• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / October 30, 2021

/ Blogging Tips

Bagaimana Cara Upload Video di WordPress?

cara upload video di wordpress

Pilihan cara untuk kita masukkan video di dalam blog.

Dalam post ini kita akan lihat bagaimana cara untuk upload video di WordPress.

(atau muatnaik video di WordPress)

Dan juga maklumat berkaitan yang perlu kita ketahui.

Antara topik yang dibincangkan adalah:

  • Jenis fail video yang boleh diupload
  • Kelebihan & keburukan guna video dalam wordpress
  • Pilihan cara upload video di WordPress

Disertakan dengan rujukan gambar dan pejelasan yang mudah difahami.

Teruskan membaca.

Jenis fail video yang boleh diupload

Tidak semua jenis fail video boleh dimuat naik ke dalam wordpress.

Antara jenis fail video yang dibenarkan adalah:

  • .mp4, .m4v (MPEG-4)
  • .mov (QuickTime)
  • .wmv (Windows Media Video)
  • .avi
  • .mpg
  • .ogv (Ogg)
  • .3gp (3GPP)
  • .3g2 (3GPP2)

*Rujukan: Accepted file type wordpress: video

Fail selain jenis ini tidak diterima atas pelbagai sebab – salah satunya berkenaan dengan keselamatan.

Tapi jangan bimbang, kebarangkalian untuk jenis fail video pelik digunakan adalah amat jarang.

Kelebihan & keburukan guna video

Apakah kelebihan dan keburukan jika kita paparkan media video dalam blog?

Kelebihan: Video berpotensi untuk meningkatkan masa pelawat berada di laman kita.

Ia adalah boost besar untuk ranking kita dalam search engine.

Keburukan: Video mungkin menyebabkan blog kita menjadi lambat untuk loading.

Saiz video ini selalunya besar, lebih daripada 1MB.

Jika kena pada internet pengguna yang lambat mungkin tak load langsung.

Lebih-lebih lagi jika kita gunakan shared hosting dengan lokasi server yang jauh daripada pembaca.

Ini memberikan kesan negatif juga pada ranking blog.

Tapi jangan bimbang, ada penyelesaianya. Kita akan bincangkan sekali dalam bahagian pilihan cara upload video dibawah.

Pilihan cara upload video di WordPress

Terdapat 2 cara paling mudah bagaimana kita nak upload atau masukkan video dalam blog:

  1. Add media dalam libary
  2. Masukkan media guna url

Kita lihat satu persatu.

1 Add media dalam library

Untuk cara ini fail video tersebut mestilah ada di simpanan kita / dalam komputer.

#Untuk WordPress dengan block editor

Jika anda gunakan wordpress dengan block editor caranya:

  • Dalam post editor jenis block, klik pada simbol ‘+‘klik pada simbol add block
  • Cari dan pilih block ‘video‘. Kalau tak jumpa, klik pada pilihan ‘browse all’block video
  • Klik pada butang ‘upload‘, cari video yang anda simpan dan upload butang upload untuk video
  • Siap upload video anda akan terpapar dalam post editorvideo dalam post

#Untuk WordPress dengan classic editor

Jika anda menggunakan wordpress dengan classic editor, caranya:

  • Dalam post editor, klik pada butang ‘Add Mediabutang add media classic editor‘
  • Dalam paparan add media, klik pada tab ‘upload file‘classic editor upload file tab
  • Klik pada butang ‘Select files’, cari video yang anda simpan dan klik pada butang ‘insert to post’classic editor upload file
  • Siap upload video anda akan terpapar dalam post editorpaparan video dalam wordpress classic editor

Cara ini mudah dan boleh dilakukan terus dengan cepat.

Akan tetapi, seperti yang saya nyatakan dalam bahagian sebelumnya, cara ini mungkin akan menyebabkan blog kita menjadi lambat.

Kerana saiz video selalunya besar.

Tambahan lagi jika kita menggunakan servis shared hosting, yang mana akan berkongsi bersama dengan orang lain dalam satu server.

Jika terkena waktu load trafik yang tinggi, video kita mungkin tak dapat load langsung, tak nampak langsung.

Salah satu mengatasi masalah ini adalah dengan menempatkan video kita di tempat lain.

Caranya seperti berikut:

2 Masukkan media guna url

Idea cara ini adalah, kita simpan video kita ditempat lain, yang mana juga boleh diakses melalui internet, kemudian gunakan url video tersebut dalam blog kita.

Dengan syarat, tempat tersebut mestilah laju loadingnya.

Salah satu tempat yang terbaik adalah Youtube.

Youtube tidak dapat dinafikan kelajuannya.

Tambahan lagi, kita tidak perlu risau berkenaan ruang penyimpanan.

Kita boleh simpan seberapa banyak dan seberapa besar saiz video di youtube tanpa perlu risau ruang peyimpanan akan habis.

Dan semuanya percuma.

Memang cara ini agak banyak sedikit prosedurnya, tetapi berbaloi. Saya cadangkan jika anda nak guna video dalam blog, gunakan cara ini.

Pertama sekali anda kena buat channel youtube.

Anda boleh rujuk post ini sebagai panduan: Cara buat channel youtube.

Siap buat channel, upload kesemua video yang anda nak gunakan dalam youtube.

Siap upload dekat youtube, video tersebut kini boleh digunakan dalam blog anda.

Untuk masukkan video tersebut dalam blog, kita hanya perlu copy url video berkenaan dan letakkan dibahagian yang kita nak dia muncul.

copy url youtube
Copy url youtube yang kita nak masukkan dalam blog.
Paste url youtube dalam blog
Paste / letak url youtube dalam blog dan ia akan secara automatik bertukar menjadi paparan video.

Selain itu, jika kita menggunakan cara ini kita mungkin berpeluang membuka pintu pendapatan baru dalam arena youtuber.

Antara kedua cara yang dinyatakan diatas, saya cadangkan kita guna cara yang kedua.

Kecuali saiz video yang kita nak pakai itu kecil, kurang daripada 1MB.

Semoga post bagaimana cara upload video di wordpress ini bermanfaat pada semua.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Shopee?
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog
  • Cara Buat Butang Link untuk Website

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved