• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / January 26, 2024

/ Blogging Reviews

Cara Buat Blog Percuma WordPress

Langkah – langkah buat blog percuma di WordPress.com.

Jika anda baru sahaja mula belajar cara membuat blog atau laman web, mungkin anda mahu mencuba dahulu dengan blog percuma.

Untuk itu, anda boleh cuba wordpress.com.

Pada pendapat saya blog percuma dari wordpress.com ini agak baik berbanding blogger(blogspot).

Terutama dari segi struktur urlnya dan juga pilihan theme.

Berikut contoh paparan blog percuma wordpress:

contoh blog percuma wordpress dot com
Contoh paparan blog percuma daripada wordpress.com.

Dalam post ini kita lihat satu persatu cara buat blog percuma di wordpress.com.

Disertakan juga maklumat tambahan seperti cara tukar theme dan juga cara tukar nama domain.

Tapi sebelum itu:

Guna WordPress.com ( bukan WordPress.org )

Untuk yang percuma kita gunakan wordpress.com bukan wordpress.org

Apa beza WordPress.com dengan WordPress.org?

Di WordPress.com anda boleh membuat blog atau laman web secara percuma (dan juga berbayar jika anda ingin mendapatkan fungsi lebih..).

Manakala WordPress.org pula anda boleh mendapatkan perisian wordpress percuma TETAPI anda perlu hosting sendiri laman web anda.

Untuk bacaan penuh sila lihat: WordPress.com vs WordPress.org: Apakah bezanya?

Jika anda berminat dengan wordpress.org anda boleh baca panduan ini: Cara buat blog sendiri.

Sebagai tambahan, jika anda berniat untuk membuat blog percuma untuk dapatkan side income, saya sarankan untuk kaji dahulu kelebihan dan kelemahannya.

Cara buat blog percuma wordpress.com

Berikut langkah demi langkah untuk buat blog percuma di wordpress.com. Mungkin terdapat sedikit perbezaan gambar dan kedudukan, tetapi konsepnya tetap sama.

1 Lawati laman rasmi WordPress.com

halaman utama wordpress dot com 2024

Lawati pautan rasmi wordpress.com: https://wordpress.com/.

Paparan halaman utama wordpress akan muncul seperti gambar diatas. Mungkin gambar berbeza.

2 Klik pada butang “Get Started”.

butang get started untuk mula buat website

Butang tersebut jelas kelihatan pada muka depan.

Butang yang sama juga ada terletak pada penjuru atas sebelah kanan dengan label ‘Get started’.

3 Buat akaun WordPress

pilihan login untuk wordpress dot com

Gunakan gmail, apple atau gunakan email anda untuk buat akaun.

Untuk panduan ini saya gunakan gmail.

Klik pada butang ‘Continue with Gmail’. Isikan butir-butir kemudian teruskan sehingga paparan berikut:

4 Masukkan nama domain pilihan

Taip masuk nama domain pilihan.

Masukkan nama domain pilihan anda.

Jika nama domain anda lebih daripada 2 perkataan, pastikan tidak ada jarak di antara perkataan tersebut untuk mengelakkan wordpress.com memberikan anda nama domain bernombor.

Selepas anda memasukkan nama domain, pilihan domain akan keluar pada bahagian bawah seperti berikut:

pilihan nama domain wordpress

Pilih yang percuma (FREE), klik pada butang ‘Select’, dan sekali lagi, klik pada butang ‘Continue’ yang muncul.

5 Pilih plan percuma

pilih pan free wordpress dot com

Klik butang ‘Start with Free’ untuk meneruskan.

7 Setup dan Siap

Paparan untuk setup blog wordpress anda akan muncul satu persatu. Mudah sahaja untuk difahami, hanya perlu tik kotak dan isi ruangan.

Pilih tujuan anda untuk buat laman web.
Pilih tujuan anda untuk buat blog.
berikan nama pada blog
Berikan nama pada blog anda.

Kemudian pada paparan terakhir anda diberikan pilihan untuk: Mula menulis, tengok video guide dan lihat design.

paparan setup terakhir untuk buat blog percuma di worpress

Bergantung pada anda nak pilih mana satu, butang skip proses ini terletak di bahagian penjuru atas kanan, jika anda nak skip dan pergi ke dashboard.

Selepas bahagian ini bermakna anda telah berjaya buat blog percuma dengan menggunakan servis daripada wordpress.com.

Berikut merupakan paparan bahagian admin dashboard:

paparan dashboard admin wordpress dot com

Seterusnya apa yang perlu dilakukan?

Anda boleh ikut apa yang dinyatakan dalam ruangan ‘Next Steps for your site’

Buat post pertama anda dan kemudian publish.

Panduan tambahan untuk blog wordpress percuma

Berikut beberapa panduan tambahan yang mungkin berguna pada anda.

1. Cara tukar tema (theme) blog @ laman web anda

Tema wordpress anda dipilih berdasarkan pilihan topik/jenis website @ blog anda (yang anda buat pada langkah ke 3).

Anda boleh menukar tema ini mengikut cita rasa anda sendiri.

Caranya seperti berikut:

  • Pada bahagian panel admin anda terdapat menu pilihan pada sebelah kiri.
  • Klik pada menu ‘Themes’. (Bukan butang customize).butang tukar themes
  • Paparan seperti berikut akan muncul.paparan theme wordpress
  • Pada penjuru kanan sebelah atas terdapat 3 pilihan iaitu: All, Free, Premium. Pilih Free untuk mendapatkan thema percuma.
  • Klik pada mana-mana theme untuk mendapatkan info lebih lanjut.info theme
  • Dalam ruangan berikut anda boleh membuat beberapa pilihan seperti ‘Open Live Demo’ dan juga ‘Activate’ untuk memilih.

2. Cara tukar nama domain

Anda boleh tukar nama domain untuk blog wordpress anda melalui akaun wordpress. Caranya seperti berikut:

Lawati laman login untuk akaun wordpress anda: https://wordpress.com/log-in.

Masukkan butir akaun anda (username & password) dan log masuk.

Klik pada butang ‘My sites’.

butang my sites

Pilih site yang anda ingin tukarkan nama domainnya.

Jika anda mempunyai lebih daripada 1 laman dengan wordpress.com, klik pada butang ‘Switch site‘ yang terletak dibawah butang ‘My sites’.

Seterusnya pada menu sebela kiri, klik:

Manage > Domains

manage domain wordpress

Pada paparan sebelah kanan, klik pada nama domain anda:

Pilihan berikut akan muncul:

change site address

Terdapat bahagian untuk anda ubah nama domain – Change Site Address

Taipkan nama domain baru pilihan anda untuk menggantikan nama domain yang lama. Kemudian klik pada butang ‘Change site Address‘.

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.

Like dan follow facebook ithmm!

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. ain says

    September 30, 2018 at 5:37 pm

    hi. boleb saya tau cmne nak buat website tanpa perkataan wordpress? cthnya spt encik punya blogg sekaranh nama ithmm.com. saya nak letak nama ain.com bukan ain.worspress.com. harap encik sudi membantu. tq

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 30, 2018 at 6:20 pm

      Hi.. Boleh.. Cuma kena guna modal sikit.. Ini caranya:Cara buat blog..

      Reply
  2. azura says

    December 23, 2018 at 1:38 pm

    saya dah buat website. tapi bila saya search, saya tak jumpa pun website saya

    Reply
    • B.L. Joseph says

      February 12, 2019 at 11:54 am

      Ada beberapa sebab: Mungkin rangking masih rendah @ terletak dalam page belakang2 dalam hasil search atau google masih tidak tahu kewujudan website saudari. Boleh gunakan google search console atau google webmaster untuk indek website saudari.

      Reply
    • Betty's life says

      March 17, 2019 at 2:35 am

      Hi..saya nak tnya,,awak dah jumpa website awak?mcm mana awak cari? Sebab saya juga tak jumpa website saya..huhu

      Reply
  3. Slash says

    April 20, 2019 at 8:35 pm

    Kalau guna yang free ni fungsi dia sama ke macam yang berbayar punya? Apa bezanya?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 21, 2019 at 2:10 am

      Banyak bezanya… Boleh rujuk post ini: Beza WordPress.com vs WordPress.org.

      Reply
  4. mdbasriey says

    May 23, 2019 at 6:46 pm

    macam mana nk aktifkan akaun wordpress ? tiada email yg dihantar untuk mengaktifkannya..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 19, 2019 at 2:53 pm

      kalau tak ada dalam primary inbox email cuba periksa dalam bahagian lain dalam email tuan seperti bahagian promotion, junk email atau spam…

      Reply
  5. Nor Sharifah says

    May 31, 2019 at 9:05 pm

    Assalamualaikum. Boleh kah nama domain yang telah kita daftar ditukar. Kalau boleh macam mana caranya.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      July 19, 2019 at 2:55 pm

      Terima kasih soalannya. Ya, kita boleh tukar nama domain. Saya dah tambah cara tukar nama domain dalam bahagian panduan tambahan post di atas. Cuma hati-hati bila nak tukar…terutama sekali jika dah ramai orang tahu url tersebut atau dah keluar dalam result google search.

      Reply
    • Dhiya says

      October 25, 2019 at 8:46 pm

      Hai. Kenapa bila kita dah edit then dah log out tiba2 nak buka dia jadi tak boleh and tak lama lepastu boleh tapi dia jadi yg lama. I means mcm dia balik kepada yg tak edit and mostly dlm tu hilang. Lastly, mcm mana kita nak buat penafian ?

      Reply
      • B.L. Joseph says

        December 13, 2019 at 12:06 am

        Mungkin masalah connection…selalunya kalau tak save connection atau server. Untuk penafian boleh rujuk post: Halaman penting dalam blog

        Reply
  6. Nabil says

    August 26, 2019 at 4:31 pm

    Salam, sy nak tanya. Kalau sy buat wordpress yg percumq dulu. Lepastu bila dah lama kalau sy nak upgrade yg berbayar punya boleh ke pakai benda yg sama. Maksud sy just upgrade nama domain n web hosting je. Terima kasih.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 28, 2019 at 12:27 am

      Boleh…tapi sistem dan bayarannya agak berlainan sedikit jika dibandingkan dengan jika kita gunakan self-hosted wordpress. Kita boleh upgrade wordpress.com ni kalau nak ada nama domain sendiri. Nota: Saranan saya jika nak serius terus sahaja gunakan wordpress self-hosted. Lebih murah dan senang nak atur.

      Reply
  7. Liza says

    October 20, 2019 at 1:39 pm

    Hi.
    Blog @ web free WordPress ni Boleh convert kepada blog @ website yang berbayar ke?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 13, 2019 at 12:03 am

      Boleh..tapi jalan ceritanya agak panjang sedikit..boleh upgrade akaun dengan wordpress (ada mahal sedikit) atau export content ke laman baru.

      Reply
  8. Aishah says

    November 18, 2019 at 11:43 am

    Salam,
    sy ada buat langkah2 yg tuan ajar utk buat WordPress free.
    Untuk lgkah ke4(pilih nama domain)skin yg keluar tu tak sama mcm yg tuan ajar.
    Tapi,saya berjaya buat website dgn diakhiri link website saya dgn .home.blog & bukannya WordPress.com

    Masih sama ke tuan ke tuan link website sy tu dgn wordpress?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 13, 2019 at 12:08 am

      masih sama..masih dengan wordpress..cuma mungkin nama domain yang saudari pilih dah tak ada dekat extension dot wordpress.com..sebab itulah kena bagi yang extension yang lain.

      Reply
  9. Tajuddin says

    December 31, 2019 at 5:01 pm

    Hy nak tanye. Kalau takde Kat debit / ATM camane nak bayar hosting and domain

    Reply
    • B.L. Joseph says

      January 7, 2020 at 12:09 am

      hai, memang agak susah sedikit berurusan secara online jika tak ada kad debit atau account bank online… Mungkin tuan boleh cuba guna servis daripada exabyte, mereka menerima banyak cara bayaran termasuk bank in cash deposit machine..

      Reply
  10. Secret says

    April 9, 2020 at 10:35 am

    Assalamualaikum…..sy ada pertanyaan…..adakah budak sekolah menengah boleh buat blog

    Reply
    • B.L. Joseph says

      April 9, 2020 at 10:00 pm

      Salam sejahtera, ya suda tentu boleh. Buat blog fokus untuk trafik dahulu (atau minat). Kalau nak jana pendapatan mungkin kena guna jalan lain. Mungkin kena minta pertolongan ibubapa or abang kakak untuk apply adsense atau program affiliate sebab had umur contohnya adsense kena 18 tahun. Tapi jangan bimbang, fokus pada blog dulu, trafik, view, follower. Bila dah okay duit akan datang sendirinya kemudian.

      Reply
  11. mary says

    June 14, 2020 at 12:45 pm

    heloo ,saya baru dlm wordpress ni ,saya tidak faham mcmana mengunakanya.

    Reply
  12. zaini says

    June 17, 2020 at 7:03 pm

    Hai…nak tanya beberapa soalan ni.
    1) WordPress boleh buat table ke? contoh seperti table di excel.
    2) Package Stellar ada mengatakan 3 websites sahaja. Adakah maksudnya 3 domain atau 3 pages sahaja?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 23, 2020 at 6:56 pm

      Hello tuan, salam sejahtera.

      1. wordpress kalau nak buat table biasa yang setakat nak show garis petak-petak tu boleh. Gunakan tag html table (atau plugin)
      2. Yang pakej stellar tu boleh letakkan maksimum 3 nama domain. Page unlimited, bergantung kepada ruangan yang ada.

      Reply
  13. zaini says

    June 17, 2020 at 7:08 pm

    Saya nak buat websites untuk yang mengandungi data-data peribadi di dalam table form. Kemudian setiap orang boleh semak data masing-masing dengan hanya memasukkan no ic sahaja. Setelah masukkan no ic maka keluarlah data peribadi masing-masing.

    WordPress boleh buat macam tu ke? Kalau boleh tunjuk ajar ku sifu….

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 23, 2020 at 6:58 pm

      Yang ini kalau nak diikutkan konsepnya mungkin kena guna php. Mungkin ada plugin khas yang dibuat, tapi saya tak pasti. Kalau jumpa nanti saya akan tuliskan postnya ya tuan. Silakan subscribe..

      Reply
      • zaini says

        June 23, 2020 at 11:40 pm

        Baik tuan….

        Reply
      • zaini says

        July 28, 2020 at 4:53 pm

        Ada ke tuan plugin untuk soalan saya di atas tu…

        Reply
        • izuu says

          August 13, 2020 at 10:53 pm

          tak silap saya kalau yang nak masukkan database sekali ni kena hosting localhost domain dekat tempat sendiri supaya ada tempat nak simpan maklumat database tu . Kalau buat website pakai domain percuma yang dorang bagi tu biasanya tak dapat. contohnya simpan database tu dekat phpmyadmin

          try tgk link ni https://wordpress.org/support/article/creating-database-for-wordpress/

          Reply
          • B.L. Joseph says

            August 20, 2020 at 1:49 am

            Thanks replynya tuan

  14. zaini says

    June 25, 2020 at 3:25 pm

    salam tuan…boleh bantu mcmana nk selesaikan yg dibwah tu… bila saya nak login cpanel wordpress dia kluar mcm tu…. Mohon bantuan sifu…

    Your connection is not private
    Attackers might be trying to steal your information from http://www.zainimart.com (for example, passwords, messages, or credit cards). Learn more
    NET::ERR_CERT_AUTHORITY_INVALID

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 26, 2020 at 12:22 pm

      Salam, ini kena install ssl dulu..

      Reply
  15. zaini says

    June 27, 2020 at 7:40 am

    Nak install SSL tu yang tak lepas tuan…mohon bantuan email kat saya cara2nya…kalau boleh siap gambar macam yang tuan tunjuk panduan2 tuan di website tuan ni….hehe

    Tunjuk ajar ku sifu….

    Reply
    • B.L. Joseph says

      June 30, 2020 at 8:36 pm

      Dah dapat install tak tuan?Masih tak muncul httpsnya?

      Reply
      • zaini says

        July 3, 2020 at 12:52 pm

        belum lagi tuan

        Reply
        • zaini says

          July 3, 2020 at 12:57 pm

          Tak faham mcmana nk install

          Reply
          • B.L. Joseph says

            July 3, 2020 at 7:09 pm

            Cuba hantar detail melalui ruangan Hubungi kami! tuan. Mungkin saya boleh bantu sedikit.

  16. Arief says

    August 6, 2020 at 9:18 pm

    apa maksud ‘kena hosting sendiri’ jika guna wordpress.org tu ye? boleh terangkan tak?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 10, 2020 at 12:21 am

      Maksudnya kita kena beli nama domain dan juga hostingnya… Sebab wordpress.org hanya bekalkan perisian (CMS) sahaja…

      Reply
  17. Rina says

    September 5, 2020 at 2:59 pm

    Hi, nak tanya, kalau buat blog free, boleh apply google adsense tak ?

    Kalau beli domain+hosting for personal blog pastu kita nak apply mcm affiliate ke apa for side income selalunya ambil masa berapa lama utk dapatkan income tu ?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 8, 2020 at 8:55 pm

      Jika saudari guna blogger @ blogspot boleh apply. Guna wordpress yang percuma ini tak boleh nak apply Google Adsense.

      Jika sudah mempunyai personal blog dan dibuat dengan sungguh-sungguh lepas 3 – 5 bulan mungkin sudah boleh nampak hasilnya. 3 Bulan pertama selalunya kita akan fokus untuk content, naikkan trafik ke laman kita. Bila trafik sudah lebih 100 sehari bolehlah cuba untuk jalankan strategi bagaimana nak dapatkan income.

      Reply
  18. Fikri says

    September 7, 2020 at 4:39 pm

    Salam tuan. Saya ada blog yang menggunakan free wordpress punya domain. Katakanlah saya beli domain baru dekat namecheap, macam mana saya nak masukkan @ gantikan domain lama yang dekat wordpress tu? Kalau boleh saya taknak hilang wordpress tu just nak tukar domain je. Sebab dah banyak content saya tulis dekat situ. Mohon pencerahan tuan.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 8, 2020 at 8:39 pm

      Salam sejahtera. Boleh, bila dah beli domain dan hosting kita boleh import semua content dari laman wordpress.com tu. Dalam wordpress ada pilihan untuk import content kita tu. Menu tools > Import > WordPress. Kebetulan saya dalam proses buat post berkenaan dengan topik ini. Saya akan post dalam masa terdekat.

      Reply
  19. Fikri says

    September 7, 2020 at 7:52 pm

    Pada pendapat tuan, yang mana satu lebih mudah, beli domain dan hosting di wordpress terus atau beli di tempat lain kemudian install wordpress?? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    Reply
    • B.L. Joseph says

      September 8, 2020 at 8:45 pm

      Bagi saya beli tempat lain kemudian install wordpress lebih baik. Lebih murah dan mungkin boleh dapatkan tawaran yang lebih baik. (agak mahal kalau beli dekat wordpress.com ini). Tapi kalau bajet bukan masalah boleh beli dekat wordpress. Lagi satu, jika beli dekat wordpress.com MUNGKIN tak dapat akses database… Tak dapat control penuh pada laman kita.

      Reply
  20. najib says

    November 10, 2020 at 3:51 pm

    salam ,

    saya ada bli domain kat tempat lain.. so skg nak buatwebsite guna wordpress tranfer ke wordpress jedomain tu.. adakah kita punya subscription domain tu dgn domainprovider yg mula2tu kira burn?
    adakah kita kena byr pulak kat wordpress domain tu..

    Reply
    • B.L. Joseph says

      November 13, 2020 at 7:12 am

      Salam tuan, kita boleh beli domain dan hosting dari tempat berbeza dan gunakannya bersama.. Contohnya tuan dah beli domain daripada bigdomain, kemudian beli hosting dekat namecheap, tak perlu beli domain baru. Domain lama boleh disambungkan dengan hosting tuan. Berkenaan dengan wordpress pula, jika tuan nak guna wordpress tak semestinya beli dekat wordpress.com (mahal dekat sana). Tuan boleh beli mana-mana hosting (pilih syarikat yang trusted) kemudian install wordpress. Adakah saya menjawab soalan tuan?

      Reply
  21. baru belajar says

    November 29, 2020 at 12:03 am

    Assalamualaikum, nak tanya kalau guna wp free ni bole ke nak ubah font size bg top menu?Kalau boleh, macam mana ya?tq in advance

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 2, 2020 at 3:53 pm

      Salam sejahtera, dukacitanya untuk versi yang free ini kita tak dapat nak ubah style bahagian yang sudah tersedia contohnya menu, footer dan sidebar. Kecuali kita dapat cari theme yang menyediakan pilihan untuk ubah saiz menu. Kalau untuk post yang kita buat / tulis mungkin boleh. Guna inline css.

      Reply
  22. Cika says

    December 7, 2020 at 1:46 pm

    Assalamualaikum,, nak tanya, macam mana nak buat blog dan kita dapat byrn drpd blog kte? Step yg sama atau ada step lain ye?

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 20, 2020 at 4:26 pm

      Salam sejahtera, setakat memiliki blog tidak akan memberikan kita apa-apa pendapatan. Blog kita gunakan sebagai medium untuk menjana pendapatan. Terdapat beberapa cara: Cara buat duit dengan blog. Post dekat atas adalah cara untuk buat blog secara percuma. Masih boleh digunakan untuk menjana pendapatan online.. Cuma pilihan agak terhad sedikit. Jika kita nak buat blog yang benar-benar milik kita dan tiada batasan untuk kita gunakannya, buat blog yang berbayar: Cara buat blog sendiri.

      Reply
  23. Naz says

    April 8, 2021 at 4:35 am

    Thank youuu so much for sharing this! It helps me to create a blog. I need to share my story but maybe later boleh generate income hehee thanks again!

    Reply
  24. someone says

    November 6, 2021 at 7:20 pm

    saya nak tanya kalau dah buat blog ni kan lepastu buat laa content ape yang kita nak,so kita dah dapat income eh dekat situ? tapi kena tunggu setahun gitu yee?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • Cara Buat Blog Lengkap (untuk Pemula!)
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Shopee?
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved