Belajar cara guna & urus laman web / blog wordpress disini.
Panduan ini membantu anda untuk mengurus dan menggunakan blog WordPress.
Jika anda belum mempunyai blog sendiri anda boleh rujuk post ini:
Edit: Jika terdapat bahagian dalam tutorial ini yang outdated, berbeza dengan semasa, sila nyatakan dalam ruangan komen agar kami dapat memperbaharuinya. Terima kasih.
Berikut merupakan kandungan penuh tutorial wordpress ini:
Isi kandungan tutorial WordPress
Tutorial wordpress ini agak panjang. Untuk pergi ke topik tertentu @ topik pilihan anda, sila klik pada link dibawah:
Pengurusan Laman
- Cara install wordpress
- Cara login ke wordpress
- Panel admin (WordPress Dashboard)
- Setting utama wordpress
- Cara buat page & Post
- Cara masukkan media (image, video, audio)
- Cara buat kategori post & Tags
- Cara set home page dan blog page
Pengubahsuaian Laman
PERHATIAN: Panduan ini dibuat menggunakan theme rasmi dari WordPress iaitu ‘Twenty Nineteen’. Jika anda menggunakan theme lain semasa mengikuti panduan ini mungkin terdapat perbezaan terutama pada bahagian theme customization, widget area, menu area/option, post/page template dan setting.
Sila kongsikan jika tutorial ini berguna ya!
Cara install wordpress
Cara paling mudah untuk install wordpress adalah dengan melalui cPanel.
Cpanel boleh diakses dengan 2 cara berikut:
- Melalui link yang diberikan dalam akaun hosting anda
- Dengan menambah “/cpanel” pada hujung domain anda
Link dalam akaun hosting anda
Log masuk ke dalam akaun hosting anda dan cari link akses ke cPanel.
Lokasi dan nama link tersebut berbeza-beza bergantung kepada syarikat hosting yang anda pilih. Ia selalunya terletak dalam bahagian servis atau produk.
Contohnya untuk Namecheap:
Cara seterusnya untuk akses cPanel adalah:
Dengan menambah “/cpanel’ pada domain
Hanya perlu tambah “/cpanel” pada hujung domain anda seperti berikut:
www.domainsaya.com/cpanel
Cara ini memerlukan id dan password untuk masuk ke cPanel.
Tidak pasti apa id dan password anda?
Cuba periksa dalam email yang anda guna untuk membeli hosting. Syarikat hosting selalunya akan hantar segala maklumat ke email tersebut.
cPanel Softaculous Apps Installer
Paparan cPanel kelihatan seperi berikut:
(paparan mungkin berbeza mengikut theme yang digunakan)
Untuk install wordpress pergi ke bahagian softaculous apps installer.
Ia terletak pada bahagian paling akhir dalam cPanel.
Klik pada ikon wordpress.
Paparan berikut akan muncul:
Pada bahagian atas terdapat tab (menu) seperti Install, Overview, Features… dan seterusnya.
Klik pada tab Install.
Setting untuk install wordpress
Pastikan domain anda sudah diaktifkan sebelum install WordPress!
Untuk install wordpress anda perlu lengkapkan beberapa tetapan seperti berikut:
Bahagian Software Setup
- Choose the version you want to install – Anda boleh pilih versi software wordpress yang ingin digunakan. Pilih versi terkini melainkan terdapat plugin yang anda ingin install tidak serasi dengan versi tersebut.
- Choose installation URL – Terdapat 4 pilihan yang boleh anda buat, https, http, https + www dan http + www. Saya syorkan untuk pilih struktur https://www untuk faedah dari segi SEO dan sekuriti. Pada ruangan terakhir (in Directory), kosongkan ruangan ini. Padam sebarang isi yang sedia ada.
Bacaan tambahan: www vs tanpa www: Apa bezanya?
Bahagian Site Settings
Bahagian ini boleh diubah semula kelak daripada setting wordpress. Jangan bimbang jika masih tak pasti. Isikan sahaja apa-apa…
Site name: Masukkan nama blog anda. Contoh ithmm…
Site Description: Masukkan apa-apa definisi, ringkasan, visi, misi blog anda dengan ringkas…
Enable Multisite: Untick. Jangan tik.
Bahagian Admin Account
Admin Username: Buat username untuk anda akses panel admin wordpress.
Admin Password: Password pilihan anda.
Admin Email: Masukkan email yang selalu anda gunakan dan boleh diakses. Contoh: [email protected]..
Bahagian seterusnya adalah Choose Language dan Select Plugin(s).
Pilihan untuk language bergantung pada anda. Saya syorkan biarkan sahaja dalam bahasa English.
Untuk Select plugin, saya syorkan jangan tik apa-apa. Biarkan kosong.
Bahagian Advance Options
Database Name: Jangan ubah, biarkan yang asal.
Table Prefix: Jangan ubah, biarkan yang asal.
Auto Upgrade WordPress Plugins: Saya syorkan jangan tik. Biar anda buat update secara manual.
Auto Upgrade WordPress Themes: Jangan tik. Biar anda buat update secara manual.
Backup Location: Biarkan pada setting Default.
Kenapa tak buat saja update secara automatik?
Kadang-kadang bukan semua update baru ni baik untuk blog kita. Kadang buat masalah.
Kebiasaan bagi saya jika terdapat update besar terbaru daripada wordpress, saya tak akan update terus.
Saya akan periksa dahulu apa jenis / perubahan pada update tersebut dan juga komen oraang terdahulu yang telah mengambil update tersebut.
Seterusnya:
Bahagian Select Theme
Pilih mana-mana theme atau biarkan pilihan asal. Anda boleh ubah semula kelak dari panel admin wordpress.
Setelah siap dan yakin dengan setting, teruskan untuk klik pada butang Install.
Siap install akan muncul paparan berikut:
Cara Login ke WordPress
Bagaimana cara nak masuk ke panel admin wordpress?
(juga dikenali sebagai WordPress Dashboard)
Sewaktu mula-mula menggunakan wordpress dahulu saya bergantung penuh terhadap widget ini:
Tapi, widget ini tak berapa sesuai untuk blog persendirian.
(melainkan terdapat fungsi ‘membership’ atau penulis lain dalam blog anda)
Cara paling mudah untuk log masuk ke dalam panel admin wordpress anda adalah dengan menggunakan url berikut:
www.domainsaya.com/wp-login.php
(gantikan domainsaya dengan nama domain anda)
Taipkan url tersebut pada ruangan url pelayar internet anda (browser).
Ini akan terus membawa anda ke halaman login seperti berikut:
Masukkan butir-butir akaun anda untuk log masuk.
Anda boleh juga menggunakan url seperi berikut:
www.domainsaya.com/admin
Akan membawa anda ke paparan yang sama – paparan login.
Pengenalan panel admin worpress (WordPress Dashboard)
Berikut merupakan paparan utama yang anda jumpa selepas log in:
Menu utama admin terletak pada bahagian kiri.
Asalnya terdapat 10 menu utama: Dashboard, Posts, Page, Comments, Appearance, Plugins, Users, Tools dan juga settings.
(Menu SEO dalam gambar di atas tu terkecuali. Ia muncul sebab saya dah install plugin)
Sebelah kanan pula (rujuk gambar atas) adalah paparan untuk dashboard.
Jika anda baru bermula anda boleh ikut tutorial yang dicadangkan pada bahagian ‘Welcome to WordPress‘.
(Atau skip sahaja, sebab anda dah ikut tutorial ini…)
Pada bahagian paling atas, terdapat beberapa menu yang anda boleh klik:
Menu ini dikira sebagai shortcut link.
Asalnya (sebelum anda install apa-apa plugin) terdapat 5 menu pada bahagian atas dalam ruangan gelap ini:
- Simbol rumah + Nama blog anda
- Simbol update + nombor
- Simbol msg
- Simbol + New
- Nama anda
Kegunaannya adalah seperti berikut:
Simbol rumah + Nama Blog: Pautan cepat ke paparan blog anda
Simbol update + nombor: Pautan cepat untuk update wordpress, theme dan plugin
Simbol msg: Pautan cepat ke bahagian komen
Simbol + New: Pautan cepat untuk buat post, buat page, upload gambar / video dan juga bahagian user blog.
Nama anda: Pautan cepat untuk ke profile anda dan log out.
Turun ke bawah sedikit tedapat 2 lagi pautan:
Screen option: Untuk anda menentukan rupa bentuk/paparan panel admin wordpress.
Klik pada pautan tersebut akan terbuka pilihan untuk anda tick dan untick.
Bila anda untick, bahagian yang terlibat akan hilang dari paparan panel admin.
Contohnya saya boleh kosongkan ruangan dashboard dengan untick semua pilihan yang ada.
Pilihan ‘screen option’ berbeza untuk setiap bahagian dalam ruangan panel admin – Post, Page…
Tips PRO: Gunakan Screen Option untuk melihat option tersembunyi sewaktu buat post / page.
Selesai untuk bahagian pengenalan panel admin wordpress.
Setting utama wordpress
Setting utama wordpress boleh diakses melalui menu utama: Settings
Asalnya, bahagian setting terbahagi kepada 7 bahagian iaitu:
- General
- Writing
- Reading
- Discussion
- Media
- Permalink
- Privacy
Mari kita lihat satu persatu bahagian ini.
General
Tetapan untuk tajuk laman, tag ringkas laman, url utama, email utama, pilihan pendaftaran, bahasa, zon masa serta format tarikh dan masa.
Berikut merupakan paparan Setting General:
- Site Title – Nama laman/blog. Selalunya akan muncul di header (bahagian atas) laman anda menggantikan logo (jika logo tidak ada)
- Tagline – Seperti slogan pendek. Muncul berdekatan dengan site title.
- WordPress Address (url) – url direktori utama wordpress
- Site Address (url) – url yang diperlihatkan pada umum (pembaca) di browser (pelayar internet)
- Email Address – Email untuk tujuan seperti reset password. email utama anda
- Membership – Sesiapa saja boleh mendaftar dalam laman anda jika anda tandakan bahagian ini. Disyorkan jangan tik untuk mengelakkan spam bot (melainkan anda mempunyai cara untuk menghalang bot daripada mendaftar)
- New User Default Role – Peranan yang akan diberikan pada pendaftar baru laman anda
- Site Language – Bahasa untuk panel admin.
- Timezone – Set time zone berdasarkan time zone anda. Untuk Malaysia pilih Kuala Lumpur
- Date Format – Format tarikh yang akan muncul dalam laman anda
- Time Format – Format masa yang akan muncul dalam laman anda
- Week Starts On – Set pada monday.
Writing
Bahagian setting berkaitan dengan format post dan juga pilihan kategori.
Berikut merupakan penerangan setiap satu dalam bahagian ini:
- Default Post Category – Kategori post yang diberikan automatik untuk post yang anda tidak tentukan kategorinya
- Default Post Format – Format post yang diberikan secara automatik jika anda tidak set format sewaktu buat post
- Post via email – Pilihan ini membenarkan anda untuk buat dan publish post dalam blog anda menggunakan email.
- Mail Server – alamat mail server yang anda gunakan untuk tujuan buat post melalui email
- Login Name – Login untuk email tersebut
- Password – Password untuk email tersebut
- Default Mail Category – Kategori yang diberikan secara automatik untuk setiap post yang dibuat melalui email
- Update Services – notifikasi akan dihantar ke alamat yang tertera setiap kali anda buat update baru dalam laman anda
Reading
Bahagian setting berkaitan dengan muka hadapan laman, berapa banyak post yang hendak diperlihatkan pada pembaca, RSS, ringkasan atau text penuh serta hal berkaitan dengan search engine index.
Berikut merupakan penerangan setiap satu dalam bahagian ini:
- Your homepage displays – Jika anda mahu laman utama anda adalah senarai post terkini, tetapkan pilihan pada ‘Your latest post’. Jika anda mahu muka utama laman anda berasingan daripada bahagian post terkini anda boleh tetapkan pada ruangan ‘Homepage’ dan ‘Post page’
- Blog pages show at most – Dalam ruangan blog (atau halaman utama) setting ini menentukan berapa banyak senarai post yang akan dipamerkan.
- Syndication feeds shows the… – Setting yang sama seperti diatas tetapi khas untuk rss
- for each article in feed, show – Bagaimana post anda dipamerkan di rss, post penuh atau ringkasan sahaja.
- Search engine Visibility – JANGAN tik, melainkan anda tidak mahu laman anda keluar dalam google search result
Dalam bahagian ini bagi saya setting yang penting hanyalah setting untuk homepage display. Setting lain tak perlu ubah.
Discussion
Bahagian setting berkaitan dengan komen, notifikasi email untuk komen dan juga pilihan untuk pengurusan komen. Setting asal sudah cukup baik, tak perlu ubah.
Media
Bahagian setting berkaitan dengan upload dan juga pengurusan media dalam wordpress. Seperti saiz gambar dan sebagainya. Untuk bahagian ini tak perlu ubah apa-apa. Setting asal adalah terbaik.
Permalink
Bahagian setting berkaitan dengan struktur url laman web.
Untuk bahagian common setting pastikan anda pilih url struktur ‘Post name‘. Ini menjadikan url untuk post anda lebih mudah untuk dibaca dan lebih meyakinkan.
Pada bahagian Optional anda boleh pilih perkataan lain untuk menggantikan perkataan ‘Category’ dalam url anda.
Privacy
Privacy adalah bahagian untuk anda menetapkan dasar privasi @ privasi polisi untul laman web / blog anda. Polisi privasi ini wajib terutama sekali jika anda mahu memohon adsense.
Dalam bahagian ini ada boleh tetapkan page khas untuk polisi privasi laman anda. Anda boleh pilih page sedia ada atau buat page baru.
Nota: Terdapat polisi privasi yang telah disediakan oleh wordpress dalam bahasa inggeris. Anda hanya perlu ubah, tambah beberapa bahagian dan juga terjemaahkan kepada bahasa yang selaras dengan bahasa yang anda gunakan.
Anda juga boleh dapatkan privasi polisi secara percuma daripada: Penjana automatik dasar privasi
Cara Buat Page & Post
Apa beza page dengan post?
Page digunakan untuk kandungan statik seperti homepage, tentang saya dan sebagainya.
Post pula adalah entri / content yang anda buat untuk tujuan trafik. Contohnya – Cara mendaftar menjadi affiliate lazada.
Cara buat page dan post ‘hampir’ sama. Menggunakan editor yang sama. Jika anda tahu buat page maka tahulah anda buat post.
Yang bezanya hanyalah pada bahagian setting post/page. Kita akan bincangkan setting ini kemudian.
Berikut merupakan cara buat page / post.
New page & post
Jika anda mahu buat page/post baru prosedurnya adalah seperti berikut;
Untuk Page:
- Lihat pada menu utama admin (sebelah kanan)
- Klik pada – Page > Add New
Untuk Post pula:
- Lihat pada menu utama admin (sebelah kanan)
- Klik pada – Posts > Add New
Paparan seperti berikut akan muncul:
(untuk kali pertama kotak tips akan muncul, anda boleh lihat semua tips atau skip / tekan ‘x’)
Nota: Ini adalah paparan editor terbaru selepas update WordPress Gutenberg. Saya masih lagi ‘menyukai’ dan menggunakan paparan editor lama dengan bantuan plugin Classic Editor atas sebab tertentu.
Untuk pengetahuan bersama, setiap bahagian dalam page/post editor dipanggil ‘Block‘.
Contohnya untuk bahagian title dipanggil title block, bahagian paragraph di panggil paragraph block, image block, list block dan seterusnya.
Sebagai pengguna baru mungkin agak mengelirukan. Jangan bimbang, lepas buat post 2 – 3 kali guna pasti dah tak ada masalah.
Tajuk (Title) dan isi (content)
Mari kita mulakan dengan ‘Add title’ dan sedikit contoh ‘Content’:
Masukkan tajuk pada ruangan yang bertanda ‘Add title’.
Untuk isi atau content pula anda boleh masukkan pada ruangan yang ada tertulis ‘Start writing or type / to choose block’.
Bila anda klik pada bahagian title (tajuk), anda boleh:
- Edit semula tajuk
- Edit permalink
‘Permalink’ adalah struktur url. Kita akan lihat lebih lanjut pada bahagian setting nanti.
bila anda klik pada bahagian isi / paragraph (block) akan keluar pilihan ‘Word Editor’ seperti:
- Align text left (text susun ke kiri)
- Align text center (text susun tengah)
- Align text right (text susun ke kanan)
- Bold (huruf tebal)
- Italic (text senget)
- Link (masuk link)
Cara gunanya juga sama seperti mana-mana word editor biasa – Highlight text kemudian klik pilihan (bold, italic, masuk link…)
Jika anda tekan enter, secara automatiknya block baru (jenis paragraph) akan terbina.
(anda juga boleh buat block baru dengan simbol ‘+’ yang terletak pada penjuru atas kiri kemudian add Paragraph block)
Heading, Gambar, List, Quote…
Bagaimana pula jika nak buat heading (tajuk besar), masukkan gambar, buat list, quote dan lain-lain?
Anda hanya perlu tekan enter dan tukarkan block tersebut kepada jenis yang anda mahu.
Contohnya, mungkin anda nak buat tajuk besar (heading)…
Pada block baru tersebut (selepas tekan enter), klik pada simbol ‘+’.
Pilihan jenis block akan keluar – Paragraph, Heading, Image, Gallery…
Pilih Heading.
Tips PRO: Anda boleh tukarkan jenis block paragraph yang sedia ada kepada jenis block heading, list (jenis text) dengan cara; klik pada block tersebut dan tukarkan jenis block daripada pilihan menu yang keluar.
Gunakan cara yang sama untuk image, list, Quote dan lain-lain.
Nota: Penerangan lebih lanjut berkenaan media (image, video, audio) rujuk bahagian: Cara masukkan media (image, video, audio)
Seterusnya, pada ruangan sebelah kanan editor (Page & post) pula:
Setting Document
Bahagian ini anda boleh menetapkan setting tertentu untuk page & post anda.
Terdapat sedikit perbezaan pada setting document untuk page dan post.
Berikut merupakan senarai Setting Document yang ada untuk page & post:
- Status & Visibility – Untuk Page & Post
- Permalink – Untuk Page & Post
- Featured Image – Untuk Page & Post
- Discussion – Untuk Page & Post
- Page Attributes – Untuk Page sahaja
- Categories – Untuk Post sahaja
- Tags – Untuk Post sahaja
- Excerpt – Untuk Post sahaja
Status & Visibility (Page & Post): Dalam setting ini dipecahkan lagi kepada 2 bahagian iaitu – Visibility dan publish.
Untuk visibility, bila anda pilih ‘public’ semua orang yang mempunyai akses internet boleh lihat page/post anda selepas publish.
Untuk private, hanya admin dan editor (yang login) sahaja boleh lihat post/page tersebut.
Untuk Password protected, kena perlukan password untuk lihat.
Bahagian Publish pula membolehkan anda buat pilihan untuk publish serta merta (Immediately) atau set masa.
Terdapat tambahan untuk post iaitu ‘stick to the top of blog’.
(juga dilabelkan sebagai ‘sticky post’ atau ‘make this post sticky’)
Setting ini membuatkan post pilihan anda sentiasa berada pada kedudukan teratas sekali dalam senarai post anda.
Permalink – Page & Post: Permalink adalah struktur url bagi post / page yang sedang anda buat.
Anda boleh ubah struktur tersebut di sini.
TETAPI, anda dinasihat kan agar tidak mengubah struktur url selepas anda publish mana-mana post/page. Kerana ini akan mengakibatkan para pembaca akan mengalami masalah ‘Page not found’.
Jika anda terpaksa untuk mengubah juga (mungkin disebabkan url tidak sesuai @ terlalu panjang) gunakan plugin redirect.
Featured Image – Page & Post: Bergantung pada theme yang anda gunakan, anda boleh set featured image disini.
Featured image akan keluar seperti ini pada post anda:
Discussion – Page & Post: Anda boleh buat pilihan untuk membenarkan orang membuat komen atau tidak.
Untuk Post terdapat pilihan tambahan untuk ‘Pingbacks & Trackbacks‘.
Cadangan saya?
Untick sahaja ‘Pingbacks’ ni…
Buat penuh bahagian komen dan makan memory sahaja…
Page Attributes – Page sahaja: Pada bahagian ini anda boleh tetapkan page untuk berada dibawah page tertentu.
Contoh: Dalam page ‘Tentang syarikat’ dipecahkan lagi kepada ‘Sejarah syarikat’ dan ‘biodata pihak pengurusan’. Oleh itu anda set attribute kedua-dua page tersebut under ‘tentang syarikat’.
Categories – Post sahaja: Untuk anda set kategori post yang sedang dibuat dan juga buat kategori baru.
(lebih lanjut tentang kategori pada bahagian: Post kategori)
Tags – Post sahaja: untuk anda set atau buat tag baru. Sama seperti kategori, tag adalah satu lagi cara untuk anda mengkelaskan post-post anda.
Excerpt – Post sahaja: Excerpt adalah ringkasan untuk post anda.
Bergantung pada jenis theme anda boleh buat execrpt khas untuk mana-mana post anda di sini.
Jika anda biarkan kosong, wordpress akan secara automatiknya mengambil beberapa perenggan terawal dalam post anda untuk dijadikan excerpt.
Setting Block
Bersebelahan dengan setting document terdapat setting block.
Apa gunanya setting block ini?
Cuba klik pada mana-mana block dalam content anda.
Contohnya saya klik dekat block paragraph, setting block seperti berikut akan muncul:
Berdasarkan pilihan yang diberikan saya boleh set:
Text settings: Ubah saiz text, kecilkan atau besarkan sedikit..
Dan ubah style – huruf pertama jadi besar..
Color setting: Mungkin saya nak background dan text warna special sedikit…
Selain itu jika anda fasih menggunakan CSS boleh tetapkan class pada bahagian css.
Tips Advance: Dari segi pengendalian laman, adalah tidak digalakkan untuk set style pada page / post individu (inline css).
Setting block berbeza untuk setiap jenis block. Cuba klik pada block heading, image dan list untuk lihat pilihan setting yang diberikan.
Publish Post
Butang publish pada bahagian penjuru atas kanan:
Bila dah berpuas hati dengan post / page anda, klik butang ini untuk publish.
Terdapat 2 cara untuk publish:
- Publish post: Cara biasa, dah siap klik butang publish dan terus online.
- Scheduled Post: Anda set masa untuk post tersebut di publish.
Untuk Scheduled post, anda boleh setkan tarikh untuk post tersebut di publish melalui Setting Document > Status & Visibility > Publish.
Bila anda set masa contohnya 2 hari kemudian, butang ‘publish’ akan automatik bertukar menjadi butang ‘Scheduled’.
Set masa, klik butang ‘Scheduled’ dan bila sampai masanya post anda akan di publish. Ada boleh juga ‘backdate’ kan post anda menggunakan fungsi ini.
Selain itu terdapat juga butang ‘Preview‘ untuk anda lihat paparan post / page anda sebelum publish dan;
‘Save Draft‘ Untuk simpan dahulu post / page.
Lain-lain butang & menu
Pada penjuru atas kiri terdapat kumpulan simbol (menu) seperti berikut:
Simbol ‘+‘ adalah pilihan untuk ‘Tambah Block’.
Anak panah kebelakang dan kedepan untuk fungsi pantas jika anda terbuat silap.
Simbol tanda seru terbalik bermaksud info.
Pada bahagian ini juga anda boleh lihat maklumat post / page anda seperti struktur, jumlah perkataan dan sebagainya.
Dan simbol yang kelihatan seperti senarai adalah pautan cepat untuk anda sampai ke bahagian tertentu (block tertentu) dalam post anda.
Cara masukkan media (image, video, audio)
Media termasuklah: Foto (gambar), video dan audio (bunyi).
Jika anda lihat pada menu utama admin, terdapat pilihan untuk ‘Media‘
Anda boleh masukkan media dalam post/page melalui 2 cara:
- Upload terus ke bahagian Media Library
- Upload semasa buat post / page
Cara upload media ke library
Untuk upload media ke library klik:
Menu Media > Add New
Paparan berikut akan muncul:
Seterusnya anda hanya perlu klik pada butang ‘Select Files‘, pilih media yang hendak di upload ataupun;
Tarik masuk fail media yang hendak anda upload.
Cara masukkan media ke dalam post
Anda juga boleh upload media sewaktu buat post.
Berikut caranya:
Pada block baru, klik pada ikon media (Add image) :
Seterusnya anda akan diberikan pilihan untuk Upload, pilih dari Media Library dan juga Insert from URL.
Untuk Upload: Klik pada butang upload, kemudian pilih fail yang anda ingin muat naik.
Untuk Media Library: Pilih media yang sudah sedia ada (sudah di upload) dalam media library anda.
Untuk Insert from URL: Masukkan url media.
Anda hanya perlu tahu url media yang ingin anda masukkan dalam post anda tanpa perlu upload.
Contohnya saya jumpa media (gambar) ini dekat Google Image search:
Nota: Bila nak ambil gambar daripada google search kena periksa dahulu copyrightgambar tersebut. Boleh guna atau tidak…
Jika anda guna browser ‘Google Chrome’, anda boleh dapatkan url tersebut dengan cara right-click > Copy image address.
Masukkan url tersebut dalam ruangan ‘insert from url’
Paparanya dalam post anda:
Anda boleh juga masukkan video dari youtube menggunakan cara ini.
Nota Penting: Saya tidak syorkan gunakan url orang lain (kecuali youtube) kerana anda tidak mempunyai control terhadap media tersebut.
Cara buat Categories & Tags
Categories dan tags dibuat untuk memudahkan anda menyusun post anda dengan lebih teratur.
Ia juga memudahkan para pengunjung @ pembaca untuk akses bahagian dalam blog / laman anda yang menarik perhatian mereka
Post Categories
Terdapat 2 cara untuk anda buat Categories dalam post:
- Melalui menu utama admin: Posts > Categories
- Sewaktu buat post
Melalui menu utama admin
Klik pada Posts > Categories.
Paparan berikut akan muncul:
Untuk buat Categories beberapa ruangan perlu dilengkapkan / pilih seperti berikut:
- Name: Isikan nama kategori
- Slug: Slug adalah url untuk category anda. Biarkan kosong untuk set automatik. Boleh juga anda tentukan.
- Parent Category: Biarkan pada pilihan None, kecuali kategori tersebut adalah ‘kategori dalam kategori’.
- Description: Sedikit penerangan berkenaan kategori tersebut. Bergantung pada theme, bahagian ini mungkin akan dipamerkan untuk pembaca.
Setelah siap klik pada butang ‘Add New Category’
Cara set Category untuk post
Dalam post yang sedang dibuat, akses setting document yang terletak pada bahagian kanan anda:
Semua Cateogry yang anda sudah buat akan muncul di sini.
Tick untuk pilih.
Terdapat juga pilihan untuk ‘Add New Category’ dalam bahagian ini.
Anda boleh gunakanya untuk buat Category baru tanpa perlu pergi paparan ‘categories’.
Post Tags
Untuk buat tags:
Menu utama admin: Posts > Tags.
Paparan berikut akan muncul:
Untuk buat Tags, beberapa ruangan yang perlu di isi adalah seperti berikut:
- Name: Nama tag anda
- Slug: Isikan slug pilihan anda atau biarkan kosong untuk set secara automatik.
- Description: Sedikit penerangan tentang slug anda. Bergantung pada theme yang anda gunakan penerangan ini mungkin akan dipamerkan untuk pembaca.
Untuk set tags, akses setting document yang terletak pada bahagian kanan anda sewaktu buat post:
Terdapat juga pilihan untuk ‘Add new tag’ di sini.
TIPS: Anda boleh tentukan categories & tags dengan pantas untuk post anda dengan cara akses pilihan All post: Posts > All posts, kemudian klik Quick edit pada post individu.
Cara set home page dan blog page
Jika anda tidak mengubah / membuat apa-apa setting laman utama bagi website anda adalah senarai kesemua post-post yang telah anda buat.
Dalam sesetengah kes (bergantung pada jenis laman) anda tidak mahu setting ini. Mungkin anda mahu asingkan senarai post terkini anda daripada homepage.
Dengan erti lain kata anda mahu tetapkan satu page khas untuk homepage anda dan senarai post (blog) anda dalam page lain.
Terdapat 2 cara untuk anda melakukanya:
- Melalui Setting > Reading
- Melalui Appearance > Customize > Homepage settings
Terlebih dahulu anda kena sediakan (buat) page baru khas untuk homepage. Pergi ke bahagian page dan create a new page:
Kemudian buat satu lagi page baru khas untuk senarai post terkini anda (blog). Untuk page ini tak perlu buat apa-apa isi. Buat page kosong sahaja:
Seterusnya anda set homepage dan blog page melalui mana-mana cara yang dinyatakan diatas. Dalam contoh ini saya pilih cara melalui Setting > Reading.
Dalam ruangan homepage display pilih ‘Static page’ kemudian set home page dan posts page ke page yang anda telah buat tadi:
Jangan lupa klik pada butang ‘Save changes’ untuk simpanan tetapan.
Cara install theme
Terdapat 2 cara untuk install theme di wordpress yang akan kita bincangkan sini:
- Install theme guna ‘theme search’
- Install theme cara upload
Nota: Ada satu lagi cara install iaitu melalui FTP. Tapi cara itu tidak akan kita bincangkan di sini kerana agak kompleks @ bukan untuk yang baru bermula.
Install theme guna ‘theme search’
Cara paling mudah untuk install theme.
Login masuk ke dalam panel admin wordpress, kemudian pada menu utama klik:
Appearance > Themes
Paparan berikut akan muncul:
Untuk cari dan install theme baru, klik pada butang ‘Add New‘:
Berikut merupakan paparan pilihan theme untuk anda pilih:
Terdapat banyak pilihan yang boleh anda buat dan semuanya adalah PERCUMA.
Anda boleh lihat theme yang popular, terbaru dan pilihan dengan menekan menu berikut:
Selain itu anda juga boleh guna ‘Featured Filter‘ untuk membantu anda buat pilihan.
Klik pada ‘Featured Filter’:
Di sini anda boleh menapis keputusan theme yang diberikan berdasarkan fungsi / keperluan yang anda mahu.
Contohnya saya nak install themes yang sesuai untuk blog ‘makanan’. Jika tak pasti nak pilih apa ‘Features’ dan ‘Layout’. biarkan sahaja kosong.
Klik pada butang ‘Apply Filter‘ untuk lihat keputusan yang diberikan:
Terdapat 135 themes yang diberikan untuk saya pilih.
Cuba bawa pointer mouse anda ke salah sebuah themes. Pilihan ‘Details & Preview‘, ‘Install‘ dan ‘Preview‘ akan muncul.
Klik pada ‘Details & Preview’ untuk lihat maklumat themes dengan lebih lanjut.
Perhatikan maklumat yang muncul sebelah kiri:
Beberapa benda yang mungkin anda perlu ambil kira adalah seperti rating dan juga version.
Pilih rating yang tinggi.
Untuk version pula pilih yang version nya lebih daripada 1 (maksudnya pembuat theme tersebut masih aktif memperbaiki theme).
Saya selalunya akan membuat kajian lebih menggunakan Google search untuk mendapatkan maklumat lebih seperti demo theme dan juga dokumentasi.
Selesai buat pilihan klik pada butang ‘Install‘ untuk install theme pilihan anda.
Selesai install klik pada butang ‘Activate‘ untuk aktifkan theme tersebut.
Selanjutnya, mungkin anda perlu buat beberapa setting melalui customize atau melalui option panel (bergantung pada theme yang anda pilih).
Install theme cara upload
Cara ini digunakan jika anda mahu install theme yang bukan daripada ruangan ‘theme search’ dalam wordpress.
Mungkin anda ada beli theme premium…
Jika anda ada fail theme tersebut anda boleh upload masuk ke dalam wordpress anda.
Pergi ke bahagian themes:
Appearance > Themes
Klik pada butang Add New.
Klik pada butang ‘Upload Theme‘.
Selesai upload (dan install) klik pada butang activate untuk aktifkan theme tersebut.
Cara mengubahsuai theme
Sejauh mana anda boleh mengubahsuai theme bergantung kepada pilihan pengubahsuaian yang disediakan oleh pembuat theme tersebut.
Ada sesetengah theme memberikan banyak pilihan untuk pengubahsuaian. Boleh ubah warna background, warna link, warna tajuk, layout paparan post & page dan sebagainya.
Ada juga theme yang tak bagi pilihan untuk pengubahsuaian langsung – hanya boleh ubah warna link sahaja.
Nota: Jika anda mahir dalam penggunaan php, css dan juga html, anda tidak perlu bergantung kepada pilihan pengubahsuaian yang diberikan. Anda bebas untuk mengubahsuai laman anda.
Oleh itu, sebelum anda memutuskan untuk memilih mana-mana theme, ambilah sedikit masa untuk melihat documentation atau demo theme tersebut. Lihat apa yang anda boleh lakukan dengan theme tersebut.
Dalam tutorial ini, saya mengunakan theme rasmi wordpress sebagai contoh – Twenty Nineteen.
Bahagian pengubahsuaian theme wordpress boleh diakses melalui menu utama panel admin:
Appearance > Customize
Bahasa rasmi bagi pengubahsuaian ini dipanggil ‘customize’.
Paparan bahagian customization kelihatan seperti berikut:
Pilihan pengubahsuaian terletak pada sebelah kiri paparan tersebut – Site Identity, Colors, Menus dan seterusnya…
Anda boleh lihat dan cuba satu persatu pilihan pengubahsuaian tersebut.
‘Preview‘ untuk setiap perubahan yang anda buat akan terpapar pada ruangan sebelah kanan.
Untuk simpan sebarang perubahan yang anda buat klik pada butang ‘Publish‘ yang terletak pada penjuru kiri atas.
Pada ruangan bawah sebelah kiri anda terdapat 3 ikon (Desktop, Tablet dan Smartphone) yang berfungsi untuk memberi contoh paparan laman anda daripada peranti tersebut.
Jika anda mahir dengan penggunaan CSS anda boleh menggunakan akses ruangan Additional CSS dan letakkan custom code anda pada bahagian tersebut.
Nota: Mahir dalam CSS memberikan anda kelebihan yang sangat besar sebagai pemilik laman web / blog.
Cara install plugin
Plugin adalah perisian yang mengandungi fungsi khas yang boleh anda gunakan untuk laman web wordpress anda.
Plugin menambah fungsi, memudahkan dan menjadikan pengurusan laman wordpress lebih senang.
Contohnya anda mahu letakkan slider pada homepage tetapi theme yang anda pilih tidak ada fungsi tersebut. Anda boleh guna plugin sebagai penyelesaian.
Namun begitu, pengunaan plugin dalam bilangan yang banyak memberi kesan buruk terhadap laman anda – lambat loading, masalah sekuriti dan paling buruk site crashes.
Sebelum install apa-apa plugin fikirkan dahulu, anda benar-benar perlukan plugin tersebut atau tidak.
Tips: Jangan install lebih daripada 20 plugin.
Bagaimana cara install plugin?
Contohnya, saya mahu menggunakan plugin yang boleh membantu saya dalam hal-hal berkenaan dengan SEO.
Untuk akses bahagian plugin, pada bahagian menu utama panel admin wordpress, klik:
Plugins > Add New
Dalam ruangan ‘Search‘ taipkan nama / keyword yang berkaitan dengan plugin yang anda mahu.
Berikut merupakan panduan yang boleh anda gunakan untuk memilih plugin terbaik daripada hasil carian yang diberikan:
- Rating – Pilih yang ratingnya tinggi (5 bintang) dan jumlah pemberi rating banyak
- Bilangan active installations – Jika ramai pengguna bermakna plugin tersebut terbaik
- More details – Lihat fungsi yang ditawarkan. Adakah berpadanan dengan kemahuan anda
Berbalik kepada contoh tadi, plugin yang terbaik untuk SEO adalah – Yoast SEO.
Untuk install plugin klik pada butang ‘Install Now‘.
Siap install klik pada butang ‘Activate‘ untuk mengaktifkan plugin tersebut.
Untuk melihat senarai plugin yang anda telah install klik pada:
Plugins > Installed Plugins
Dalam ruangan ini anda boleh melakukan perkara seperti: Activate plugin, deactivate plugins, delete plugin dan juga akses bahagian setting plugin.
Cara buat / pasang widget
Apa itu widget?
Dalam wordpress widget itu adalah bahagian (selain content/isi utama) yang dibuat untuk tujuan tertentu, tugas tertentu.
Lihat contoh berikut:
Gambar diatas menunjukkan widget yang dibuat dan diletakkan pada bahagian sidebar untuk tujuan seperti – like page, adsense dan juga khidmat yang ditawarkan.
Lokasi widget biasanya terletak pada:
- Sidebar – bahagian tepi kiri / kanan dalam paparan desktop
- Foot – Bahagian bawah page
- Head – Bahagian atas page
Bergantung kepada theme yang anda gunakan, pilihan lokasi widget juga mungkin ada untuk bahagian homepage.
Berikut merupakan cara untuk memasang widget.
Untuk akses bahagian widget klik pada:
Appearance > Widget
Paparan widget kelihatan seperti berikut:
Lokasi ruangan widget yang ada berbeza bergantung pada theme yang anda gunakan. Theme yang saya gunakan dalam contoh ini hanya mempunyai satu ruangan untuk widget – Footer.
Bahagian ‘Available Widget‘ adalah pilihan widget yang ada yang boleh anda pasang / masukkan dalam ruangan widget.
Untuk pasang / masukkan widget anda boleh:
Klik widget pilihan anda tersebut, kemudian pilih lokasi dimana anda mahu tempatkan widget tersebut dan seterusnya ‘Add widget‘
Atau,
Klik widget pilihan anda dan tarik widget tersebut ke bahagian di mana anda mahu letakkan widget tersebut.
Jika anda mahu membuang widget yang sedia ada, klik pada lokasi dimana widget itu berada (contohnya footer), klik widget yang anda mahu buang dan tekan pada ‘Delete’.
Penutup
Maka berakhirlah tutorial WordPress ini. Diharapakan tutorial ini dapat membantu anda.
Jika terdapat sebarang persoalan ataupun terdapat bahagian yang tidak dijelaskan @ agak membingungkan, anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah.
Hani Othman says
Salam,
Saya dah install wordpress tapi bila saya cuba masuk guna cara yang awak cakap tu sepertii type domainsaya/wp-login.php tapi tak boleh. Katanya not found.
Mohon tunjuk ajar.
B.L. Joseph says
Sudah periksa setting untuk domain? Sama ada sudah sambung dengan hosting atau belum? Mungkin boleh rujuk ini: Cara menghubungkan domain dengan hosting laman web.
nad says
assalamualaikum and hi, saya nak tanya sistem okay pakai wordpess atau php? sbb setengah org kata pakai php, ada kata sama je
B.L. Joseph says
Salam sejahtera saudari, saya cadangkan pakai wordpress… wordpress sistemnya memang guna php… saya tak pasti kalau cms php yang lain..
nad says
terima kasih sudi menjawab pertanyaan saya, tapi setengah orang mengatakan sistem kebanyakan menggunakan php
B.L. Joseph says
Saya tak pasti berkenaan dengan kebanyakkan sistem guna php. Tapi ya, wordpress juga berasaskan php. Bergantung pada saudari, jika saudari mahir dengan penggunaan php, saudari boleh buat sistem untuk blog@ laman web..tak perlu guna wordpress atau blogspot.
nad says
tp sama saja la yaa?
smiley says
Bergantung pada apa yang cik nak buat, selalu yang orang cakap sistem guna php tu mungkin untuk yang nak collect database, atau key-in data. kalau nak bina website or blog pakai wordpress senang untuk update. so kesimpulannya tak sama, sistem yang sesetengah orang cakap tu mungkin kene code sendiri.
B.L. Joseph says
Thanks smiley 🙂
sham says
Saya dah letak page..tapi bila google searrch xkeluar web saya
B.L. Joseph says
kena tunggu…or kalau nak cepat sikit guna google search console..
SALEHUDIN says
Salam tuan, saya ingin bertanya. Adakah segala setting/seo/plug in akan hilang bila saya tukar dari http ke https (guna plug in)?
B.L. Joseph says
Salam tuan, untuk segala setting dan juga plugin tak perlu dibimbangkan..cuma perlu sedikit risau dekat SEO. So, pastikan redirect betul…set dekat google webmaster (google search console) preferable https version.. Bagaimanapun dalam jangka masa panjang SEO tuan akan lebih baik dengan https.
Syafiq Muhammad says
Artikelenya sangat membantu sekali.
Ruzita says
Saya Tak mempunyai ssl macam Mana no activekan?
B.L. Joseph says
kena lihat syarikat tempat saudari beli hosting + domain tu ada offer tak free ssl (lets encrypt) kalau ada boleh aktifkan melalui cpanel.
Miza says
Saya stuck di customize theme. Saya dah activate theme yang dipilih tetapi bila customize, paparan tak sama macam tuan kongsikan tu