
Nama domain memberi pengaruh besar kepada kejayaan anda dalam dunia blogging. Buat pilihan tepat.
Dalam proses membuat blog atau laman web sendiri anda mungkin sangkut dekat bahagian nama domain.
Apa nama domain yang patut saya pilih?
Jangan silap pilih. Sekali dibeli anda kena tetap dengan domain tersebut atau pun terpaksa membeli domain baru…
Disini saya kongsikan 12 tips untuk memilih nama domain yang terbaik mengikut trend semasa.
Ia dapat memberikan idea cara mencari nama domain yang bagus, unik, terbaik, menarik dan bersesuaian dengan blog @ laman web anda.
Disertakan juga beberapa aplikasi online yang boleh membantu anda.
Mungkin pada akhir post ini anda berjaya mencipta nama domain yang terbaik untuk anda?
1. Pilih nama yang boleh dijenamakan
Jika anda mahu bertahan dan berjaya dalam jangka masa panjang pilihlah nama yang sesuai untuk dijadikan jenama atau dijenamakan.
Jangan risau dengan kepercayaan SEO yang menyatakan ‘keyword mesti ada dalam nama domain anda untuk ranking’.
SEO sekarang sudah berubah.
Memang betul ia mungkin dapat ‘sedikit’ membantu tetapi:
‘keyword dalam nama domain’ VS ‘nama domain unik’ – nama domain unik menang.
Sebagai contoh ‘MinumanPemberiTenaga’ vs ‘Milo’. Mana satu yang anda lebih ingat? Disini logiknya…
Dalam jangka masa pendek mungkin orang tidak tahu apa itu ‘Milo’ tetapi selepas melihat ‘Milo’ orang akan ingat sampai bila-bila. Milo – Minuman coklat pemberi tenaga.
Jika anda memilih nama ‘minumanpemberitenaga’ pula? apa akan jadi?
Anda akan tengelam dan akhirnya hilang dan dilupakan kerana nama tersebut terlalu umum…
2. Guna keyword dengan kreatif untuk cipta keunikan
Jika anda berkeras juga mahu sertakan keyword dalam nama domain anda, tidak menjadi masalah.
Cuma anda kena jadi kreatif sedikit.
Cuba main sedikit dengan keyword tersebut untuk mencipta nama domain yang unik – tolak, tambah, gabung, tukar tempat, tukar huruf…
Dan jika boleh (tidak semestinya) letakkan keyword tersebut dibahagian depan.
Contohnya untuk keyword ‘RM’ (ringgit malaysia):
rmdon, rmcek, rmlion, rmgaleon, rmore dan sebagainya…
Memang agak mencabar untuk menjadi kreatif. Sebagai panduan mungkin anda boleh:
- Gabung dua nama. Contoh You + Tube = Youtube
- Tukar tempat, buang atau tambah huruf. Contoh Flicker menjadi Flickr.
- Tambah suku kata. Contoh rm menjadi rmnya atau rmku
- Gabungkan dengan istilah yang difahami ramai. Contoh rm + mat jenin (hikayat mat jenin) = rmjenin .
3. Pastikan ia boleh dibaca (atau dibunyikan)
Contoh nama domain yang senang dibaca dan dibunyikan adalah: rmjenin. Kita akan sebut sebagai R kemudian M kemudian jenin
Kenapa mesti boleh dibaca?
atau
Kenapa mesti senang untuk dibunyikan?
Ini penting kerana ia berkait rapat dengan cara otak kita berfungsi untuk mengingati sesuatu benda. Kita lebih mudah untuk ingat benda yang kita tahu kenal atau sering gunakan.
Sebagai contoh, saya mengalami masalah untuk mengingati nama rakan saya yang berbangsa Cina (kecuali jika mereka menggunakan nama english seperti john, mark, byran dan sbg).
Ini disebabkan oleh pemahaman saya terhadap bahasa Cina.
Dalam dunia online, kebanyakkan orang yang melayari internet akan melakukan dua perkara ini – Menaip dan juga klik pada link.
Jika nama domain anda sukar untuk dibaca dibunyikan, orang susah untuk mengingati laman web atau blog anda dan disinilah kelemahannya. Lupa @ tidak ingat.
Walaubagaimanapun ia bergantung kepada niche anda.
4. Ringkas @ pendek – jangan terlalu panjang
Jika diberi pilihan dua nama domain seperti ini:
panduanpengurusanwangperibadi.com
dan
rmjenin.com
Mana satu anda rasa lebih baik?
Mana satu anda lebih ingat?
Panjang-pendek nama domain anda mempengaruhi kadar kejayaan laman web atau blog berdasarkan tips yang kita bincang sebelum ini.
Secara ringkasnya nama domain yang pendek lebih mudah untuk ditaip, disebut, di ingati, di kongsi (dalam media sosial).
Semakin pendek nama tersebut semakin kurang kadar kesalahan yang akan terjadi (typo).
Sebagai contoh domain yang terlalu panjang seperti panduanpengurusanwangperibadi.com mungkin akan salah dieja sebagai panduanpengurusankewanganperibadi.com.
Mudah untuk anda kehilangan trafik (pengunjung).
Anda tidak mahu perkara ini terjadi bukan?
Sasarkan jumlah perkataan dalam domain anda dibawah 14 huruf. Lagi pendek lagi baik.
5. Elakkan penggunaan sengkang (-) dan juga nombor
Untuk menjadikan nama anda unik anda mungkin memikirkan untuk memasukkan simbol pelik seperti sengkang (-) dan juga nombor (1, 2, 4…) seperti ini:
- rm-n-sen.com
- rmon1.com
Jangan…
Mungkin kelihatan unik tetapi bagaimana hendak membaca domain tersebut?
Contohnya saya mendapati rm-n-sen.com mengandungi maklumat yang menarik dan ingin mengongsikan laman tersebut.
Bagaimana saya hendak menyatakan nama domain tersebut pada rakan saya?
Sebut satu-satu?
R M lepas tu tanda sengkang, kemudian N, kemudian sengkang lagi, lepas tu sen.com. Agak membingungkan.
Terdapat besar kebarangkalian saya akan lupa tanda sengkang tersebut.
Untuk pengunaan nombor pula seperti rmon1.com pula, orang akan keliru nombor itu harus ditaip sebagai angka atau dieja.
Boleh jadi rmon1.com, rmonsatu.com dan rmonone.com apabila disebut.
Jadi elakkan penggunaan sengkang atau nombor.
6. Sentiasa pilih .com sebagai pilihan utama
Ada banyak pilihan lain seperti .org .edu .net .biz .info dan sebagainya.
Mengapa harus .com?
Berapa kerap anda menaip alamat url seperti rmjenit.net atau rmjenin.org?
Kebanyakkan orang menganggap .com sebagai pelengkap rasmi untuk alamat laman web. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang bukan pengguna setia internet.
Dalam smartphone anda sendiri pun terdapat pelengkap automatik untuk .com (jika anda sedari) yang muncul setiap kali anda menaip pada ruangan url browser anda.
Pendapat saya, jika pilihan nama domain anda untuk .com sudah diambil orang tetapi untuk yang lain seperti .net atau .org masih boleh dibeli, lebih baik buat sahaja nama domain baru.
7. Dapat memberi gambaran kandungan laman anda
Satu lagi cara terbaik adalah dengan menggunakan nama yang dapat memberi gambaran apa kandungan dalam laman web atau blog anda.
Bila orang nampak sahaja nama tersebut mereka terus fikir “oh, blog ini mesti berkaitan dengan ini..itu…”.
rmjenin.com contohnya, akan memberi gambaran seperti wang, duit kewangan…
Ia bukanlah kemestian, akan tetapi sangat baik jika dapat digabungkan dengan tips-tips lain.
8. Buat kajian, elak masalah
Salah satu perkara paling penting bagi saya.
Sebelum memutuskan untuk membeli satu-satu nama domain buat kajian terlebih dahulu.
Cuba cari taip dekat google search nama tersebut.
Jika sudah digunakan oleh orang lain lebih baik fikir sahaja nama yang baru.
Sebagai contoh nama pilihan saya rmjenin.com. Bila diperiksa rupanya sudah ada orang lain menggunakan nama tersebut.
Walaupun agak berlainan seperti ringgitjenin.com, duitjenin.com atau rmjanin.com, saya tidak akan memilih nama tersebut untuk mengelakkan masalah seperti kekeliruan dan juga undang-undang pada masa akan datang.
Lagipun susah untuk kita memahsyurkan blog/website jika nama yang sama atau hampir sama sudah digunakan. Orang keliru.
9. Periksa nama anda di laman media sosial
Seterusnya periksa juga nama anda di laman sosial seperti facebook, instagram, twitter, google+ dan yang berkaitan.
Anda tidak mahu nama anda dalam media sosial sudah diambil orang.
Jika tidak ada orang lain yang menggunakannya, perkara pertama yang anda harus lakukan selepas membeli nama domain tersebut adalah membuat akaun dengan menggunakan nama tersebut pada semua laman sosial yang berkaitan. Jangan lupa.
10. Fikir jangkamasa panjang
Sering terjadi selepas anda bermula.
Terdapat idea atau peluang baru yang muncul akan tetapi topiknya berbeza dengan arah tuju asal laman we@ blog anda.
Ini mungkin jadi penghalang untuk anda mengembangkan laman web @ blog anda.
Jadi fikirlah sebaik mungkin, buat perancangan, lihat segala peluang yang ada sebelum memilih nama domain.
Ini dapat memastikan nama tersebut bersesuaian untuk sebarang perubahan, cabang atau tambahan pada masa akan datang.
11. Bertindak pantas!
Jangan berlengah-lengah, nama yang anda pilih belum tentu masih ada pada hari esok atau lusa.
Jika anda dapat nama domain yang terbaik terus sahaja beli, jangan biar orang lain ambil nama tersebut.
Anda boleh rujuk post ini untuk beli dan mula buat blog @ laman web: Cara buat blog.
Harga standard untuk domain .com sekarang dalam sekitar RM35 – RM50 setahun (bergantung kepada promosi). Tidaklah begitu mahal.
12. Lindungi Nama Domain anda
Di luar sana sentiasa ada orang yang mahu mengambil kesempatan.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih beli semua domain yang berkaitan dengan nama domain yang anda pilih.
Sebagai contoh anda pilih rmjenin.com. Beli sekali rmjenin.org dan rmjenin.net.
Suatu hari nanti bila blog alau laman anda sudah berjaya akan ada orang yang ingin mengambil kesempatan dengan cara membeli nama domain anda yang mempunyai extension lain seperti .net atau .org.
Apa kesan terhadap anda?
Contohnya Mat mempunyai blog yang berjaya iaitu rmjenin.com. Ali berasa cemburu pada Mat. Ali beli domain rmjenin.net dan isikan laman tersebut dengan barang-barang tak senonoh.
Anda boleh bayangkan kesannya?
Belum habis lagi, Ali bersetuju untuk menutup laman tersebut dan memberikan nama domain tersebut pada mat tetapi dengan bayaran yang mahal.
Sebelum terjadi hal seperti ini lindungilah nama domain anda. Jangan bagi orang ambil kesempatan.
Tambahan: Aplikasi Berguna yang Dapat Membantu Anda
Berikut merupakan beberapa aplikasi percuma online yang anda boleh gunakan untuk memabntu anda mendapatkan nama domain yang terbaik mengikut tips-tips di atas.
Wordoid.com
Wordoid adalah aplikasi percuma pembuat nama domain yang terbaik. Saya sering menggunakannya untuk mencari idea nama domain baru.
Ia memberikan anda senarai nama yang menarik dan sedap di dengar.
Anda boleh memasukkan keyword pilihan anda dan juga memilih jumlah maksimum huruf untuk nama tersebut.
Selain itu ia juga memaparkan status setiap nama – sudah atau belum digunakan.
instantdomainsearch.com
Instantdomainsearch adalah untuk anda memeriksa nama domain pilihan anda masih boleh digunakan atau tidak.
Hanya perlu masukkan nama pilihan anda dan status untuk nama tersebut akan keluar.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.
Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?
Maklumat bagus
terima kasih atas ilmu yang dikongsi. sangat bagus.
Sama-sama..gembira dapat membantu.