www vs tanpa www: Apa bezanya?

apa beza domain www vs tanpa www

Anda tak dapat pilih sama ada nak letak www atau tidak dalam domain anda.

Ketika nak install WordPress mungkin anda sangkut sekejap dekat sini:

software setup install wordpress terbaru

Https itu sudah pasti mendatangkan faedah dari segi keselamatan dan juga SEO. Tapi bagaimana pula dengan ‘www’?

Post ini menerangkan apa beza domain yang mempunyai www dan tanpa www. Teruskan membaca untuk pemahaman anda.

TIPS CEPAT: Jika anda tak mahu fikir panjang, pilihan yang selamat adalah domain dengan www. Contohnya, www.contoh.com.

Pemahaman umum terhadap struktur url

Perkara pertama yang membezakan antara domain yang mempunyai www dan tanpa www adalah pemahaman orang ramai terhadap struktur domain (sturktur url)

Kebanyakkan orang mengganggap struktur url (atau domain) yang lengkap / rasmi bermula dengan www dan berakhir dengan .com. Contohnya, www.ithmm.com, www.facebook.com, www.google.com dan sebagainya.

Ini disebabkan oleh kebiasaan dan juga pendedahan awal kita terhadap dunia internet.

Waktu mula-mula menggunakan internet dahulu (terutama sekali bagi generasi pengguna awal internet) setiap laman web bermula dengan www

Apabila anda mahu pergi ke laman web tertentu, contohnya laman web ithmm, 90% daripada anda mungkin akan menaip ‘www.ithmm.com’.

Bila anda mahu memilih sama ada nak letak www atau tidak, anda perlu ambil kira perkara ini.

Jika target pengunjung blog atau laman web anda adalah untuk semua peringkat umur mungkin lagi baik jika letakkan www.

Jika target pengunjung anda untuk orang-orang muda yang memang dah pakar guna internet (lahir-lahir sahaja dah pegang tab), tak kisah nak letak www atau tidak pun tak jadi masalah.

Lagi satu tips untuk anda menentukan nak guna www atau tidak – Cuba baca (bunyikan) domain anda.

Mana satu bunyi lagi sedap didengar. Dengan www atau tanpa www.

Kelebihan dari segi SEO

Pertama sekali dan harus difahami:

www atau tanpa www tidak membantu apa-apa dari segi SEO

Kenyataan ini disokong oleh Google sendiri:

john mueler setuju www tiada impak terhadap seo

Snapshot diatas adalah tweet daripada Dr. Pete Meyers (moz.com). Kenyataan beliau berkenaan impak www terhadap SEO disokong oleh John Mueller (Google).

Tak kira domain anda letak www atau tidak anda masih mempunyai peluang yang sama untuk ranking dalam SEO.

TETAPI, apa yang akan menggangggu SEO adalah bila anda bertukar-tukar struktur domain (url). Sekejap ada www, sekejap tak ada.

Tanpa setting yang betul ini akan membuatkan enjin pencarian menjadi bingung nak pilih mana satu dan akhirnya anda kehilangan rangking dalam enjin pencarian.

Oleh itu, bila anda dah pilih struktur domain, setialah terhadap struktur tersebut.

Perbezaan dari segi teknikal

Bahagian inilah yang benar-benar membezakan antara domain dengan www dan tanpa www.

Mungkin bahagian ini agak sukar sedikit untuk dibaca @ difahami.

Secara ringkasnya isi kandungan bahagian ini menyatakan domain dengan www dari segi teknikalnya memberi faedah kepada laman web.

Pertama sekali kita kena fahami beza (secara teknikal) antara laman www (www.contoh.com) dengan laman tanpa www (contoh.com).

Domain tanpa www (contoh.com), dikenali juga sebagai ‘naked domain’ atau ‘Apex domain’.

Domain ini adalah ‘root’kepada domain anda.

Dalam erti lain struktur domain inilah asas kepada domain milik anda.

Kenapa pula nak letak www?

Pada suatu ketika dahulu ketika laman web mula-mula diperkenalkan, www ditambah pada struktur domain asas (menjadi www.contoh.com) sebagai penanda bahawa halaman tersebut adalah laman web.

Tujuannya untuk membezakan laman web dengan alamat seperti ftp.contoh.com

Apabila anda meletakkan www pada struktur asas domain anda, anda sebenarnya membuat sub-domain.

Contohnya: www.contoh.com, ftp.contoh.com, app.contoh.com

Semuanya adalah sub-domain.

Jika anda faham struktur domain ini, akan memudahkan anda untuk memahami kesannya terhadap topik berikut: Cookies dan DNS.

Kesan terhadap cookies

Apa itu Cookies?

Cookies adalah fail kecil yang disimpan dalam komputer pengguna (pengunjung laman web anda).

Untuk blogger seperti anda dan saya, cookies penting untuk memastikan pengunjung hanya melihat benda yang menarik minatnya.

Contohnya, Abu minat memancing dan selalu search dekat google perkara-perkara berkaitan dengan memancing contohnya joran terbaik, lokasi tempat memancing, tempat tinggal murah dekat area memancing dan sebagainya.

Aktiviti seperti ini akan direkodkan dalam fail kecil yang dipanggil cookies.

Apabila Abu mengunjungi blog anda (yang mana mempunyai iklan adsense), Google akan menggunakan maklumat daripada cookies ini untuk mempamerkan iklan yang berkaitan dengan ‘memancing’ dalam blog anda.

Berbalik kepada kesan struktur domain terhadap cookies.

Dalam dokumen/standard RFC6265 menyatakan bahawa:

Cookies daripada ‘domain asas’ @ ‘naked domain’ akan dihantar ke semua sub-domain yang wujud

Ini bermakna jika domain utama anda tidak mempunyai www (contoh:contoh.com) cookies daripada domain tersebut akan dihantar ke semua sub-domain yang anda miliki contohnya app.contoh.com, blog.contoh.com

Sebagai pemilik laman, kita tidak mahu perkara ini disebabkan ia akan mempengaruhi performance laman anda dan membazir bandwidth.

Sebaliknya jika pilihan struktur domain anda mempunyai www www.contoh.com, cookies daripada ‘sub-domain’ tersebut tidak akan dihantar ke mana-mana ‘sub-domain’ lain mengikut standard yang dinyatakan diatas.

(Ingat, struktur seperti www.contoh.com adalah sebenarnya sub-domain)

Jika anda tidak merancang untuk memiliki sub-domain, perkara ini tidak menjadi masalah. Anda boleh pilih untuk guna www atau tidak.

Kesan terhadap DNS

Katakanlah laman @ blog anda berkembang maju dan menjadi tersangat popular. Mungkin seperti www.amazon.com.

Bila laman anda popular secara tidak langsung ini akan menarik perhatian contohnya…pengondam.

Apabila ini terjadi anda memerlukan aplikasi seperti firewall atau DDos mitigator (contohnya). Dan untuk menggunakan aplikasi seperti ini anda mungkin mahu mengunakan CNAME.

Masalahnya dengan ‘naked domain’ ini (domain tanpa www) adalah, anda tidak boleh ‘memberikan’ CNAME padanya, kerana:

Bila rekod CNAME wujud (dalam server atau nameserver) tidak boleh ada maklumat lain pada masa yang sama

(Kenyataan diatas tertera dalam RFC 1034 bahagian 3.6.2)

Ia adalah standard dalam DNS (Domain Name Sistem).

Contohnya anda mempunyai domain berikut: contoh.com.

Anda tidak boleh set record CNAME untuk contoh.com (root domain) kerana nameserver telah mempunyai record untuknya. Kerana contoh.com adalah ‘root domain’.

Tapi ia tidak menjadi masalah bagi struktur www.contoh.com, kerana ia bukan ‘root domain’ dan tidak akan ada record wujud untuknya.

Kesimpulan: Guna www atau tidak?

Ia bergantung pada anda.

Domain tanpa www lebih pendek, mungkin lagi cantik, senang untuk dijenamakan dan senang untuk dikongsikan dalam aplikasi media sosial.

Domain dengan www pula lebih konvensional dan mempunyai kelebihan dari segi teknikal untuk laman web gergasi.

Pendapat saya?

Pilih www. Ia merupakan pilihan paling selamat jika anda kurang pasti.

DAN, bila anda dah pilih struktur domain anda (sama ada letak www atau tidak) kekalkan bentuk tersebut dan jangan ubah-ubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *