• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Tips Blogging
    • SEO & Trafik
    • WordPress
    • Google & Adsense
    • Kod
    • Pemasaran Affiliate
    • Media Sosial
    • Tips Komputer & Telefon
    • Tips Online
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / August 29, 2019

/ Tips Blogging, WordPress

Cara Memasang Testimoni di laman web @ Blog

Contoh paparan testimoni dalam laman web

Post ini khas untuk pemilik laman web (wordpress) yang ingin meletakkan testimoni pelanggan dalam laman mereka.

Contoh testimoni adalah seperti ini:

Contoh paparan testimoni dalam laman web

Terdapat cara mudah untuk pasang testimoni pelanggan dalam laman web @ blog anda.

Anda tak perlu jadi pakar untuk melakukannya. Hanya perlu gunakan plugin Strong testimonials.

Dan sedikit panduan.

Sini saya jelaskan bagaimana cara nak letak testimoni @ maklumbalas pelanggan dalam laman web / blog anda dengan menggunakan plugin.

diharap post ini dapat membantu anda.

Apa yang boleh anda lakukan dengan plugin Strong testimonials?

Versi percuma (lite) Strong testimonials boleh melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  • Buat testimoni secara manual
  • Memaparkan testimoni pada mana-mana page dan post
  • Memaparkan testimoni pada ruangan widget
  • Kumpul testimoni daripada pelanggan

Teruskan membaca jika senarai diatas selaras dengan kemahuan anda.

Cara menggunakan plugin Strong testimonials

Sebelum itu, install dahulu plugin ini.

Login masuk ke dalam panel admin laman anda, kemudian pergi ke: Plugin > Add New.

Dalam ruangan ‘Search plugins’ taipkan nama plugin tersebut: Strong testimonials.

Plugin yang betul kelihatan seperti ini:

install strong testimonials
Strong Testimonials by MachoThemes

Teruskan untuk install dan activate.

Buat testimoni secara manual

Anda boleh buat testimoni sendiri. Tak perlu tunggu testimoni daripada pelanggan.

Anda boleh juga masukkan testimoni yang diberikan oleh pelanggan contohnya testimoni atau maklumbalas yang anda terima melalui whatsapp, facebook dan sebagainya.

Caranya seperti berikut:

Pada menu utama admin klik: Testimonials > Add New.

Paparan seperti berikut akan muncul:

add new testimonial

Terdapat beberapa bahagian seperti berikut:

  • Tajuk dan isi testimoni – Bahagian utama testimoni
  • Client Details – Maklumat pemberi testimoni (pelanggan)
  • Publish – Untuk anda publish/save draft testimoni
  • Testimonial Categories – Untuk anda buat kategori untuk testimoni
  • Attributes – Abaikan saja bahagian ini.
  • Featured Image – Foto pelanggan

Teruskan untuk mengisi semua bahagian yang diperlukan dan publish.

Anda boleh buat seberapa banyak testimoni yang anda mahu melalui bahagian ini.

Siap buat testimoni, kita lihat cara nak paparkan dalam laman.

Cara Memaparkan testimoni pada page dan post

Untuk membuat paparan testimoni, anda kena buat ‘Display‘.

Untuk buat ‘Display’, pada menu utama admin klik:

Testimonials > Views

Paparan seperti berikut akan muncul:

senarai view strong testimonials

Seterusnya klik pada butang ‘Add New‘.

Paparan seperti berikut akan muncul:

plugin strong testimonials setting view display

Kita lihat satu persatu cara mengisi bahagian ini.

(Berikut merupakan cadangan sahaja, anda boleh mengisi mengikut kemahuan @ keperluan laman anda)

  • Name: Berikan nama untuk memudahkan anda mengenalpasti
  • Shortcode: Bahagian ini akan muncul selepas anda klik save
  • Mode: Pastikan anda pilih mode ‘Display’
  • Query > Select: Pilih one or more testimonial untuk memaparkan semua testimoni. Jika anda pilih spesific, anda boleh buat pilihan melalui kategori atau id testimoni
  • Query > Order: Susunan testimoni. Ikut tarikh, rawak dan sebagainya
  • Query > Quantity: Anda nak paparkan semua, 10, 20 – Boleh tentukan disini
  • Fields: Setting asal sudah mencukupi.
  • Extra: Anda boleh aktifkan fungsi Pagination (pisahkan testimoni kepada beberapa page bergantung pada jumlah testimoni) dan pautan “read more”.
  • Style: Biarkan setting asal – Pada default.
  • Layout: Susunan testimoni. Setting ‘normal’ dan ‘ default’ adalah terbaik dalam semua kes.
  • Background: Biarkan setting asal.
  • Font color: Biarkan setting asal.
  • CSS Classes: Abaikan jika anda tidak berniat untuk membuat custom css.

Setelah selesai mengisi klik pada butang ‘Save Changes’.

Shortcode akan muncul pada ruangan ‘Shortcode’. Copy shortcode tersebut (klik pada butang ‘copy to clipboard’).

shortcode new display

Anda boleh gunakan shortcode ini pada mana-mana page atau post untuk memaparkan testimoni.

Contohnya saya nak masukkan testimoni dalam page.

Hanya perlu paste shortcode tadi pada ruangan content seperti ini:

add shortcode to page

Dan hasilnya akan jadi seperti ini:

paparan testimoni dalam page

(Style paparan adalah bergantung pada theme yang anda gunakan).

Cara memaparkan testimoni pada ruangan widget

Caranya hampir sama dengan cara untuk page dan post.

Kena buat ‘Display‘ terlebih dahulu.

Bezanya mungkin pada bahagian setting untuk ‘Style‘:

bahagian style view display

Untuk widget anda boleh cuba setting ‘Small widget’.

Jangan lupa untuk setkan juga ‘featured image’ kepada saiz ‘widget-thumbnail’ jika anda memilih style ini.

featured image widget thumbnail

Siap setting, copy shortcodenya kemudian letakkan dalam ruangan widget.

  • Menu > Appearance > Widgets
  • Pilih widget text atau custom html dan tarik masuk ke bahagian widget yang anda mahu paparkan testimoni
  • Masukkan shortcode testimonishortcode dalam widget
  • Klik Save

Contoh paparan testimoni pada ruangan widget adalah seperti berikut.

paparan testimoni pada widget

(style paparan bergantung pada theme yang anda gunakan)

Cara mengumpulkan testimoni daripada pelanggan

Bagaimana jika pelanggan sendiri yang nak bagi testimoni?

Untuk tujuan ini anda boleh sediakan borang testimoni. Pelanggan hanya perlu isi sahaja.

Berikut merupakan cara untuk buat borang testimoni menggunakan plugin Strong Testimonials:

  • Pada menu admin klik: Testimonials > Views
  • Klik pada butang ‘Add New‘
  • Berikan nama pada borang anda
  • Pada bahagian pilihan mode, pilih ‘Form‘
  • Biarkan setting yang lain pada asalnya. Teruskan untuk ‘Save’ untuk mendapatkan shortcode borang testimoni anda.

Seterusnya anda boleh buat page baru khas untuk borang testimoni ini kemudian letakkan shortcode tersebut disana.

Apabila pelanggan mengisi borang tersebut, secara automatiknya rekod tersebut akan disimpan dalam senarai testimoni anda dan akan dipaparkan bersama-sama testimoni lain.

Harap post ini bermanfaat pada anda.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2020/2021 [Panduan Lengkap]
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023]

Post Terbaru

  • Cara Pasang SSL Percuma untuk Website March 26, 2023
  • Cara Buat Blog Sendiri dengan Mudah [Updated 2023] January 30, 2023
  • Cara Buat Link WhatsApp [Direct Message] Edisi 2023 January 29, 2023
  • 8 Cara Lajukan Internet Handphone Android 2023 January 15, 2023

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2023 Ithmm All Rights Reserved