• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / May 25, 2021

/ Tips Blogging

Bagaimana Cara Buat ‘Subscribe Form’ di WordPress

Cara Buat Subscribe Form di WordPress

Buat subscribe form secara percuma menggunakan Jetpack.

Contoh ‘Subscribe form’ adalah seperti ini:

Ada yang lebih ringkas dari ini.

Dan juga yang lebih mantap dari ini.

Apa-apa pun bentuknya, tujuan subscribe form ini cuma satu:

Untuk kumpulkan individu yang berminat dengan blog kita.

Pembaca setia yang berminat dengan isi blog kita.

Saya cadangkan jangan tangguh untuk buat.

Lagi cepat anda buat lagi baik.

Cara buat Subscribe form

Kita akan gunakan plugin Jetpack.

Plugin ini dimiliki oleh wordpress.com.

‘Subscribe’ adalah salah satu fungsi yang ditawarkan secara percuma oleh plugin ini.

(disamping beberapa fungsi lain)

Sebenarnya, terdapat banyak lagi cara lain untuk buat subscribe form.

Tapi kebanyakkannya adalah premium, perlu apply dan dapat kelulusan atau agak sukar untuk digunakan jika kita baru bermula.

(Sekarang ini saya gunakan Mailerlite. Percuma untuk 1,000 subscriber maksimum, 12,000 email bulanan.)

Kita pilih jetpack jika baru nak bermula sebab tidak perlu kelulusan, install dan boleh guna.

Selain itu, ia agak mudah untuk diuruskan.

Bila rasa nak upgrade nanti, anda boleh bawah semua subscriber anda ke pakej lain.

Sebagai tambahan saya cadangkan baca juga: Cara guna plugin jetpack dengan betul

Mari kita mulakan.

1 Install plugin Jetpack

Lawati menu plugin, kemudian ‘Add New’ plugin.

Dalam ruangan search, taip masuk ‘jetpack‘:

search dan install jetpack
Search dan install plugin ‘Jetpack’ by Automattic.

Teruskan untuk ‘Install‘ dan ‘Activate‘.

2 Setup plugin Jetpack

Siap install dan activate, paparan seperti ini akan keluar:

setup jetpack

Teruskan untuk klik pada butang ‘Set up Jetpack’.

Selanjutnya anda akan diberikan pilihan sama ada nak buat akaun jetpack guna akaun wordpress.com atau akaun google anda.

buat akaun jetpack

Anda boleh pilih mana-mana yang berkenaan.

Jika anda pilih ‘Continue with wordpress.com’, kena buat akaun dengan wordpress.com dahulu.

Jika nak cepat, boleh pilih ‘Continue with Google’, guna akaun google anda.

Seterusnya paparan pricing seperti berikut akan muncul:

paparan pricing pakej jetpack

Skrol ke bawah sehingga anda nampak bahagian ini:

pakej free jetpack
Pakej free ‘Jetpack’.

Klik pada butang ‘Start for free‘.

Kemudian anda akan kembali ke paparan admin blog anda.

3 Setting Jetpack untuk fungsi Subscribe

Fungsi subscribe secara automatik akan aktif apabila kita gunakan plugin Jetpack.

Terdapat beberapa setting tambahan yang perlu kita aktifkan secara manual untuk memaksimakan penggunaan fungsi ini.

Jika anda lihat di menu utama admin, ‘menu Jetpack‘ akan muncul di bawah menu Dahsboard:

menu jetpack
Menu Jetpack.

Pergi ke menu: Jetpack > Settings.

Kemudian pilih tab ‘Discussion‘.

setting discussion jetpack
Setting ‘discussion’ Jetpack.

Skrol ke bawah sehingga anda nampak bahagian ‘Subscriptions‘:

setting discussion jetpack komen

Klik pada menu toggle untuk aktifkan setting ini.

Ia membolehkan pembaca subscribe blog anda melalui bahagian komen.

(ataupun biarkan tidak aktif jika anda tidak mahu fungsi ini).

Selanjutnya, kita nak set notifikasi jika terdapat pembaca follow blog kita.

Pergi menu Setting > Discussion.

setting discussion wordpress

(setting utama blog, bukan setting jetpack)

Kemudian cari bahagian ini:

setting notifikasi subscribe

Pastikan anda tik bahagian ‘Someone follow my blog’.

Bila anda on setting ini, anda akan terima notifikasi jika terdapat subscriber baru blog anda.

4 Cara Buat Subscribe Form guna widget

Cara yang paling mudah untuk buat borang subscribe adalah dengan menggunakan widget.

Kita boleh letak widget jetpack subscribe di sidebar atau footer blog kita.

Contohnya seperti ini:

borang subscribe pada footer
Borang subscribe pada bahagian footer blog.

Caranya, pergi kebahagian menu widget: Appearance > Widget

menu widget

Kemudian daripada senarai ‘Available Widgets’, cari ‘Blog Subscriptions (Jetpack)‘.

widget blog subscription jetpack

Klik pada widget tersebut dan masukkan di ruangan yang anda mahu ia muncul – Sidebar, footer 1, footer 2…

Bila kita lihat widget subscriptions di tempat yang kita masukkan tadi, ia kelihatan seperti ini:

contoh widget blog subscription

Kita boleh ubahsuai perkatan yang sedia ada mengikut kesesuaian @ kemahuan kita.

contoh widget blog subscription yang telah diubahsuai
Contoh widget subscriptions yang telah diubahsuai.

Kemudian, jangan lupa klik pada butang save dan anda boleh lihat paparan widget subscriptions dalam blog anda.

contoh paparan widget subscriptions di bahagian sidebar
Contoh paparan widget subscriptions di bahagian sidebar.

5 Cara Buat Subscribe Form dalam Page/post

Bagaiman pula jika kita cara jika kita nak letak borang subscribe dalam page?

Mungkin kita mahu buat satu page khas untuk subscription.

Atau mahu masukkan sekali di dalam page ‘tentang saya’

Terdapat 2 cara untuk kita masukkan borang subscribe ini dalam page/post.

  1. Dengan menggunakan ‘block subscription form’
  2. Dengan menggunakan shortcode

Bergantung pada paparan editor yang anda gunakan.

Jika anda gunakan paparan block editor, yang mana merupakan paparan editor terbaru wordpress, boleh masukkan terus ‘block subscription form’

contoh paparan block editor wordpress
Contoh paparan block editor wordpress.

1. Cara masukkan borang subscription menggunakan ‘block subscription form’

Dalam ruangan block editor, pergi kebahagian mana anda nak masukkan borang subscrition.

Kemudian klik pada simbol add block:

butang add block
Klik pada butang ‘add block’ di bahagian anda nak masukkan borang subscription.

Pada ruangan search, taipkan ‘Subscription’ dan pilih ‘Subscription Form’:

block subscription
Taip masuk ‘subscription’ dan pilih ‘Subscription Form’.

Seterusnya, jika anda nak ubahsuai sedikit paparan borang tersebut, boleh gunakan setting yang terletak di sebelah kanan.

pilihan untuk ubahsuai borang subscription
Pilihan untuk ubahsuai borang subscriptions.

Boleh ubah warna, warna saiz text, garis dekat tepi, ruangan dan seterusnya.

2. Cara masukkan borang subscription menggunakan shortcode

Jika anda menggunakan paparan ‘classic editor’, cara paling mudah untuk masukkan borang subscription adalah dengan menggunakan shortcode.

Classic editor adalah nama yang diberikan kepada paparan editor terdahulu sebelum ‘block editor’ muncul.

contoh paparan classic editor
Contoh paparan classic editor.

Saya masih gunakan dan lebih sukakan paparan editor ini kerana lebih ringkas dan mudah untuk difahami.

Untuk masukkan borang subscription, kita hanya perlu letak shortcode ini di bahagian mana kita mahu borang tersebut muncul:

[jetpack_subscription_form]

Contohnya kita masukkan dekat sini:

shortcodes borang subscription dalam page

Ia akan muncul dalam page seperti ini:

paparan borang subscribe dalam page
Paparan borang subscribe dalam page.

Kita boleh edit paparan borang dengan menambah kod berikut didalam shortcodes tadi:

  • title – Ubah title ‘Subscribe to Blog via Email’ ke title pilihan anda. Contohnya: [jetpack_subscription_form title="Sertai kami!"]
  • subscribe_text – Untuk ubah text dibawah title, yang asalnya adalah ‘Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.’ Contohnya [jetpack_subscription_form subscribe_text="Tinggalkan email anda dekat bawah."]
  • subscribe_button – Ubah text ‘Subscribe’ didalam butang. Contohnya: [jetpack_subscription_form subscribe_button="Sertai kami"]
  • show_subscribers_total – Pilih sama ada nak perlihatkan jumlah subscriber sedia ada atau tidak. 0 untuk tidak dan 1 untuk ya. Contohnya: [jetpack_subscription_form show_subscribers_total="1"]

Jika digabungkan semuanya sekali shortcodenya kelihatan seperti ini:

[jetpack_subscription_form title="Jangan ketinggalan!" subscribe_text="Tinggalkan email anda untuk mendapat notikasi khas setiap kali kami menerbitkan post baru:" subscribe_button="Hantar Email" show_subscribers_total="1"]

shortcodes penuh borang subscription dalam ruangan editor
Shortcodes penuh borang subscription dalam ruangan editor.

Dan paparan yang dilihat oleh pembaca adalah seperti ini:

shortcodes penuh borang subscription dalam page
Paparan shortcodes penuh borang subscription yang dilihat oleh pembaca.

Cabarannya, jika kita letak borang subscription ini dalam page / post, mungkin paparannya tidak berapa memuaskan.

(bergantung pada theme wordpress yang kita gunakan)

Kalau nak bagi cantik mungkin kena ubahsuai sedikit rekabentuknya menggunakan CSS.

Caranya, kita jangan letak dalam page atau post, letak saja dalam ruangan widget seperti sidebar atau footer, nampak elok sedikit.

Jika nak letak juga dalam page/post, saya boleh bantu untuk ubahsuai paparan borang tersebut (dengan harga berpatutan). Hubungi saya melalui borang perhubungan.

Semoga post ini bermanfaat untuk bersama.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved