• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / February 16, 2021

/ Tips Blogging

6 Halaman Penting Harus ada dalam Blog

halaman penting dalam blog

Apa page yang perlu saya buat?

Bagi yang baru bermula dalam dunia blogging, anda mungkin tertanya-tanya:

Halaman apa yang perlu ada dalam blog anda?

(‘Halaman’ juga dikenali sebagai ‘Page’)

Dalam post ini saya senaraikan 6 halaman penting untuk blog sebagai panduan bersama.

Agar blog nampak lebih professional.

Disertakan juga beberapa halaman yang lain yang mungkin perlu.

Bergantung pada blog anda.

Selain itu, kewujudan page-page ini juga dapat membantu anda untuk lulus Google Adsense.

Senarai halaman penting blog adalah seperti berikut:

  • Halaman Utama
  • Halaman Tentang anda @ blog anda
  • Halaman Hubungi
  • Halaman Dasar Privasi
  • Halaman Terma dan Syarat
  • Halaman Penafian

Halaman tambahan bergantung pada blog anda:

  • Halaman Produk / Servis
  • Halaman ‘Mulakan disini’

Seperkara yang perlu di ingat, bila anda nak berikan nama pada halaman-halaman ini pastikan anda pilih nama yang jelas dan senang difahami.

Boleh kreatif tapi pastikan mudah untuk dikenalpasti.

Jangan susahkan @ buat pembaca anda keliru.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan halaman – halaman ini.

1 Halaman Utama

Halaman utama atau homepage adalah titik permulaan bagi mereka yang ingin menjelajahi laman anda.

Halaman ini penting tetapi anda tak perlu risau.

Jika anda menggunakan wordpress sebagai platform halaman ini pasti akan wujud.

Jika anda tidak set mana-mana page menjadi halaman utama laman anda, wordpress akan secara automatiknya menjadikan senarai post-post terbaru anda sebagai laman utama.

2 Halaman Tentang

Halaman ini paling penting untuk mewujudkan rasa ‘Percaya’ dikalangan pelawat / pembaca pada anda.

Halaman tentang adalah page yang pelawat akan lawati jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut tentang blog anda.

Adalah sedikit janggal dan mencurigakan bila halaman ini tidak wujud.

(Lebih-lebih lagi untuk laman web yang menjual produk secara online)

Apa yang perlu ada dalam halaman tentang?

Pertama, fokus pada pelawat. Nyatakan apa yang mereka akan perolehi dengan menggunakan laman @ blog anda.

Kemudian barulah anda letak sedikit sebanyak cerita berkenaan dengan blog, diri anda, syarikat anda dan sebagainya.

Berikut contoh halaman ‘Tentang’ untuk ithmm.com. Mungkin anda boleh dapat idea daripadanya:

halaman penting blog tentang saya

Anda boleh lihat halaman penuh disini: Tentang ithmm

3 Halaman Hubungi

Juga mungkin dinamakan sebagai halaman ‘hubungi saya’, ‘hubungi kami’, ‘borang perhubungan’.

Halaman ini penting untuk komunikasi antara pembaca dengan anda.

Dalam halaman ini anda nyatakan cara bagaimana pembaca boleh menghubungi anda.

Anda boleh tentukan apakah medium yang selesa untuk anda gunakan untuk berhubungan dengan pembaca anda, contohnya:

  • Borang perhubungan
  • Email
  • Sosial media – Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya
  • Nombor telefon – Kebiasaannya jika anda berjual beli
  • Alamat pejabat/kedai – Untuk bisnes

Dalam senarai diatas Borang perhubungan adalah wajib.

Cepat dan senang untuk digunakan.

Bagaimana cara nak buat borang perhubungan?

Saya gunakan plugin ‘Contact Form 7’ ringkas dan ringan.

Untuk panduan lebih lanjut anda mungkin boleh baca: Cara menggunakan plugin Contact Form 7

Jika plugin contact form 7 agak mengelirukan bagi anda, boleh juga gunakan plugin ‘Ninja Forms’.

4 Halaman Dasar Privasi

Halaman dasar privasi atau polisi privasi adalah tempat untuk anda menyatakan hal-hal berkenaan dengan data pengguna.

Ini termasuk:

  • Bagaimana cara anda mengumpul/menerima data dari pengguna
  • Bagaimana anda menggunakan data tersebut
  • Bagaimana anda menyimpan data tersebut
  • Hak pengguna terhadap data mereka
  • Dan juga akses pihak ketiga terhadap data tersebut

Jika anda menggunakan atau mahu memohon Google Adsense, halaman in wajib ada.

Anda boleh gunakan halaman ini untuk membuat dasar privasi:

  • Penjana Dasar Privasi

Jika anda menggunakan wordpress, jangan lupa untuk ubah setting ‘Privacy Policy page’ dalam menu ‘Settings > Privacy’ kepada page dasar privasi anda.

5 Halaman Terma dan Syarat

Halaman terma dan syarat adalah halaman persetujuan antara anda dan pengguna apabila pengguna menggunakan laman anda.

Ia penting untuk hal-hal yang melibatkan perundangan contohnya hakcipta terpelihara anda dan juga tanggunjawab pelawat ketika berada di laman anda.

Sebagai contoh, pengguna menggunakan panduan dalam laman anda dan mengalami kerugian besar. Kemudian membawa kes ini ke mahkamah dan menyalahkan anda @ menuduh anda punca kepada kerugiannya.

Dengan adanya kenyataan seperti ini dalam halaman terma dan syarat anda:

petikan terma dan syarat

Peratus untuk anda menang adalah lebih tinggi.

Ia juga membolehkan anda mempertahankan diri jika bahan daripada laman anda digunakan untuk tujuan tak baik.

Oleh itu, pastikan laman anda ada halaman ini.

Anda boleh terma dan syarat Ithmm sebagai panduan.

Nota: Adalah lebih baik jika anda mendapatkan bantuan profesional untuk membuat isi kandungan halaman ini.

6 Halaman Penafian

Halaman ini juga berkenaan dengan hal-hal perundangan yang mungkin berkenaan dengan laman web anda.

Secara kasarnya dalam isi halaman ini anda ‘menafikan’ segala kemungkinan anda untuk ‘dipersalahkan’ sekiranya terjadi sesuatu yang mana mungkin berkait dengan laman anda.

Mungkin agak sedikit mengelirukan, kerana isinya hampir sama, boleh disatukan dengan halaman terma dan syarat.

Anda boleh memasukkan halaman penafian sebagai salah satu bahagian dalam halaman terma dan syarat anda.

Di Ithmm, kami asingkan bahagian ini daripada terma dan syarat untuk lebih senang diakses oleh pengguna.

Anda boleh lihat halaman penafian Ithmm untuk rujukan anda.

Halaman-halaman lain

Bergantung pada laman anda, anda mungkin mahu membuat beberapa halaman yang berkaitan. Contoh yang paling biasa adalah

  • Halaman Produk / Servis
  • Halaman ‘Mulakan disini’

Halaman Produk / Servis

Halaman produk atau servis penting jika anda menjual produk atau servis dalam laman anda.

Jika anda menggunakan plugin jualan online @ ecommerce seperti Woo Commerce, halaman ini akan dibuat secara automatik.

Jika tak, anda kena buat halaman ini secara manual.

Tak semestinya anda berikan nama ‘Produk’ atau ‘servis’ sebagai nama halaman ini.

Contohnya dalam Ithmm ada memberi servis percuma seperti aplikasi pembuat whatsapp dan pembuat deeplink Lazada. Kami namakan ia sebagai aplikasi (dalam menu).

Kuncinya adalah berikan nama yang mudah difahami oleh pengguna dan boleh mewakili servis atau produk yang anda tawarkan.

Halaman ‘Mulakan disini’

Halaman ini mungkin pada awalnya tak berapa penting.

Bila blog anda mula berkembang, semakin banyak post dan page, halaman ini boleh membantu pengguna untuk menjelajahi laman anda.

Contohnya untuk Ithmm. Halaman ini membantu para pengguna yang ingin belajar membuat blog untuk mencari info-info yang berkaitan.

Lepas ada semua halaman penting ini barulah anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya untuk isi kandungan blog anda.

Kongsikan jika post ini bermanfaat.

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    October 15, 2019 at 9:42 pm

    alamak saya lima sahaja..

    nanti nak tambah yang lain pula

    Reply
  2. olaoli says

    November 13, 2019 at 12:22 pm

    dari semua tu saya hanya ada utama, tentang diri dan contact je..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved