• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / July 25, 2018

/ Pemasaran Affiliate

6 Cara Buat Affiliate tanpa Website

affiliate tanpa website

Cara melakukan Affiliate Marketing tanpa menggunakan website Atau Blog. Pilih salah satu atau buat kesemuanya sekali.

Mahu buat affiliate tanpa website? Siapa kata tidak boleh? Ada caranya…

Tidak dinafikan laman web @ blog merupakan cara yang terbaik untuk menjalankan bisnes affiliate.

Anda tetap memerlukannya jika mahu ber-affiliate dalam jangka masa panjang.

Namun begitu tidak semestinya anda mesti memiliki laman web untuk memulakan affilate program.

Sementara berfikir-fikir @ menunggu laman web/blog anda siap anda boleh guna beberapa cara ini untuk mula buat affiliate tanpa website.

1 Affiliate Guna Facebook

affiliate di facebook

Buat post ringkas dalam facebook anda dan sertakan link affiliate.

Mudah bukan?

Anda boleh pilih untuk guna akaun Facebook peribadi anda, buat Facebook fan page atau group.

Jika memang aktif dalam facebook dan mempunyai ramai ‘Facebook friends’ dan ditambah lagi setiap kali anda buat post pasti banyak komen @ like inilah masanya anda menggunakan ‘kelebihan’ itu.

Tapi ingat, jangan terus post link affiliate sahaja…

Sertakan sedikit inspirasi dalam post anda. Sertakan post @ panduan ringkas terlebih dahulu kemudian akhiri dengan link affiliate anda.

Contoh seperti gambar diatas…

Dengan ini post anda akan lebih berkesan.

Sedikit tips:

  • Mulakan post anda dengan sedikit inspirasi, panduan, cerita…
  • Sertakan gambar
  • Pendekkan link affiliate menggunakan aplikasi seperti bitly (percuma)
  • Buang preview website jika ia muncul sewaktu anda memasukkan link affiliate
  • Dan yang paling penting pastikan post anda nampak ‘natural’…

2 Affiliate Guna Instagram

affiliate di instagram

Sama seperti Facebook. Post gambar yang menarik berkaitan dengan program affiliate anda dan sertakan link affiliate anda.

Dan sudah semestinya, pastikan tidak terdapat unsur paksaan yang ketara pada post anda.

Sedikit berita tidak baik, link dalam post Instagram tidak dapat diklik seperti dalam Facebook.

Oleh itu kena letakkan link dalam [email protected] anda.

Bagaimana cara nak buat?

Contohnya anda buat post seperti ini:

“Box Opening Honor 8X. Handphone yang buat Zizan mengelabah dekat youtube. Beli time Black Friday Lazada (http://bit.ly/LazBFNov18). Klik bio @usernameanda untuk dapatkan link.”

Apabila mereka klik dekat @usernameanda ia akan buka bahagian profile dan seterusnya memaparkan link anda disana.

Bagaimana cara letak link dalam bio?

Anda boleh buat seperti ini:

link dalam bio instagram

Caranya mudah sahaja:

edit profile instagram

  • Pergi ke bahagian profile anda dan klik butang Edit Profile.
  • Isikan link anda pada bahagian website.
  • Pada ruangan bio isikan infomasi yang berkaitan seperti contoh diatas.

Anda boleh pendekkan link yang terlalu panjang menggunakan aplikasi seperti bitly. Lihat panduan dalam bahagian info tambahan pada akhir post ini.

3 Affiliate Guna YouTube

Anda lebih suka mengambil video?

Atau kepakaran anda lebih kepada pembuatan video?

Jika ya mungkin anda boleh gunakan youtube untuk menjalankan bisnes affiliate anda.

Tapi kena ingat, YouTube bukan tempat untuk promosi diri…Tidak ada orang datang ke YouTube semata-mata untuk melihat video selfie anda (melainkan anda artis atau mempunyai kelebihan yang unik.

Fokus kepada menyelesaikan masalah. Masalah orang lain.

Cari topik yang popular di youtube (yang berkaitan dengan affiliate anda), buat video anda berkisarkan dengan tajuk tersebut dan letakkan link afiliate anda dalam video description.

Bagaimana nak cari topik popular?

Salah satu cara: Pergi dekat youtube.com taip dalam ruangan search contohnya: “Bagaimana cara mengatasi…”

Belum sempat habis taip pasti akan keluar cadangan-cadangan pencarian oleh youtube.

affiliate di youtube

Topik-topik yang muncul ini adalah topik yang sering dicari dalam youtube.

Beberapa tips panduan jika anda guna youtube untuk affiliate:

  • Utamakan manfaat yang anda boleh berikan dalam video anda. Pastikan video anda boleh membantu seseorang untuk menyelesaikan masalah mereka. Pasal keuntungan tu belakang kira.
  • Berikan panduan yang betul-betul berguna. Agar anda dipercayai dan mendapat ‘pelanggan tetap’.
  • Tunjukkan diri anda dalam video tersebut. Orang akan lebih percaya pada panduan yang anda berikan.

Selain daripada itu, anda boleh buat produk review. Bagi pandangan jujur anda terhadap sesuatu produk.

4 Affiliate Guna Forum

Sertai forum-forum yang popular, bergiat aktif dalam forum tersebut dan dengan secara halus sertakan link affiliate anda.

Nasihat saya, jangan mulakan topik sendiri dalam mana-mana forum. Lebih baik sertai topik yang sedia ada yang berkaitan dengan affiliate anda.

Satu lagi jangan terus letakkan link anda dalam mana-mana topik. Perkara ini sangat tidak disukai dan potensi tinggi untuk anda di ‘Ban’ daripada forum tersebut.

Yang terbaik adalah anda memberikan jawapan, memberi pandangan dan nasihat anda dan barulah letakkan link affiliate anda pada kedudukan yang sesuai.

Terdapat forum yang melarang pengguna untuk meletakkan link dalam ruangan komen @ post. Untuk perkara ini letakkan link affiliate anda dalam ruangan profile anda dalam forum tersebut.

Antara ruangan forum popular di Malaysia:

  • bm.cari.com.my
  • forum.lowyat.net
  • carigold.com

dan banyak lagi…cuba cari guna Google.

5 Affiliate Guna EBook

affiliate guna ebook

Pilih topik yang anda mahir dan berkaitan dengan program affiliate yang anda sertai, buat sehabis baik dan selitkan link affiliate anda.

Kemudian anda boleh beri kepada umum secara percuma atau jual dengan harga diskaun di portal jual beli seperti mudah.my atau lelong.com.my.

Anda boleh juga gunakan facebook anda untuk mengedar @ menjual ebook tersebut.

Pernah anda lihat orang post dekat facebook bagi ebook percuma? Inilah rahsiahnya kenapa mereka sanggup memberikan ebook yang hebat-hebat itu secara percuma…

Memang cara ini mengambil masa tetapi sangat berbaloi…

2 kali untung – Jual ebook dan link affiliate.

6 Affiliate pada Ruangan Komen Blog Post

Boleh juga cuba cara ini. Cuma risikonya mungkin komen anda tidak akan di ‘Approve’ oleh pemilik blog berkenaan. Namun tidak rugi untuk mencuba.

Cuba taipkan dekat google apa-apa topik yang berkenaan dengan program affiliate yang anda sertai.

Bila result search keluar, pilih mana-mana topik blog post dalam ruangan pertama sahaja.

Baca post tersebut agar anda faham topik yang dibincangkan.

Kemudian pada ruangan komen berilah apa-apa komen yang membina @ membantu daripada anda DAN selitkan link affiliate anda. Jangan terlalu ketara.

Lagi baik jika anda menjawab komen yang sudah sedia ada dalam post tersebut.

Info tambahan

Beberapa maklumat tambahan untuk panduan anda.

Aplikasi pemendek link

Berikut merupakan beberapa aplikasi percuma yang boleh anda gunakan untuk memendekkan link affiliate yang panjang:

  • Bitly URL
  • Tiny URL

Buat pelahan-lahan tetapi berterusan

Susah untuk anda nampak hasilnya dalam masa sehari-dua. Anda kena buat secara berterusan barulah nampak hasilnya.

Jangan penatkan diri anda untuk mencuba membuat segala yang diatas dalam masa seharian. Memang baik tetapi anda akan hilang momentum untuk hari-hari mendatang.

Lagi baik anda rancang untuk buat affiliate ni sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Contohnya sebulan 1 ebook anda keluarkan, kemudian 1 post sehari dalam facebook. Tunggu 3 bulan hasilnya pasti mengejutkan anda.

Anda masih perlukan Website

Jika anda baru sahaja bermula dalam dunia affiliate mungkin tidak jadi masalah. Tetapi dalam jangka masa anda bergiat tu anda pasti setuju dengan saya.

Pada akhirnya anda memerlukan laman web sebagai medium utama anda. Untuk membuat post sendiri. Untuk mendapatkan trafik percuma daripada Google Search…

Anda boleh perlahan-lahan belajar cara buat website sendiri.

Alternatif lain, laburkan sedikit pendapatan affiliate anda untuk mengupah orang lain yang lebih mahir untuk setup blog anda. Saya cadangkan anda ambil khidmat ini: Bina Website Budget RM490

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Faris Naqib says

    September 6, 2018 at 10:04 pm

    Sangat menarik untuk dicuba bagi mereka yang inginkan side income dan minat dengan bisnes online

    Reply
    • Mohd irwan Mohd said says

      December 8, 2018 at 7:54 pm

      Bermodal atau tidak bermodal.?

      Reply
  2. abd ghani says

    May 5, 2019 at 4:45 am

    Perkongsian sgt menarik dan bermanfaat.

    Reply
  3. Youthstoremy says

    October 29, 2019 at 11:25 pm

    Sy nk buat link insta

    Reply
  4. Suhaimi says

    December 25, 2022 at 10:40 am

    Terbaik n terimakasih atas perkongsian..mohon share info dlm ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved