Cara Membuat Email dengan Domain Sendiri (Updated 2019)

cara membuat email dengan domain sendiri

Belajar cara membuat email dengan domain sendiri. Rujukan gambar disertakan.

Anda sudah mempunyai laman web @ blog sendiri.

Untuk kelihatan lebih profesional dan lebih dipercayai anda perlu memiliki email yang berakhir dengan nama domain anda.

Contohnya, bljoseph@ithmm.com atau matpro@ithmm.com

Post ini dibuat khas langkah demi langkah untuk panduan anda dalam proses membuat email dengan domain sendiri.

Sebagai tambahan, disertakan juga:

  • Cara lihat email guna aplikasi webmail yang tersedia dalam cPanel
  • Cara setting dan guna email di handphone
  • Cara mudah guna email di laptop @ PC

Teruskan membaca!

Langkah-langkah membuat email dengan domain sendiri

Jika terdapat sebarang persoalan sila nyatakan dalam ruangan komen akhir post ini. Kami sedia membantu anda.

Langkah 1 Akses cPanel

Anda boleh akses cPanel melalui:

  • Akaun anda dengan syarikat hosting
  • Dengan menambah ‘/cpanel’ pada bahagian akhir domain anda

Contohnya untuk namecheap (saya guna servis namecheap) anda boleh akses cPanel melalui pautan ‘Go to cPanel‘ pada bahagian dashboard:

pautan go to cPanel namecheap

Jika anda akses cPanel dengan cara menambah ‘/cpanel’ pada akhir domain anda (contohnya, ‘www.ithmm.com/cpanel’) anda perlu mengisi butir-butir untuk login – username dan password.

(Butir-butir username & password untuk cPanel selalunya dikirimkan ke email yang anda gunakan untuk membeli hosting dulu)

Paparan cPanel kelihatan seperti ini:

paparan cpanel 2019

Langkah 2 Akses bahagian ‘EMAIL’

Dalam cPanel, skrol ke bawah dan cari bahagian ‘EMAIL’.

bahagian email di cpanel

Langkah 3 Klik pilihan ‘Email Accounts’

pilihan email account cpanel

Pilihan tersebut sepatutnya terletak pada bahagian paling atas.

Selepas klik, paparan berikut akan muncul:

paparan list email account

Langkah 4 Klik butang ‘ +CREATE’

klik butang create

Paparan seperti berikut akan muncul:

paparan create an email account

Langkah 5 Isikan maklumat untuk email baru

Bahagian yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:

Username. Masukkan pilihan nama untuk email baru yang hendak dibuat.

Security. Pilih ‘Set password now’.

Password. Masukkan password pilihan anda

Storage Space. Anda boleh tentukan berapa banyak ruangan penyimpanan untuk email tersebut.

Jika anda buat email untuk orang lain, mungkin boleh tentukan saiz storage, contohnya 250mb…

Jika anda buat email untuk admin atau diri sendiri pilih sahaja ‘Unlimited’.

Berikut merupakan contoh bahagian yang sudah siap di isi:

create new email filled

Siap isi semua bahagian yang diperlukan klik pada buatang ‘+CREATE‘ yang terletak pada ruangan bawah borang.

Email anda sudah siap dan sedia digunakan.

Email baru anda akan tertera dalam ruangan ‘List Email Accounts’ seperti berikut:

email baru dalam senarai

*bahagian di atas boleh diakses dengan cara cPanel: EMAIL > Email Accounts

Topik seterusnya:

Bagaimana cara guna email ini?

Bagaimana cara nak baca email atau hantar email guna email yang baru dibuat ni?

Anda boleh gunakan antara 3 cara tersebut:

  • Guna aplikasi webmail yang tersedia dalam cPanel
  • Guna apps untuk lihat, buat dan hantar email dalam handphone
  • Guna Thunderbird. Agar anda dapat guna email lebih cepat di PC @ laptop

Kita cuba lihat satu persatu cara di atas.

Guna Aplikasi Webmail dalam cPanel

Ini merupakan cara paling senang tapi agak melecehkan prosesnya.

Masuk ke dalam cPanel: EMAIL > Email Accounts untuk pergi ke paparan seperti berikut:

paparan list email dalam cPanel

Seterusnya klik pada butang ‘CHECK EMAIL‘.

butang check email

Paparan berikut akan muncul:

Klik (untuk pilih) mana-mana aplikasi webmail untuk guna email anda.

Contonhya saya klik pada ‘Horde’ webmail, paparan untuk anda menggunakan (baca, buat, hantar email) email adalah seperti berikut:

paparan webmail horde

Guna cara ini sebenarnya tak ada masalah, cuma saya rasa agak melecehkan kerana perlu masuk ke dalam cPanel untuk sekadar lihat atau send email.

Untuk lebih mudah, kita boleh lihat guna email ini melalui handphone. Caranya seperti berikut:

Guna apps untuk lihat email dalam handphone

Pertama, anda perlukan aplikasi email yang sesuai dan selamat untuk handphone.

Kedua, anda perlu tetapkan settingnya agar aplikasi tersebut boleh akses server email anda untuk membuat perkara seperti baca, buat dan hantar email.

Apa aplikasi email terbaik boleh anda gunakan?

Saya gunakan BlueMail. Senang digunakan dan selamat.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di:

Teruskan untuk install Bluemail untuk jenis handphone anda.

Siap install buka aplikasi Bluemail tersebut.

Pada paparan pertama, pilih ‘ADD OTHER ACCOUNT‘.

bluemail add another account

Dalam paparan yang seterusnya pilih ‘Other Email‘.

other email

Paparan seterusnya akan meminta anda untuk memasukkan ‘Email address’ dan juga ‘password’ untuk email anda.

masukkan email dan password

Pastikan anda TIDAK tik pada pilihan ‘automatic’.

Seterusnya pilihan seperti berikut akan muncul:

imap exchange pop3 bluemail

Pilih IMAP.

Seterusnya anda diminta untuk melengkapkan bahagian ‘Incoming server settings‘.

incoming server setting bluemail

Maklumat tersebut anda boleh perolehi daripada bahagian Email dalam cPanel anda.

Pergi ke cPanel: EMAIL > Email Accounts

Dalam bahagian email yang hendak anda gunakan, klik pada butang ‘CONNECT DEVICES‘.

butang connect devices

Paparan set up mail client untuk email anda akan muncul.

Skrol ke bawah untuk pergi ke bahagian ‘Mail Client Manual Settings‘:

mail client manual settings

Gunakan maklumat pada bahagian ‘Secure SSL/TLS settings’ untuk mengisi setting bluemail di handphone anda.

mail tls ssl setting

Lihat balik ruangan setting ‘Incoming server settings’ Bluemail pada handphone anda:

incoming server setting bluemail

Maklumat yang perlu di isi dalam bluemail adalah:

  • IMAP server – Dapatkan dari bahagian seperti berikut:
  • incoming imap server setting

  • Security – Pilih SSL/TLS sahaja.
  • Authentication – PLAIN
  • Port – Dapatkan no port daripada ruangan seperti berikut:
  • incoming imap port setting

Setelah siap klik pada butang ‘NEXT’.

Bluemail akan mengambil waktu seketika untuk memeriksa setting yang anda berikan tadi.

Seterusnya jika setting incoming tidak ada masalah, paparan untuk setting outgoing server setting pula kan muncul.

outgoing server settings

Maklumat yang perlu disini dalam bahagian ‘Outgoing server settings’ ini adalah seperti berikut:

  • SMTP server – Dapatkan setting daripada ruangan ini:
  • outgoing smtp server

  • Security – Pilih ‘SSL/TLS‘ sahaja
  • Port – Dapatkan no port daripada bahagian seperti ini:
  • outgoing port

  • Require sign-in – tandakan tik
  • Authentication – Pilih ‘AUTOMATIC
  • Username & Password – Untuk email anda

Setelah siap setting, klik pada butang ‘NEXT‘.

Paparan berikut akan muncul. Masukkan detail pilihan anda:

bluemail name & description

Untuk paparan seterusnya klik pada butang ‘Done‘.

Dengan ini anda boleh menggunakan email tersebut daripada handphone untuk tujuan seperti baca, buat dan hantar email.

Cara mudah guna email domain di laptop @ PC

Sebagai pemilik blog @ laman web, anda tentu akan kerap menggunakan PC atau laptop.

Anda mungkin mahu mengetahui cara mudah untuk akses email domain anda tanpa perlu masuk terlebih dahulu ke dalam cPanel.

Berita baiknya anda boleh gunakan perisian seperti Thunderbird untuk tujuan tersebut.

Nota: Thunderbird adalah cabang Modzilla (jika anda kenal modzilla firefox), diuruskan oleh komuniti bebas. Dalam erti lain kata, tidak ada syarikat berkepentingan yang memegang Thunderbird.

Sebelum itu, download dulu Thunderbird.

Siap download teruskan untuk install Thunderbird dalam laptop atau PC anda.

Siap install teruskan untuk start Thunderbird tersebut. Paparan pertama yang anda jumpa adalah seperti berikut:

set up existing account

Masukkkan:

  • Nama anda – Nama ini akan kelihatan pada penerima email anda
  • Email – Alamat email anda yang anda buat menggunakan domain anda
  • Password – Password untuk email anda

Klik continue untuk meneruskan.

Sepatutnya thunderbird akan secara automatiknya mengesan server email anda dan settingnya.

Klik ‘Done’ untuk meneruskan dan anda boleh menggunakan email anda seperti biasa.

Paparan Thunderbird kelihatan seperti ini:

paparan thunderbird

Maka dengan ini anda siap buat email dengan domain sendiri dan tahu bagaimana cara untuk guna email tersebut melalui beberapa cara untuk kesenangan anda.

Kongsikan post ini jika bermanfaat!

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! 👇

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *