• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / June 10, 2021

/ Blogging Tips

Apa itu Canonical URL?

apa itu canonical url

Untuk anda faham apa itu Canonical URL dan kepetingannya dalam blog.

Dalam post ini kita akan lihat:

  • Apa itu Canonical URL
  • Bila masa anda perlu guna Canonical URL
  • Bagaimana cara buat Canonical URL

Dengan post ini, kita dapat memastikan post kita disenaraikan @ di index kan dengan betul dalam Google.

Apa itu Canonical URL?

Setiap post yang kita buat mungkin mempunyai lebih daripada satu url, tetapi semuanya merujuk kepada halaman yang sama.

Contohnya apabila kita meletakkan banyak tag pada post seperti ini:

contoh post banyak tag
Contoh post yang mempunyai banyak tag dan boleh mewujudkan banyak url sampingan

Url utama post tersebut adalah:

https://www.blogsaya.com/alat-kecemasan-wajib-dalam-kereta

Akan tetapi oleh kerana tag, url seperti berikut mungkin juga wujud:


https://www.blogsaya.com/alat-kecemasan-wajib-dalam-kereta/amaran-segitiga
https://www.blogsaya.com/alat-kecemasan-wajib-dalam-kereta/pemadam-api
https://www.blogsaya.com/alat-kecemasan-wajib-dalam-kereta/triangle

Yang mana semua merujuk kepada halaman yang sama.

Ini mungkin akan mewujudkan sedikit kekeliruan pada search engine untuk menentukan mana satu url utama.

‘Canonical URL‘ dibuat tujuannya mengatasi masalah seperti ini.

Canonical url adalah cara untuk kita beritahu search engine seperti google apakah url utama dan perlu digunakan daripada senarai url tersebut.

Prosedur ini dinyatakan secara rasmi dalam RFC 6596.

Bila masa anda perlu guna Canonical URL?

Biasanya kita tidak perlu bersusah payah untuk menentukan / membuat canonical url untuk setiap post.

Google akan tahu sendiri manakah url yang utama.

Kita perlu buat canonical url untuk kes-kes seperti berikut:

  • kita gunakan terlalu banyak tag dalam setiap post dalam blog
  • Post kita yang muncul dalam google search bukan url utama

Jika anda sering gunakan tag berbeza untuk setiap post yang anda buat, mungkin anda perlu buat canonical url.

Bila terlalu banyak url yang merujuk kepada halaman yang sama, Google mungkin akan salah pilih.

Apa yang dipilih mungkin bukan url utama post tersebut.

Yang url utama mungkin tiada langsung dalam senarai Google.

Contohnya seperti berikut:

contoh masalah duplicate url
url utama post tiada dalam senarai keputusan carian Google.

Dalam gambar diatas, post utama ‘cara buat pinned post facebook’ tiada dalam senarai Google.

Bila terjadi perkara seperti ini kita kena buat canonical URL.

Google mempunyai bajet untuk pergi melihat (crawl) setiap url yang kita sediakan.

Bila kita berikan banyak url untuk halaman yang sama tanpa menentukan mana satu url utama, google akan pilih sendiri.

Kemudian yang lain itu dia tak tengok.

Kalau tengok pun mungkin kemudian, bukan keutamaan.

Oleh itu baik kita tentukan Canonical url.

Bagaimana cara buat Canonical URL

Canonical url ini kita buat dengan cara meletakkan sebaris kod html di bahagian head halaman yang berkenaan.

Kod htmlnya kelihatan seperti berikut:

<link rel="canonical" href="https://www.blogsaya.com/pageutama" />

Berita baiknya anda boleh gunakan plugin untuk tujuan ini.

Tidak perlulah masuk ke bahagian kod-kod.

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan plugin Yoast SEO.

Jika anda belum install, teruskan ke bahagian plugin, cari dan install plugin ini.

Boleh baca juga: Cara Menggunakan Yoast SEO dalam Post

Selain daripada tujuan buat canonical url, plugin ini sangat baik untuk membantu anda untuk menerapkan SEO dalam post.

Selepas install dan aktifkan, anda masuk ke dalam post yang bermasalah.

Kemudian skrol ke bahagian paling bawah untuk sampai ke bahagian ‘Yoast SEO’.

Dalam bahagian itu terdapat pilihan ‘Advanced‘.

Pilih bahagian tersebut.

bahagian advance dalam yoast seo
Bahagian advance dalam yoast SEO.

Dalam bahagian tersebut, terdapat ruangan untuk canonical url disediakan.

ruangan canonical url yoast seo

Masukkan url utama (pilihan) untuk post tersebut disini.

Selanjutnya hanya perlu tunggu Google untuk update keputusan cariannya.

Semoga post ini dapat membantu anda memahami apa itu canonical url dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog
  • Cara Buat Blog Lengkap (untuk Pemula!)
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap.

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved