• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / February 10, 2020

/ Pemasaran Affiliate

Panduan Lengkap Program Affiliate Shopee

Program Affiliate Shopee

Cara join dan buat program affiliate Shopee di Malaysia (dan dapat komisennya).

Sebelum pergi lebih jauh lihat dahulu laporan komisen hasil daripada mengikuti program affiliate ini:

komisen daripada program affiliate shopee

Jika anda berminat, dalam post ini saya akan terangkan perkara berikut:

  • Cara mendaftar program affiliate Shopee
  • Cara membuat link affiliate Shopee

Tanpa membuang masa, kita lihat bahagian pendaftaran dahulu.

Daftar program affiliate Shopee

Berbeza dengan program affiliate Lazada, Shopee tidak menjalankan program affiliate sendiri.

Mereka menggunakan khidmat orang tengah iaitu Involve Asia.

Oleh itu, untuk menyertai program affiliate ini kita kena daftar dahulu dengan Involve Asia. Langkahnya seperti berikut:

1. Daftar dengan Involve Asia

Untuk mendaftar pergi ke pautan berikut: Daftar Involve Asia.

Paparan pertama berikut akan muncul:

bahagian property information dalam pendaftaran program affiliate lazada

Dalam ruangan ini anda diminta untuk mengisi butir-butir ‘property’ anda.

‘Property’ yang dimaksudkan ini adalah media seperti laman web @ blog, facebook, instagram, youtube dan sebagainya… yang merupakan milik anda dan akan digunakan untuk program affiliate ini.

Sebagai contoh jika anda menggunakan Facebook sebagai medium utama menjalankan program ini, anda masukkan url facebook anda pada ruangan url, Kemudian nama facebook anda, kemudian channel, dan seterusnya sedikit penerangan tentang facebook tersebut.

(Pastikan url atau nama property betul untuk memudahakan proses pengesahan)

Pada bahagian channel anda boleh pilih yang bersesuaian dengan strategi anda. Contohnya untuk facebook mungkin anda boleh pilih kupon atau influencer.

Kalau anda tak pasti pilih sahaja ‘other’.

Berikut merupakan contoh bahagian ‘Property information’ yang siap di isi:

property information siap isi

Bahagian seterusnya, bahagian “property categorization’ adalah seperti berikut:

property category

Jangan bimbang, ia mungkin nampak sedikit ‘menyusahkan’ kerana susah nak pilih mana satu.

Pilih sahaja mana-mana yang terdekat, anda boleh ubah semula bila dalam akaun anda nanti.

Berikut merupakan contoh bahagian bahagian yang telah siap di isi:

property category siap isi

Bahagian seterusnya adalah seperti berikut:

premium inventory

Untuk bahagian ini pilih ‘No‘.

Bahagian seterusnya adalah ‘Personal information’ anda:

personal information

Butir-butir ini akan digunakan untuk membuat akaun anda dalam Involve Asia.

Isikan butir-butir yang diminta. Jika anda tidak mempunyai / memiliki nama syarikat, masukkan sahaja nama anda.

Sila gunakan email yang boleh diakses dan pastikan anda ingat @ simpan pasword yang dibuat. Email anda juga berfungsi sebagai username anda nanti.

Siap isi teruskan dengan menekan butang ‘Submit’.

Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang anda daftarkan tadi. Anda kena klik link yang diberikan dalam email tersebut untuk mengesahkan pendaftaran anda.

email pengesahan

Selepas klik link yang diberikan, paparan berikut akan muncul:

welcome to involve asia

Dengan ini siaplah pendaftaran anda dengan Involve Asia. Seterusnya kena tunggu kelulusan. Selalunya dalam 1-3 hari berkerja.

(Sementara menunggu kelulusan anda boleh lengkapkan dahulu profail anda terutamanya setting bahagian pembayaran).

PENTING: Jika anda tidak terima sebarang email, periksa bahagian ‘Spam’ email anda.

email kelulusan involve asia dikategorikan sebagai spam
Gmail mengkategorikan email dari Involve Asia sebagai spam

2. Apply program affiliate Shopee

Selepas pendaftaran anda dengan involve asia diluluskan, anda boleh terus untuk apply masuk program affiliate Shopee.

Pertama, login masuk ke dalam akaun Involve Asia anda: Involve Asia Publisher

(Terdapat dua jenis akaun, untuk affiliate adalah publisher)

Dashboard Involve Asia anda mungkin kelihatan seperti ini:

dashboard involve asia

Pada bahagian atas terdapat menu. Klik pada: Partner > Advertiser Directory.

Paparan seperti berikut akan muncul:

Advertiser Directory Imvolve asia

Terdapat banyak program affiliate yang boleh anda sertai sini, tapi untuk kali ini kita nak daftar dengan Shopee sahaja dahulu.

Oleh itu, taipkan ‘Shopee’ pada ruangan ‘Search’, kemudian klik ‘Search’.

Program affiliate Shopee sepatutnya akan muncul:

apply program affiliate shopee

Klik pada butang ‘Apply’ kemudian paparan soal jawab seperti berikut akan muncul:

shopee request approval form

Jawab soalan dengan ringkas tetapi menjawab soalan (jangan bagi bunga-bunga). Contohnya seperti berikut:

shopee request approval form complete

Siap isi klik pada butang ‘Submit’

Dan sekali lagi kita kena tunggu kelulusan permohonan kita. Kelulusan sepatutnya diterima dalam 1-3 hari bekerja.

Anda akan menerima email berkenaan kelulusan permohonan anda dan status ‘Pending’ akan hilang dan digantikan dengan butang ‘Generate Link’.

Affiliate Shopee generate link

Langkah seterusnya adalah buat link affiliate anda.

Cara membuat link affiliate Shopee

Nota: Gunakan PC atau laptop agar lebih mudah untuk membuat link.

Klik pada menu ‘Promotion‘ anda boleh lihat beberapa cara yang disediakan oleh Involve Asia untuk anda buat link.

pilihan cara buat link shopee

Dalam banyak-banyak cara tu, saya akan terangkan 1 cara sahaja iaitu:

  • Deeplink

Saya tak gunakan shoplink kerana saya mahu mengawal dimana link affiliate saya muncul. Jika anda guna shoplink, link akan dibuat secara automatik pada semua tempat dalam laman web anda berdasarkan keyword tertentu.

Widget Creator, Banner & Coupon pula tidak available untuk program affiliate Shopee (Setakat saya menulis post ini).

Datafeed Manager pula mungkin terlalu advance untuk digunakan.

So, tinggalah 1 pilihan iaitu – Deeplink.

(Bagi saya, sebenarnya deeplink adalah taktik terbaik untuk beraffiliate. Hampir seluruh komisen affiliate saya datang dari cara ini.)

Cara guna @ buat Deeplink

Klik pada menu: Promotion > Deeplink

Selain itu, anda boleh juga gunakan pautan ‘Browser Advertiser’ yang disediakan dalam ruangan ‘QUICK LINKS’ di Dashboard anda.

Kemudian klik pada butang ‘Generate Link’ yang terpapar:

Affiliate Shopee generate link

Paparan seperti berikut akan keluar:

pembuat link shopee

Mudah difahami dan senang untuk dipakai bukan?

Selanjutnya, buka tab baru pada pelayar browser anda dan lawati halaman rasmi Shopee: https://shopee.com.my.

Kemudian, cari produk yang ingin anda promosikan. Bila dah jumpa, copy url produk tersebut.

Sebagai contoh saya nak promosikan ‘Anti-theft Sling Bag’ ini:

anti-theft bag shopee

Copy url produk:

url produk shopee

(tips: klik pada bahagian url produk, gunakan shortkey ‘Ctr + A’ untuk select all dan ‘Ctr + C’ untuk copy)

Balik ke bahagian ‘Generate link’ untuk Shopee tadi, kemudian Paste url yang dicopy ke dalam ruangan ‘URL’.

Klik pada butang generate, link affiliate anda akan terpapar dalam ruangan ‘Generated Link’:

generated link shopee affiliate

Seterusnya anda boleh klik (tik) pada pilihan ‘Shorten Link’ untuk menjadikan link affiliate anda lebih pendek dan senang diurus.

Berikut merupakan hasil akhir link affiliate Shopee saya untuk produk tadi:

https://invol.co/cljxkk

Link affiliate anda telah siap.

Seterusnya, bagaimana nak guna link ini?

Anda boleh jadikan link ini dalam bentuk text, contohnya:

“…Untuk melindungi barang-barang anda daripada si pencuri, anda mungkin mahu memilih beg anti-theft. Beg seperti ini sukar untuk dipotong…”

Dan sedikit kreatif anda boleh selitkan link dalam post seperti ini:

contoh link dalam text

Contoh diatas diambil daripada post yang bertajuk: 12 Smartphone Murah Terbaik bawah RM500 di Malaysia 2019.

Bergantung dengan kreativiti anda.

Info / soalan berkaitan

Selanjutnya berikut merupakan info-info yang mungkin anda ingin tahu:

Berapa jumlah komisen minimum yang perlu sebelum boleh membuat pengeluaran?

Bergantung pada cara pembayaran yang anda pilih. Jika anda pilih untuk dibayar melalui ‘wire transfer‘ jumlah mimimum adalah RM80. Jika anda pilih ‘Paypal‘ jumlah minimum adalah RM400.

Berapa lama tempoh pembayaran akan dibuat?

Untuk Shopee, anda menunggu selama 90 hari. 45 hari untuk validation dan 45 hari untuk pembayaran.

Maksudnya selepas jumlah komisen anda melebihi jumlah minimum RM80/RM400, anda kena tunggu 45 hari untuk mereka memeriksa dan lagi 45 hari untuk urusan pembayaran.

(mungkin kurang sedikit dari 90 hari…)

Link saya kena klik, tapi barang tak dibeli. Masih boleh dapat komisen?

Ya boleh dengan syarat, si pengklik tadi membuat pembelian dalam tempoh 7 hari selepas klik link anda jika dia menggunakan aplikasi mobile shopee dan 30 hari jika dia menggunakan laman web shopee.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh juga baca infomasi daripada Shopee Offer Description

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila nyatakan dalam ruangan komen dibawah.

Selamat beraffiliate dengan Shopee dan terima komisen anda!

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. Yosua says

    March 17, 2020 at 8:25 pm

    gan saya udh ikut semua tapi pada saat mau dikirim ke gmail belum ada link yg dikirim oleh pihak involve asia , ada saran ga gan ?

    Reply
  2. Aiman says

    April 20, 2020 at 10:09 pm

    Saya nak tanya, link saya dia tulis has exeeceded the offer cap. Maksudnya apa ya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 26, 2020 at 4:21 am

      Bajet yang ditetapkan oleh syarikat empunya program affiliate contoh shopee sudah habis digunakan. Selalunya mereka akan renew kembali offer tersebut.

      Reply
      • Mie says

        May 15, 2020 at 10:59 pm

        Shoppe skrang ada problem.IA dh info..

        Bro..buat tutorial cmna nak baut datafeed zalora

        Reply
        • B.L. Joseph says

          May 17, 2020 at 3:28 am

          Ya.. ada problem dengan Shopee.. Sebagai affiliator kena sabar dan fokus affilaite lain. Saya akan publish tutorial datafeed dalam masa terdekat.. jangan lupa subscribe

          Reply
  3. Azad says

    May 16, 2020 at 6:55 pm

    Salam sahabat.

    Kalo org dh klik link affiliate tapi beli barang lain, komisen dpt jugak ke?

    Kalo dia beli sekali dgn barang2 lain, komisen kira dr total sales ke atau spesifik brg yg kita promote shj?

    Thanks in advance

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 17, 2020 at 3:29 am

      Salam sejahtera, asal kita bawa dia ke shopee mana-mana barang yang dibeli kita tetap akan dapat komisennya. Sama-sama…

      Reply
  4. Ismail says

    May 25, 2020 at 11:52 pm

    kalau kita beli atas affilliate link sendiri, boleh?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 28, 2020 at 5:03 am

      Saya rasa tak ada masalah, cuma terpulang kepada pihak shopee untuk validate nak bagi komisen atau tidak…

      Reply
  5. Sya K says

    May 29, 2020 at 9:39 pm

    Hi, I baru signup dgn involve asia utk refer all the shopee products I bought, I letak dlm 20 product jugak la or more dlm youtube description tu.
    Lepas 2 hari, tiba2 dia cakap Affiliate has exceeded the offer cap. Mcm mana eh tu?

    Thanks in advance

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 31, 2020 at 3:52 am

      Hai, kita kena tunggu Shopee renew semula affiliate offer mereka… sebagai alternative mungkin boleh juga cuba Affiliate Lazada. Lazada tak ada cap setakat ini.

      Reply
  6. nozz says

    May 31, 2020 at 3:03 am

    untuk advertiser directory saya xjumpa shopee. apakah shopee sudah tidak ada lagi?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 31, 2020 at 3:53 am

      Shopee masih ada affiliate. Cuma bajet untuk affiliate mereka sudah sampai limit. Selalunya mereka akan renew semula dan shopee akan muncul semula dalam advertiser directory.

      Reply
  7. Shaq says

    June 22, 2020 at 12:20 pm

    Saya punya 2 kali dah application Shopee kena reject. tak tahu kenapa

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 23, 2020 at 6:49 pm

      Saudara guna platfrom apa untuk beraffiliate ya? Sama ada blog atau laman sosial…

      Reply
  8. yeen says

    July 23, 2020 at 9:35 pm

    hye sis nk tnya saya punya kena reject sbb private mcm mna sya nk buat blik ye using same emails

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 26, 2020 at 11:42 pm

      Hai, bergantung pada sebab kenapa direject… Kalau nak apply guna email yang sama, kita kena guna medium lain..contohnya laman web lain, insta lain, facebook lain…tak boleh hantar medium pengiklanan yang sama..

      Reply
  9. Ramli says

    September 15, 2020 at 10:52 am

    Hai Admin,
    Kita bebas pilih mana-mana produk atau produk yang disenaraikan dalam ‘Notifications’ sahaja.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      October 3, 2020 at 11:18 pm

      Sebelum ini boleh pilih apa produk @ link dan gunakan link kita.. tapi sejak update ini link tersebut sudah tak ada dalam senarai… Saya masih menunggu jawapan dari pihak lazada sama ada link tersebut akan dikeluarkan semula atau tidak..

      Reply
  10. syam says

    November 12, 2020 at 7:04 pm

    salam tuan..sy ada daftar IA ni..tp di property url sy bagi link youtube channel..
    soalan sy..bolehkah sy share/copy dan letak generate link di facebook?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 13, 2020 at 7:04 am

      Salam tuan, saya cadangkan tuan add dulu facebook tersebut dalam property (account setting > Website/property > add new property). Sebab kalau tak ada dalam property mereka akan reject conversion. Tak dapat komisen..

      Reply
  11. Ezam Hidzhir says

    December 12, 2020 at 8:09 am

    affiliate shopee ni macam Onpay ke? dia bagi 90 hari je guna selepas tu kena bayar.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 20, 2020 at 4:19 pm

      Tidak..affiliate shopee dan onpay ini sangat berbeza. Affiliate Shopee ini untuk kita dapatkan komisen daripada barang yang kita tolong untuk promosikan. Tidak ada guna 90 hari selepas itu kena bayar…

      Reply
  12. Albert John says

    December 24, 2020 at 8:14 pm

    Helo, sya sdg menunggu kelulusan dri pihak shopee utk approve permohonan sya sbgai affiliate

    Biasanya ada x certain requirements yg perlu dipenuhi dri shopee utk proses kelulusan?

    Sya plan utk gunakan website sya utk promote affiliate link skiranya diluluskan..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 29, 2020 at 6:00 am

      Hello, kalau masih belum dapat kelulusan kita boleh cuba email terus pihak involve asia… alternatif lain boleh cuba apply melalui platform AccessTrade: https://www.ithmm.com/program-affiliate-accesstrade.

      Reply
      • Albert John says

        December 31, 2020 at 9:18 pm

        Owh ok…shopee dah approve permohonan sya..

        Tapi bolekah sya design banner sya sndiri tnpa gunakan shopee punya banner?

        Sya nak viewer yg dtg click link affiliate sya melalui banner ads sya sendiri..dorg klik je banner dn mereka automatically klik link affiliate sya..

        Reply
  13. Marcus says

    January 11, 2021 at 1:48 am

    Salam saudara nak tanya, kalau kita dah apply involve asia boleh apply google adsense juga ka?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 21, 2021 at 8:55 pm

      Salam sejahtera juga saudara. Boleh, cuma lagi baik apply dalam masa yang berbeza. Lepas lulus satu baru apply yang lain.

      Reply
  14. minion says

    May 11, 2021 at 11:39 pm

    admin, saya nak tanya. kalau saya based di facebook page boleh ke? saya takda blog.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      May 12, 2021 at 2:55 am

      Boleh cuba. Dalam senarai property boleh letak facebook. Kelulusan tak pasti. Tapi jika memang facebook kita banyak engagement peratus kelulusan adalah tinggi.

      Reply
  15. Madi says

    June 12, 2021 at 4:57 pm

    Account kita kena ada ramai follower baru approve ka? kalau baru nak start dgn account yang tiada follower, involve masih approve?

    Reply
  16. Lola says

    July 4, 2021 at 3:20 pm

    Salam, kalau kita sudah berjaya mendaftar di affiliate shopee dan diterima sebagai affiliate tapi saya tak daftar involve asia macam mana tu?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 11, 2021 at 10:58 pm

      Teruskan dengan Shopee. Lagi baik. Tutorial ini dibuat sewaktu shopee masih lagi belum membuka pendaftaran affiliate secara umum. So kena cari orang tengah seperti involve asia.

      Reply
  17. Idzlyn says

    July 28, 2021 at 10:54 am

    Hi admin, boleh saya tahu ada limit tak untuk generate link?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 29, 2021 at 1:59 am

      Setakat dari mula saya mula generate link sehingga kini belum pernah menerima limit. Rasanya tak ada limit.

      Reply
  18. Auni Faqihah Binti Berhanudin says

    November 20, 2021 at 3:51 pm

    Haii… Saya nak tnya ade apa2 syarat ke kalau nak jadi affiliate shopee.. Perlu ke kena ada 1000 follower di Facebook atau tak perlu…

    Lagi satu kalau dah ada akaun shopee perlu daftar juga ke involve asia

    Harap tuan sudi jawab.. Tq

    Reply
  19. Qilah says

    December 30, 2021 at 11:53 am

    Nak tanya…macam mana nak withdraw duit komisyen affiliate tu ye??

    Reply
  20. chiko says

    June 13, 2022 at 8:27 pm

    kalau underage boleh ke join affiliate?

    Reply
  21. shaa says

    August 22, 2022 at 12:08 pm

    hi ,, i baru nak belajar affiliate , mcm mne nak tukar link jadi dalam bentuk ayat?

    Reply
  22. sakura says

    January 21, 2023 at 2:10 pm

    salam admin sy nak tanya saya dh berjaya dftar affiliate tapi sangkut kat penyata bank. kat mana kita nak masukkn penyata bank tu? trm ksh .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved