• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / January 30, 2023

/ Tips Blogging

Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

cara buat blog sendiri dengan mudah

Belajar cara buat blog @ cara membuat website sendiri langkah demi langkah hingga siap online!

Anda mahu buat blog dan nak tahu bagaimanakah caranya.

Dan kalau boleh, anda mungkin nak buat sendiri.

Sebenarnya, buat blog tidaklah sesukar yang disangka.

Dengan sedikit panduan anda pasti boleh melakukannya.

Dalam post ini, saya cuba untuk membantu anda belajar buat blog sendiri.

Selengkap yang mungkin dan dengan bahasa yang mudah difahami.

Pasti boleh buat.

Jika dah berjaya buat nanti bolehlah anda cuba untuk buat duit dengan blog pula.

Sebelum mula kita lihat dahulu:

Apakah keperluan utama untuk Buat Blog?

Untuk memiliki blog @ buat blog sendiri anda perlukan:

  1. Domain & hosting – Nama dan tempat simpan blog anda
  2. Bajet – Untuk beli domain dan hosting
  3. Masa – Masa untuk buat blog hingga siap

Pertama sekali anda perlu dapatkan domain dan hosting untuk blog anda.

Domain adalah nama blog anda contohnya www.ithmm.com.

Hosting pula tempat fail-fail untuk blog anda disimpan.

Biasanya domain dan hosting ini anda boleh dapatkan sekali dari syarikat pilihan anda.

Boleh juga beli dari syarikat berbeza, tapi lagi senang beli satu tempat.

Senang nak urus.

Kemudian anda perlukan sedikit perbelanjaan untuk membeli domain dan hosting tersebut.

Lebih kurang RM120++ setahun untuk domain dan hosting.

(Ikut mana syarikat anda beli domain dan hosting tersebut)

Jumlah yang anda belanjakan ini akan anda cover dengan mudah bila masa blog anda mula mendatangkan income nanti.

Saya akan terangkan kemudian bagaimana cara nak beli dalam bahagian seterusnya.

Mungkin anda terfikir, kenapa tak buat blog yang percuma sahaja?

Kan kita boleh buat blog percuma dengan worpress.com atau blogger (blogspot)?

Jika anda nak buat blog sekadar nak cuba-cuba bolehlah guna yang percuma ini.

Jika anda serius dalam blogging belilah domain dan hosting sendiri.

Sukar untuk kita memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang boleh didapati daripada blogging dengan khidmat percuma tersebut.

Ini tak boleh buat, itu tak boleh buat.

(Bagaimana nak generate income?)

Lepas beli domain dan hosting anda perlu luangkan sedikit masa untuk install dan setup blog.

Proses ini ambil masa sedikit.

Tapi buat cuma sekali sahaja.

Lepas siap, bolehlah anda mula fokus dengan content blog anda..

Topik seterusnya, sebelum anda mula buat blog:

WordPress sebagai platform pilihan

wordpress platform blog terbaik

Untuk buat blog kita kena putuskan nak guna platform mana satu.

Ada wordpress, blogger (blogspot), wix, drupal dan joomla dan lain-lain.

Platform ini tugasnya menerima input dari anda dan menukarkan ia kepada paparan yang menarik untuk dibaca oleh para pelawat blog.

Saya gunakan wordpress.

WordPress asal daripada wordpress.org.

  • Baca juga: WordPress.com vs WordPress.org: Apakah bezanya?

Dan saya sarankan anda gunakan wordpress juga.

(Panduan ini juga dibuat berlandaskan penggunaan wordpress)

Kenapa wordpress?

WordPress adalah platform popular.

1 daripada 4 laman web yang anda kunjungi menggunakan wordpress.

Kelebihannya bila popular ini adalah, bantuan teknikal, pilihan theme dan plugin tak terbatas.

Lagi satu wordpress ini sangat flexible.

Anda tak perlu tahu pasal coding atau program untuk menggunakannya.

Tapi, jika anda pakar coding, anda boleh menggunakannya dalam wordpress.

Jika diringkaskan kebaikkan wordpress ini:

  • Ia tersedia untuk blog
  • Mudah untuk digunakan
  • Sangat baik untuk SEO (trafik organik)
  • Tak perlu pengetahuan coding
  • Bantuan teknikal meluas
  • Pelbagai pilihan theme untuk rekabentuk laman
  • Pelbagai pilihan plugin untuk menambah fungsi tertentu laman

Jika pada ketika ini anda sedang gunakan platform lain contohnya blogger (blogspot) segera usahakan untuk pindah ke wordpress.

Bagaimana nak pilih wordpress untuk blog?

Untuk bahagian ini tak perlu buat apa-apa.

Tak perlu download wordpress.

Pilihan untuk install wordpress ada tersedia dalam cPanel ketika proses setup laman web nanti.

Sudah siap sedia untuk buat blog sendiri?

Berikut caranya:

Urutan Langkah Cara Buat Blog

Berikut merupakan urutan langkah untuk buat blog:

  1. Pilih Niche Blog
  2. Tentukan Nama Domain
  3. Beli Domain dan Hosting
  4. Install WordPress
  5. Akses Admin WordPress
  6. Install theme, plugin dan setting
  7. Buat Page & Post

Mari ikuti langkah demi langkah untuk membuat blog ini dengan lebih terperinci.

1 Pilih Niche Blog

Apa itu niche? Niche blog?

contoh niche blog

Niche dalam dunia blogging bermaksud tema yang anda bawakan dalam blog anda.

Apa yang anda ceritakan dalam blog anda.

Semua post-post yang anda akan buat adalah bermain disekitar niche tersebut.

Hampir seerti dengan topik atau tajuk.

Contoh niche blog adalah travel, hiking, penjagaan kulit muka dan sebagainya.

Contohnya niche untuk ithmm.com adalah ‘cara buat blog’.

Kenapa perlu tentukan niche?

Boleh tak saya just buat blog dan post apa-apa perkara yang saya mahu?

Boleh, tak ada masalah.

Blog tersebut milik anda, hak untuk menentukan terpulang daripada anda.

Akan tetapi jika anda mempunyai misi disebalik pembuatan blog tersebut, contohnya nak jana pendapatan secara online, adalah terbaik jika anda tentukan niche untuk blog anda.

Kelebihan Niche Blog.

Jika diringkaskan, berikut merupakan antara kelebihan mempunyai niche:

  • Ranking SEO lagi baik
  • Mudah untuk anda dapat pengikut
  • Mudah untuk anda buat post nanti
  • Lebih dipercayai oleh target pembaca anda
  • Senang untuk anda menjana pendapatan
  • Sangat baik untuk affiliate
  • Target pembaca anda lebih aktif

Contohnya ringkas seperti berikut.

Anda nak cari info berkenaan kebaikkan vitamin C.

Anda search dekat Google dan dapat 2 keputusan carian yang berkaitan seperti berikut:

  1. Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog kesihatan
  2. Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog mat hensem

Mana satu anda lebih percaya atau yakin untuk membaca?

No 1 atau no 2?

Seimbas lalu sudah semestinya artikel no 1. Bukan?

Seterusnya:

Bagaimana nak pilih Niche Blog?

Jika anda buat blog untuk syarikat anda (agensi perlancongan, pembinaan dan sebagainya) sudah tentu anda kena pilih niche tersebut.

Jika anda nak mulakan blog dari 0;

Pilihan terbaik adalah:

  • Buat niche yang anda minat
  • Buat niche yang mana merupakan kepakaran anda
  • Buat niche benda yang anda nak belajar

Contohnya hobi anda, kepakaran anda dan sebagainya.

Anda minat bermain alat muzik gitar.

Buat niche blog yang spesifik untuk alat muzik gitar.

Anda pakar dalam bidang bertanih.

Buat niche kebun belakang rumah

Anda nak belajar editing video menggunakan software terkini.

Buat blog tutorial video editing.

Taktik seperti ini sangat berkesan untuk jangka masa panjang.

Apabila anda memilih niche yang anda minati, anda akan seronok untuk membuatnya.

Anda dapat menyelitkan perasaan atau emosi anda dalam penulisan blog.

Ini menjadikan blog anda lebih menarik.

Kebarangkalian untuk blog menjadi hambar adalah sangat tinggi jika anda tidak menyukai niche yang dipilih.

Agak sukar untuk ‘berbohong’ kepada para pembaca.

Lebih-lebih lagi jika pembaca memang minat niche yang anda pilih.

Ia boleh dikesan daripada gaya penulisan anda.

Contohnya anda nak buat blog fokus untuk affiliate.

Berdasarkan kajian anda niche affiliate yang paling hot adalah barangan kosmetik semulajadi.

Anda tak minat langsung dengan niche tersebut, tapi buat juga.

Anda masih boleh buat content tapi tak akan seseronok yang disangka.

Nak publish satu post pun dah mati kutu.

Menjadi beban dan kesusahan dalam jangkamasa panjang.

(Ini berdasarkan pengalaman sendiri…)

Oleh itu, bila nak pilih niche, pilihlah berdasarkan 3 kategori diatas.

2 Tentukan Nama Domain untuk Blog anda

Lepas anda pilih niche perkara seterusnya adalah nama domain.

Apakah nama domain terbaik untuk blog anda?

Bagaimanakah cara memilih nama domain yang terbaik?

Jika anda membuat blog untuk bisnes / syarikat, sudah tentu anda akan gunakan nama syarikat atau bisnes tersebut.

Jika anda tidak mempunyai nama khusus berikut merupakan panduan yang anda boleh gunakan untuk memilih nama domain yang terbaik.

Panduan pemilihan nama domain terbaik

  • Senang untuk dieja
  • Pendek
  • Senang diingati
  • Sentiasa pilih .com sebagai pilihan utama
  • Pastikan belum digunakan oleh orang lain
  • Sasarkan kepada topik anda
  • Elakkan penggunaan nombor dan simbol

Rujuk juga post ini: 12 Tips Memilih Nama Domain Terbaik.

Contohnya, mungkin anda ingin membuat blog tentang pengurusan kewangan peribadi.

Nama domain baik mengikut konsep diatas adalah:

  • matjimat.com

Contoh nama domain yang kurang baik adalah:

  • pengurusankewanganperibadi.com

matjimat.com lebih menarik kerana senang diingat, senang dieja.

Sekali baca orang boleh tahu blog anda mesti berkaitan dengan kewangan, wang, duit atau perbelanjaan.

Sebaliknya pengurusankewanganperibadi.com pula sangat panjang, hambar, sukar dibaca dan kurang menarik.

Kelihatan sangat formal seperti scam.

Mungkin ada pakar SEO diluar sana lebih mengatakan pegurusankewanganperibadi.com lebih baik kerana mengandungi kata kunci.

Tapi ingat, SEO sekarang bukan seperti SEO dulu.

Tidak ada idea untuk nama domain anda?

Mungkin pautan ini boleh membantu anda: Wordoid.

Cuba cari beberapa pilihan nama domain untuk blog anda.

Kemudian periksa setiap satu senarai tersebut masih available untuk digunakan atau tidak.

Untuk memeriksa, boleh gunakan pautan ini: Instant Domain Checker.

periksa nama domain anda

Apa bila anda sudah dapat nama domain yang anda mau boleh teruskan ke langkah yang seterusnya.

3 Beli Domain dan Hosting

Bahagian ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli domain dan juga hosting.

Jumlah bayaran yang diperlukan adalah bergantung dengan syarikat @ penjual yang anda pilih.

Apa syarikat hosting yang perlu saya pilih?

Ada banyak pilihan yang boleh anda buat.

Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan:

  • Sokongan & bantuan teknikal – Anda perlu banyak sokongan jika baru sahaja bermula. Agar tak buntu bila ada masalah.
  • Kos murah & berpatutan – Bersesuaian dengan kemampuan anda.
  • Laju & kurang downtime – Untuk SEO dan juga kelancaran anda membuat blog.

Ketika ini saya menggunakan servis (domain dan hosting) daripada 2 syarikat berikut:

  • www.namecheap.com
  • www.siteground.com

www.namecheap.com adalah pilihan utama yang terbaik jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog.

Laju, jarang ada downtime dan harga murah.

Anda boleh dapat domain dan hosting (pakej stellar) dengan harga RM105 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM160 untuk tahun tahun berikutnya.

(Harga mungkin berubah mengikut kadar pertukaran matawang semasa)

Tapi, sebab utama saya sarankan namecheap kerana khidmat sokongan dan bantuan mereka yang sangat baik dan cepat.

Bila anda berhadapan dengan masalah, anda hanya perlu hubungi mereka melalui aplikasi ‘Livechat’ pada laman web mereka (yang mana beroperasi setiap masa @ 24/7!).

Saya boleh jamin mereka akan layan anda dengan baik.

Selain itu namecheap juga akan berikan anda whois data protection percuma.

Ini akan merahsiakan data peribadi anda sebagai pemilik laman web @ domain.

www.siteground.com setakat ini merupakan syarikat terbaik yang pernah saya gunakan.

Sangat laju (tersenarai dalam senarai top-10), hampir tidak ada downtime (uptime 99.99%) dan khidmat sokongan yang baik.

Harganya mungkin agak mahal berbanding dengan namecheap.

Untuk domain dan hosting, pakej termurah kira-kira RM267 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM672 untuk tahun-tahun seterusnya.

Jika anda mempunyai bajet lebih atau mungkin anda buat laman web untuk syarikat, jangan fikir panjang – terus ambil servis dengan siteground. ?

NOTA: Saya pernah guna servis dari ShiftServer (syarikat tempatan) sebagai alternatif kerana harga agak murah. Saya TIDAK sarankan anda ambil khidmat dengan mereka. Saya pernah alami pengalaman buruk dengan mereka. Jika anda sekarang sedang bersama Shiftserver segera usahakan untuk pindahkan domain dan juga hosting anda. Ini serius.

(Saya kehilangan 2 laman web ketika bersama dengan shiftserver)

Panduan membeli domain dan pakej hosting

Sebelum membeli domain + hosting dari mana-mana syarikat periksa dahulu sama ada terdapat sebarang promosi atau tidak.

Ini untuk mendapatkan seberapa banyak diskaun yang boleh.

Promosi tersebut selalunya dipaparkan dalam laman web mereka.

Jika anda memilih untuk menggunakan servis Namecheap ada boleh gunakan panduan berikut.

(Syarikat lain juga lebih kurang sama jalannya)

Cara Beli Domain + Hosting di Namecheap

Lawati ke laman rasmi namecheap: www.namecheap.com.

Pada bahagian menu klik: Hosting > Shared Hosting.

menu shared hosting namecheap

Pilihan berikut akan keluar:

pilihan shared hosting namecheap

Jika anda baru sahaja bermula, pilihan terbaik adalah pakej Stellar.

Kosnya kira-kira RM65 untuk tahun pertama (50% diskaun) dan RM130 untuk tahun-tahun berikutnya.

Jika anda pilih pakej ‘Stellar’, klik pada butang ‘Get Started‘ untuk meneruskan.

klik butang get started

Paparan seterusnya memberikan anda pilihan berkenaan dengan domain:

pilihan untuk domain

Klik pada butang ‘Purchase a new domain‘.

Masukkan nama domain pilihan anda:

masukkan nama domain

Pastikan jumlah tahun langganan adalah mengikut pilihan anda – 1 year, 2 years….

Klik pada butang ‘Add New Domain to cart‘ untuk meneruskan.

Lihat pada bahagian ‘Your order‘ yang terletak pada bahagian kanan (jika anda menggunakan pc).

your order area

Pastikan pakej hosting dan domain anda tersenarai dalam bahagian ini.

Klik pada butang ‘Continue‘ untuk meneruskan.

Paparan seperti berikut akan muncul:

shopping cart namecheap

Pastikan pilihan berikut ada dalam senarai:

  • Domain Registration – domain pilihan anda
  • WhoisGuard – Pastikan ‘enabled’. Servis ini diberikan percuma. Bertujuan menyembunyikan data peribadi anda.
  • Hosting – Stellar.

Jumlah yang perlu dibayar dipaparkan pada bahagian ‘Your Subtotal’ yang terletak pada sebelah (kanan paparan PC)

namecheap your subtotal

Sebelum anda meneruskan untuk membayar, periksa dahulu bahagian promosi untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan.

Untuk lihat promosi terkini lawati bahagian: Promosi Namecheap

Copy mana-mana diskaun code yang berkenaan dan masukkan dalam ruangan “promo code”.

Seterusnya, klik pada butang ‘Confirm Order.

Langkah seterusnya memerlukan anda membuat akaun dengan namecheap. Ini penting bagi membolehkan anda mengurus laman web anda.

namecheap buat akaun

Isikan bahagian yang diminta seperti:

  • Username – Id yang akan anda gunakan untuk login ke akaun namecheap
  • Password – Password pilihan anda
  • Confirm Password – Untuk memastikan anda masukkan password yang sama @ betul
  • First name – Nama anda
  • Last name – Nama ayah atau sambungan penuh pada nama anda
  • Email address – Alamat email yang boleh anda akses

Simpan maklumat tersebut untuk kegunaan anda login nanti.

(Maklumat yang sama akan dihantar ke email yang anda daftarkan)

Pastikan semua maklumat betul kemudian klik pada butang ‘Create Account and Continue‘ untuk meneruskan.

Paparan seterusnya adalah pilihan cara pembayaran.

Anda boleh memilih untuk membayar melalui:

  • Secure Card Payment – Anda boleh gunakan kad debit atau kredit
  • Paypal – Jika anda mempunyai akaun paypal
  • Account Funds – Untuk pilihan lain seperti bitcoin

Saya membuat bayaran menggunakan cara ‘Secure Card Payment’ dengan menggunakan kad atm Maybank yang mana juga berfungsi sebagai kad debit.

Untuk membayar menggunakan kad debit Maybank, anda kena aktifkan dahulu kad anda untuk transaksi luar negara.

Jika anda belum aktifkan, boleh rujuk panduan ini:

Cara aktifkan Debit Kad Maybank untuk transaksi online & luar negara.

Seterusnya, lengkapkan bahagian cara pembayaran pilihan anda.

Contohnya jika anda memilih untuk membayar menggunakan cara ‘Secure Card Payment’, berikan maklumat yang diperlukan.

maklumat secure card payment

Skrol ke bahagian bawah dan lengkapkan bahagian yang diperlukan seperti bahagian ‘Receipt Details’.

(Bahagian Renewal Setting saya biarkan kosong – saya buat secara manual)

Klik pada butang Continue untuk menyelesaikan pembayaran.

Domain dan juga hosting anda akan diaktifkan sejurus selepas proses pembayaran selesai.

Namun begitu dalam sesetengah kes anda perlu menunggu dalam masa sejam.

Untuk memastikan domain dan hosting yang anda beli dah aktif, cuba nama domain anda dalam ruangan url pelayar internet (browser).

Jika tak keluar “web not found” atau error maknanya ia dah aktif.

Nota Penting: Jika anda beli domain dan hosting daripada Namecheap, jangan terus install wordpress. Biarkan dahulu selama 24jam. Ini untuk membolehkan ssl sync dengan domain anda dan membolehkan anda pilih url domain bermula dengan https.

Bila dah siap sedia, teruskan ke langkah yang seterusnya.

4 Install WordPress

Edit: Gambar yang disediakan sini dan gambar versi terkini wordpress mungkin terdapat sedikit perbezaan. Tetapi caranya masih sama, cuma berbeza kedudukan.

Berikut merupakan cara untuk install wordpress pada untuk blog anda.

Cara install WordPress melalui cPanel

  1. Akses cPanel anda dengan menambah /cpanel pada hujung domain anda. Contoh: www.domainanda.com/cpanel.
  2. Masukkan username dan password anda. Butiran tersebut sepatutnya ada dihantar ke email anda.
  3. Jika cara diatas tidak berjaya anda juga boleh akses cPanel melalui akaun anda pada syarikat hosting blog anda atau melalui link yang dihantar ke email anda oleh syarikat hosting anda.
  4. Bergantung pada tema cpanel yang digunakan, paparan utama cpanel kelihatan seperti berikut.utama cpanel
  5. Pergi ke bahagian Softaculous Apps Installer. Bahagian tersebut biasanya terletak pada bahagian bawah pada paparan utama cpanel.softaculous apps installer
  6. Klik pada butang wordpress.
  7. Paparan seperti berikut akan muncul.paparan utama sewaktu install wordpress
  8. Pada bahagian atas, terdapat menu pilihan. Klik pada butang Install. Ini akan membawa anda kepada bahagian setting wordpress.butang install wordpress
  9. Bahagian Software setup.wordpress bahagian software setup
  10. Pada Choose protocol, anda boleh memilih daripada 4 pilihan struktur domain anda. Saya cadangkan anda memilih https://www kerana ia memberikan anda kelebihan dari segi sekuriti, SEO dan teknikal. Baca Nak guna www atau tidak?
  11. Untuk Choose Domain pilih domain anda.
  12. Untuk In directory, kosongkan bahagian ini. Asalnya terdapat perkataan WP_ . Padam perkataan tersebut.
  13. Bahagian Site Settings. Jika anda belum ada idea untuk mengisi bahagian ini, jangan risau. Ia boleh diubah juga kelak melalui panel admin.wordpress install site setting
  14. Untuk Site Name, isikan nama blog anda.
  15. Untuk Site description, isikan penerangan ringkas blog anda dalam 3 ke 5 patah perkataan.
  16. Untuk Enable Multisite (WPMU), biarkan bahagian ini kosong. Jangan tandakan. (melainkan anda faham kegunaan dan syarat-syaratnya).
  17. Bahagian Admin Account.install wordpress admin account
  18. Untuk Admin Username, tetapkan id @ username pilihan anda sini. Anda akan gunakannya sebagai akses ke panel admin blog anda.
  19. Untuk Admin Password, tetapkan password pilihan anda.
  20. Untuk Admin Email, tetapkan email pilihan anda sini. Asalnya adalah [email protected] Anda boleh menggantikannya dengan email gmail atau mana-mana email yang sering anda gunakan.
  21. Simpan username dan password. Anda akan gunakan nanti untuk login ke panel admin wordpress.
  22. Bahagian Choose language. Pilih bahasa kegemaran anda.install wordpress pilih bahasa
  23. Bahagian Select Plugin(s), pilihan ini bergantung kepada anda. Saya biarkan sahaja bahagian ini tidak ditandakan.install wordpress pilih plugins
  24. Bahagian Advance Options.install wordpress advance option
  25. Untuk Database Name dan Table prefix, biarkan sahaja seperti yang asal.
  26. Untuk Auto Upgrade WordPress Plugins dan Auto upgrade WordPress Themes, ikut kesesuaian anda. Anda mahu update secara manual atau sistem tolong update kan.
  27. Untuk Backup location, tetapkan pada default.
  28. Untuk bahagian Select theme, pilih sahaja mana-mana tema, anda boleh tukar tema tersebut nanti bila suda ada tema pilihan anda.install wordpress pilih tema
  29. Setelah siap dan yakin dengan setting anda, klik pada butang Install.wordpress sedang install
  30. Proses install wordpress selesai dengan paparan berikut.wordpress install siap

Dengan berakhirnya langkah ke-29 ini bermakna selesailah proses pemasangan WordPress pada blog anda. Blog anda sudah online dan anda boleh mula mengerjakannya.

5 Akses Admin WordPress

Untuk mula mengerjakan blog @ laman web anda perlu masuk ke dalam panel atau admin WordPress.

Bagi anda yang baru sahaja mula berjinak-jinak dalam menggunakan platform wordpress, panel admin kelihatan seperti berikut:

dashboard wordpress

Untuk mengakses panel admin blog anda, anda hanya perlu menambah /wp-login.php pada hujung domain anda. Contoh seperti berikut:

www.ithmm.com/wp-login.php

Ini akan membawa anda ke paparan log masuk blog anda. Paparan log masuk atau login kelihatan seperti berikut:

log masuk wordpress

Masukkan username dan password yang anda daftarkan sewaktu mula-mula install wordpress tadi, kemudian klik Log In.

Jika anda terlupa username, boleh gunakan alamat email yang anda daftarkan sewaktu install wordpress.

6 Install theme, plugin dan Setup blog

Terdapat 3 perkara yang perlu anda uruskan sebelum blog anda sedia untuk paparan umum.

  • Install theme yang sesuai
  • Install plugin yang perlu
  • Buat setting asas pada blog

Kita lihat satu persatu:

#1. Install theme yang sesuai

Theme menjadikan paparan blog anda lebih menarik dan senang untuk dibaca oleh pelawat.

Secara default wordpress akan sediakan anda theme asal @ sedia di install untuk blog anda.

Anda boleh tukar theme tersebut.

Dan install mana-mana theme yang bersesuaian dengan niche blog anda.

Untuk menukar theme:

Appearance > Themes > Add New

Menu Appearance terletak pada sebelah kiri panel admin. Butang Add New pula terletak pada bahagian atas paparan Themes.

Paparan seperti berikut akan muncul:

cara add new theme

Terdapat banyak pilihan theme untuk anda pilih. Anda boleh gunakan fungsi Search dan featured filter ataupun menu Featured, Popular dan Latest untuk membantu carian anda.

Sebagai panduan untuk memilih theme:

  • Lagi ringkas lagi baik – Theme yang berat (mempunyai macam-macam fungsi) menjadikan blog anda susah untuk digunakan dan lambat.
  • Jangan pilih theme yang jenis hurufnya sukar dibaca.
  • Pilih theme yang responsive – Saiz berubah mengikut saiz skrin PC, tablet dan juga handphone
  • Lihat kesesuaian warna theme dengan intipati blog – Warna latar gelap atau terang
  • Lihat rating theme – Pilih purata rating 4 bintang ke atas.

Jika anda punya bajet lebih pertimbangkan untuk beli theme premium.

Theme premium termurah dan terbaik boleh didapati dari evanto market.

Selepas mendapat theme yang anda sukai @ bersesuaian, klik Install, kemudian klik Activate untuk mengaktifkan.

#2. Install plugin yang perlu

Plugin berfungsi untuk memberikan blog anda fungsi tambahan yang tidak disediakan oleh theme yang anda install tadi.

Contohnya plugin untuk borang perhubungan, untuk SEO, untuk melajukan laman dan sebagainya.

Untuk install plugin anda boleh pergi ke menu:

Plugins > Add New.

Terdapat pelbagai plugin yang boleh anda gunakan secara percuma.

Memang baik ada plugin ni, tapi jangan guna plugin secara berlebihan.

Ia boleh merosakkan prestasi blog anda.

Kuncinya hanya guna plugin yang benar-benar anda perlukan.

Jika tak perlu jangan install.

Anda boleh rujuk post ini untuk panduan: 8 Senarai Plugin Penting untuk Blog WordPress.

Siap install theme dan plugin yang diperlukan, selanjutnya:

#3. Buat setting asas pada blog

Bahagian akhir sebelum anda mula membuat post / page.

Buat tetapan untuk paparan blog anda.

Setting ini anda boleh akses melalui menu:

Appearance > Customize

Ini akan membuka halaman baru yang memperlihatkan paparan blog anda.

Terdapat option yang disediakan di sebelah kiri paparan.

Pilihan paparan adalah seperti site identity, color dan sebagainya.

Untuk membuat setting ini agak mudah, kerana anda boleh lihat perubahan yang dilakukan dalam paparan blog yang diberikan.

Satu lagi option untuk bahagian ini adalah berbeza-beza mengikut theme yang anda gunakan.

Ambil masa untuk memilih tetapan terbaik untuk blog anda di bahagian ini.

Satu lagi setting yang perlu anda lihat.

(selepas siap customize blog)

Iaitu bahagian url laman – Permalink.

Akses setting ini melalui menu:

Settings > Permalinks

Ubah tetapan kepada ‘Post name’ agar url laman anda lebih cantik dan senang dibaca.

tetapkan permalink pada post name

Jangan lupa untuk klik pada butang ‘Save setting’ untuk simpan tetapan.

Siap bahagian ini anda boleh mula fokus kepada content blog anda!

7 Buat Post

Sebelum itu, ketahui dahulu beza antara Post dan Page dan bila masa untuk menggunakkannya.

  • Post: Pilihan utama anda untuk sebarang artikel blog yang anda buat. Disusun mengikut masa.
    Yang baru berada di depan.
  • Page: Untuk laman yang statik seperti tentang saya, polisi syarikat, hubungi kami dan sebagainya.

Untuk buat post baru klik pada menu “Post” yang terletak pada sebelah kiri panel admin, kemudian pilih “Add New“.

Paparan seperti berikut akan muncul:

buat page baru

Anda boleh simpan sebagai draft atau publish post anda.

Jika anda perlu rujukan untuk asas dalam buat post boleh rujuk: Panduan Asas Buat Post dalam Blog [WordPress]

Untuk bacaan lebih lanjut berkenaan cara-cara menguruskan, setting dan sebagainya pada bahagian panel admin blog anda sila rujuk bacaan berikut:

Tutorial WordPress: Bagaimana Cara Guna WordPress

Selamat berkecimpung dalam dunia blog.

Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Kongsikan juga dengan rakan anda yang berminat hendak membuat blog.

Sebarang soalan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah. Saya sedia membantu anda.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. AZZIM ZAHID AZMI says

    February 16, 2018 at 4:39 pm

    hi, assalamualaikum. terima kasih kerana sudi berkongsi. saya telah pun mengikuti langkah yang ditunjukkan. namun, apabila saya cuba untuk membyka website yang saya telah daftarkan, mesej “the site cannot be reached” sedangkan di “client area” tab “service” telah menyatakan yang domain saya telah berstatus “active”.

    mohon pencerahan. ucapan terima kasih didahulukan.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 19, 2018 at 4:07 pm

      salam sejahtera, mungkin ketika saya menjawab persoalan ini website saudara sudah aktif. Sebagai rujukan, setiap website atau nama domain yang didaftarkan akan mengambil masa 6 – 24 jam untuk aktif. Walaupun dalam bahagian client area pada akaun anda sudah dinyatakan aktif tetapi ia akan mengambil masa. Kena tunggu lebih kurang sehari. Jika lebih daripada sehari masih lagi tidak aktif saya cadangkan untuk saudara buat ticket atau aduan..takut-takut ada sangkut dekat mana-mana.

      Reply
  2. Adzra says

    March 6, 2018 at 12:06 am

    Dimana tempat terbaik utk beli domain dan hosting?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 6, 2018 at 11:27 am

      Cadangan dari saya:

      • Jika ada bajet lebih: SiteGround.
      • Jika tidak mahu berbelanja lebih: Namecheap

      Kedua-dua adalah terbaik dalam kategori masing-masing.

      Reply
  3. iw says

    May 2, 2018 at 12:57 pm

    Kalau saya dari blogger, perlu ke transfer saya punya ke wordpress dahulu dan kemudian buat domain atau buat domain dahulu dan wordpress dan kemudian transfer content dari blogger?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 14, 2018 at 11:27 am

      hi, kena ada domain dan juga hosting untuk wordpress dahulu baru dapat transfer content…

      Reply
  4. a says

    July 10, 2018 at 5:00 am

    lepas saja dah install wordpress dan succesful kenapa nak log wordpress tak boleh. (Your PHP installation appears to be missing the MySQL extension which is required by WordPress.)

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 17, 2018 at 10:14 am

      Cadangan saya: (1) Uninstall dan install semula (mungkin ada corrupt masa install disebabkan oleh internet connection dan sebagainya… (2) Kalau masih juga sama raise ticket, minta tolong dekat web hosting support…mungkin ada masalah dekat cPanel, PHP version dan sebagainya. Mereka akan dengan baik hatinya membantu saudara…

      Nota: Elakkan aktiviti cuba jaya dekat cPanel melainkan anda benar-benar memahami. Ini untuk mengelakkan masalah lain timbul @ langsung tidak boleh akses…

      Reply
  5. Rie says

    August 25, 2018 at 7:09 am

    Saya dah beli domain dan hosting di shiftserver. Masalahnya bila nak ke cpanel, dia tulis license tidak aktive dan perlu hubungi hosting provider. Nak hubungi shiftserver melalui email ke?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 25, 2018 at 11:43 am

      Hubungi shiftserver dengan cara buat / raise ticket melalui shiftserver client area. Masuk client area >> Open ticket

      Reply
  6. zul says

    September 9, 2018 at 10:32 pm

    kalau saya beli domain di godaddy dan hosting di shiftserver, ada apa apa step yang saya kena buat tak sebab dah lebih dari 24 hours still xboleh access lagi.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 12, 2018 at 1:13 pm

      Kena ubah setting nameserver pada domain. Mungkin panduan ini boleh membantu: Cara menghubungkan domain dengan hosting laman web.

      Reply
  7. muhamad firdaus bin muhamad khalid says

    November 26, 2018 at 12:18 am

    Hi, saye ade bbrp soalan, harap dapat pencerahan dr tuan:
    1. Adakah web/blog yang tuan pakai ni http://www.ithmm.com menggunakan kaedah yg same seperti yg tuan ceritakan dalam post di atas?
    2. Saya ingin create blog/wordpress tanpa specific topic, saya nak cerita pengalaman travel, masakan atau resepi bujang, pengalaman hidup..boleh kah saye satukan dalam blog tapi asingkan melalui page? contoh dalam satu blog, saye ade page utk travel, page untuk makanan, page untuk lain2. setiap page tu pula, ada pelbagai post. Bolehkah mcmtu tuan?
    3. Sekiranya saya pakai wordpress, masih bolehkah tampal nuffnang atau apa2 iklan dalam blog saya?

    terima kasih

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 26, 2018 at 10:59 am

      Salam sejahtera saudara,

      Berikut jawapan saya ya:

      1. Ya, saya gunakan kaedah yang sama untuk buat blog ithmm.com ni..
      2. Boleh, selalunya kalau macam ni kita akan buat kategori.. So ada kategori travel, resepi, pengalaman hidup dan lain-lain. Setiap kali buat post kita boleh assignkan post tersebut mengikut kategori yang kita buat.
      3. Boleh, malah kita dapat tentukan sendiri mana kita nak letak iklan tu (bergantung pada theme wordpress yang digunakan).
      Reply
  8. unknown says

    January 23, 2019 at 6:25 pm

    boleh saya tahu jika kita membuat laman web bersama mereka bagaimana viewer? adakah dengan menggunakan perkhidmatan mereka website akan lebih banyak viewer berbanding yang free

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 12, 2019 at 11:51 am

      Ia bergantung… tapi berbanding yang free seperti abc.wordpress.com atau abc.blogspot.com, domain sendiri seperti abc.com lebih dipercayai oleh viewer. Ini sedikit sebanyak membantu kita untuk mendapatkan lebih banyak viewer.

      Reply
  9. farez says

    February 9, 2019 at 11:48 pm

    Hi.Salam pertama terima kasih untuk toturial yang terperinci ini.

    1.saya mengikuti panduan setiap satu untuk menghasilkan sebuah blog(Membeli domain & hosting di ShiftServer)

    2.Namun selepas instal WordPress di cpanel, dan klik pada link.

    3. Page menunjukkan Server Not Found. jadi boleh tahu cara penyelesaiannya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 12, 2019 at 11:48 am

      Hai, salam sejahtera.

      Domain + hosting yang baru dibeli akan ambil masa untuk aktif (dengan shiftserver). Selalunya kena tunggu 4 – 24 jam untuk aktif. Kalau lambat dari itu buat tiket, minta shiftserver percepatkan..

      Reply
  10. Amida says

    February 28, 2019 at 4:30 pm

    Selamat petang dan hi, saya ingin bertanya adakah dengan mendaftar didomain & hosting yg berbayar akan membuatkan blog/journal yg dibuat oleh blogger, mudah diakses dan menjadikan ia mudah dicari di google search? Dan, apakah perbezaan diantara domain & hosting berbayar dan website percuma? Saya masih baru dan ingin lebih tahu dalam dunia blogging ini. Terima Kasih. 😉

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 9, 2019 at 2:39 pm

      Hai Amida, bila kita memilih domain + hosting berbayar, kita mempunyai control sepenuhnya terhadap laman web tersebut. Ini membolehkan kita mempraktikan segala pengetahuan SEO (hantar url ke google, struktur post dan sbg..) ke atas laman web. Dan ini membuatkan laman web tersebut lebih senang ranking dalam google search berbanding yang percuma..Kesimpulannya, YA yang berbayar lebih mudah untuk mendapat TEMPAT dalam google search…

      Reply
  11. Fadli says

    March 12, 2019 at 11:00 pm

    Apabila saya ingin buat post baru, ia nampak macam complicated sikit. Tidak sama dengan gambar di atas. Btw penerangan yang mantap dan senang di fahami.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2019 at 9:22 am

      Selepas update terbaru dari WordPress ruangan dalam bina post & page baru telah berubah. Kita boleh kekalkan suasana environment lama menggunakan plugin Classic Editor. (saya lagi prefer editor lama).Bagaimanapun, saya akan update post ni dalam masa terdekat. Terima kasih infonya..

      Reply
  12. khairul says

    July 1, 2019 at 8:56 pm

    Terbaik tuan untuk infonya. Mohon share juga cara menggunakan hosting serverfreak jika tuan tau caranya.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 4, 2019 at 11:26 am

      Thanks…Saya tak ada domain atau hosting aktif dekat serverfreak. Tapi saya lihat platformnya hampir sama dengan shiftserver. Mungkin tuan boleh guna ni untuk rujukan: Cara install wordpress di Shiftserver.(saya tak berapa rekomen shiftserver sekarang ni sebab support mereka agak lambat).

      Reply
  13. ijat says

    July 23, 2019 at 12:31 pm

    salalm nak tanya, apa perbezaan website kita ada

    https://www atau https://

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 11, 2019 at 4:30 pm

      Salam, maaf ya lambat reply. Untuk menjawab soalan berikut boleh rujuk post penuh: www vs tanpa www: Apa bezanya?. Harap dapat membantu.

      Reply
  14. zikri says

    August 5, 2019 at 6:45 pm

    Hi tuan, saya nak buat website untuk perniagaan, bagaimana cara nak buat website yang ada function add to cart dan payment gateway ya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 6, 2019 at 8:17 pm

      Hello tuan, boleh cuba gunakan plugin woocommerce. Plugin ni siap dengan bahagian product, cart dan juga payment gatewaynya. Lengkap. Cuma cara bayaran tu (payment gateway) mungkin agak limited. Guna kredit,debit kad, paypal dan juga bank in secara manual. Kalau nak yang local banking (yang biasa kita lihat dekat shopee lazada dan sbg) kena ambil servis premium daripada company malaysia. Contoh antara yang termurah adalah billplz.com. harap dapat membantu.

      Reply
  15. naktolong says

    August 21, 2019 at 6:47 am

    terima kasih infonya ..ia membantu saya

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 21, 2019 at 4:39 pm

      Sama-sama gembira dapat membantu. Jangan lupa subscribe ya utnuk dapatkan info2 terkini..

      Reply
  16. Syazwani says

    August 26, 2019 at 3:47 pm

    Saya beli domain dan web hosting di shiftserver. Saya renew sebelum expired date. Malangnya, shiftserver update utk web hosting tetapi domain saya diorang tak update. Diorang hantar email kata saya tak renew. Bila tarikh expired, saya baru perasan diorang tetap tak update. Saya buat payment dan duit ditolak kali kedua, saya hantar email, segala bukti bayaran di email mereka. Tetap tak ada update. Tak tahu dah nak contact shiftserver di mana… Duit melayang, domain melayang… domain creative-warrior.org

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 28, 2019 at 12:21 am

      Saya turut berdukacita mendengar musibah yang menimpah saudari. Saya juga tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dalam syarikat ini. Mungkin saudari boleh cuba hubungi shiftserver melalui page fb shiftserver atau terus pm fb tuannya, Azli Jah’roni. P/S: Saya juga mempunyai pengalaman buruk dengan shiftserver ni.

      Reply
  17. izzat says

    September 14, 2019 at 10:12 am

    informasi yang bagus

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 16, 2019 at 8:23 pm

      Terima kasih…

      Reply
  18. Roslee says

    September 23, 2019 at 5:56 pm

    Terima kasih atas info yg lengkap ini sehingga saya berjaya buat satu blog menggunakan cara tuan di atas.
    Terbaik.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 30, 2019 at 12:02 pm

      Sama-sama..gembira dapat mebantu..

      Reply
  19. izzat says

    October 12, 2019 at 10:17 am

    good information

    Reply
  20. Andi Alamshah says

    October 23, 2019 at 5:47 pm

    en ada buat personal coaching tak untuk tunjuk ajar buat blog sampai jadi

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 12, 2019 at 11:20 pm

      Terima kasih banyak2 atas minat en. Setakat ini tak ada personal coaching. Namun begitu, saya dalam proses mempersiapkan ebook lengkap panduan untuk blogging..Sertai ithmm untuk sentiasa mendapat maklumat terkini..

      Reply
    • B.L. Joseph says

      December 13, 2019 at 12:02 am

      setakat ni tak ada tuan. Tapi saya akanb keluarkan ebook lengkap dalam masa terdekat.

      Reply
  21. izzat says

    November 9, 2019 at 10:10 am

    bagus informasi ini..

    Reply
  22. izzat says

    December 7, 2019 at 10:23 am

    informasi yang menarik

    Reply
  23. Zulkhis Bin Abdul Jalil says

    December 14, 2019 at 4:27 pm

    Alhamdulillah .. memang menarik & terimakasih atas penjelasan yg terperinci

    Insyaallah, saya akan cuba sendiri dalam masa terdekat ni

    Reply
  24. Hairul says

    December 24, 2019 at 7:44 am

    Hi.. Sy sudah lama buat WordPress.com. Boleh tak WordPress. Com buat side income untuk Google adsense.

    Kalau tak boleh apa cadangan tuan?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 7, 2020 at 12:05 am

      Untuk edisi percuma wordpress.com, tak boleh nak letak google adsense.. kita ada 3 pilihan: upgrade wordpress ke premium untuk apply wordad (sama seperti google adsense), upgrade ke business untuk letak google adsense, dan yang ketiga kenalah buat laman baru yang mana kosnya lagi murah. Untuk option ke 3 tu, kenalah announce dekat wordpress.com agar follower-follower tahu kita ada laman baru..sebab edisi percuma wordpress.com tak boleh buat redirect..

      Reply
  25. izzat says

    January 11, 2020 at 10:15 am

    informasi yang terbaik

    Reply
  26. ABDUL RAHMAN ISHAK says

    January 12, 2020 at 1:21 pm

    terima khasih Boss sebab konsi ilmu yang sangat berguna. saya ni baru belajar ilmu Blog ni. Blog saya https://idaman-info.blogspot.com
    dapat baca perkongsian dari blogger berpegalaman ni memang saya suke. tq ya. semua anda di berkati dan di rahmati.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 7, 2020 at 2:17 pm

      Sama-sama tuan. Semoga terus sukses..

      Reply
  27. Zais says

    January 12, 2020 at 6:11 pm

    Salam Sejahtera Tn B.L. Joseph,
    Saya msh newbie. Saya ada persoalan:
    -katakanlah saya berjaya memiliki domain murahxxxx.com dan dlm masa yg sama saya ada 4 produk berlainan kategori utk diniagakan secara online. Bolehkah saya nk buat website/blog berlandaskan platform wordpress utk keempat2 produk tersebut menggunakan domain murahxxxx.com secara subdomain?
    Sbg contoh: – [email protected]
    [email protected]
    [email protected]
    [email protected]
    Bagaimana caranya, jika boleh dan apa pandangan Tuan ttg situasi sedemikian?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 7, 2020 at 2:27 pm

      Salam sejahtera juga tuan,

      Untuk create subdomain memang boleh, Tapi nak tengok juga, tempat yang tuan beli tu benarkan untuk create lebih dari 1 domain or tidak.

      Pendapat saya, tuan tak perlu create subdomain berbeza untuk asing-asingkan produk tersebut… Nampak agak kekok, kecualila tuan menyewakan subdomain tersebut untuk digunakan oleh orang lain.

      Paling baik buat sahaja laman web guna domain utama murahxxxx.com. Kemudian wujudkan sahaja kategori berbeza dalam web tersebut

      Reply
  28. muhammad izzat says

    February 15, 2020 at 10:15 am

    informasi sangat terbaik

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 17, 2020 at 6:34 pm

      Terima kasih tuan. Gembira dapat membantu.

      Reply
  29. MJ says

    March 20, 2020 at 3:57 pm

    Hi, baru je buat sendiri website hari ni dekat panduan encik. saya beli domain dan hosting di namecheap. kalau ikutkan pakej yg saya beli dah masuk sekali dengan SSL certificate. tp bila nak pilih https://www. tak boleh pulak. end up website saya jadi hartanah.com je dan tak secure. Macam mana nak ubah jadi secure dan jadi https://www. ye?

    Saya harap sangat dapat membantu. Thanks:)

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2020 at 5:09 pm

      Hi.. sebelum install wordpress kena install ssl tu dahulu…dari cPanel..baru muncul pilihan https://www…

      Reply
  30. herry says

    March 22, 2020 at 2:24 pm

    terima kasih info yg jelas dan padat .. terima kasih sekali lagi..tapi sy masih belajar lagi macam mana nk create blog…kena baca banyak kali bru faham…nak tanya sikit tuan…ape beza daftar yg free dgn yg berbayar?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 22, 2020 at 3:10 pm

      Sama-sama… beza yang free dan berbayar jika diringkaskan adalah: domain (url) tidak kelihatan profesional cth; blogsaya.wordpress.dom atau blogsaya.blogspot.com, sangat tidak sesuai untuk bisnes, kelihatan kurang serius jika dibandingkan dengan blogsaya.com. Tuan juga tidak ada control sepenuhnya terhadap blog tersebut. Tak boleh customize dan sebagainya. Ringkasnya, jika tuan betul-betul nak serius buat website, nak jadikan bisnes, nak senang rangking dalam google, nak dapat income sampingan pilihlah yang gunakan nama domain sendiri @ yang berbayar. Tuan boleh baca juga post ini: beza free dan berbayar

      Reply
  31. cahayapurnama says

    April 17, 2020 at 12:46 pm

    Cara dan panduan yang sangat bagus untuk yang baru dan lama,
    terima ilmu nya

    Reply
  32. yana says

    June 12, 2020 at 10:42 pm

    hye asslam nak jadi blogger kene apa apa bayaran dan undang2 ke? .

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 13, 2020 at 10:23 am

      Salam sejahtera, setakat ini setahu saya belum ada bayaran yang perlu dijelaskan untuk menjadi blogger. Cuma kena keluarkan belanja untuk buat blog sahaja. Berkenaan dengan undang-undang pula, selagi blog itu tidak digunakan untuk tujuan buruk saya pasti tak ada masalah. Satu yang saya nak mention, adalah terbaik jika kita daftarkan nama blog dalam lesen perniagaan. Contoh apply lesen guna nama blog kita. Ini adalah satu cara untuk melindungi nama blog kita daripada disalah guna oleh orang lain.

      Reply
  33. AHMAD MUSTAPHA BIN AHMAD says

    June 21, 2020 at 7:16 pm

    Terima kasih atas perkongsian. Jelas dan mudah faham.
    Saya tiada pengalaman dalam bidang ini. Baru nak mencuba.
    Nak tanya
    1. c panel tu apa?
    2. Saya baca komen, tuan cakap nak tulis ebook. Apa perkembangan?
    3. Tak buat personal coaching ke?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 23, 2020 at 6:54 pm

      Sama-sama tuan. Terima kasih juga.

      1. cPanel tu adalah grapic user interface yang boleh kita gunakan untuk menguruskan server dan juga domain. Dari cPanel kita boleh install WordPress (dan juga cms lain), boleh akses fail yang kita simpan dekat server untuk tujuan edit, backup dan sebagainya.
      2. eBook masih dalam progress tuan. Kalau banyak permintaan saya akan percepatkan..minta maaf tuan. Tuan silakan subscribe untuk sentiasa mendapat update semasa.
      3. Setakat ini saya tak buat personal coaching tuan, masih sedikit sibuk mengurus blog sendiri dan buat blog/website untuk rakan blogger yang berminat.

      Reply
  34. iqa says

    June 23, 2020 at 5:14 pm

    Salam. Nak tanya, sy berminat nak buat blog tapi risau akan ada kekangan masa. Boleh x sy nak bermula dgn blog yg free dulu. kemudian baru upgrade? mcm mna nak buat blog yg free?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 23, 2020 at 6:48 pm

      Hai, salam sejahtera. Boleh, tak ada masalah. Kalau nak cuba yang free boleh rujuk yang ini: Cara Buat Blog Percuma WordPress Edisi 2020. Nanti kalau dah bersedia nak buat blog kepunyaan sendiri just export isinya ke blog baru tersebut. Tapi cadangan saya, buat sahaja blog milik sendiri ini, sebab lagi lama nama domain lagi baik.

      Reply
  35. Ismail says

    July 13, 2020 at 2:07 am

    Terima kasih atas perkongsian..
    Cuma saya nak tanya, apa yang di kongsi dlm artikel ni utk buat blog WordPress ‘.org’ kan?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 13, 2020 at 2:54 am

      Sama-sama. Ya, apa yang dikongsi dalam post ini merujuk kepada perisian wordpress original daripada wordpress.org.

      Reply
  36. izahayu says

    August 8, 2020 at 11:20 am

    terima kasih tuan saya suka membaca blog tuan
    bahasa yang mudah difahami
    tapi saya yang newbie masih belajar dan kurang faham beberapa perkara

    ssl tu untuk apa ya tuan

    lepas saya buat domain dan hosting bila saya taip keluar mcmni

    This site can’t be reachedwww.infocantiksihat.com’s server IP address could not be found.
    Try running Windows Network Diagnostics.
    DNS_PROBE_FINISHED_NXDOMAIN

    status domain daftar di namechip tulis dah active

    harap dapat membantu

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 10, 2020 at 12:17 am

      Hai, sama-sama.. Masih tak selesai ya masalahnya?

      Reply
    • B.L. Joseph says

      August 10, 2020 at 12:24 am

      Besar kemungkinan kena set DNS nya sahaja.. Saudari beli domain dan hosting dari tempat yang berbeza?

      Reply
  37. Laila says

    August 19, 2020 at 2:21 am

    Salam sejahtera. Apa bezanya upah org buatkan website dengan buat sendiri seperti yang tuan kongsikan ? Ada yang menelan kos sehingga 4k.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 20, 2020 at 1:56 am

      Salam sejahtera. Bezanya adalah sistem yang digunakan oleh website developer tersebut (dan juga kepakarannya). Yang harga sampai 4k tu adalah website yang dibuat khas untuk laman itu sahaja (custom made). Contohnya laman web online shopping seperti Lazada ataupun laman web yang menyimpan data sulit. Yang ini memang harga ribu-ribu. Kalau nak buat laman peribadi, blog, laman untuk showcase syarikat, guna cara yang saya kongsikan dekat atas ini.

      Reply
  38. hana says

    August 27, 2020 at 12:37 am

    eem…assalamualaikum..terima kasih kerana sudi berkongsi….tibe2 sye rasa berminat untuk buat blog…tetapi saya tkut nak buat dan tak tahu untuk pilih ache tu

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 8, 2020 at 9:01 pm

      Salam sejahtera. Terima kasih soalan bernasnya. Pemilihan niche yang baik mempengaruhi kejayaan blog kita dalam masa panjang. Pertama, saudari cuba senaraikan topik-topik yang saudari minat. Bila dah ada senarai, kita tengok ada tak orang minat benda yang sama. Seterusnya, apa cara yang kita boleh lakukan untuk monetize topik tersebut. Dan akhirnya kita akan tampil dengan satu topik (niche) yang terbaik…

      Reply
  39. Hafiz Azman says

    October 4, 2020 at 6:24 pm

    Terbaik tuan. Saya pun baru berjinak-jinak buat blog. Teruskan sharing. 🙂

    Reply
  40. Kantin sekolah says

    October 16, 2020 at 10:54 am

    Untuk blogspot boleh tak?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 25, 2020 at 9:58 pm

      Post ini dibuat berdasarkan platform wordpress. Untuk blogspot kita boleh gunakan konsep yang sama, cuma cara buat dan setting berbeza…

      Reply
  41. Zaim Rosli says

    November 16, 2020 at 12:52 pm

    saya ikut step by step daripada awal smpi habis . ada yang jadi ada yang tak jadi . tapi apa pun info yang sangat berguna utk newbie mcm saya . terima kasih tuan atas posting yg sangat bermafaat . sgt hargai kalau ada support group / e book dll yang boleh dijadikan sumber rujukan dan pertanyaan sekiranya ada masalah di kemudian hari .

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 25, 2020 at 3:45 pm

      Terima kasih tuan. Gembira dapat membantu. ebook dalam proses pembuatan dan mungkin akan keluar dalam masa terdekat, jangan lupa subscribe ya tuan. Boleh saya tau tak bahagian mana yang tak jadi tu?

      Reply
  42. Hadfina says

    December 3, 2020 at 8:54 am

    Slm tuan nk tanya:
    1) sy beli domain and hosting kat syokhost.com, then dlm akaun yg sama sy beli lagi satu domain, jadi 2 domain dlm satu acc,mcm mana sy nk asingkan domain kedua tadi kpd acc yg baru, nk asingkan

    2) sy baru brjinak dlm blog ni, mcm mana sy nk buat affiliate dgn blog sy, nk jana income, perlu daftar google ads ke?

    Tuan tak nk buat group telegram ke ?‍♀️?‍♀️?‍♀️?‍♀️

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 4, 2020 at 8:04 pm

      Salam sejahtera:

      1. Sepatutnya tak jadi masalah ada 2 domain dalam akaun yang sama (akaun dengan syokhost.com), sebab domain tu akan terikat dengan hostingnya tersendiri. Kalau kita nak asingkan juga, maksudnya nak buat satu lagi akaun dengan syokhost.com then kena bagitau mereka untuk pindahkan domain tersebut ke akaun baru.. ataupun cara lain domain tu kita setkan nameservernya..harap ini menjawab soalan.

      2. saya cadangkan kita siapkan dahulu lengkap2 blognya. Kemudian boleh cuba apply affiliate dengan mana-mana affiliate pilihan… Untuk Google adsense paling baik cuba memohon bila blog dah ada lebih 20 post berkualiti agar lebih mudah lulus..

      Setakat ini saya tak buat group telegram..minta maaf banyak-banyak..saya akan cuba untuk sentiasa update info dan tips terbaru dalam http://www.ithmm.com ini..

      Reply
  43. YusRa says

    December 3, 2020 at 10:06 pm

    Terime kasih banyak share ilmu, alhamdulillah saye berjaye buat website https://www.yusra.com.my ikut domain yang saye nak.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 4, 2020 at 7:55 pm

      Sama-sama..gembira dapat membantu…semoga maju jaya.

      Reply
  44. zulaikah says

    February 18, 2021 at 4:50 pm

    good evening,
    1.saya ingin bertanya jika kita telah beli hosting dan domain dgn satu provider, adakah mrk sepatutnya berikan plugin SEO bersekali atau ianya ditambah atas permintaan.
    2. Adakah kita mempunyai full authority untuk buat perubahan pada website kita spt menambah page atau tukar layout? saya tidak dapat info dari penyedia servis itu malah katanya perlu dibayar untuk semua perubahan yang dibuat?
    3. Apakah maksud akaun editor ?
    terima kasih atas pencerahan yang akan diberikan. sangat berminat untuk wujudkan sendiri. kini hya uruskan website tempat bekerja. newbie dlm IT dan sedang belajar.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 19, 2021 at 7:35 am

      Salam sejahtera, berikut jawapan yang mampu saya berikan untuk soalan saudari:

      1. Pembekal untuk hosting dan domain hanya membekalkan hosting dan domain. Melainkan mereka menyatakan dalam servis mereka terdapat lain-lain perkara yang ditawarkan. Plugin SEO selalunya atas tanggungjawab pemilik laman web atau orang yang menguruskan laman web tersebut.
      2. Kita mempunyai full authority ke atas website yang kita buat. Boleh tambah page, ubah layout dan sebagainya. Kerana seperti yang saya nyatakan diatas, penyedia servis tiada kena mengena dengan website yang kita buat. Mereka hanya menjual domain, dan menjual hosting (tempat kita letak laman web). Segala pengurusan tentang website adalah atas tanggungjawab kita sendiri. Jika penyedia servis mengatakan perlu dibayar untuk perubahan, ini bermakna penyedia servis tersebut atau servis yang saudari ambil sebenarnya bukan pembekal domain dan hosting, tapi mungkin penyedia servis buat dan manage laman web.
      3. Saya tidak pasti tentang istilah akaun editor ini. Boleh saudari nyatakan dari mana, apa nama syarikat, provider yang dimaksudkan sini? Jika saudari laman yang saudari maksudkan adalah laman yang saya lihat masih lagi dalam proses kemaskini, saudari hanya perlukan login administrator untuk masuk dan edit laman ini.
      Reply
  45. YusRa says

    June 11, 2021 at 12:37 pm

    Website lama, saya sendiri install plugin theme pagelayer tapi tiba2 diganti website baru yang diberi seting theme sitepad. Sedangkan saya tak ada install plugin sitepad tu jadi bagaimana saya nak dapatkan balik website lama yang sudah ada banyak content? Plugin theme percume apa yang terbaik digunakan? Terime kasih http://www.ithmm.com ?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 20, 2021 at 4:44 pm

      Kalau kita tidak remove content dalam server, sepatutnya masih ada dekat dalam. Kita boleh cuba uninstall plugin tersebut. Kita boleh juga cuba masuk ke dalam server untuk lihat fail-fail dekat dalam… Berkenaan dengan plugin, saya cadangkan kita tidak perlu install plugin untuk buat theme.. kita cuba cari theme yang sesuai sahaja dan gunakan yang itu.

      Reply
  46. Adlan says

    June 29, 2021 at 6:43 am

    Salam,

    Maaf menganggu. Saya terlepas 1 step iaitu terlupa letak http://www..
    semua sudah siap. Adakah boleh tambah semula untuk www itu?
    Mohon penjelasan

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 1, 2021 at 1:01 am

      Salam sejahtera, ada 2 cara: pertama sekali, jika kita baru sahaja install mungkin belum ada content, mungkn lagi baik install semula wordpress. Kedua, jika sudah ada content, terdapat proses yang perlu kita ikuti – Tukar url wordpress caranya pergi ke menu setting > general dan ubah bahagian wordpress url mengikut kemahuan kita. Kemudian kena ubah htaccess untuk bagi redirect mana-mana trafik ke struktur pilihan tadi. Selanjutnya, jika suda ada content dan dalam content tersebut terdapat internal link yang menggunakan url lama, kena masuk dan ubah satu persatu, ataupun ubah menggunakan aplikasi. Cadangan saya jika masih baru sahaja install, baik instal semula sahaja…

      Reply
  47. azharul adha says

    July 21, 2021 at 3:54 pm

    salam..ada spesifik requirement tak untuk buat blog ni..maksudnya dari segi hardware..RAM, harddisk, dan lain-lain?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 27, 2021 at 5:44 pm

      Salam sejahtera. requirement spesifik tak ada. Saya rasa semua spec komputer/laptop yang dijual pada masa kini boleh digunakan. Melainkan kita nak hosting blog tersebut sendiri. Mungkin lagi baik jika ram tinggi, mudah untuk kita buka banyak tab browser.

      Reply
  48. Aimi says

    August 6, 2021 at 3:29 pm

    Salam kalau dh buat wordpress bleh ke nk register domins di namecheap?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 8, 2021 at 7:50 pm

      Kalau kita gunakan servis percuma wordpress (yang mana domainnya berakhir dengan dot wordpress dot com), sepatutnya boleh. Pertama sekali, kita kena pastikan domain yang kita nak register belum diambil orang, kemudian kita beli domain serta hosting dekat namecheap. Selepas itu, kita boleh export wordpress masuk ke dalam blog baru tersebut.

      Reply
  49. yunie says

    October 19, 2021 at 5:24 pm

    siteground dah discontinued service dekat malaysia. sedih rasa, baru nak berjinak dengan blog . huhu

    Reply
  50. Jannah Rahman says

    November 13, 2021 at 10:01 pm

    Salam!

    Terima kasih untuk info yang bagi saya sangat mudah untuk difahami.

    Saya sangat minat menulis dan pernah menulis artikel secara sambilan sebelum ni.

    Baru2 ni saya terpanggil untuk menulis di blog sendiri. In Shaa Allah saya akan manfaatkan ilmu yang dikongsi ni.

    Saya akan tinggalkan komen sekiranya berjaya buat buat blog sendiri nanti ?

    Terima kasih, semoga dimurahkan rezeki!

    Reply
  51. hwanurr says

    December 18, 2021 at 1:26 pm

    salam. boleh bagi sedikit komen tentang hostinger? saya dah baca namecheap juga.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved