Jangan panik jika mendapat notifikasi seperti ini.
Dalam post ini kita akan lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ‘401 unauthorized proper authorization is required to access this resource‘.
Yang mana menyebabkan anda tidak dapat login masuk kedalam wp-admin blog.
Kenapa ia berlaku?
Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab dan antara penyebab utama adalah: plugins, htaccess dan juga sistem keselamatan server untuk blog anda.
Untuk menyelesaikan masalah ini kita boleh cuba lakukan dua cara ini:
- Deactivate kesemua plugins yang berkaitan
- Purge atau disable apa-apa cache yang anda gunakan
- Resetkan isi kandungan htaccess kepada default
Mari kita lihat satu persatu:
Deactivate kesemua plugins yang berkaitan
Adakah masalah ini timbul selepas anda update atau install plugin tertentu?
Jika ya, kita kena deactivate plugin tersebut. Mungkin plugin tersebut menjadi punca kepada masalah diatas.
Biasanya jika kita nak deactivate plugin kena masuk ke dalam ‘wp-admin’. Tetapi dalam kes ini ‘wp-admin’ tidak dapat akses langsung.
Caranya adalah akses melalui cPanel.
Login masuk kedalam cPanel blog anda. Sama ada melalui url dengan menggunakan username dan password atau melalui link yang disediakan dalam akaun hosting anda.
Dalam paparan cPanel, pergi ke bahagian File manager.
Dalam Paparan File Manage cari folder plugins yang terletak didalam: public_html > wp-content
Dalam folder plugins, cari plugin yang berkenaan, yang menjadi suspek’, kemudian rename kepada ‘nama-plugin.deactivate’ atau apa-apa nama yang berbeza dari nama asal folder plugin tersebut.
Kemudian cuba semula login menggunakan url login iaitu ‘wp-login.php’.
Jika anda tidak pasti mana satu plugin yang memberikan masalah, anda boleh deactivate kesemua plugin dengan cara rename folder ‘plugins’ kepada ‘plugins.deactivate’ atau apa-apa nama pilihan yang berbeza dari nama asal folder tersebut.
Purge atau disable apa-apa cache yang anda gunakan
Masalah ini juga kemungkinan disebabkan oleh plugins cache atau apa-apa cara cache lain yang anda gunakan untuk blog anda.
Jika anda gunakan apa-apa plugins cache, deactivate plugin tersebut menggunakan cara diatas.
Jika anda menggunakan servis cache external seperti cloudflare, disablekan dahulu servis tersebut.
Resetkan isi kandungan htaccess kepada default
Jika masalah ini masih juga tidak dapat diselesaikan dengan cara deactivate plugin, kita cuba cara resetkan semula kandungan fail htaccess wordpress kepada yang asal.
Akses cPanel anda, kemudian pergi ke bahagian File Manager.
File htaccess terletak di dalam folder public_html.
Jika file tersebut tidak kelihatan, kemungkinan option untuk ‘show hidden files’ dalam file manager anda belum diaktifkan.
Untuk aktifkan option ‘show hidden file’ ini, klik pada ikon setting pada bahagian penjuru atas kanan paparan file manager, kemudian tik pada kotak pilihan ‘show hidden file’
Seterusnya, rename file htaccess kepada ‘htaccess_old’. Jangan delete. Kita jadikan file ini sebagai backup atau rujukan sekiranya terjadi masalah lain.
Selepas itu, create file baru dan namakan file tersebut sebagai .htaccess
(jangan lupa tanda titik atau dot didepan htaccess)
Right-klik file yang baru anda buat tadi, kemudian pilih ‘edit’.
Copy paste kod berikut:
# BEGIN WordPress RewriteEngine On RewriteRule .\* - \[E=HTTP\_AUTHORIZATION:%{HTTP:Authorization}\] RewriteBase / RewriteRule ^index\\.php$ - \[L\] RewriteCond %{REQUEST\_FILENAME} !-f RewriteCond %{REQUEST\_FILENAME} !-d RewriteRule . /index.php \[L\] # END WordPress
Sebagai rujukan, kod diatas adalah kod asas, asal atau default untuk htaccess wordpress. Anda boleh rujuk sumber dari laman rasminya disini: https://developer.wordpress.org/advanced-administration/server/web-server/httpd/.
Save fail htaccess anda, kemudian cuba login semua ke wp-admin melalui wp-login.php.
Jika cubaan untuk login masih juga mempamerkan laman ‘401 unauthorized proper authorization is required to access this resource’, kemungkinan besar masalah ini disebabkan oleh sistem keselamatan hosting untuk blog anda.
Hubungi customer servis untuk hosting blog
Sistem keselamatan ini dilaksanakan untuk mengelakkan cubaan untuk menggondam masuk ke server blog anda.
Kadang-kadang masalah ini diaktifkan oleh sistem keselamatan sendiri – mungkin disebabkan terdapat keganjilan pada cara anda login ke ‘wp-admin’ contohnya, login menggunakan vpn, login dari dua lokasi berbeza dan sebagainya.
Malangnya jika melibatkan sistem keselamatan hosting anda perlu hubungi bahagian customer servis atau bahagian sokongan teknikal daripada syarikat penyedia hosting anda.
Nyatakan masalah pada mereka dan mereka pasti dapat selesaikan. Cuma mungkin akan mengambil masa.
Semoga panduan ini dapat menyelesaikan masalah 401 anda.
Leave a Reply