• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / June 1, 2021

/ SEO & Trafik

Apa itu On Page SEO? Penerangan Lengkap

Apa itu On Page SEO

Fahami tentang Apa itu On Page SEO.

Dalam post ini kita cuba fahami apa itu on page SEO dan juga kepentingannya.

Antara topik yang dibawakan adalah:

  • Apa itu On Page SEO
  • Beza On Page SEO dan Off Page SEO
  • Kenapa On Page SEO penting

Dengan memahami apa itu on page SEO, anda akan sedar betapa pentingnya ia untuk perkembangan blog.

Dan seterusnya mewujudkan keutamaan dalam diri anda untuk belajar perkara ini secepat mungkin.

Apa itu On Page SEO?

On page SEO adalah formula atau cara untuk menjadikan halaman dalam blog kita mendapat ‘ranking’ yang lebih baik dalam search engine.

(Halaman yang dimaksudkan adalah post atau page dalam blog kita)

‘Ranking’ ini merujuk kepada kedudukan post kita dalam search engine seperti google, apabila carian berkaitan dilakukan oleh pengguna.

on page seo untuk ranking lebih baik dalam google
Ranking post Ithmm untuk carian ‘Page penting dalam blog’ di Google.

On page SEO dilakukan dengan cara menerapkan apa yang dikenal pasti ‘rangking factors’ dalam post kita.

Atau, melakukan sesuatu didalam post yang mana memberikan kesan positif terhadap ‘ranking factors’.

(Post apa itu SEO, mungkin boleh membantu anda memahami tentang ranking factors).

Contoh ranking factors yang berkaitan dengan On Page SEO adalah seperti content berkualiti, heading dalam post, penggunaan tag html yang sesuai, keyword, url, image dan seterusnya.

Beza On Page SEO dan Off Page SEO

‘Off page SEO’ adalah merujuk kepada apa-apa aktiviti luar daripada blog, yang mana mampu memberi kesan terhadap ranking blog dalam keputusan carian search engine.

Yang mana adalah luar dari kawalan anda.

Contohnya, reputasi blog, blog anda popular atau tidak, banyak share dekat facebook atau tidak, ada tak blog lain jadikan blog anda sebagai rujukan dan sebagainya.

beza off page seo dengan on page seo
‘Off page SEO’ adalah luar kawalan. Contoh post facebook, kita boleh share tapi tak dapat paksa orang like.

Berbeza dengan Off page SEO, On page SEO adalah perkara yang kita boleh kawal atau kita boleh buat secara langsung.

Kita boleh lakukan On Page SEO secara terus dalam blog kita, kerana blog itu milik kita.

Oleh itu, adalah sangat merugikan jika kita tidak manfaatkan sepenuhnya kelebihan ini.

Kenapa On Page SEO penting?

On page SEO penting kerana ia membantu search engine untuk memahami isi kandungan post kita.

Apabila isi kandungan post kita difahami, search engine boleh memadankan ia dengan carian berkaitan yang dibuat oleh pengguna.

Dan kita boleh mendapat trafik percuma daripada carian tersebut.

Pada masa kini, terdapat jutaan laman web yang ada di internet.

Apabila kita membuat post, kita akan bersaing dengan banyak blogger lain.

Sebagai contoh, kita nak buat post berkenaan ‘Cara kuruskan badan’.

Bila kita taip dekat search engine, contohnya google, kita akan lihat begitu banyak hasil carian yang diberikan:

contoh hasil carian search engine
Contoh hasil carian di search engine Google.

Jika kita tidak mengambil berat tentang ‘on page SEO’, post yang kita buat tidak akan berpeluang muncul dalam senarai ini.

Jauh sekali untuk mendapatkan ranking no 1 dalam hasil carian.

Lagi satu, On page SEO adalah satu-satunya SEO yang kita boleh kawal secara langsung.

Maksudnya kita boleh praktikkan terus dalam blog kita.

Oleh itu, kita kena manfaatkan sepenuhnya kelebihan ini.

Jika kita buat bersungguh-sungguh, penat jari dan otak kita pasti dibayar:

hasil on page seo dalam search engine
Hasil ‘On page Seo’ dalam search engine untuk post Ithmm.

Semoga post ini dapat membantu pemahaman anda berkenaan On Page SEO.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved