• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / September 20, 2018

/ Google & Adsense

Google Adsense: Cara mengetahui pendapatan post tertentu dalam blog anda

pendapatan post tertentu dalam blog

Anda boleh mengetahui jumlah pendapatan adsense secara spesifik daripada setiap post dalam blog anda

Adakah cara untuk mengetahui pendapatan adsense secara spesifik untuk setiap post?

Berikut merupakan soalan yang diajukan oleh rakan saya baru-baru ini.

Beliau ingin berkongsi pendapatan adsense dengan para penulis dalam blognya.

Saya tidak pernah memeriksa fungsi ini dalam panel adsense (kerana tidak pernah ‘menggaji’ penulis lain). Tetapi ini soalan yang bagus.

Dan apa yang saya temui adalah:

Tidak perlu guna apa-apa trik atau teknik tertentu. Fungsi ini memang sudah sedia ada dalam akaun Google Adsense anda. Anda boleh mengetahui pendapatan post tertentu dalam blog anda.

Kenapa perlu mengetahui pendapatan adsense spesifik untuk setiap post?

Selain daripada memudahkan @ menjadi rujukan jika anda ingin berkongsi pendapatan dengan penulis post tersebut ia juga boleh:

  • Mengetahui prestasi setiap post anda
  • Membuat eksperimen untuk meningkatkan CTR dan CPC post tersebut, seterusnya;
  • Meningkatkan pendapatan keseluruhan Adsense anda

PENTING: Jika anda bercadang untuk berkongsi pendapatan Adsense dengan penulis, buat cara ini sebaik sahaja post tersebut di ‘Publish’ agar anda dapat memantau pendapatan @ mempunyai data.

Langkah-langkah untuk mengetahui pendapatan adsense setiap post

Berikut merupakan caranya. Ringkas dan mudah:

langkah 1 Login masuk ke dalam akaun Adsense anda

login google adsense

Untuk login boleh guna link: Login Adsense atau guna Google search, taip masuk ‘Google adsense’ dan ‘Sign in’.

langkah 2 Klik pada menu ‘My ads’

menu my ads

Menu tersebut terletak pada sebelah kiri anda (jika anda menggunakan desktop / skrin saiz besar).

langkah 3 Pilih ‘URL channels’

Anak menu kepada menu ‘My Ads’.

menu url channel

Kemudian akan terpampang bahagian berikut:

bahagian url channels

langkah 4 Buat URL channel baru

Klik pada butang ‘New URL channel‘ untuk membuat channel baru khas untuk post yang anda ingin pantau.

butang new url channels

Bahagian seperti berikut akan keluar:

ruangan add new channel

Copy masuk ‘url’ untuk post yang anda ingin pantau jumlah pendapatannya.

copy masuk url post

Beberapa perkara yang perlu diingati:

  • Satu url untuk satu line. Jika anda mahu masukkan url baru, tekan enter dahulu.
  • Jumlah channel maksima yang boleh dibuat adalah 500 channel sahaja.

langkah 5 Klik pada butang ‘Add url channels’

klik add url channel

Channel baru anda untuk post tertentu sudah siap.

Seterusnya. Bagaimana cara untuk lihat pendapatan Adsense untuk channel yang baru sahaja anda buat.

langkah 6 Klik pada menu ‘Performance reports’

Yang terletak pada bahagian menu sebelah kiri.

menu performance reports

Secara defaultnya, paparan default report akan terpampang.

langkah 7 Klik pada ‘Filter +add’

Yang terletak pada bahagian atas ‘default report’ anda.

adsense report filter

langkah 8 Pilih ‘Filter > URL channels’

filter url channel

Channel spesifik untuk post yang anda baru sahaja buat tersebut akan muncul dalam pilihan sini.

Tandakan ‘tik’ pada channel tersebut dan klik ‘Apply’

Akan keluar report kosong, kerana anda baru sahaja membuat channel tersebut.

Tunggu beberapa hari untuk lihat report yang mempunyai data. Dan seterusnya anda boleh guna data tersebut untuk tujuan seperti ‘berkongsi pendapatan‘ dengan penulis lain.

Berguna bukan? Jika tutorial ini bermanfaat kepada anda kongsikan…

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved