
Cara nak jalankan Lazada Affiliate Program untuk jana pendapatan pasif.
Ini adalah versi terbaru selepas Lazada menaiktarafkan sistem affiliate mereka.
Anda berpeluang mendapatkan pendapatan sampingan setiap bulan seperti ini:
Berikut merupakan bahagian yang akan dibincangkan dalam post ini:
- Apa itu Lazada Affiliate Program
- Cara daftar untuk ahli baru
- Cara Login ke Panel affiliate anda
- Cara Buat link affiliate Lazada
- Cara guna link affiliate Lazada
- Bonus: Tips & info lanjut: Lokasi link dalam blog, Deeplink, Strategi guna deeplink, Link terlalu panjang & Pengeluaran komisen
Anda boleh klik link di atas untuk pergi ke bahagian tersebut.
Apa itu Lazada Affiliate Program?
Dan bagaimana ia berfungsi?
Program ini membolehkan anda mendapat komisen daripada setiap barangan Lazada dibeli melalui link affiliate yang anda berikan.
Anda promosikan barang dalam Lazada dan dapat komisen daripada barangan yang berjaya dijual.
Contohnya anda buat post promosi berserta dengan link affiliate Lazada dalam Facebook anda seperti ini:
Kebetulan kawan anda juga mengalami masalah yang sama. Dia berminat, klik link yang anda berikan, beli benda yang sama dan anda dapat komisennya.
Seringkas itu.
Bagaimana jika dia klik link tersebut tapi beli benda lain pula?
Anda akan tetap terima komisen daripada apa sahaja barangan yang dia beli dari Lazada. Dengan syarat dia ke Lazada melalui link yang anda berikan.
Tapi bagaimana jika dia tengok-tengok sahaja tapi tak beli?
Jangan bimbang, Lazada menggunakan sistem cookies untuk memastikan anda dapat komisen hasil daripada promosi tersebut.
Cookies untuk ‘Booking’ Komisen
Berbalik kepada contoh tadi.
Kawan anda klik link yang anda post dalam Facebook, berminat dengan barang tersebut tapi tak cukup bajet.
Hujung bulan lepas gaji masuk dia beli barang tersebut, tapi kali ni tak melalui link anda. Dia terus saja ke laman Lazada.
Anda TETAP akan terima komisen daripada barangan tersebut kerana adanya COOKIES.
Apabila kawan anda klik link affiliate yang anda berikan, maklumat tersebut akan disimpan dalam bentuk cookies.
Cookies ini akan bertahan dalam masa 30 hari @ sebulan.
Selagi tak lebih 30 hari anda akan tetap terima komisen daripada apa sahaja barangan yang dia beli dari Lazada.
Komisen Lazada Affiliate Program
Berikut merupakan jadual komisen yang Lazada berikan mengikut kategori:
Berdasarkan jadual kadar komisen berikut anda boleh merancang strategi anda untuk beraffiliate.
Jika anda berminat untuk menyertai program Lazada ini teruskan ke bahagian seterusnya.
Cara Daftar untuk Ahli Baru
Untuk mendaftar sebagai ahli baru, anda kena ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Daftar akaun pembeli di Lazada.
Anda kena daftar dulu akaun pembeli @ pengguna Lazada baru boleh buat akaun affiliate.
Pergi ke pautan berikut: https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/.
Klik pada butang ‘SIGNUP‘ untuk mula mendaftar. Jika anda memang sudah pernah mendaftar akaun pembeli anda boleh terus ‘LOGIN‘.
Masukkan butir-butir anda seperti berikut:
Slide butang hijau untuk mendapatkan SMS kod verifikasi. Tekan butang berwarna oren ‘SIGN UP’ untuk buat akaun.
Sebagai pilihan, anda juga boleh membuat akaun pembeli menggunakan akaun Facebook atau Google anda.
Langkah 2: Daftar akaun affiliate Lazada
Pastikan anda sudah login dalam akaun pembeli anda.
Buka tab baru pada pelayar internet anda dan taip masuk adsense.lazada.com.my
Paparan seperti berikut akan muncul:
Masukkan email yang anda gunakan untuk daftar sebagai akaun pembeli, kemudian klik pada butang ‘Send Verification code‘.
Periksa email anda untuk dapatkan kod yang dihantar. Masukkan kod tersebut dalam ruangan ‘Verification code‘, kemudian tekan butang ‘Submit‘.
Seterusnya isikan maklumat peribadi anda.
Pada ruangan ‘Verification Documents‘ muat naik gambar IC anda (depan & belakang). Untuk tujuan verifikasi @ kelulusan akaun.
Tekan butang ‘Next‘ untuk meneruskan.
Seterusnya isikan butir-butir bank anda.
Pastikan anda mengisi ‘Swift Number‘ yang betul untuk cawangan bank yang anda daftarkan disini.
Anda boleh guna Google search untuk mencari Swift Number untuk cawangan bank anda, tetapi saya nasihatkan anda telefon terus cawangan Bank tersebut untuk minta.
Untuk bahagian ‘Verification Documents‘, anda boleh muat naik bank statement (atau screenshot) bank statement anda.
Lagi senang jika anda ada akaun bank online seperti Maybank2u dan sebagainya. Boleh download terus.
Contoh bank statement yang diterima adalah paparan yang menunjukkan dengan jelas nama anda dan nombor akaun seperti ini:
Bahagian seterusnya adalah bahagian lain-lain maklumat @ More info.
Jawab semua soalan yang mereka berikan dengan ringkas sahaja.
Nota: Pada soalan terakhir “From whom or where did you hear about us?” Saya amat berterima kasih jika anda dapat masukkan alamat url ithmm.com sebagai jawapan.
Jangan lupa tandakan tick pada kotak ‘agree to Lazada term and conditions’.
Setelah selesai klik pada butang ‘Submit’.
Seterusnya tunggu kelulusan daripada pihak Lazada. Anda akan menerima email yang menyatakan permohonan anda berjaya.
Cara Login ke Panel affiliate anda
Setelah mendapat kelulusan, anda boleh log masuk dalam akaun affiliate anda.
Untuk log masuk gunakan alamat ini: adsense.lazada.com.my.
Paparan utama panel affiliate lazada kelihatan seperti ini:
Dalam paparan ini juga anda boleh lihat ringkasan performance affiliate anda:
untuk kembali ke paparan ini anda boleh klik pada logo Lazada Affiliate Program yang terletak pada penjuru atas kiri.
Pada ruangan kiri, terdapat 7 menu utama:
- Offer
- Product Linking
- Report
- Payment
- Account
- Commission Rate
- Integration
Offer dan Product Linking adalah bahagian dimana anda boleh dapatkan link affiliate anda.
Bergantung pada strategi affiliate anda, anda boleh buat link daripada mana-mana bahagian ini.
Pada bahagian Report, anda boleh lihat report affiliate anda dengan lebih detail.
Pada bahagian Payment, sepatutnya anda boleh lihat berapakah jumlah pendapatan anda untuk bulan tertentu. Tetapi, bahagian ini belum agak update. Pihak Lazada masih lagi dalam proses penambahbaikan.
Tetapi jangan bimbang, pembayaran komisen tetap berjalan dengan lancar.
Dalam bahagian Akaun anda boleh lihat profail dan juga maklumat kewangan anda.
Commission Rate memberikan anda maklumat komisen untuk setiap jenis produk.
Integration untuk affiliate advance. Jika anda mahu membuat custom made website atau apps, bahagian ini penting untuk anda.
Cara Buat link affiliate Lazada
Pastikan anda suda log masuk ke dalam panel affiliate Lazada anda.
Anda boleh dapatkan link affiliate anda melalui menu Offer dan juga Product Linking.
Yang membezakan dua bahagian ini adalah:
Offer: Anda boleh dapat link dan juga foto yang bersesuaian dengan link tersebut (creative files).
(Tidak semua offer mempunyai creative file ya..)
Product Linking: Link affiliate sahaja. Tetapi anda boleh search produk, untuk mencari produk yang anda mahu.
Jika anda perlu panduan cara letak link dalam blog anda boleh rujuk: Bagaimana cara letak kod link affiliate dalam blog.
Bahagian ‘Offer’
Dalam ‘Offer’ terdapat lagi 2 bahagian:
- Bonus Offer
- Generic Offer
Cara untuk buat link daripada 2 bahagian ini hampir sama.
Anda pilih offer yang anda mahu, klik pada ‘Get link‘ dan copy link affiliate anda atau;
Klik pada ‘View detail‘ untuk dapatkan link dan juga foto untuk link tersebut.
Contohnya seperti berikut:
Gambar di atas adalah paparan dalam bahagian ‘Bonus offer’.
Saya nak promote untuk offer ‘Gadget terminal’.
Untuk dapatkan link affiliate bagi offer tersebut, klik pada ‘Get link‘.
Jika nak dapatkan foto yang berkaitan dengan offer tersebut, klik pada ‘View Details‘.
Anda boleh dapatkan foto berkaitan dengan offer tersebut di sini.
Bahagian ‘Product Linking’
Di dalam ‘Product Linking’, terdapat 3 bahagian iaitu:
- Bonus Products Link
- Products Link
- Products Promo List
Anda boleh buat link untuk produk pilihan anda dalam bahagian Bonus Products dan Products Link.
Dalam Products Promo List pula akan mempamerkan semua link untuk produk yang anda telah buat.
Cara untuk buat link bagi bahagian ‘Product Linking’ ini hampir sama.
Anda cari product, pilih kemudian dapatkan link.
Contohnya seperti berikut:
Dalam paparan diatas, saya boleh pilih sama ada nak search produk atau pilih daripada pilihan yang diberikan.
Katakanlah saya nak search produk, tak nak ambil pilihan yang diberikan.
Saya nak cari produk barangan elektronik, contohnya mouse komputer.
Apa yang perlu saya lakukan adalah, masukkan keyword ‘mouse komputer’ pada ruangan Keyword, kemudian bahagian Category saya akan pilih computer & laptop.
Selain itu, boleh juga masukkan range harga dan juga SKU ID jika berkenaan.
Siap isi tekan pada butang ‘Search‘.
Keputusan carian akan keluar:
Seterusnya saya boleh pilih produk dengan cara klik pada produk tersebut.
Boleh pilih satu atau lebih produk dalam masa yang sama untuk dapatkan link affiliate.
Selesai pilih klik pada butang ‘Get Link‘.
Satu paparan akan keluar, meminta saya untuk mengisi ‘sub_aff_id’.
Saya boleh abaikan bahagian ini, terus sahaja tekan butang ‘Submit‘.
Nota: Parameter affiliate id membolehkan anda membuat analysis lebih mendalam dalam report affiliate anda. Dengan membuat id, anda tahu setiap klik yang anda terima datang daripada link yang mana.
Paparan seperti berikut akan muncul:
Yang menandakan link saya telah siap.
Saya boleh dapatkan link daripada kedua-dua butang yang diberikan.
Jika klik pada butang Export, saya boleh muat turun link tersebut dalam fail excel.
Jika klik pada butang promotion list, satu paparan akan muncul memperlihatkan semua link produk yang saya telah buat.
Cara untuk buat link dalam bahagian ‘Bonus Product Link‘ juga hampir sama seperti ini.
Anda boleh lihat semua link yang telah dibuat sama ada pada bahagian ‘Bonus products link’ atau ‘Products link’ pada bahagian ‘Products Promo List‘.
Cara guna link affiliate Lazada
Anda suda tahu bagaimana cara nak dapatkan link affiliate.
Seterusnya, bagaimana nak gunakan link tersebut?
Untuk blog @ laman web, saya selalu gunakan 2 cara ini:
- Link biasa: Pautan biasa
- Link dalam gambar: Pautan pada gambar
Link biasa selalunya saya akan selitkan dalam post blog.
Contohnya dalam post saya Cara Bersihkan Internal Memory Handphone yang Sering Penuh saya selitkan link affiliate seperti berikut:
Link dalam gambar pula saya akan letakkan pada bahagian widget, header atau footer blog.
Jika laman web @ blog anda mempunyai slider pada muka depan boleh juga letakkan pada bahagian tersebut.
Bagaimana jika tak ada laman web @ blog?
Anda boleh guna laman sosial anda – Facebook & Instagram.
Untuk Facebook anda boleh letakkan link tersebut terus ke dalam post anda.
Untuk Instagram, oleh kerana link tidak boleh diletakkan dalam post insta, letakkan dalam bahagian profile anda.
(anda boleh letak link dalam post Insta, tapi ia tidak akan berfungsi seperti link biasa – Tidak dapat diklik)
Untuk bacaan tambahan jika anda tidak mempunyai blog @ laman web: 6 cara buat affiliate tanpa website.
Bonus: Tips & Maklumat Tambahan
Berikut beberapa topik untuk bacaan tambahan yang mungkin berguna untuk anda.
Mana nak letak Link affiliate dalam Blog?
Untuk link yang mempunyai creative file / gambar diberikan, contoh ‘Bonus Offer’ & ‘Generic Offer’, saya selalu letakkannya pada bahagian sidebar (widget).
Dalam bentuk gambar.
Seperti ini:
Boleh juga letakkan pada bahagian head atau slider (pada halaman utama) jika theme yang anda gunakan menyediakan ruangan tersebut.
Berikut merupakan cara untuk meletakkan gambar (berserta link) pada bahagian sidebar widget untuk laman yang menggunakan sistem WordPress:
Cara buat link dalam gambar pada sidebar (widget)
Pergi ke bahagian menu ‘Offer’ kemudian pilih offer yang ingin anda promosikan.
Seterusnya dapatkan gambar untuk tersebut tersebut.
Untuk dapatkan gambar klik pada pautan ‘View Details’
Ini akan memaparkan senarai gambar dengan saiz yang berlainan untuk campaign yang anda pilih.
Untuk bahagian widget saiz gambar yang paling sesuai adalah 300 – 380 untuk width dan 250 – 480 untuk heigth (contoh: 300×250, 300×300 dan sebagainya).
Bergantung kepada theme yang anda gunakan, bagi saya saiz yang terbaik adalah 300×250. Sesuai untuk paparan desktop dan juga mobile (handphone).
Klik pada pautan ‘download link‘ untuk gambar yang anda pilih, paparan baru yang memaparkan gambar yang anda pilih akan terbuka.
Ada dua cara untuk dapatkan gambar tersebut: right klik dan save ATAU copy url untuk gambar tersebut (url pada bahagian atas) untuk digunakan pada bahagian widget nanti.
Selalunya saya akan copy url.
Senang, tak perlu upload balik dan gambar akan load dengan lebih cepat (server Lazada laju).
Copy url untuk gambar tersebut:
https://my-live-02.slatic.net/original/dd6094b6e3013c499d02b059ad5b37ae.jpg
kemudian dapatkan link untuk campaign tersebut:
https://c.lazada.com.my/t/c.BwY
Seterusnya masuk ke panel admin untuk blog anda dan pergi ke Appearence >> Widgets.
Pada bahagian Available Widget, pilih custom HTML dan Add widgetSidebar.
Pada bahagian Content masukkan kod berikut:
<a href="linkaffiliate" target="_blank" rel="nofollow"><img src="urlfotocampaign"></a>
Gantikan linkaffiliate dengan link affiliate anda.
Gantikan urlfotocampaign dengan url foto yang anda simpan tadi.
Bentuknya seperti berikut:
Klik save dan hasilnya akan kelihatan seperti berikut:
Akan tetapi, cara yang paling berkesan untuk beraffiliate adalah dengan meletakkan link affiliate dalam bentuk link biasa seperti ini:
Yang ringkas itu paling berkesan.
Dan link biasa ini paling sesuai dipadankan dengan Deeplink
Deeplink Picker
Deeplink adalah link yang membawa pengguna terus kepada bahagian tertentu.
Dalam affiliate Lazada deeplink membawa pengguna terus kepada barangan spesifik.
Sangat sesuai digunakan jika anda mahu mempromosikan barangan tertentu contohnya post seperti ini:
30+ Cadangan Hadiah untuk Lelaki
Dimana anda perlu menyenaraikan satu persatu contoh barangan berserta dengan link affiliatenya.
Bagaimana cara buat Deeplink Affiliate Lazada?
Pertama, anda perlu dapatkan struktur asas deeplink untuk akaun affiliate anda.
Deeplink terletak didalam bahagian ‘Generic Offer‘.
Anda boleh cari atau search ‘Deeplink’.
Pada bahagian deeplink, klik pada butang ‘Get Link‘ untuk dapatkan struktur utama deeplink anda. Copy link tersebut.
Copy link tersebut.
Sebagai contoh, deeplink saya adalah seperti berikut:
https://c.lazada.com.my/t/w.xyz
Tambahkan kod ini ?url=
pada akhir deeplink tersebut:
https://c.lazada.com.my/t/w.xyz?url=
Copy dan simpan link tersebut. Kerana anda akan gunakannya berulang kali.
Seterusnya dapatkan url page bagi barangan yang ingin anda promosikan.
Contohnya saya ingin promosikan barangan ini:
Copy url page tersebut.
https://www.lazada.com.my/products/apple-watch-series-1-42mm-silver-aluminium-case-with-white-sport-band-i217775811-s275840421.html
Langkah seterusnya, lakukan ‘url encoding‘.
Pergi kemana-mana laman dalam senarai dibawah:
Info: url encoding adalah penstrukturan semula @ penggantian struktur url ke bentuk format yang boleh dihantar melalui internet.
Copy masuk (paste) url page barangan tadi dalam ruangan yang disediakan kemudian klik pada butang Encode.
Struktur url tadi akan bertukar ke bentuk seperti ini:
https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fapple-watch-series-1-42mm-silver-aluminium-case-with-white-sport-band-i217775811-s275840421.html
copy url tersebut dan letakkan pada bahagian belakang deeplink yang anda buat mula-mula tadi:
https://c.lazada.com.my/t/w.xyz?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fapple-watch-series-1-42mm-silver-aluminium-case-with-white-sport-band-i217775811-s275840421.html
Dan deeplink anda sudah siap dan sedia digunakan!
Untuk memastikan deeplink tersebut berfungsi anda boleh cuba terlebih dahulu link tersebut.
Tips Pro: Untuk menjadikan proses membuat deeplink ini lagi cepat gunakan aplikasi percuma daripada ithmm ini: Penjana Deeplink Lazada
Strategi Guna Deeplink
Strateginya mudah sahaja, selitkan deeplink dalam post anda.
Kebiasaanya saya akan buat post berbentuk ‘senarai’ seperti ini:
Link affiliate saya akan letakkan dalam bentuk ini:
Saya tidak paksa pembaca untuk klik link tersebut. Maklumat yang saya berikan juga ringkas dan senang dibaca. Disertakan dengan gambar.
Cukup sekali pembaca klik link tersebut, maklumat affiliate saya akan tersimpan dalam bentuk cookies.
Lagi satu jenis post seperti ini jika dibuat dengan baik senang rangking dekat Google search:
Tidak semestinya anda perlu buat post baru untuk link affiliate anda.
Salah satu cara lain adalah dengan menyelitkan link affiliate anda pada post anda yang sedia ada dan popular.
Pilih post anda yang popular @ kadar trafik tinggi, kemudian pilih barangan Lazada yang berkaitan, buat link affiliate dan selitkan link tersebut.
Cara Pendekkan Link Affiliate yang terlalu panjang
Link affiliate daripada deeplink agak panjang dan tidak kemas @ meragukan jika digunakan dalam Facebook.
Ringkaskan link anda menggunakan aplikasi bitly:
Pengeluaran Komisen @ Gaji anda sebagai affiliate lazada
Berikut merupakan beberapa perkara penting yang anda harus tahu:
- Pengeluaran minimum adalah RM90.
- Pengeluaran boleh dilakukan sekali sebulan.
- Pembayaran dilakukan melalui wire transfer sahaja.
- Komisen bulan ini hanya akan dibayar bulan depan. Contohnya, komisen bulan January akan dibayar pada hujung bulan Febuari.
- Pembayaran dibuat pada setiap hari jumaat, minggu ke berapa? Tak tentu, bergantung pada Lazada.
Rekod conversion, performance & klik
Anda telah siap buat link dan dah masukkan dalam blog / media sosial.
Anda klik pada link anda dan bila tengok pada bahagian report tak keluar pun klik tadi.
Kenapa ya? Link yang dibuat tak betul ke?
Untuk pengetahuan bersama rekod performance / klik lambat sehari.
Maksudnya semua rekod klik dan conversion pada hari ini akan hanya dapat dilihat pada hari esok.
Jika tak keluar juga mungkin ada masalah pada link atau placement link anda.
Kongsikan post ini jika ia bermanfaat pada anda ya!
[mailerlite_form form_id=2]
panduan yang lengkap, terima kasih sesangat
Wow, TERBAIK! by the way, mcm nak letak code tu? Kurang faham? Letak dkt blog or wordpress? Tak faham …aduh *harapcepat respon yer hehe
Hello saudara, persoalan yang terbaik! Untuk menjawab soalan ini saya telah membuat post baru: Bagaimana cara letak kod affiliate dalam blog. Haraf ia dapat membantu.
Saya tidak dapat mendaftar program ini sila bantu saya
Dekat mana masalahnya?
saya juga tidak dapat mendaftar. ‘There was some problem when creating your account’. Apa yang perlu saya lakukan encik.?
Minta maaf saya tak dapat pastikan apa sebenarnya terjadi tanpa melihat bagaimana cara saudari mendaftar. Mungkin boleh cuba mendaftar semula…
Tak boleh nak daftar ?. Pakai blogspot tak boleh ke?
Bahagian mana yang sangkut? Saya rasa tak jadi masalah guna blogspot..boleh rujuk post ini sebagai panduan… cara letak kod affiliate dalam blog.
Kalau affiliate through youtube boleh ke? Atau hanya boleh untuk blog/website saje?
Boleh. Ikut kreativiti saudari. Mungkin boleh letak link dekat description youtube? atau direct traffic ke blog daripada youtube?
As Salam tuan, registration sy sangkut kat captcha. x kuar image! awat jd camtu ye!
Tuan dah cuba guna PC, internet connection atau browser lain? Mungkin captcha x keluar disebabkan oleh outdated browser atau diblock oleh firewall, antivirus, ad blocker?
Hi writer, thanks for writing so detailed. But I have one question. Someone clicked on the banner on my blog from a mobile that is not installed with the Lazada app, and then this person installed the app after clicking the banner from the blog. Will Lazada still be able to trace the affiliate link? Will any sales made still count? Thank you very much
Based on information received from Lazada team, YES your affiliate link able to be tracked. The deeplink able to survive that, no worry.
mantaps tutornya, ane udah 4 tahun main affiliate lazada dan selalu profit tiap bulan, entah kenapa bulan juli ini mulai tanggal 1, conversion = 0, ga ada pemasukan sama sekali, adakah yang ngerasain sama? mohon infonya, apakah ane doang atau yg lainnya juga?
Hello saudara, info terbaru diterima daripada Lazada Team: Mereka sedang dalam proses migrate server @ penambahbaikkan sistem. Ini mungkin akan menganggu ‘sync’ akaun saudara dan juga affiliate lain (termasuk saya). Lazada team sedang dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Dijangkakan proses pemindahan ini berlarutan hingga September tahun ini…
terimakasih atas informasinya, sangat membantu
Kalau takde blog/website still boleh join ke?
Terima kasih soalan bernas. Bagi mereka yang tidak mempunyai laman web boleh cuba cara ini: Affiliate tanpa website
Thank you for the guide ☺️
Guys, don’t sign up affiliate program because I having bad experienced now, I have 6 successful sales in 01 July 2018 but all my sales commissions are missing until now. The Lazada said their internal systems problems cannot record your sales and your commissions get not be traced????????
You see how scary your commissions missing and Lazada management can’t answer you???
I am victimized by such reply and how to going to keep your confidence with Lazada.
Victim of affiliate member
Max
Hi Max, i feel you. As per latest information received from Lazada team this will continue until September 2018. They are migrating their system to a new server. This is not only affecting Malaysia but 6 other countries. They promise that our commission will not ‘lost’. It just that it cant be displayed yet. How about trying other affiliate?
Terima kasih dengan info yang lengkap. Saya pernah daftar tapi tak start buat lagi. Boleh fahamkan balik baca posting ni. 😀
Adakah komisen akan dibayar jika pelanggan membeli produk yang tidak diadvertise oleh affiliate lazada?
Saudara boleh mendapat komisen untuk semua barangan yang dijual di laman online shopping lazada. Tidak terbatas kepada promosi terkini yang dipaparkan sahaja.
I can’t register or join. It says I need a referral. How?
Latest info received from Lazada team – Since they’re doing server (system) migration, new registration will not be available until September 2018. So might have to wait a bit…
Tq for the info. Saya cuba sign up tapi yang keluar cuma ini : “Sorry. Sign ups are by referral only.” Benarkah cuma by referrals?
Sama-sama. Oleh kerana Lazada sedang dalam urusan perpindahan server, pendaftaran baru untuk affiliate diberhentikan sementara sehingga September 2018…itu info yang saya terima..harap bersabar…
Mr Joseph, I am current lazada affiliate and i have already meet my target amount which is more then RM90. Unfortunately i am unable to withdraw and able to contact lazada for past 2 months.
Kindly guide us on how to withdraw our earning and how to contact lazada. Thank you for this clarification.
Hi Chris, this problem might be related to ‘bad timing’. 1) They’re doing some migration job (jul – sept). I believe i read it somewhere that some payment might be put on hold. 2) Your earning for this month only will be paid during next month cycle. 3) If you’re already an affiliate you should receive an email from them asking you to re-register and update your payment info. Payment only will be done via wire transfer. 4) You’ll not receive any reply by using the email given in your has offer acc. Try another method. Tips: Go to facebook and find Malaysia Lazada affiliate team. I never have any problem related to payment. good luck.
Hi, confusing affiliate members requested to login email address but select for forgot password in Sept 01,2018.
After follow steps advice, login but it is only normal customer account and nothing like our previous affiliates hasoffer account settings?
I can’t check my previous account earnings, my account details, not even any guidelines where to create links???
What happening to new system??
Please advice and thank you.
Max
Hi max, i’l update this guide after new registration has been enabled. So far there is no ‘how to create a link’ in the system. We have to use the existing banner provided. But i believe this will be updated later. Regarding the step stated in the email 1) it ask you to request a new pasword using the forgot password. after email verification and new password added, 2) login using the link given inside the email in section step 2. That should be fine. I’m too confused with that but it work as per said.
Good job. Your articles very informative.
hi… good info. boleh bagi cara set up billing..
Jika tuan memang dah affiliate lazada boleh tengok bahagian payment. Saya akan updatekan post ini selepas sistem baru lazada stabil. Sekarang mereka masih tak buka pendaftaran baru.
Salam tuan…saya tak jumpa form dimana nak daftar affiliate tu
Salam, sekarang ni pendaftaran affiliate baru lazada belum dibuka. Lazada baru sahaja upgrade sistem. Nanti bila dah buka saya akan update dekat sini berserta dengan tutorialnya sekali. Jangan lupa subscribe.
Hello bro,
Saya cuba nak daftar tapi tak jumpa link untuk sign-up. Ada solution?
Hello tuan, baru-baru ni team lazada affiliate upgrade sistem. So mereka belum buka untuk pendaftaran baru. Kalau dah ada link saya akan updatekan dekat sini ya.
Takpe tuan, saya dah tanya mereka. Ni link untuk daftar —> adsense.lazada.com.my.
Tapi kena buat akaun lazada dulu baru boleh daftar affiliate program.
Cantek tuan, terima kasih banyak atas bantuan linknya.. akan saya masukkan dalam tutorial diatas..
saya dah cuba daftar affiliate tapi bila masuk link tersebut page hanya blank saja.
Boleh bagitau link mana yang pagenya blank ya? saya boleh periksa semula..
Dah berjaya daftar..rupanya adsblock kena off dulu.
Dan satu lagi pertanyaan. Adakah kita hanya dibenarkan buat marketing bagi item yang ada kat dalam campaign list sahaja ke?
Tahniah kerana berjaya…
Selain daripada yang dalam list tu, kita boleh buat marketing untuk mana-mana item yang ada dijual di Lazada. Untuk caranya boleh rujuk bahagian Deeplink Picker dalam post di atas…
Hi,
Jika saya copy sejibik info produk dari lazada dan masukkan info tersebut ke dalam website saya, adakah ini dibenarkan oleh pihak lazada?
Yang ini saya tak pasti. Tapi lojiknya mesti Lazada tidak marah sebab kita promosikan untuknya. Tetapi, mungkin ada masalah sikit dengan SEO (google)..mungkin susah nak rangking..
Ada url lain untuk adsense.lazada.com.my. Saya cuba register, tapi blank screen hanya dipapar header menu shj.
Hi Jud, ini mungkin disebabkan oleh ad-blocker pelayar internet. Cuba deactivate ad blocker terlebih dahulu (dalam setting pelayar internet anda).
Hi B.L. Joseph,
Terima kasih untuk semua penerangan yg detail di ithmm.com ini. Saya dah berjaya
daftar affiliate Lazada & dah letak ithmm.com pada “From whom or where did you hear about us?”
Saya akan sentiasa visit di sini untuk rujukan future.. Thanks
Terima kasih Marsh 🙂
I have registed for affiliate when click on deeplink, the URL is blank.
There is no URL.
How to do further?
Hi billy, I think it might be related to ad-blocker (browser built-in ad blocker). You might want to disable it for this purpose.
Hi,
Did you get payment recently? And, do you have lazada affiliate contact number? +603-27218966 this number in website seems not working.
I have emailed them several times and no response.
Do you know how to contact them?
Hi,
My last payment received on January 2019. For this new system my payment still pending @ on hold. It might take up to 2 month for it to be released. If you want to contact them try reaching them through the malaysian lazada affiliate group. Its closed group though..you have to apply to join.
Your January payment is for which month? My Nov payment pending till now. Do you have the link for malaysian lazada affiliate group?
Sy try tekan link nk daftar tp X blh ..
panduan yang sagat membantu saya mendaftar akaun affiliate Lazada
Terima kasih…
hi. untuk bahagian swift code tu memang dari bank di tempat yg kita daftarkan sahaja ?
Tak juga…boleh terus tanya dekat headquarters bank. Tapi lagi baik tanya dekat cawangan yang kita daftarkan… Manatau berbeza swiftcodenya..
terima kasih atas info, satu lg soalan. Involveasia pun menjadi satu platform untuk marketing affiliate macam2 merchant seperti shoppee dan sebagainya. Dkt situ sy ada terjumpa jgk merchant lazada. Jd adakah sama role sebagai marketing affiliate lazada di involveasia dan di page affiliate lazada itu sendiri ? Atau terdapat sebarang unsur penipuan (scam) di involveasia ?
Sama-sama.. jangan bimbang, tidak ada sebarang unsur penipuan di involve asia. Cuma share affiliatenya ada kurang sedikit. Involve asia ambil sedikit % sebagai bayaran guna platformnya…
Maaf saya masih kurang faham tentang swift code ni. Adakah swift code ini akan mempengaruhi payment? Contoh, jika saya masukkan swift code headquarters instead of swift code bank cawangan, adakah ia akan mempengaruhi apa2? TQ.
Apa yang saya faham tentang swift code ini kalau guna hq atau cawangan tak ada masalah. Ada sesetengah setting saya guna bank cawangan dan ada lagi saya setkan code hq. Still terima bayaran. Selalunya jika kita call dekat hq mereka akan sarankan guna swift code hq. Apa-apa pun untuk lebih pasti kita perlu call bank minta penjelasan…
Step ni boleh digunapakai jugak ke dekat shopee?
Tak boleh…system affiliate shopee berbeza. Mereke guna 3rd party invovle.asia…
Hye sy ingin bertanya untuk lazada affiliate program ini pihak En ada buat kelas training ke? kalau ada di mana? dan brape pembayaran
Hello tuan, setakat ni pihak ithmm tidak membuat kelas training untuk program affiliate. Tapi, tuan boleh subscribe ithmm untuk dapatkan info datau panduan terkini berkenaan dengan affiliate program. Jika tuan ada apa-apa persoalan berkaitan dengan program affiliate, tuan boleh nyatakan dalam ruangan komen ini dan kami akan sedaya upaya menjawab persoalan tersebut…
hye En,
sy ingin bertanyakan berkenaan lazada afiliate program ini pihak En ada menawarkan sebarang training berkenaan program ini? klau ada boleh sy dapatkan sebut harga
Hello tuan, terima kasih atas minat tuan terhadap program affiliate. Dukacitanya dimaklumkan pihak kami tidak menawarkan sebarang training untuk program affiliate Lazada buat masa ini. Walaubagaimana pun pihak kami mungkin akan mengeluarkan ebook berkenaan dengan program affiliate dalam masa terdekat. Jika tuan berminat boleh join ithmm menggunakan halaman ini Join ithmm. Apabila ebook tersebut dikeluarkan, notifikasi akan diberikan terus pada tuan melalui email.
Hi, nak tanya, adakah masih berbaloi sekiranya saya sertai Lazada afffiliate program sekarang? Atau ada alternatif lain? Terima kasih
Hai, masih berbaloi..sentiasa berbaloi.. pendapat saya, setakat ini di Malaysia Lazada agak senang sikit nak dapat komisen sebab banyak barang yang kita boleh tampilkan..
Hi, terima kasih banyak untuk panduan yang lengkap ini. Saya sudah menjana deeplink saya menggunakan petunjuk anda, and meletakkan di blog / website saya. Adakah itu perlu untuk saya menjana & aktivate postback URL? Apakah fungsi postback url sebenarnya?
Sama-sama tuan. Gembira dapat membantu.
Guna deeplink sudah cukup tuan. Tak perlu guna postback url.
Post back url tu adalah url yang berkemampuan untuk menghantar maklumat conversion ke server. Jika tuan mahu buat postback url, tuan kena belajar formatnya,susunannya… berdasarkan manual yang diberi.
Saya nak tanya adakah cara create link masih lagi sama? sebab sekarang page Lazada affiliate program dah lain. adakah saya perlu ke bahagian product link? dan satu lagi saya dah create link meggunakan deeplink dan product link, dan dekat perfomance overview tak naik click pun even saya dah click link yang saya create tu.
Hello tuan, saya dah update post berdasarkan sistem lazada yang terbaru. Rekod klik lambat sehari. Maksudnya semua rekod klik & conversion pada hari ini hanya akan keluar pada hari esok.
Hi, saya nak tanya, kenapa saaya dah create deeplink tapi lepas saya click tu dekat performance overview still lagi 0 click. Sepatutnya naik 1 click lah kan?
Hello tuan, selalunya untuk lihat result kena tunggu lebih kurang sehari. Ikut pengalaman saya trackingnya tak real time. Ada delay sehari.
Mcm mn nak dpt duit tu kalau done dpt rm 90 in affiliate account
Kalau sudah lebih jumlah minimum @ RM90, Lazada akan automatik proses untuk pembayaran. Pastikan kita sudah melengkapkan bahagian payment method.
Tuan, terimakasih atas penerangan yang lengkap. Kenapa nilai estimation payout (RM) di performance view tidak sama dengan di tab payment->monthly income? Nilainya kurang daripada di performance view.
Nilainya akan kurang kerana ada di antara estimation value tersebut akan di reject atas sebab-sebab seperti barang yang dibeli dikembalikan semula, refund, barang tak sampai-sampai dan sebagainya. Pengalaman saya % reject dalam 10-30%…
hai, sy nk tanya pasal swift number. sy perlu call @ dapatkan swift number di bank cawangan berdekatan atau cawangan yg sy daftar maybank?
Kita boleh call mana-mana cawangan bank untuk swift kod tu..tapi paling baik kita terus call ke hq untuk bank kita.
Terima atas respon, sy dah call maybank brdektn dngn rmh sy Dan sy dpt makluman Swift cod sama sahaja utk smua cawangan maybank, sdgkn sy but semakan dekat Google berlainan mengikut cawangan, yg mne betul ye?
hai en. saya nak tnya..msa sya try nak buat pndaftaran lps login,sya nak kna msuk ke adsence.com dan verify email sy dan dia trus ke thank you for summiting ur application to join the lazada ,padahal sy belum isi lgi maklumat saya di dalam..macam mana tu yer tuan?
Hai, saya perasan baru-baru ini Lazada Affiliate team ada banyak membuat pembaharuan. Mungkin Lazada terus guna maklumat yang ada @ syarat untuk join tak strict lagi seperti dahulu. Kita boleh cuba login dahulu dekat adsense.lazada.com.my atau tunggu email kelulusan dari Lazada. Saya akan cuba memahami update terbaru mereka dan update post dekat atas…
hi, terima kasih atas informasi. sama dengan saya, terus boleh join, tapi bila klik affiliate link, kosong.
Salam tuan, saya ingin bertanya mengenai datafeed.. Bila saya create datafeed pada mulanya berstatus update tetapi apbila sudah 2-3 hari bila diperiksa kembali status datafeed menjadi failed.. Tapi link boleh download..
Apakah maksud status failed.. Adakah failed untuk update files tersebut.. Adakah kita masih bolrh menggunakan limk dalam files tersebut.
Terima kasih tuan.
Salam sejahtera tuan, terus terang untuk setakat ini saya tidak menggunakan datafeed Lazada untuk semua laman saya… Belum lagi untuk setakat ini.. Minta maaf tuan. Mungkin tuan boleh contact pihak lazada terus? Jika tuan dapat share pengalaman tuan sini lagi baik untuk panduan rakan affiliate lain.. Thanks banyak tuan.
Jika pihak Lazada tak jawab atau lambat jawab, satu cara untuk tahu ia berfungsi atau tidak adalah melalui bahagian report dalam panel admin Lazada (tab conversion report). Jika muncul rekod berkaitan maknanya mungkin ia berfungsi.
Salam tuan. Info yang sangat berguna dan terbaik. Saya telah berjaya menjadi Lazada Affliate setelah mengikut step yang diajar oleh tuan. Terima kasih tuan. Bolehkah tuan membuat tutorial untuk Affliate Access Trade?
Salam sejahtera, akhirnya tersiap juga panduan untuk Affiliate AccessTrade. Agak lama sedikit. Mungkin tuan dah mula beraffiliate dengan accesstrade. Apapun boleh rujuk sini: Tutorial Program Affiliate AccessTrade Malaysia 2020
Hi Joseph,
Thanks to your article, I’m able to link my Lazada affiliate link to my website. The html code you mentioned also help me to paste a clikable banner to my article.
Do you know how to create a clickable banner in FB?
Have a nice day!
Best Regards,
Song
Terima kasih soalannya tuan. Untuk menjawab soalan ini saya telah membuat satu post khas. Boleh rujuk sini: Cara Buat ‘Clickable’ Banner di Facebook Page.
Terima kasih tuan Joseph atas panduan yang lengkap. Artikel tuan sangat2 membantu saya menjana pendapatan melalui blog.
Saya nak tanya berkenaan dengan tax info di Lazada Affiliate. Adakah kita wajib mengisi ruangan tersebut? Jika ya, bagaimana hendak mengisi ruangan tersebut?
Sama-sama. Gembira dapat membantu. Berkenaan dengan bahagian tax info di Lazada affiliate, borang yang disediakan lebih merujuk kepada jika kita mempunyai syarikat yang berdaftar dan mempunyai kod SST. Jika kita tidak mempunyai kod SST, kita boleh set ‘Commission include VAT’ kepada ‘No’. Sebagai info tambahan, side income yang kita dapat boleh declare tax dalam borang be semasa mengisi…
Tuan, semenjak Lazada memperkenalkan Tax Info tersebut, payment untuk affiliate sy telah terhenti sejak bulan 9 sehingga sekarang. Adakah tax info itu mempengaruhi pembayaran?
Hai tuan, saya telah mendaftar di lazada affiliate tapi sudah seminggu lebih masih tiada jawapan daripada pihak lazada. Apakah tindakan lanjut yang saya boleh buat?
Salam sejahtera.. Mungkin kena tunggu lama sedikit. Susa nak hubungi pihak affiliate Lazada sekarang ini. Mungkin tak cukup kakitangan. Saudari boleh cuba hubungi melalui facebook group affiliate Lazada Malaysia. Cara alternatif lain, cuba apply affiliate lazada melalui platform seperti AccessTrade atau Involve Asia: https://www.ithmm.com/program-affiliate-di-malaysia/
Kenapa sye nak copy lint katanya masukkhn sub_aff_id..sruh submit tpi x bole
Bahagian mana yan tuan? Sepatutnya tak ada masalah.. Kita boleh pilih untuk letak atau tidak letak sub_aff_id. Dan masih boleh submit. Kelebihan sub_aff_id ni kita boleh tengok untuk analisis sahaja..
saya cuba dapat kan link tapi bila submit dia kelua ( get link failed). sebelum ni ok ja. lazada ada limit kan link untuk digunakan ka?
Business Registration Number
Registered name of company
saya baru lagi pasal affliate, tapi masa saya nak isi borang tu dia suruh letak Registered name of company dan Business Registration Number. Tapi maslah saya x de benda ni. Boleh berikan pencerahan
nak tanya ..
kalau ambil link bawah produk yg kita search dr web lazada dan promosikan boleh ke
Boleh, kita gunakan deeplink yang tersedia dalam lazada…
Hello, I just join Lazada affiliate. My question is:
Can we only promote products inside https://adsense.lazada.com.my/ or can we pick any products from https://lazada.com.my/ and add our affiliate id?
BTW, I am doing Amazon affiliate as well. In the case of Amazon, we can just select any products and attach affiliate id in the url. Will this be the same case for Lazada?
Thank you.
Hi, yes we can pick any product or even categories/search result, given that we must have our unique deeplink. I’m pretty sure, you can find the deeplink now in affiliate dashboard. On how to use the deeplink, you can refer here: https://www.ithmm.com/penjana-deeplink-lazada/. You can read to the bottom of this post on how to make the deeplink.