• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
logo ithmm

Ithmm

Tips & Panduan Eksklusif Blogging!

  • ⭐️ Baru? Mula disini.
  • Blog
    • Blogging Tips
    • Blogging Tools
    • Blogging Reviews
    • Blogging Trends
  • Aplikasi
    • Buat Link WhatApps
    • Buat Privasi Polisi
    • Buat Link Lazada (Deeplink)
  • Jadi member

B.L. Joseph / March 29, 2018

/ Blogging Tips

Bagaimana cara letak kod affiliate dalam blog?

bagaimana cara letak kod affiliate dalam blog

Cara menggunakan @ memasukkan kod (code) affiliate dalam blog / laman web anda supaya dapat berfungsi dengan betul.

Selesai anda daftar dekat mana-mana program affiliate seperti Lazada affiliate program, cabaran seterusnya adalah bagaimana cara letak kod affiliate dalam blog anda.

Hanya tinggal letakkan kod sahaja dalam laman web anda dan link affiliate anda boleh berfungsi @ anda boleh mula mendapat komisen.

Anda cuba ‘Copy dan Paste’ tapi tidak menjadi, iklan banner tidak keluar.

Ada juga yang menjadi tetapi iklan anda rosak, link affiliate tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Jika anda mengalami masalah ini, post ini mungkin dapat membantu anda.

Dalam post ini saya cuba menerangkan sebaik mungkin cara untuk meletakkan kod affiliate dalam blog atau website anda untuk beberapa jenis kod iaitu kod link @ pautan biasa, kod untuk banner, kod untuk ‘search produk’ agar iklan anda siap.

Ini termasuk cara untuk letak kod affiliate dalam laman web self-hosted WordPress, laman web percuma wordpress.com dan juga blogspot (blogger).

Bacaan lanjut: Cara Buat Blog – Bina Website Sendiri Dengan Mudah

Jangan biarkan program affiliate anda tergendala hanya kerana anda ‘kurang’ mahir dengan penggunaan kod affiliate ini.

Jenis-jenis kod affiliate

Terdapat pelbagai variasi kod affiliate yang akan anda dapat daripada program affiliate yang anda sertai. Contohnya banner, aplikasi pencarian produk (search), link @ pautan biasa dan sebagainya.

Ini bergantung kepada kreativiti dan juga teknologi si empunya program affiliate tersebut.

Namun secara ringkasnya kod-kod tersebut hanya terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:

  1. Link biasa: Pautan yang sering anda lihat contoh: https://www.ithmm.com
  2. Link kreatif @ kompleks: Kumpulan atau gabungan kod html yang membentuk link affiliate yang lebih menarik perhatian.

Bagaimana rumit pun kod affiliate yang anda dapat ia tetap tergolong dalam dua jenis tersebut.

Sebenarnya link yang rumit tu menyusahkan sahaja. Link biasa itu lebih efektif.

contoh link yang tidak baik
Contoh affiliate link yang ‘terlebih baik’

Nota: Jarang orang nak klik dekat banner yang besar, berkelip-kelip, kejap hilang kejap muncul. Orang klik juga, tapi klik dekat tanda X.

Cara memasukkan kod affiliate dalam blog @ Website anda

Mari kita lihat bagaimana cara letak kod affiliate dalam bog atau laman web anda untuk kedua-dua jenis kod tersebut.

Link Biasa

Affiliate link biasa kelihatan seperti berikut (contoh link affiliate Lazada):

http://ho.lazada.com.my/SHX5GE?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fsharp-z2-deca-core-4gb-ram-32gb-rom-4g-lte-dual-sim-gold-official-sharp-warranty-i100091040-s100127575.html%3Fspm%3Da2o4k.searchlistcategory.list.77.5b096883r7RHn0%26search%3D1%26offer_id%3D%7Boffer_id%7D%26affiliate_id%3D%7Baffiliate_id%7D%26offer_name%3D%7Boffer_name%7D%26affiliate_name%3D%7Baffiliate_name%7D%26transaction_id%3D%7Btransaction_id%7D

Ia sangat panjang dan tidak bermakna jika dibaca oleh mata manusia…

Contoh yang lebih pendek adalah seperti berikut (contoh dari Amazon):

https://amzn.to/2Gbez1A

Mengapa ia dikategorikan sebagai link biasa?

Cuba lihat kedua-dua link tersebut – Bermula dengan https: atau http:…

Standard ‘url’ yang sering kita lihat pada ruangan url address pelayar internet kita.

Sebab itulah ia dikategorikan sebagai link biasa.

Di dalam program affiliate ia dipanggil sebagai text link, deeplink, referall link dan sebagainya. Asalkan ia bermula dengan ‘https’ atau ‘http’ ia adalah link biasa.

Bagaimana cara menggunakan ‘Link Biasa’ dalam blog/web anda?

Untuk laman web atau blog cara sebaiknya untuk meletakkan link affiliate biasa ialah dengan menukarkan atau memasukkan link tadi ke dalam text.

Contoh seperti berikut.

Buat duit secara online dengan menjadi Affiliate Lazada.

Bagaimana cara untuk membuat link dalam text?

Caranya adalah seperti berikut:

Untuk WordPress

  1. Highlight text yang anda ingin masukkan linkwordpress highlight text
  2. Klik pada ikon ‘insert/edit link’wordpress klik insert edit link
  3. Copy masuk link anda. Boleh guna yang panjang atau yang pendekwordpress masukkan link
  4. Klik butang apply dan link anda siapContoh Link dalam Text ithmm

Dan,

Untuk Blogspot/blogger

  1. Highlight text yang anda ingin masukkan linkblogspot highligt text
  2. Klik pada pautan ‘link’ (Add or Remove link)blogspot klik link
  3. Copy masuk link anda pada bahagian ‘Web adress”.blogspot masukkan link
  4. Klik butang Ok dan link anda siap.contoh link dalam text blogspot

Selesai untuk bahagian link biasa.

Seterusnya kita lihat pula bahagian link kreatif dan kompleks pula.

Link Kreatif @ kompleks

Terdapat pelbagai istilah lain untuk kategori ini seperti banner, product widget, carousel banner, searh produk, best kategori display dan lain-lain.

Contoh struktur link adalah seperti berikut:

<iframe src="https://lap.lazada.com/generator/banner.php?banner_id=5abb4dd9da1b5" width="350" height="350" frameborder="0" scrolling="no"></iframe>

dan ini:

<iframe src="https://lap.lazada.com/banner/dynamic.php?banner_id=5abb4e3a95254&amp;theme=3&amp;p=4" width="200" height="695" frameborder="0" scrolling="no"></iframe>

dan juga ini:

<a href="http://ho.lazada.com.my/SHaDUe?file_id=17204" target="_blank" rel="noopener"><img src="https://media.go2speed.org/brand/files/lazada/303/20141030191814-MY_Homepage_720x720_13072014.jpg" alt="Lazada Malaysia" width="720" height="720" /></a><img src="http://ho.lazada.com.my/aff_i?offer_id=143&amp;file_id=17204&amp;aff_id=153669&amp;file_id=17200" width="1" height="1" />

Jika anda perhatikan dalam ketiga-tiga contoh ini (contoh dari lazada) kod affiliatenya terdiri daripada gabungan elemen dan atribute html (abaikan jika anda tidak berminat dengan html).

Secara ringkasnya ia kompleks.

Akan tetapi sekompleks mana pun ia cara untuk meletakkan kod tersebut dalam blog atau website anda sangat mudah – Copy dan Paste sahaja.

Cuma mungkin caranya kena betul barulah kod tersebut dapat berfungsi dengan sempurna.

Ingat: Untuk mana-mana kod yang tidak bermula dengan ‘https’ atau ‘http’ ia dalam kategori Link kreatif@kompleks dan guna cara ini.

Caranya mudah sahaja:

Copy kesemua kod tersebut dan Paste masuk bahagian yang anda mahu ia muncul dalam post atau page blog/laman web anda.

Dengan syarat:

  • Tukarkan ‘visual editor‘ ke ‘text editor‘ (untuk wordpress)
  • Tukarkan ‘Compose‘ ke ‘HTML‘ (untuk blogspot)

Berikut merupakan panduan bergambar:

Untuk WordPress

  • Dalam post/page editor klik ‘text‘ pada penjuru atas kananwordpress visual ke text
  • Paparan bahagian editor akan bertukar seperti berikut:wordpress contoh paparan text
  • Paste kod affiliate tersebut di bahagian mana anda mahu ia muncul:wordpress masukkan link kompleks
  • Tukarkan semula editor kepada ‘visual’. Hasil kod tadi akan muncul.Wordpress hasil kod affiliate kompleks

Untuk Blogspot

  • Dalam post/page editor klik ‘HTML‘ pada penjuru atas kiri.blogspot klik html
  • Paparan bahagian editor akan bertukar seperti berikut:blogspot contoh paparan html
  • Paste kod affiliate tersebut di bahagian mana anda mahu ia muncul:blogspot masukkan kod affiliate kompleks
  • Tukarkan semula editor kepada ‘compose’. Hasil kod tadi akan muncul.Blogspot hasil kod affiliate kompleks

Selesai.

Tambahan: Panduan tambahan untuk kod affiliate

Berikut merupakan beberapa panduan berkaitan yang mungkin anda boleh gunakan.

Cara Letak kod affiliate pada bahagian tepi, atas atau bawah post

Berikut merupakan cara meletakkan kod luar daripada kawasan post atau page anda iaitu pada bahagian atas (header), tepi (kanan atau kiri) dan juga bawa (footer).

Ia penting jika anda mahu isi kandungan utama anda bersih daripada iklan.

Cara ini sangat sesuai untuk link affiliate kompleks (banner, slider, image dengan link, produk carousel dan sebagainya).

Ia bergantung pada tema atau theme wordpress/blogspot yang anda gunakan.

Cara paling mudah untuk meletakkan kod tersebut ialah dengan menggunakan mini text/html editor atau yang juga dikenali sebagai:

  • Widget: Custom HTML pada WordPress
  • Add a Gadget: HTML/Javascript pada blogspot

Caranya juga agak mudah. Jika anda sudah mempunyai blog anda pasti tahu cara untuk add widget atau add a gadget dalam blog anda.

Add widget/gadet seperti yang dinyatakan diatas kemudian terus sahaja copy masuk kod yang anda dapat dari affiliate program anda (Link kreatif @ kompleks).

Cara memendekkan link biasa yang panjang

Berikut merupakan contoh link affiliate lazada:

http://ho.lazada.com.my/SHX5GE?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fsharp-z2-deca-core-4gb-ram-32gb-rom-4g-lte-dual-sim-gold-official-sharp-warranty-i100091040-s100127575.html%3Fspm%3Da2o4k.searchlistcategory.list.77.5b096883r7RHn0%26search%3D1%26offer_id%3D%7Boffer_id%7D%26affiliate_id%3D%7Baffiliate_id%7D%26offer_name%3D%7Boffer_name%7D%26affiliate_name%3D%7Baffiliate_name%7D%26transaction_id%3D%7Btransaction_id%7D

Namun masalahnya, seperti yang anda lihat ia terlalu panjang, tidak cantik dipandang dan juga sangat-sangat mencurigakan.

Sebagai jalan penyelesaian anda boleh: Pendekkan link.

Anda boleh gunakan dua aplikasi online percuma berikut untuk menukarkan link yang panjang menjadi pendek:

  • Google url shortener
  • Bitly

Copy link affilate anda yang panjang, masukkan ke dalam ruangan yang disediakan dan tekan butang “SHORTEN URL” atau “SHORTEN”.

Google URL Shortener

Dan link anda akan menjadi pendek seperti ini:

https://goo.gl/HTDYY2

Nota: Jangan bimbang, ia masih berfungsi seperti biasa.

Kongsikan jika post ini membantu anda. Jika terdapat sebarang persoalan sila nyatakan dalam ruangan komen dibawah.

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami! ?

[mailerlite_form form_id=2]

Baca juga:

Reader Interactions

Comments

  1. ijan says

    August 9, 2019 at 7:58 pm

    Thanks, saya ikut sebiji dalam website ni.. jadi ler. huhu
    terima kasih!

    Reply
    • B.L. Joseph says

      August 9, 2019 at 11:34 pm

      Sama-sama. Gembira dapat membantu.

      Reply
  2. Mala says

    December 2, 2020 at 1:46 am

    Langsung tak jadi..stress sungguh

    Reply
    • B.L. Joseph says

      December 2, 2020 at 12:03 pm

      Salam sejahtera, boleh saya tahu dekat bahagian mana yang tak jadi?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Siapa ithmm?

Ithmm dimiliki adalah sumber rujukan anda untuk belajar cara buat blog sendiri, cara menguruskan blog, cara mengembangkan blog, cara manjana pendapatan dari blog dan juga tips semasa internet & teknologi.

Follow kami:

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

Post Popular

  • Buat Link WhatsApp
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog
  • Cara Buat Blog Lengkap (untuk Pemula!)
  • Bagaimana Cara Buat Affiliate Shopee?

Post Terbaru

  • Top 4 Program Affiliate di Malaysia 2024 [Terpilih] July 3, 2024
  • 12 Tips Pilih Nama Domain Terbaik June 30, 2024
  • 7 Cara Buat Duit dengan Blog June 30, 2024
  • Apa itu Blog? Penerangan Lengkap. June 29, 2024

Pautan Laman

  • Tentang
  • Hubungi kami!
  • Dasar Privasi Ithmm
  • Terma & Syarat
  • Penafian

Servis

  • Buat Link WhatsApp
  • Buat Dasar Privasi
  • Penjana Deeplink Lazada
  • Join ithmm!

© 2025 Ithmm All Rights Reserved