• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / October 24, 2017

/ Blogging Reviews

Cara Install WordPress di ShiftServer

cara install wordpress di shiftserver

Panduan lengkap cara install WordPress untuk hosting yang dibeli dari ShiftServer

#Update 2019: Saya tidak lagi menggunakan shiftserver sebagai hosting pilihan utama disebabkan oleh kualiti servis (terutama dari segi sokongan dan penyelenggeraan sistem) semakin menurun. Saya sekarang menggunakan servis daripada namecheap.com

Bagi anda yang baharu sahaja mula berkecimpung dalam dunia laman web atau blog, hendak menginstall WordPress itu satu perkara yang baru dan mencabar.

Jika secara kebetulan anda telah memilih ShiftServer untuk hosting laman web atau blog anda, anda boleh menggunakan panduan ini.

Dalam post ini, saya akan membawa anda langkah demi langkah untuk menginstall WordPress di ShiftServer. Cara install WordPress ini boleh juga digunakan untuk web hosting yang berbeza (jika anda menggunakan servis web hosting selain daripada ShiftServer.

Kenapa ShiftServer?

Faktor utama shiftserver sebagai pilihan (untuk pemula) adalah – Harga yang murah. Harga hosting adalah RM36 untuk 6 bulan.

Akan tetapi, shiftserver lemah dari segi sokongan.

Jika anda berminat lawati website mereka: ShiftServer Web Hosting.

Langkah demi langkah: Cara install WordPress di ShiftServer

Langkah 1: Masuk ke dalam akaun ShiftServer anda

  • Pergi ke laman utama ShiftServer.com, kemudian klik pada butang “client area” yang terletak pada bahagian atas kanan.
  • Sebagai alternatif anda boleh klik pautan ini: https://panel.shiftserver.com/clientarea.php
  • Masukkan username (alamat email anda) dan juga password.login masuk shiftserver
  • Pada bahagian menu di atas pilih Services > My Services senarai my services di shiftserver

Langkah 2: Masuk ke dalam cPanel

  • Setelah anda klik pada domain yang hendak di install wordpress paparan berikut akan keluar. butang akses ke cPanel
  • Masuk ke dalam cPanel. Butang masuk terletak pada bahagian “Action” pada sebelah kiri anda, “Login to cPanel“.
  • Paparan cPanel kelihatan seperti berikut. Bergantung kepada tema yang digunakan. utama cpanel

Langkah 3: Pergi ke bahagian Softaculous Apps Installer

softaculous apps installer

  • Softaculous Apps Installer terletak pada bahagian paling bawah dalam paparan utama cPanel.
  • Klik pada Butang WordPress.

Langkah 4: Tetapkan butir-butir installation WordPress

  • Berikut merupakan paparan selepas di klik. paparan utama sewaktu install wordpress
  • Pada bahagian menu atas, klik pada butang Install. butang install wordpress
  • Terdapat 7 bahagian: Software Setup, Site Settings, Admin Account, Choose Language, Select Plugin(s), Advanced Options dan Select Theme. Cara pengisiannya adalah seperti berikut.

Software Setup

wordpress bahagian software setup

  • Choose protocol: Anda boleh memilih daripada 4 pilihan untuk struktur domain anda:
    1. http://domainanda.com
    2. http://www.domainanda.com
    3. https://domainanda.com
    4. https://www.domainanda.com

Nota: saya cadangkan anda untuk memilih https kerana ia memberikan anda faedah dari segi ranking.

  • Choose Domain: Pilih domain anda yang ingin di install WordPress
  • In Directory: Kosongkan bahagian ini. Asalnya terdapat perkataan WP_ . Kosongkan.

Site Settings

wordpress install site setting

  • Site Name: Nama website
  • Site Description: Ringkasan laman web anda. Buat dalam 3 – patah perkataan.
  • Enable Multisite (WPMU): Jangan tik melainkan anda mahu install lebih daripada domain dalam hosting yang sama.

Admin Account

install wordpress admin account

  • Admin Username: Tetapkan id/username pilihan anda sini.
  • Admin Password: Password.
  • Admin Email: Asalnya adalah admin@domainanda.com. Tukarkan kepada akaun email yang selalu anda gunakan dan boleh diakses.

Choose Language

install wordpress pilih bahasa

  • Select Language: English

Select Plugin(s)

install wordpress pilih plugins

  • Limit Login Attempts (Loginizer): Bergantung pada anda, fungsinya untuk sekuriti, menghalang para pengondam untuk cuba jaya login wordpress anda.

Advanced Options

install wordpress advance option

  • Database Name: Biarkan seperti yang telah ditetapkan
  • Table Prefix: Biarkan seperti yang telah ditetapkan
  • Auto Upgrade WordPress Plugins: Bergantung pada anda. Saya lebih suka update secara manual.
  • Auto Upgrade WordPress Themes: Bergantung pada anda juga. Untuk ini saya tetapkan pada auto upgrade/update.
  • Backup location: Tetapkan pada “Default“. Backup akan disimpan dalam server anda.

Select Theme

install wordpress pilih tema

  • Pilih tema anda. Tema boleh ditukar kemudian setelah install WordPress melalui admin panel.

Langkah 5: Klik butang “Install”

  • Langkah terakhir selepas mengisi butir-butir, klik butang install yang terletak pada bahagian paling bawah.
  • Paparan installation seperti berikut akan muncul.wordpress sedang install
  • Selesai! wordpress install siap

Anda boleh mula mengusahakan laman atau blog wordpress anda. Untuk login anda boleh menggunakan url berikut:

  • domainanda.com/wp-login.php

Tambahkan /wp-login.php pada bahagian akhir domain anda.

Jika anda ingin belajar atau mengetahui lebih terperinci cara-cara menguruskan laman web wordpress, anda boleh rujuk post berikut: Tutorial WordPress: Panduan Lengkap Cara Menggunakan WordPress

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. dhia says

    April 23, 2018 at 2:14 pm

    kenapa lepas click cpanel keluar new tab “This site can’t be reached”

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 23, 2018 at 2:32 pm

      Selalunya ini disebabkan oleh firewall pada sambungan internet. Contohnya saya tidak dapat akses cPanel menggunakan komputer di tempat kerja kerana majikan saya ‘block’ connection tersebut. Cuba akses cPanel menggunakan sambungan internet lain seperti melalui internet telefon (tethering). Boleh juga cuba untuk deactivate firewall. Terdapat juga beberapa faktor lain seperti port 80, permasalahan sambungan domain dengan hosting… Jika berkaitan dengan sambungan @ setting pada domain dan hosting penyelesaian yang terbaik adalah meminta bantuan daripada hosting support (raise ticket). Harap ini dapat membantu,

      Reply
  2. Zulhusni says

    February 8, 2019 at 9:19 pm

    Assalamualaikum. Tuan masih guna hosting Shiftserver lagi ke?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 12, 2019 at 11:48 am

      Salam sejatera, setakat ni masih ada beberapa domain+hosting dengan shiftserver… Mengapakah tuan?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • Cara Buat Blog Lengkap (untuk Pemula!)
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Lazada?
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved