• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / June 28, 2024

/ Blogging Tools

Buat Link WhatsApp

Buat link whatsapp untuk nombor Malaysia

Berikut pilihan untuk:

Buat link WhatsApp Link WhatsApp + text Buka WA + Nombor

Laman ini membantu anda untuk buat link WhatsApp dan buka perbualan WhatsApp tanpa perlu save nombor.

Aplikasi ringkas ini dibuat berdasarkan format rasmi dari WhatsApp.

Anda boleh lihat dokumen rasmi daripada laman whatsapp.com melalui pautan ini: prosedur rasmi cara buat link whatsapp.

Untuk lihat cara manual, sila rujuk pada bahagian bawah post ini.

Jika anda mahu pendekkan link whatsapp, boleh guna aplikasi ini: bitly.

Buat link WhatsApp

Gunakan aplikasi dibawah untuk buat link whatsapp anda.



Format nombor sahaja, tanpa jarak atau sengkang ( – ).

Link akan muncul sini. Klik untuk copy.

Buat link WhatsApp berserta text

Aplikasi dibawah adalah untuk membuat link whatsapp dengan text msg anda sedia tertulis.



Msg ini akan sedia tertulis dalam whatsApp pengguna.


Format nombor sahaja, tanpa jarak atau sengkang ( – ).

Link akan muncul sini. Klik untuk copy.

Buka WhatsApp dengan Nombor

Aplikasi dibawah adalah memulakan perbualan di WhatsApp tanpa perlu save nombor terlebih dahulu.



Format nombor sahaja, tanpa jarak atau sengkang ( – ).

Link akan muncul sini. Klik untuk buka link.

Baca juga:

  • Cara Buat Link WhatsApp di Instagram.
  • Cara Letak Link WhatsApp dalam Facebook.
  • Cara Mudah Buat Link Group WhatsApp.

Nak cuba link berfungsi atau tidak?

Copy link kemudian paste dibahagian url mana-mana pelayar internet (handphone).

Bila kita tekan enter, sepatutnya akan keluar paparan WhatsApp seperti ini:

Ia sepatutnya akan terus buka chat WhatsApp seperti ini:

paparan link whatsapp apabila diklik
Paparan yang muncul apabila link WhatsApp kita digunakan.

(Atau terus membawa anda ke apps WhatsApp)

Link ini kita boleh gunakan terus dalam mana-mana sosial media, contohnya dalam facebook:

contoh post facebook guna link whatsapp
Kita boleh letakkan terus link dalam post facebook seperti ini.

Jika anda mahu belajar buat link WhatsApp sendiri (secara manual) boleh ikuti langkah-langkah berikut:

Bagaimana Cara untuk Buat Sendiri Link WhatsApp Kita

Cara ini dibuat berdasarkan prosedur rasmi WhatsApp untuk buat link.

Namun huraian yang dibuat dekat sini mungkin lebih terperinci dan mudah difahami.

Anda boleh lihat dokumen asalnya dekat sini.

1 Copy struktur utama link berikut.

Salin semula (copy) struktur url berikut:

https://wa.me/6

Struktur url ini khas untuk penduduk Malaysia (nombor Malaysia).

Jika anda dari negara jiran seperti (Singapura, Indonesia atau Brunei) gantikan nombor 6 dengan kod negara anda.

Boleh rujuk country codes dekat sini: countrycodes.org. Tapi, sebelum guna buang dahulu simbol + dan juga 0.

2 Tambah no WhatsApp anda pada bahagian pada bahagian akhir struktur tersebut

Contohnya no anda adalah: 0123456789, maka menjadi:

https://wa.me/60123456789

Nombor yang digunakan tidak boleh mengandungi jarak (space) ataupun simbol-simbol lain seperti sengkang (-) atau tambah (+)

Dan link WhatsApp anda sudah siap. Boleh terus guna.

Jika nak sediakan text agar customer tak perlu susah-susah nak taip, boleh boleh buat seperti ini:

3 Tambah ‘?text=’ selepas no telefon anda

https://wa.me/60123456789?text=

Pastikan tidak ada jarak (space).

4 Encode text anda

Pergi ke laman ini: Url Encoder.

Taip masuk text anda. Contoh: PM harga tuan.

encoder untuk text
Encode text agar boleh digunakan dalam link WhatsApp.

Klik pada butang ‘Encode‘ dan seterusnya copy text yang terhasil.

Untuk contoh tadi ia akan menjadi: PM%20harga%20tuan

5 Letakkan mesej tersebut pada bahagian akhir link anda

https://wa.me/60123456789?text=PM%20harga%20tuan

Link berserta text sedia ada untuk whatsapp anda sudah siap.

Dan untuk bacaan tambahan, mungkin bermanfaat untuk anda:

Bagaimana cara untuk pendekkan link yang terlalu panjang?

Jika kita buat link berserta dengan text, link tersebut mungkin agak panjang.

Bila kita gunakan link panjang, sebahagian link mungkin akan tersembunyi.

Ini menjadikan link kita kelihatan seperti meragukan.

Cara paling mudah untuk menjadikan link kita lebih pendek adalah dengan menggunakan aplikasi:

  • Bitly

Caranya senang sahaja, pergi ke pautan yang dinyatakan diatas, masukkan link yang anda buat tadi dan klik butang “SHORTEN”.

Anda juga boleh menjadikan link tersebut ‘mengandungi nama anda atau syarikat‘.

Jika berminat boleh rujuk post ini: Buat link WhatsApp guna nama sendiri.

Kongsikan jika post ini membantu anda.

*PENTING (DISCLAIMER): Ithmm TIDAK menyimpan atau mengumpul sebarang maklumat peribadi termasuklah nombor telephone di laman, server atau mana-mana lokasi lain.

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. AYAM says

    September 6, 2018 at 4:07 pm

    WOWWW HEBAT

    Reply
  2. Aree Tone WoW says

    October 13, 2018 at 9:32 pm

    Pwrghhhh mantap

    Reply
  3. nia says

    November 11, 2018 at 8:11 am

    kenapa bila copy and paste di IG link tu tp still xbleh guna. tolong…

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 12, 2018 at 4:27 pm

      Hai nia, IG memang tak benarkan link (yang boleh diklik) pada post biasa… Untuk itu biasanya dalam IG kita letak link (yang boleh klik) pada bahagian bio atau guna servis instagram ads (berbayar)… Update: boleh rujuk cara ini: Affiliate tanpa website – Link Dalam bio IG

      Reply
      • ann says

        November 14, 2018 at 10:20 pm

        Macam mana caranya?*letak link (yang boleh klik) pada bahagian bio.

        Reply
        • B.L. Joseph says

          November 22, 2018 at 12:00 pm

          Boleh cuba cara ini ya… Affiliate tanpa website – Link Dalam bio IG

          Reply
      • Nia says

        November 22, 2018 at 7:34 am

        I dah letak di bio tp still xboleh guna link tu πŸ˜‚

        Reply
        • B.L. Joseph says

          November 22, 2018 at 12:03 pm

          Maaf ya saudari, info yang saya berikan tak berapa jelas… link boleh letak dalam bahagian profile dalam ruangan website, atas bio. Boleh rujuk cara ni: Affiliate tanpa website – Link Dalam bio IG

          Reply
    • Masedayu Musa says

      July 3, 2020 at 8:10 pm

      Saya pon sama ikot step tapi masih tak boleh.. HelpπŸ˜…

      Reply
      • B.L. Joseph says

        July 3, 2020 at 8:33 pm

        Maaf ya mungkin penerangan saya tak berapa jelas. Ruangan bio yang dimaksudkan adalah ruangan profile. Link tu letak dalam ruangan website…

        Letak link dalam ruangan website di edit profile ig.

        Reply
  4. Shida says

    November 27, 2018 at 7:36 pm

    Ooo.. mcm mne nk sy nk buat link unt group wsap??

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 19, 2019 at 1:30 pm

      Untuk buat link group whatsapp boleh rujuk post ni: Cara buat link group whatsapp

      Reply
  5. husna says

    May 4, 2019 at 12:57 am

    Terima kasih..mmg sangat – sangat berkesan cara buat link ni..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 4, 2019 at 10:45 am

      Sama-sama… Gembira dapat membantu. Teruskan bersama ithmm ya.. 😁😁

      Reply
      • SUHADI MUSA says

        September 19, 2022 at 3:02 pm

        Memang hebat. Saya hanya ikut apa yang admin catatkan. Kini berjaya buat link untuk wassap .Terima kasih.

        Reply
  6. Nina says

    September 12, 2019 at 8:23 am

    Hi. Kenapa sy xleh guna link tu utk FB. link yg dah dipendekkan. Please help me. TQIA

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 12, 2019 at 8:35 am

      Hello Nina, saya cuba buat link dan pendekkan kemudian masukkan dalam fb.. Tak ada masalah tempat saya..

      contoh shorten whatsapp link di fb

      Mngkin ada silap masukkan? Contohnya nombor tak boleh ada jarak atau sengkang… Terus sahaja taipkan no.. Cnth: 0123456678

      Reply
  7. Azrul says

    September 21, 2019 at 1:53 pm

    Klw dlm text tu letak emoji blh ke tu?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 21, 2019 at 2:12 pm

      Boleh.. 😁

      Reply
  8. Atiey says

    October 20, 2019 at 1:19 pm

    T.kasih sgt membantu. πŸ‘πŸ‘

    Reply
  9. zafrul tahir says

    October 31, 2019 at 2:39 pm

    Boleh letak dlm php?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 13, 2019 at 12:01 am

      Boleh, yang penting dikurung oleh tag a or covert to link.

      Reply
  10. Duan Deris says

    March 17, 2020 at 10:09 pm

    Panduan buat link Whatsapp yang bagus dan lengkap. Mohon share tipsnya tuan. Terima Kasih

    Reply
    • B.L. Joseph says

      March 20, 2020 at 5:08 pm

      Silakan… Gembira dapat membantu tuan.

      Reply
  11. Kuza says

    May 17, 2020 at 1:34 am

    Buat short link tu tiada dikenakan caj kan. Dah pernah buat tp link dah hilang, boleh buat semula?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 17, 2020 at 3:30 am

      Buat short link tak ada caj. Caj tu dikenakan jika kita nak guna servis analytic mereka.

      Reply
  12. Tudung Bawal Exclusive Online says

    June 3, 2020 at 2:34 pm

    Terbaik info, terima kasih..
    Sangat membantu…
    Mohon share kt fb ya..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 5, 2020 at 3:27 pm

      Sama-sama. Gembira dapat membantu. Silakan share ya…

      Reply
  13. Fatin says

    June 4, 2020 at 12:16 am

    Mcm mana ea nak buat 1 link tapi ada 2 text dalam tu. So bila tekan link tu kita boleh pilih nak tekan text mana 1?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 5, 2020 at 3:34 pm

      Maksudnya bila kita tekan butang first, akan keluar 2 lagi butang pilihan ya? Boleh, saya akan usahakan buat post cara untuk buat butang seperti ini. Jangan lupa subsrcribe atau sentiasa periksa ithmm.com untuk post baru.

      Reply
  14. Fatin says

    June 5, 2020 at 4:53 pm

    Ye betul2. Okay encik. Terima kasih atas ilmunya

    Reply
  15. Tijah says

    October 6, 2020 at 9:08 am

    Tuan, panduan untuk dapatkan whatsapp link Dengan pasangan kita

    Reply
  16. Saimon Rafi Sebastian says

    October 25, 2020 at 9:42 pm

    Saya nak link whatsapp saya

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 25, 2020 at 10:04 pm

      Boleh guna ruangan penjana link whatsapp yang disediakan diatas tuan… masukkan no telefon dan tekan buat link

      Reply
    • Hishamuddin says

      February 2, 2021 at 7:58 pm

      Sy dah pernah register wasap.my. bila sy login kemudian, link sy hilang. Sy nk create new link tp x blh sbb remak kluar “invalid. The link already exists. Camne nk selesai masalah ini?

      Reply
  17. khairi says

    October 29, 2020 at 1:01 am

    mcm mana saya nak buat auto reply dalam komen customer saya dlm FB post saya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 6, 2020 at 7:43 am

      Tuan boleh cuba guna Instant Reply Facebook ataupun jika nak yang lebih specifik saya cadangkan tuan guna servis respond.io (terdapat pakej percuma yang ditawarkan).

      Reply
  18. Entah says

    February 3, 2021 at 3:43 pm

    Aslm tibe time kasih

    Reply
  19. Fadzli says

    June 24, 2021 at 8:54 am

    Link sy masuk kat fb tapi tak biru…. X bleh klik..
    Tolong

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 1, 2021 at 1:02 am

      Kena pastikan struktur url itu lengkap… baru facebook bagi automatik jadi sebagai link. Kadang-kadang dekat hujung juga tak boleh ada tambahan noktah

      Reply
  20. RosliRich says

    September 11, 2021 at 4:25 pm

    Terima kasih kerana menunjukkan cara buat link whatsapp langkah demi langkah dan mudah untuk diikuti.

    Reply
  21. Fatihah says

    July 14, 2022 at 3:34 pm

    Kenapa bila kita pastekan apa2 link di whatsaap, link tu tak keluarkan video dari link yang kita copy tu di whatsaap?.

    Reply
  22. Abdrahman says

    October 23, 2022 at 5:54 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini bermanfaat kepada semua yang baru mencuba dengan perniagaan

    Reply
  23. ratiikunn says

    August 29, 2023 at 7:12 pm

    Makasih mas informasi nya ya mas

    Reply
  24. digital agency calgary says

    September 26, 2024 at 7:37 pm

    thanks very informative and acknowledging

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog
  • Cara Buat Blog Lengkap (untuk Pemula!)
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Shopee?

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved