• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / September 22, 2017

/ WordPress

Cara Buat Breadcrumb WordPress Menggunakan Plugin Yoast SEO 2017

cara buat breadcrumb wordpress

Adakah laman web anda dilengkapi dengan breadcrumb?

Jika anda menggunakan platform WordPress, sesetengah tema mungkin menawarkan fungsi ini.

Jika tidak ada, anda terpaksa membuat breadcrumbs sendiri.

Bagaimanakah cara membuat breadcrumb dalam WordPress?

Dalam post ini anda akan belajar cara buat breadcrumb WordPress dengan mudah mengggunakan Plugin Yoast SEO. Jika anda ikuti langkah ini dengan betul, saya pasti pada akhir post ini, anda akan dapat membuat breadcrumb untuk laman web atau blog anda.

Maksud dan kegunaan breadcrumb

Breadcrumb adalah bantuan navigasi untuk laman web. Ia memudahkan para pelawat untuk mengetahui kedudukan semasa mereka sewaktu menjelajahi laman web anda. Untuk lebih jelas berikut merupakan contoh breadcrumb.

cara buat breadcrumb wordpress

Kewujudan breadcrumb dalam laman web atau blog sangat penting. Ia bukan sahaja membantu para pelawat tetapi jua memperbaiki SEO laman web anda.

Untuk pengetahuan anda juga, breadcrumb adalah salah satu faktor kelulusan permohonan akaun adsense.

Cara buat breadcrumb WordPress

Terdapat beberapa langkah utama yang diperlukan untuk membuat breadcrum dalam laman web anda. Secara ringkasnya langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.

  1. Install Plugin Yoast SEO
  2. Aktifkan fungsi Breadcrumb
  3. Masukkan kod PHP
  4. [Pilihan] Ubah sytle breadcrumb
  5. [Pilihan] Memasukkan breadcrumb secara manual pada setiap halaman

Cara ini memerlukan sedikit pengetahuan dalam pengurusan laman web WordPress. Jika inginkan bacaan tambahan anda boleh merujuk: Tutorial WordPress untuk cara-cara mengurus laman web wordpress.

Mari kita lihat dengan lebih terperinci untuk setiap langkah tersebut.

Langkah 1: Install Plugin Yoast SEO

Terdapat besar kemungkinan anda sudah install plugin Yoast kerana plugin ini adalah salah satu plugin yang amat berguna untuk SEO.

Jika anda sudah install teruskan ke langkah yang berikutnya. Jika anda belum install sila ikuti cara ini.

Nota: Bagi saya plugin Yoast SEO adalah plugin yang terbaik untuk SEO. Anda patut menggunakan plugin ini.

Cara-cara install Yoast SEO:

  1. Dalam bahagian admin pergi ke Plugins > Add New. install plugin baru yoast seo
  2. Taip masuk “Yoast SEO“. Pilih plugin “Yoast SEO” by team Yoast, Install dan aktifkan. Install yoast SEO plugin
  3. Setelah selesai, pilihan menu “SEO” akan muncul pada bahagian kiri halaman admin anda.

Langkah 2: Aktifkan fungsi breadcrumb

Untuk mengakses bahagian breadcrumb, kita kena mengaktifkan bahagian “Advance setting“. Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan bahagian advance setting.

Cara aktifkan Advance setting Yoast SEO:

  1. Klik pada SEO > Dashboard.dashboard pada yoast seo menu
  2. Pada bahagian Dashboard, klik tab “Features” yang terletak pada bahagian atas.yoast enabling advance setting
  3. Pergi ke bahagian “Advanced settings pages” dan klik “enabled“.
  4. Klik “Save Changes” yang terletak di bahagian bawah untuk simpan tetapan.

Seterusnya kita akan mengaktifkan fungsi breadcrumb dalam plugin Yoast SEO.

Cara aktifkan fungsi Breadcrumb dalam Yoast SEO:

Yoast SEO aktifkan breadcrumb

  1. Klik pada menu SEO > Advance.
  2. Klik pada tab “Breadcrumb“, pada bahagian “Enable Breadcrumbs” klik “Enabled“.
  3. Klik “Save Changes“.

Langkah 3: Masukkan Kod PHP

Nota: Bahagian ini memerlukan pemahaman yang agak mendalam kerana melibatkan pengubahan struktur kod. Sila ikuti langkah berikut dengan teliti atau minta bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Anda boleh bertanya juga dengan saya

Untuk breadcrumb muncul dalam setiap page dan juga post anda, anda perlu memasukkan kod PHP berikut.

<?php
if ( function_exist('yoast_breadcrumb') ) {yoast_breadcrumb ('<p id="breadcrumbs">','</p>');
}
?>

Kod diatas boleh dimasukkan dalam fail single.php, page.php atau header.php. Kedudukan kod tersebut adalah seperti berikut:

  • Untuk single.php dan page.php: Letakkan selepas tajuk atau title.
  • Untuk header.php: Letakkan pada bahagian paling akhir.

Saya cadangkan anda untuk meletakkan kod tersebut dalam header.php kerana lebih mudah dan sesuai untuk hampir semua tema WordPress.

Cara memasukkan kod PHP dalam Header.php

Kod PHP tersebut tersebut boleh dimasukkan ke dalam fail header.php melalui 2 cara iaitu:

  1. Menggunakan Editor dalam ruangan admin laman web WordPress
  2. Menggunakan File Manager cPanel

 

Anda boleh pilih salah satu daripada 2 cara yang dinyatakan tersebut. Cara paling mudah dan cepat adalah dengan menggunakan Editor dalam ruangan admin laman wordpress anda.

Cara 1: Masukkan kod menggunakan Editor

Edit tema guna editor

 

  1. Pada bahagian admin laman web WordPress anda, klik Appearance > Editor. Ini akan membawa anda ke halaman “Edit Themes“.
  2. Pada bahagian kanan (Templates), cari header.php. Nama fail tersebut mungkin berbeza bergantung kepada tema, tapi pastikan nama fail yang berada dalam kurungan adalah (header.php).
  3. Klik fail header.php tersebut.
  4. Skrol hingga anda sampai ke bahagian paling bawah, kemudian dalam perenggan baru letakkan kod tersebut.Lokasi tempat masuk kod breadcrumb Yoast SEO
  5. Klik “Update file“

Cara 2: Masukkan kod menggunakan File Manage cPanel

  1. Masuk kedalam bahagian cPanel untuk laman web anda. Anda boleh akses cPanel dengan menambah “/cpanel” pada domain utama anda, seperti berikut “www.ithmm.com/cpanel“. Atau akses melalui akaun pada pada hosting server yang anda daftar.
  2. Dalam ruangan cPanel pergi ke bahagian File > File Manager dan klik.file manager dalam cpanel
  3. Dalam File Manager, pada sebelah kiri klik public_html > wp-content > themes >themes anda.
  4. Lihat pada bahagian sebelah kanan, cari file header.php, pilih dan klik “Edit“. fail header.php dalam file manager cpanel
  5. Dalam fail header.php, skrol sehingga bahagian paling akhir, buka perenggan baru dan masukkan kod yang dinyatakan di atas.ubah fail header guna file manager cpanel
  6. Klik “Save Changes“save changes dalam file manager cpanel

Sekarang, cuba buka salah satu halaman dalam laman web atau blog anda.

Jika anda mengikut semua langkah yang dinyatakan diatas dengan teliti breadcrumb akan muncul pada bahagian paling atas setiap halaman pada laman web atau blog anda.

Nota: Sebagai maklumat, kod yang anda masukkan ini akan terpadam setiap kali anda update tema anda. Anda perlu memasukkan semula kod tersebut.

Langkah 4: [Pilihan] Hilangkan breadcrumb pada halaman utama

Dengan menggunakan teknik ini breadcrumb akan muncul pada semua halaman termasuklah halaman utama.

Jika anda tidak mahu breadcrumb muncul pada halaman utama berikut merupakan caranya:

  1.  Pada bahagian admin laman wordpress anda, klik Appearance > Edit CSS.sembunyikan breadcrumb pada homepage
  2. Masukkan kod css dibawah dan tekan save.

.home #breadcrumbs { display: none; }

Anda boleh juga menghilangkan breadcrumb pada halaman tertentu dengan menggantikan .home pada kod di atas dengan kod spesifik untuk halaman tersebut contohnya .page-id-5 dan sebagainya, bergantung pada struktur kod tema laman web anda.

Langkah 5: [Pilihan] Masukkan kod breadcrumb secara manual untuk setiap halaman

Jika anda tidak mahu mengganggu struktur kod laman web anda, anda boleh memasukkan breadcrumb secara manual pada setiap halaman menggunakan kod pendek (shortcode) berikut:

["wpseo_breadcrumb"]

Nota: Buang pembuka dan penutup kata daripada shortcode diatas untuk mengaktifkan fungsi kod pendek tersebut

Letakkan kod tersebut pada bahagian paling atas setiap halaman anda. Keburukan teknik ini adalah, anda perlu meletakkannya pada setiap halaman, satu per satu.

Untuk rujukan tambahan anda boleh melihat tutorial breadcrumb yang dikeluarkan oleh team yoast sendiri.

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved