5+ Cara Lajukan Laman Web dengan Mudah 2019

lajukan laman web

Website lambat loading menjadi penyebab utama anda kehilangan trafik dan juga ranking dalam google search

Tingkatkan kelajuan laman web anda dengan mudah dan percuma. Jangan biar viewer anda lari hanya kerana laman web anda lambat loading.

Dengan cara ini saya dapat memperbaiki kelajuan ithmm.com daripada ini:

kelajuan ithmm sebelum

Menjadi yang ini:

kelajuan ithmm selepas

ithmm.com berjaya dipercepatkan sebanyak 0.7 saat – Menjadikan loading masa loading hanya 1 saat.

Cara lajukan laman web ini disusun mengikut urutan @ langkah demi langkah untuk memudahkan anda mendapat hasil yang sama.

Atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelumnya.

Nota: Panduan ini dibuat khas untuk pengguna platform WordPress.

Cara periksa status kelajuan website

Menurut kajian syarikat Google, jika masa loading laman web anda lebih dari 3 saat anda akan kehilangan 90% viewer

90% itu bukan sedikit!

Sebelum bermula periksa dahulu tahap kelajuan semasa website anda.

Untuk tujuan ini anda boleh guna:

Masukkan url laman web anda dan klik ‘Analyze’.

gtmetrix analyze

Secara ringkasnya target anda adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya:

  • Fully Loaded Time bawah 3s

Atau mendapat markah yang lagi baik selepas mengikuti panduan ini.

(Jika tak dapat capai 3 saat atau memang asalnya sudah kurang dari 3 saat)

Simpan keputusan yang anda perolehi untuk perbandingan setelah selesai mengikuti cara melajukan website ini.

Seterusnya, ikuti langkah berikut:

Penting!: Buat backup website anda sebagai persediaan sebelum mengikuti panduan ini.

1. Buang Plugin dan Theme yang tidak digunakan

Makin banyak plugin dan theme yang tersimpan, makin besar saiz database anda dan semakin besar jugalah beban tanggungannya.

Login masuk kedalam panel admin laman web anda.

Lihat bahagian Installed Plugins dan juga Theme.

Deactivate atau buang terus mana-mana plugin dan juga theme yang anda tidak gunakan.

2. Tutup Pingbacks dan Trackbacks WordPress

Saya tidak melihat apa-apa kepentingan fungsi ini.

Jika anda juga mempunyai pendapat yang sama, tutup sahaja fungsi ini.

Untuk tutup:

Settings>Discussion>Default article settings

Untick pada pilihan ‘Allow link notifications from other blogs (pingbacks and trackbacks)…

Kelebihannya jika anda tutup fungsi ini adalah ia akan mengurangkan beban operasi dalam sistem laman web anda.

3. Bersihkan database dengan WP-Optimize

Install plugin WP-Optimize untuk membersihkan database website anda.

wp-optimize plugin

Setelah siap install dan active, klik pada menu WP-optimize yang muncul pada ruangan kiri panel admin website.

menu wp-optimize

Bahagian ini akan muncul:

dashboard WP-Optmize

Klik pada menu ‘Database’ yang terletak pada penjuru kanan atas untuk masuk ke bahagian optimization.

Paparan baru akan terbuka:

wp-optimize optimization

Ikut sahaja setting asal yang telah ditetapkan.

Sila ambil perhatian, dengan setting yang sedia ada ia akan memadam benda seperti:

  • Revision post (tidak termasuk draft, draft tidak akan dipadam)
  • Post atau page yang berada dalam bahagian ‘trash’
  • Semua komen yang belum di approve atau ditandakan sebagai spam

Jika anda pasti dengan setting tersebut teruskan. Jika tidak untick mana-mana butang ikut kemahuan anda.

(atau periksa dahulu bahagian komen @ approve / tak approve)

Klik pada butang ‘Run all selected optimizations‘.

Proses ini akan mengambil masa beberapa ketika untuk selesai.

Setelah selesai anda boleh ke bahagian yang seterusnya.

4. Kecilkan saiz gambar dengan WP Smush it

Seterusnya adalah proses optimization untuk semua gambar-gambar yang ada pada laman web anda.

Gambar yang bersaiz besar memang cantik akan tetapi ia mengambil masa untuk loading.

Kita mahu kecilkan gambar-gambar supaya ia lebih ringan @ cepat load tapi pada masa yang sama masih kelihatan cantik.

Dan plugin ‘Smush‘ adalah plugin percuma yang terbaik untuk tujuan tersebut.

Pergi ke bahagian Plugin > Add new plugin.

Dan taip perkataan Smush pada ruangan search.

Nama panjang untuk plugin ini adalah ‘Smush Image Compression and Optimization‘.

Pastikan pilihan anda tepat. Lihat contoh gambar dibawah:

plugin smush

Teruskan untuk install dan activate plugin tersebut.

Klik pada menu Smush yang muncul pada barisan menu pada ruangan kiri panel admin web anda.

Untuk penggunaan kali pertama, window tutorial akan muncul. Skip sahaja.

Ruangan dashboard Smush kelihatan seperti ini:

dashboard Smush

Seterusnya, kita akan smush semua gambar yang ada dalam database (laman anda).

Untuk melakukan proses ini, klik pada butang ‘BULK SMUSH NOW‘ dalam ruangan yang sama.

proses smush

Proses ini agak mengambil masa bergantung pada jumlah gambar yang sudah sedia ada dalam laman web anda.

Untuk plugin smush versi percuma, sekali smush hanya boleh 50 keping gambar sahaja.

Jika jumlah gambar banyak kena buat berulang-ulang.

(kena tekan butang ‘RESUME‘ setelah selesai 50 gambar)

Kena sabar menunggu.

(untuk ithmm.com ambil masa 1 jam 10 minit! 😱 )

Hasilnya:

hasil smush

Smush telah berjaya mengurangkan saiz gambar (database) sebanyak 33.4MB!

Untuk gambar-gambar yang seterusnya (apabila anda upload gambar), smush akan automatik gambar tersebut.

Nota: Terdapat sesetengah kes automatik smush mengganggu proses upload gambar ke server anda. Untuk masalah ini, tutupkan pilihan ‘automatik smush my images on upload’ pada ruangan ‘Bulk smush’. Anda boleh smush image secara individu melalui bahagian media dalam wordpress.

Siap smush teruskan ke langkah seterusnya.

5. Install WP Fastest Cache

Wp Fastest Cache akan menambahkan lagi level kelajuan laman web anda dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  • Cache System – Website load lebih cepat
  • Minify HTML & CSS – Mengecilkan saiz html dan css
  • Combine CSS – Menyatukan fail css agar tak perlu akses banyak fail
  • Combine JS – Sama juga seperti combine css
  • Gzip – Kecilkan lagi saiz page/post agar lebih cepat load
  • Browser Caching – Untuk viewer yang sudah pernah melawat laman anda. Lawatan kedua akan load lebih cepat.

Teruskan untuk install dan activate plugin

WP Fastest Cache plugin

Klik pada pilihan menu ‘WP Fastest Cache’ yang muncul pada ruangan menu kiri panel admin wordpress anda untuk membuat tetapan setting.

Untuk tetapan setting rujuk (ikut) setting seperti berikut:

tetapan setting WP fastest Cache

Ketika anda tick pada ‘preload’ paparan baru akan keluar. Ikut tetapan berikut:

preload setting

Tekan butang ‘Submit‘ untuk simpan tetapan.

Nota penting: Setiap kali anda update, buat post/page atau ubah apa-apa setting pastikan anda menekan butang Clear Cache – Delete Cache. Pilihan ini terletak pada bahagian atas panel admin anda.

butang clear cache

Setelah selesai cuba akses laman web anda menggunakan browser incognito mode atau log out dahulu dari panel admin wordpress, atau akses guna browser lain.

Jika terdapat sebarang masalah pada laman web anda untick semua setting tadi dan cuba semua tick satu persatu.

Lihat mana satu yang menjadi penyebab.

Lagi satu terdapat sesetengah kes jika anda pengguna CDN Cloudflare laman tak dapat akses langsung.

Ini kerana Cloudflare sudah ada sistem cachenya yang tersendiri.

Terpulang sama anda nak guna ini atau cloudflare.

Selesai bahagian ini maka siaplah proses melajukan laman web anda.

Anda boleh cuba periksa semula tahap kelajuan laman web anda menggunakan gtmetrix.

Dan sebagai tambahan langkah seterusnya:

6. Pre-optimze Gambar dengan tinypng/tinyjpg

Setiap kali sebelum anda muat naik apa-apa gambar dalam laman anda, guna dahulu aplikasi berikut:

Dengan ini saiz gambar menjadi lebih kecil dan lebih ringan!

(Ditambah lagi dengan plugin Smush)

Adakah post ini dapat membantu melajukan laman web anda?

Kongsikan jika post ini bermanfaat.

Like Facebook kami untuk mengikuti perkembangan terkini ithmm.com. Untuk Mobile: ithmm.com page. Untuk desktop@PC: ithmm.com

Join ithmm! Jadi member ithmm secara PERCUMA. Dapatkan tips, info dan panduan terbaik blogging dan juga tips IT terkini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *