungkin ia berbaloi..

Tetapi tujuan anda hanyalah untuk mengetahui jumlah sebenar carian bulanan bagi setiap keyword yang anda pilih.

Jangan bimbang..ada caranya…

Berikut merupakan cara untuk mengetahui jumlah carian yang sebenar tanpa perlu menggunakan servis berbayar Google Adwords.

Pertama: Pilih kata kunci yang terbaik dan klik “add to plan

add to plan GKP

Kedua: Lihat dibahagian paling kanan, klik pada butang “Review plan“.

review plan google keyword planner

Ketiga: Lihat pada bahagian “impression“, ambil jumlah maksimum dan darabkan dengan 30 (30 hari). Hasilnya adalah jumlah carian bulanan untuk keyword tersebut dalam sebulan!.

cara mengira jumlah carian untuk keywords planner

“Impression” bermaksud jumlah orang yang menaip kata kunci tersebut.

Dalam contoh diatas, Google Keyword Planner mencatatkan maksimum 712 impressions sehari yang bermaksud dalam sehari ada 712 orang akan menaip kata kunci tersebut pada google search.

712 didarab dengan sebulan? 21360 carian!

Begitulah cara menggunakan Google Keyword Planner untuk mencari keyword atau kata kunci yang terbaik. Gunakanlah teknik ini semasa anda membuat post anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa like & follow kami!👍 Facebook
+ +